|
Habiskan RM34 juta wang suami dalam masa 3 bulan, lepas tuh minta cerai selepas
[Copy link]
|
|
Dah Perhabis RM34.6 Juta, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Dah Miskin
Tokyo: Selepas menghabiskan 12.2 juta dolar Singapura (kira-kira RM34.6 juta) wang suaminya, seorang model Jepun akhirnya meminta cerai hanya selepas seminggu berkahwin.
Kato Sari, 29, terkenal di negara matahari terbit sebagai seorang model yang memiliki kehidupan mewah dan menggemari barangan berjenama.
Pada Januari 2020, dia memuat naik video di YouTube mengumumkan perceraiannya dengan suami berusia 36 tahun selepas berkahwin September 2019.
Menerusi video berkenaan, Kato memaklumkan perceraian disebabkan bekas suaminya sudah tidak mampu menanggung kos kehidupan mewahnya.
Kato berkata, dia menghabiskan 12.2 juta dolar Singapura (kira-kira RM34.6 juta) itu sepanjang tiga bulan bercinta dengan bekas suaminya sebelum mereka berkahwin.
Foto: Agensi
Selepas berkahwin, bekas suami memintanya untuk menghentikan gaya hidup mewah kerana syarikat memiliki masalah kewangan, lapor Line Today.
Permintaan itu menyebabkan wanita itu berang dan memaklumkan sudah 'hilang minat' kerana suaminya sudah tidak mampu menanggung gaya hidup mewahnya.
Menerusi satu temu bual, Kato mengakui dia berkahwin hanya kerana wang bekas suaminya selain didorong untuk hidup mewah
Sejak berpisah, Kato dilihat sudah mula memuat naik gambar bersama lelaki lain yang digelarnya sebagai 'lelaki budiman.'
Selepas menyiarkan video mengenai perceraian, ternyata perkongsian itu mengundang kritikan masyarakat Jepun.
Beberapa komen di YouTube menggelarkan Kato sebagai materialistik dan bukan seorang wanita yang baik.
"Sudah pasti dia mendekati lelaki ini (teman lelaki baru) hanya disebabkan wang," kata seorang netizen.
"Kasihan melihat dia seperti tiada kehidupan yang baik setakat ini. Apa keistimewaan dia?" kata seorang lagi netizen yang tidak berpuas hati dengan pengakuan Kato. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
laku betul brand mona fendi kt jepun |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni iols ada accross dekat ig... gigih segalanya nak branded tapi tetap la nampak kusam and lusuh cuma up sikit la dari founder timbang kilo... tapi still hauk la fashion2 dia dengan rambut blonde dia tu....
ni ig dia https://www.instagram.com/katosari/
dah tua dah pun dekat umo 30... sooo bawak2 tobat dikkk... kang kena kecam netz jepun habis la ko gigih meredah suicide forst |
|
|
|
|
|
|
|
muka renovate x siap cemgini pun ada gak yg nak buat bini? |
|
|
|
|
|
|
|
katanya dia tak renovate apa2... ada dekat youtube haritu gigih pergi cosmetic clinic untuk buktikan dia takde buat2 apa2 plastic surgery...
siap doktor check2 angguk2...
sape tag sepundal golddigger ni dapat 100k... tc applies... boleh redeem cash dekat tesco cawangan bulan...
|
|
|
|
|
|
|
|
muka dah senget cemgini pun still tak nak mengaku renovate muka? Seram iols tengok dagu dia.. boleh cungkil tin milo.
|
|
|
|
|
|
|
|
tu la dagu macam buzz light year... hidung pulak hidung pembuka tin....ketek dia pun semacam jah... tapi yang vid tu gigih doktor tu angguk2 konon dia ori...
mesti dah hulur kat belakang dah tu berapa ratus k
sape tag doktor ittew dapat sejuta... tc applies.... boleh redeem sebagai shopee wallet
|
|
|
|
|
|
|
|
brown_pupil: muka dah senget cemgini pun still tak nak mengaku renovate muka? Seram iols tengok dagu dia.. boleh cungkil tin milo.
Tak mampu nak tilik.sekeping jer gambar.
|
|
|
|
|
|
|
|
masuk insta dia beb.. baru ko tau makna dagu cungkil tin..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian si suami tertipu selama ini. Pasti ada yang nasihat tapi tak diendahkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka lelaki2 yang sudah dan bakal terperangkap, nak sangat berpasangan dengan model kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Atleast lakinya mmg tau dia nk kawin sbb duit. Ko takde duit bye2 la. Dah nk sgt dgn dia kan, hadap jela |
|
|
|
|
|
|
|
Alaaa hilang duit je..
Selagi tak kena pukul dera physical mental boleh je laki tu move on.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mmg betul pisau cukur edisi jepang! Ummah tanah ayer boleh belajar drpd heshe, agar dpt hidup mewah mendunia. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah taw pmpuan tu sejenis materialistik,gigih jgk nak kawin..dh laa muka x lawa pn..mendapat laa..sendiri cri psl haa |
|
|
|
|
|
|
|
Dah dia yg pilih si pisau cukur..tanggung la akibatnya |
|
|
|
|
|
|
|
OK, another Im Jugyeong.
Hmm...hakikat insannnnnn...... |
|
|
|
|
|
|
|
brown_pupil replied at 5-3-2021 11:40 AM
masuk insta dia beb.. baru ko tau makna dagu cungkil tin..
Dah terlalu tua untuk buka akaun IG.layak mereput kat forum ajo. |
|
|
|
|
|
|
| |
|