CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: R2D2

NUTP bantah cadangan group parents minta MANSUHKAN semua cuti penggal untuk tahu

[Copy link]
Post time 9-3-2021 09:29 AM | Show all posts
Pendek kan sahaja cuti.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2021 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
No way bagi yang online class aritu dah serupa timing sekolah macam biasa
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
hjg. mggu ni 14 mac dah ada jemputan kenduri
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 10:26 AM | Show all posts
mrah cikgu2 nanti
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 10:29 AM | Show all posts
elok jugak ni
cuma jgn lah smpai takde cuti
kurang kan mungkin
mcm 1 minggu je cuti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2021 10:31 AM | Show all posts
harap ada feedback dari KPM dan PIBG + parents educated
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2021 10:31 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 10:33 AM | Show all posts
aku setuju 100%.

aku keje sepanjang tahun xde cuti2 penggal pun. elok je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2021 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Bebdk2 SBP dan MRSM pdpr maha dahsyat okay...ujian pun jln mcm biasa...so mereka berhak utk cuti...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 10:37 AM | Show all posts
boleh je nk cuti..tp jgn terlalu lama..mcm sblm nie klu cuti penggal dalam 2 minggu..dipendekkan dlm seminggu..hujung tahun pun kalau cuti tu nk dekat sebulan lebih di pendekkan jdi 3 minggu sudahla..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 10:46 AM | Show all posts
Baguslah tu, cuti hujung minggu ni eloklah dimansuhkan sekolah pun baru je beberapa hari bermula.  Cuti penggal yang lain eloklah dipendekan.  Nak cuti2 Malaysia pun masih dalam pkpb pkpp dengan larangan rentas negeri jadi nak ke mana sangat tambah masih dalam darurat hingga August.  Sebab tu eloklah sekolah dibuka untuk tampung mana2 pelajaran yang ketinggalan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 12:25 PM | Show all posts
anak2 kecil perlukn rehat

sekolah tu penat korang tau tk

ke korang dulu tk skolah?

ko skolah tak?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 12:28 PM | Show all posts
bior je la..kesian budak2 nak jugak rehat dan bercuti..buat apa nak paksa2 depa belajar sangat kan
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 12:34 PM | Show all posts
tak kisahlah nak mansuhkan ke atau pendekkan cuti penggal...tapi jgn sesekali ganti waktu sekolah pada hujung minggu, yg tu aku marah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2021 04:11 PM | Show all posts
NUTP tidak setuju cadangan mansuh cuti penggal persekolahan
Manzaidi Mohd Amin -
9 March 2021


KUALA LUMPUR – Cadangan agar semua cuti penggal persekolahan tahun ini dibatalkan mendapat bantahan tegas dari Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Kesatuan itu berpendapat, wajar bagi Kementerian Pendidikan tidak melayan cadangan berkenaan, sebaliknya kekalkan takwim persekolahan yang telah ditetapkan sebelum ini.

Menurut Presidennya, Amiruddin Awang, yang mengemukakan cadangan itu hanya melihat dari aspek murid sahaja, tidak dari segi keseluruhan termasuk pihak guru.

“Kalau mereka minta batalkan semua cuti penggal, maknanya guru tidak akan bercuti sepanjang pembelajaran tahun ini.

“Ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tempoh hari pun, guru bukan bercuti, mereka bekerja dan masih terikat dengan peraturan kerja,” katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas cadangan Permuafakatan Ibu bapa Malaysia (Mimbar) yang meminta Kementerian Pendidikan membatalkan semua cuti penggal persekolahan tahun ini.

Yang Dipertuanya, Datin Seri Ismalina Ismail dilaporkan berkata, ini bagi memberi peluang kepada pelajar untuk belajar semula subjek yang tertinggal sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bahkan, beliau mendakwa, kebanyakan ibu bapa menganggap cuti penggal persekolahan tahun ini kurang signifikan kerana guru dan pelajar sudah lama berada di rumah.

Mengulas lanjut, Amiruddin berkata, apabila sesi persekolahan secara bersemuka dibuka, maka ibu bapa dan orang ramai harus menyerahkan kepercayaan kepada guru untuk menguruskan pelajaran yang tertinggal.

Katanya, guru mempunyai kemahiran dan terlatih, malah akan berusaha memperbaiki apa sahaja sesi pembelajaran yang tertangguh sebelum ini.

Beliau turut meminta, ibu bapa memberi ruang secukupnya kepada guru, bukan berfikir dari sudut pandangan luar sahaja.

“Kena fikir juga dari pandangan guru. Mereka tidak akan duduk diam. Mereka mesti mahu anak muridnya berjaya dalam pelajaran,” katanya. – MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 9-3-2021 08:01 AM
Biasanya yg suka sangat cuti sekolah ni mak bapak. Apply cuti seminggu utk jalan2 atau balik kg. Ken ...

kali ni mungkin makbapak x suka cuti sekolah sebab xleh jenjalan kemana2..cuti penggal kali ni kene mengadap kerenah anak2 kat umah je..makbapak skrg x minat mendidik, diorg excited time announce pregnancy kat socmed je..haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ahli politik Singapura  memuji muji PMX,RM3.00 dalam tempoh 18 bulan akan datang.Anda teruja?
YgBenarAhli politik Singapura memuji muji PMX,
Views : 943 Replies : 4
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63511 Replies : 73
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 28350 Replies : 248
Akak Roslan Shah pun nk menyelpie pic half naked..konon seksi la nampak nenen!!!
qqOfficialAkak Roslan Shah pun nk menyelpie pic ha
Views : 41965 Replies : 224
Gambar Ery Putra pula tayang "TUT" tersebar!
piaoGambar Ery Putra pula tayang "TUT" terse
Views : 47462 Replies : 131
all the best travel
kukukud4dall the best travel
Views : 1212 Replies : 0
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 31517 Replies : 598
travel chicago
kukukud4dtravel chicago
Views : 2413 Replies : 1
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 2424 Replies : 0
kukku
kukukud4dkukku
Views : 2727 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.046113 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list