CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Boomibulat

Dapat bekalan air bersih setelah 30 tahun menunggu,pakcik berkain pelikat menang

[Copy link]
Post time 20-11-2020 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruk la kelantan ni. Kesian org kg yg tak upaya nak dptkn air bersih.. mampuih p org nak ckp apa yg penting, PAS mmg tak leh memerintah negeri even negara pun. Tahu nak sumbat tembolok depa, tukaq merc tp kebajikan rakyat tak jaga. Tak usah ckp la dengan rakyt miskin ramai. Pastu semua berbondong2 mintak kerja kerajaan, jd cikgu bagai sbb kerja tu je la yg selamat kat kelantan ni..

I lg sanggup pangkah DAP daripada pangkah PAS ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2020 09:31 PM | Show all posts
batusembilan replied at 20-11-2020 05:35 PM
30 tahun tu simbolik.

30 tahun tu sejak tg nik aziz jd mb selangor. sejak Pas memerintah klntn  ...

Chaittttt! Sejak bila pulak Nik Ajis jadi MB Selangor? Mintak di jauhkan lah.......hai. Bala besar tuh........

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Di tahun 2020, masih banyak tempat di seluruh Malaysia hada masalah bekalan air bersih, even Selangor maju.

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
batusembilan replied at 20-11-2020 05:35 PM
30 tahun tu simbolik.

30 tahun tu sejak tg nik aziz jd mb selangor. sejak Pas memerintah klntn  ...

Sabah bawah BN pun cam celaka ja. Ini masalah pentadbiran Bumiputera in whole.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya baca citer ni.. aku slalu membazir air.. dan dorg ni dpt air bersih, bersyukur betul.. insaf jap..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 02:07 AM From the mobile phone | Show all posts
masalahnya kuning jugak
aku punya uniform mmg cepat buruk bila duduk kelantan ni
air tu klau tgk dr paip mmg karat sungguh la....
bosan aku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2020 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Yes kelantan mmg mslh air karat ni..da ltk water filter satu rumah kt main pipe pn blh ckp la selalu jgk kotor. Imagine basuh baju tgk2 melekat kesan kotor tu. Terus bad mood 1 hr. dr xkotor pastu kena karat kena sental manual lak..tu blom cerita asal maghrib je air slow nk mampos smpai la kul 10 - 11 mlm br ok. Air bersih ni necessity kot..usaha yg ni dulu br cerita part lain
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 05:43 AM | Show all posts
Kesian..dah tahun 2020 patut basic necessities ni dah lama dinikmati oleh setiap penduduk malaysia...berangan nk jadi negara maju tp rakyat ditinggalkan paling belakang...yg kroni semakin kaya..mmg sialan politaik ni semua

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2020 06:18 AM From the mobile phone | Show all posts
vee_zara replied at 20-11-2020 09:30 PM
Teruk la kelantan ni. Kesian org kg yg tak upaya nak dptkn air bersih.. mampuih p org nak ckp apa yg ...

Undi passs ke syurga......
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
diiyanazakaria replied at 21-11-2020 02:19 AM
Yes kelantan mmg mslh air karat ni..da ltk water filter satu rumah kt main pipe pn blh ckp la selalu ...

pemimpin bodoh dtg dr pengundi ....
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini negeri yg bmf tu ke...pls lar bg semua rakyat basic necessities
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
30 tahun perintah ...negeri mundur air pun  x selesai .Mereput la dgn Pas SMPI KIAMAT .
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kelantan.brpuluh tahun xde air paip.xde perigi sendiri kene angkut air.
Selangor bru brepa tahun xde air org kecoh smpai ke oversea.kelantan dipandang sepi jah
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannyer
Bukan kelantan ramai orang kaya raya ker
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 11:02 AM | Show all posts

Separuh Usia Ulang Alik Angkut Air Bersih, Akhirnya Selepas 30 Tahun Terima Beka






"Hanya Allah saja yang tahu perasaan kami sebaik melihat air bersih keluar daripada paip dan disebabkan terlalu teruja, saya berkumur beberapa kali dan membasuh muka kerana ia tidak lagi masin serta payau seperti air telaga tiub sebelum ini"



Penantian lebih 30 tahun kira-kira 150 penduduk Kampung Tok Puchong, Kota Bharu, Kelantan, yang ketiadaan air bersih hampir berakhir apabila bekalannya sudah mula disalurkan.


Akhirnya, bekalan dari Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mula disalurkan ke sembilan kediaman sebagai permulaan dan masing-masing sangat teruja apabila air bersih keluar dari paip di luar dan dalam rumah.


Terpaksa Beli Air Bertapis Setiap Hari



Kredit foto: Sinar Harian



Ismail Hamat, 67, berkata, sebelum ini dia terpaksa berulang-alik beberapa kali dengan menunggang motosikal membawa tong 10 liter ke mesin air bertapis kira-kira 300 meter dari rumah untuk mendapatkan bekalan air bersih.



Sambil mengalirkan air mata, dia berkata, selepas ini mereka sekeluarga sudah boleh mandi lebih daripada sekali berbanding sebelum ini, disebabkan 'sayangkan' air yang dibeli kerana perlu digunakan untuk keperluan lain termasuk memasak dan minum seperti dilaporkan Harian Metro.



Kredit foto: Harian Metro




Selain itu, ada yang terpaksa mengambil bekalan di surau dan masjid sekitar malah sebahagian besar membina telaga tiub walaupun air yang diperoleh agak berbau, masin dan payau.


Ismail berkata, banyak perubahan yang boleh dirasai selepas ini antaranya pinggan mangkuk sudah tidak lagi berkarat dan pakaian juga akan kembali bersih tanpa warna kekuningan. Ini kerana sebelum ini, mereka mencuci menggunakan air telaga tiub.


Kredit foto: Sinar Harian




Dia turut berasa lega kerana tidak perlu lagi berulang-alik setiap hari membeli air bersih untuk kegunaan mereka enam beranak termasuk dua anak istimewanya, Ahmad, 39, yang menghidap masalah mental dan tidak boleh bercakap sejak bayi, serta Mohd Suhaimi, 31, yang terlantar sejak tiga tahun lalu akibat diserang strok haba.


Kredit foto: Sinar Harian




"Hampir separuh daripada usia saya dihabiskan dengan mengangkut air dan banyak wang dihabiskan untuk itu, malah anak cucu juga jarang melawat disebabkan masalah air dan tidak mahu membebankan kami"


"aling perit untuk memunggah air adalah ketika musim hujan dan bulan Ramadan kerana kekangan situasi ketika itu dan keadaan semakin teruk jika berlaku hujan lebat atau motosikal rosak."


"Saya mewakili penduduk kampung ini sangat berterima kasih kepada kumpulan aktivis masyarakat Cempaka Merah Asnaf Society yang banyak membantu kami mencari ikhtiar untuk menyelesaikan masalah ini," katanya lagi



Akhbar sebelum ini pernah menyiarkan kisah lebih 150 penduduk kampung tersebut yang berdepan dengan situasi tiada bekalan air bersih dan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk membeli air untuk kegunaan harian.


Dah penghujung tahun 2020, masih ada lagi kawasan yang belum lengkap kemudahan asas. Namun Alhamdulillah, berakhir juga penantian penduduk kampung ini untuk menikmati air paip bersih. -CARI
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 12:43 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 20-11-2020 09:46 PM
Sabah bawah BN pun cam celaka ja. Ini masalah pentadbiran Bumiputera in whole.

pemimpin sabah lah yg lemau.
tgk skrg Pas ambil kesempatan yg ada untuk bangunkan balik kelantan.

jilaker punya org tua kutuk yang skrg dh sunyi tu..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2020 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
bungarose replied at 21-11-2020 10:50 AM
Kesiannyer
Bukan kelantan ramai orang kaya raya ker

yg kaya ramai dk kl..balik jrg...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 01:08 PM | Show all posts
Edited by brego at 21-11-2020 01:12 PM

kerajaan kelantan yang failed.
amik masa 30 tahun baru dapat bagi air bersih.

pencacai PH jangan gembira dulu,
aku lagi benci pakatan racist dari lobai tin milo

pakatan racist pegang selangor,
kilang haram cemar sungai,
boleh di katakan kilang tanpa kebenaran.
tiap kali air tercemar, bikin drama kata orang lain sabotaj.

dah la dalam pakatan PH ramai muka macam babi,
perangai pun sama menyondol macam babi jugok
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 01:13 PM | Show all posts
sampai bila la ummah budu nak bagi alasan mahatir sekat peruntukan  sbb negeri x maju2..madey dah 17 tahun resign jd pm4 dulu..zaman paklah dgn najib jadi pm berbelas tahun tuh knp x maju2 jugak?

zaman ph jadi kajaan bagi 400juta cash kat kjaan negeri.lobai buat apa dgn duit tu?wat joli beli macedes ke??


Kelantan terima RM400 juta daripada Kerajaan Pusat

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim - Januari 2, 2020 @ 12:24pm
[email protected]

KOTA BHARU: Kelantan menerima bantuan sekali beri atau ‘one-off’ sebanyak RM400 juta daripada Kerajaan Persekutuan pada Rabu lalu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata surat khas mengenai bantuan berkenaan diterima daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 17 Disember lalu sebelum wang dimasukkan pada 25 Disember.

Beliau berkata, Dr Mahathir dalam suratnya, memaklumkan peruntukan berkenaan adalah untuk meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Kelantan.

“Ini bukan wang royalti, sebaliknya dinamakan ‘one-off’ oleh Perdana Menteri sendiri. Justeru, kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri.

“Ini bantuan ‘one-off’ pertama diberikan kepada Kelantan. Sebelum ini kita tidak pernah meminta kerana apa yang diusahakan adalah royalti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Tahun Baharu kepada penjawat awam Kelantan di Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad.



Di bawah PH, Kelantan akhirnya terima bayaran secara terus'

Diterbitkan 16 Oct 2019, 4:14 pm
Di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH), kerajaan akhirnya menerima secara terus wang ehsan yang sebelum ini disalurkan menerusi entiti persekutuan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Justeru, kata Lim, beliau hairan mengapa kerajaan Kelantan menganggap kerajaan persekutuan sebagai "musuh ketat".

Beliau berkata bayaran dibuat dalam bentuk wang ehsan bagi mengelak daripada terperangkap dengan kemelut perundangan.

"Namun perkiraannya adalah berasaskan lima peratus daripada hasil petroleum bagi menentukan bayaran tersebut kepada kerajaan Kelantan...Menteri Besar Ahmad Yakob telah mengesahkan bayaran wang ehsan disalurkan kepada kerajaan negeri sebanyak RM15.75 pada 18 September 2019.

“Sukar difahami bagaimana kerajaan Kelantan hari ini menganggap pihak yang sebelum ini tidak menyalurkan wang ehsan kepada kerajaan negeri (secara terus) sebagai rakan setia, tetapi kerajaan persekutuan yang menyalurkannya secara langsung kepada kerajaan negeri dianggap sebagai musuh ketat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, ia berbeza dengan sebelum ini apabila wang itu diberikan kepada Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) dan sebuah entiti kerajaan persekutuan secara 50:50.

Hari ini, Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah berkata kerajaan Kelantan pada tahun ini telah menerima wang ehsan sebanyak tiga kali berjumlah RM28 juta daripada kerajaan Persekutuan.


Mohd Amar Nik Abdullah
Mohd Amar berkata, ia merupakan kali pertama wang ehsan itu disalurkan terus kepada kerajaan negeri sejak diperkenalkan pada 2010.

Selepas PH mengambil alih Putrajaya pada 9 Mei 2018, kata Lim, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah memutuskan untuk membuat bayaran wang ehsan kepada Kelantan secara terus kepada kerajaan negeri itu.

“Maka buat pertama kalinya mulai tahun 2019, kerajaan persekutuan telah menyalurkan bayaran wang ihsan kepada kerajaan negeri Kelantan dengan bayaran terkini pada bulan September 2019.

“Bayaran wang ihsan juga telah diawalkan kepada bulan September 2019, sedangkan pembayaran dijadualkan pada Januari 2020.

Katanya lagi, soal itu juga di bawah bidang kuasa perdana menteri dan beliau hanya menurut arahan yang diberikan.

"Adalah dikesali pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menimbulkan kebencian dan memainkan sentimen dengan melontarkan fitnah bahawa saya cuba menghalang pembayaran dilakukan," katanya lagi.

Sementara itu, Lim berkata pegawai kewangan Kelantan pada 12 September lalu telah sekali lagi memohon bantuan persekutuan dalam bentuk wang pendahuluan bagi belanja operasi seperti gaji kakitangan dan emolumen.

Kementerian Kewangan telah meluluskan permohonan sebanyak RM100 juta itu pada 14 Oktober, katanya.

“Pada 2018, permohonan wang pendahuluan sebanyak RM91.5 juta untuk membayar perbelanjaan operasinya termasuk gaji anggota kerajaan negeri Kelantan juga telah diluluskan,” katanya.





Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
batusembilan replied at 21-11-2020 12:43 PM
pemimpin sabah lah yg lemau.
tgk skrg Pas ambil kesempatan yg ada untuk bangunkan balik kelantan. ...

Bagi ko, pemimpin PAS cukop competent ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.221743 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list