Edited by Straya at 24-8-2023 11:23 AM
Sorry TT hijack benang. Ni I cerita pasal abandoned house dekat Jalan 3/61 Bkt Segambut ye, bukan rumah dalam benang ni. Kisah dia tragic la jugak. I start kenal uncle tuan rumah ni lepas dia kahwin dengan makcik iol,akhir tahun 80 an. First time datang rumah ni,terpegun kejap. Masuk2 aje kereta bersusun dekat porch. I ingat merc, citroen & sports car jugak. Dari depan nampak 1 tingkat aje, tapi bila masuk besar gila. Ada 2 living room besar & dr living room ni ada sliding door to a huge wood deck balcony overlooking swimming pool. Hiasan rumah dia penuh crystal & flooring dia marble. Dekat first floor ada 5 bilik. Ke tingkat bawah ada spiral straircase & 4 lagi bilik tidur with pool view.
Uncle ni architect, dia ada firm sendiri & ada jugak dia designed landmark popular msia. I selalu la sleepover rumah ni,lepak ngan cousin2. Uncle ni baik cuma sometimes mcm serius sikit. Dia stylo kalau pergi mana2 mesti berpants putih dgn kasut kulit putih dia. Waktu 10 tahun pertama kahwin ok aje tapi lepas tu anak2 dah start hasut dia. Uncle ni ada 4 anak besar2 waktu kahwin makcik iol. Anak2 dia spoil brat, sorang pun tak kerja while my cousins,anak2 makcik I semua menjadi. Anak2 dia hasut, kata makcik I nak kaut harta padahal my aunt sendiri kaya.
I ingat lagi,start diaorang ada problem lepas I kahwin 19 tahun lepas. Diaorang 1 family datang wedding I tapi tak x lama lepas tu dengar nak cerai. Anak2 dia dah plan dngn cousin (anak buah uncle) utk tipu duit dia. Konon bukak business apa ntah & uncle ni appointed one of the directors dengan gaji bnyk & rumah provided. Padahal duit dia dah bnyk & rumah besar. Makcik I of course x bagi suami dia sign documents, bagi power of attorney harta2 + shares architect firm dia. Tapi dah terlambat, banyak dah dia sign over harta dia ke anak2 & anak buah. Last2 dia talak 3 kan makcik I. So my aunt keluar rumah tu & duduk rumah dia sendiri. Makcik I letak caveat kat rumah bkt segambut ni so uncle tu tak boleh jual.
bersambung..
|