Edited by AnnaMd at 30-7-2019 02:30 PM
I dulu muda2 kasar jugak ..mak bapak kita mmg generasi kasar, takder peluk cium cakap lemah lembut, kalau salah je terus rembat dengan batang paip! Memang lah kita tetap jadi baik tapi zaman dah berubah, jadi cara tu pun dah outdated. Memang susah nak train myself jadi ibu penyabar, control temper je heheh..
Dari 20 tahun dulu, I suka ikut kursus modern parenting by Nury Institute (allahyarhamDato’ Dr Noor Laily, sekarang rasa anak dia yg takeover). Cara dia memang berkesan. Kemudian allahyarham recommend attend course Glenn Doman (dah arwah jugak tapi ada buku2 terjual). Kadang cara dia simple, like nak faham isi hati anak2, kena imagine kita ditempat mereka.. baru mudah faham & senang nak handle. Cara pemakanan dari dalam perut sampai remaja, cara stimulate brain anak2… memang berkesanlah. Dia ajar lah mcm mana nak handle budak2 tantrum (biarkan je beberapa minit biar dia release tension),lepas tu peluk anak kuat2 dgn penuh kasih sayang. Lepas tu pun anak2 akan rasa bersalah hurt our feelings, dia akan appreciate kita lebih. Ada masa I pura2 merajuk, diam je to show my displeasure. Anak2 dgn sendiri rasa takut bukan sebab takut kena pukul, tapi sebab takut hati ibu dah terluka. Nanti after some time, dia beriya2 mintak maaf & pujuk kita.
Prof Muhaya pun I suka dengar ceramah dia… lembut and positive je cara dia nasihat. Kalau anak yg stubborn tu, waktu anak dah tido, kita berbual yg positive ke roh anak tu.. seolah2 subconsciously anak dpt dengar jugak leteran kita. My boy memang dulu nauzubillah rebellious lepas masuk sekolah menengah, so waktu dia tidur tu I usap rambut I repeat… you anak yg baik, dengar cakap ibu & even bilang dia I sedih bila dia marah2 balik sekolah penat tak layan I. Alhamdullilah, dah lepas fasa tension, dia start to bercerita balik tentang school, kawan2 baru. Mungkin tension masuk menengah dengan perubahan hormone jadi stress. Dekat setahun jugak I makan hati.. heheh.. Ada kala dia tinggikan suara, terpaksa ibu dia jadi dragon sekejap .. nak timbulkan rasa takut takut nanti dia ingat kita lembut2 boleh pijak kepala.
Dr Mashitah pun bagus ceramah tentang anak2. Satu tip dia bertahun2 I praktik - Anak2 boleh makan/minum bekas or balance food/drink I or husband, not the other way round. Sampai besar ni, kalau kongsi makan/minum anak I akan bagi I makan/minum dulu baru dia. Kalau orang tanya, dia cakap - My mother won't drink or eat after me, must be before.
Satu novel yg I remember recommended for positive parenting– Totto Chan. Buku tu memang I recommend. Buku2 Glenn Doman, Brene Brown pun banyak positive parenting.
Anak ni pelaburan jugak, jadi abiskan untuk ilmu takper daripada abiskan untuk mainan atau baju mahal2, sebab anak2 dah besar dia tak ingat pun apa barang kita bagi dia masa kecil tapi ilmu dia akan ingat sampai dia besar. Yg lainnya kita banyak berdoa sebab doa ibu takde hijab. Tak semestinya kita tak religious tak boleh berdoa hari2 or tak diterima, jadi doalah banyak2 untuk anak2. And bila buat kebajikan, bila orang doakan kita, I suruh diorang doakan anak2 I instead, so barakahnya anak2 I yg dapat. Ilmu handle anak ni bukan bagus untuk anak2 je, tapi kita sendiri pun terpengaruh jadi more positive and apply apa yg di ajar dalam semua hal, termasuk bila berhadapan dengan orang2 lain atau difficult people.
Sekarang mak bapak I pun lemah lembut with my kids, berbanding anak diorang sendiri. Berlove you love you bila nak gantung telepon dgn cucu, tapi sampai sekarang I tak dengar Mak I cakap 'I love you' kat I.. heheh... kelakar kan? Tapi I tak kisahlah, cara diorang tunjuk kasih sayang dulu lain.
Panjang lebar akak cerita! Sorry kalau boring baca panjang2. Memang besarkan anak ni banyak kerja, tapi kalau 15 tahun pertama tu kita buat dengan betul, insyallah tahun2 yg selepas tu senang sikit pasal anak2 tahu takde apa di luar sana yg boleh gantikan kasih sayang ibu bapa. Kalau kita penuhkan jiwa anak2 kita dengan kasih sayang & ilmu secukupnya, insyallah dia tak cari yg lain kat luar kot. Selalu budak2 yg lost takde arah tujuan yg banyak melencong... Wallahualam. |