CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: FanTasyCreaTioN

[Sarawak] PKP Seluruh SARAWAK

[Copy link]
 Author| Post time 28-5-2021 04:02 PM | Show all posts
takde beza pun dengan pkpb yang d buat selama ni  ...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2021 04:27 PM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2021 04:35 PM | Show all posts
https://www.facebook.com/unitkomunikasiawamsarawak/videos/4291659057540548
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2021 05:03 PM | Show all posts
pikir bgtau SOP PKP ...

rupa2 nya Bantuan Khas BKSS

antara nya ...

Bujang 21 tahun keatas ... dapat rm500 sekali gus ... sekali sahaja

elaun khas untuk frontliner ...rm300 KKM ...rm200 lain2 ...

pengamal media dapat rm1500 one off

penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar ... dapat rm1500
2 peringkat ... rm750 julai .. rm750 december melalui SarawakPay

insentif van sekolah , teksi , van ... one off dapat rm600

julai hingga december discount elektrik ... 5% hingga 25%

discount bil air d terus kan ... 10% hingga 25% hingga december




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2021 05:11 PM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2021 05:17 PM | Show all posts
Garis Panduan (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Seluruh Sarawak:
PERKHIDMATAN PERLU (Essential services) DAN OPERASI-OPERASI YANG DIBENARKAN LAIN

Berkuatkuasa 29 MEI - 11 JUN 2021







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-5-2021 08:55 AM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2021 08:56 AM | Show all posts
huhu...

serbaneka tutup




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-5-2021 08:59 AM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2021 10:47 PM | Show all posts
PKP: Sekatan jalan raya di Kuching ditambah



Ahsmon ketika memeriksa kenderaan yang melalui sekatan jalan raya di Jalan Lapangan Terbang, malam Selasa.

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah enam lagi sekatan jalan raya bergerak dan statik sebagai tambahan kepada lapan sekatan sedia ada di Daerah Kuching bagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Polis Ahsmon Bajah berkata, lapan sekatan telah didirikan sejak 1 Jun, manakala tambahannya dilakukan susulan pihaknya menerima banyak maklumat tentang pergerakan orang ramai pada hari pertama PKP.

“Walaupun majoriti pergerakan adalah dibenarkan tetapi kita tidak boleh berkompromi. Kita harus memastikan kepatuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP yang tersedia,” ujar beliau kepada pemberita selesai meninjau SJR di Jalan Lapangan Terbang pada malam Selasa (1 jun).

Ia menurutnya, selari dengan arahan yang dikeluarkan kerajaan dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bagi pelaksanaan PKP 3.0 di daerah Kuching

Selain itu katanya, polis bersama-sama dengan agensi yang membantu turut mendirikan dua lagi SJR secara bergerak di dalam kawasan bandar untuk memastikan kawalan pergerakan di daerah Kuching ini dapat dipertingkatkan.

Menurutnya, semasa sekatan jalan, pihaknya turut dibantu oleh pasukan-pasukan melakukan rondaan di laluan strategik.

“Ia untuk memastikan pergerakan kawalan orang ramai di kawasan daerah Kuching dapat dikawal dan seterusnya berupaya mampu untuk membantu kerajaan bagi memutuskan rantaian COVID-19,” jelasnya lagi.





Menurutnya juga, dalam menguatkuasakan sekatan jalan ini, PDRM turut dibantu oleh agensi-agensi lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Unit Keselamatan Dan Penguatkuasaan Negeri Sarawak (UKPN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daerah Kuching dan agensi-agensi lain.
“Semua sekali yang beruniform sahaja 791 untuk semua bentuk penugasan operasi berkaitan COVID-19 dan ia akan berterusan mengikut keperluan semasa,” katanya.
Ahsmon dalam pada itu turut memaklumkan sejak Isnin sehingga Selasa, enam individu telah dikompaun.
“Antara kesalahan yang dilakukan adalah melebihi jumlah bilangan individu dibenarkan di dalam kenderaan, cubaan untuk merentas daerah dan juga berkumpul bersama-sama dengan rakan di tempat yang tak sepatutnya.
“Sehubungan itu, saya ingin mengingatkan masyarakat khususnya di daerah Kuching untuk mematuhi SOP yang telah digariskan iaitu untuk tidak berkumpul dan keluar pada masa-masa yang tidak dibenarkan,” tegasnya.
Tambah beliau, amatlah menyedihkan sekiranya orang ramai membayar kompaun disebabkan ingkar kepada SOP yang telah ditetapkan.
“Tambahan lagi, ia akan mendedahkan anda kepada risiko membawa ataupun dijangkiti virus COVID-19. Pihak kami menyeru kepada masyarakat agar patuh kepada SOP dalam tempoh 14 hari PKP ini dilaksanakan dengan harapan selepas itu kita kembali kepada keadaan yang terkawal,” ujarnya.

Ahsmon ketika meninjau sekatan jalan raya di Jalan Lapangan Terbang, pada malam Selasa.


utusan borneo 02/06/2021

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 10:27 PM | Show all posts
PKP di Sarawak dilanjutkan


KUCHING: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri Sarawak yang dijadual berakhir esok akan dilanjutkan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, keputusan ini dibuat memandangkan kes Covid-19 masih tinggi.

“Justeru, JPBN telah bermesyuarat dan bersetuju bahawa PKP dilanjutkan susulan kes Covid-19 masih tinggi di negeri ini.

“Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sedia ada pula akan dikekalkan,” katanya menerusi kenyataan harian perkembangan Covid-19 di Sarawak, hari ini.

Sebagai rekod, PKP di Sarawak dijadual berakhir esok hari.

Sementara itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bahawa fasa pertama PKP di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dijadual berakhir esok, tidak akan ditamatkan malah akan diteruskan mungkin hingga pertengahan Julai ini.

Beliau berkata, fasa pertama itu akan dilanjutkan memandangkan jumlah kes Covid-19 di negara ini belum mencapai nilai ambang di bawah 4,000 kes seperti yang ditetapkan, sebelum dapat beralih ke fasa seterusnya.



https://sarawakvoice.com/2021/06/27/pkp-di-sarawak-dilanjutkan/


Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.605243 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list