CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Sang_Pencinta

Debat Doula Dengan Prof.Dr Imelda Balchin Jumaat Ini Di TV Alhijrah

[Copy link]
Post time 21-2-2019 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh kalau bayar beribu2 untuk khidmat orang yang takde kepakaran. Mak2 yg nak bersalin pun, ni nyawa kau dgn anak kau.. boleh kau percaya kat doula and beranak kt rumah yg takde kelengkapan? {:spec
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2019 12:43 PM | Show all posts
iols kalo baca caption Prof Imelda ni mesti terikut2 baca dalam slang Penang dia tu

Prof pernah bgtau sebab kenapa dia type guna slang Penang. Sebab dia taknak ex-colleague/kawan2 mat salleh dia masa keja kat UK membawang apa yg dia upkan kalo guna proper Malay
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 12:46 PM | Show all posts
good job tv alhijrah..sejak yg forum pasal bajet 2019 thun lpas aku cm da melekat ngn program analisis ni..siyes kali ni tv alhijrah berjaya tarik rmai penonton sbb program2 panas but yet informative plus dpat kluar dari kepompong stesen tv sendu ni..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 12:51 PM | Show all posts
chicozinn replied at 21-2-2019 12:46 PM
good job tv alhijrah..sejak yg forum pasal bajet 2019 thun lpas aku cm da melekat ngn program analis ...

awat tak panaihnya..selamba dok tanya mahadiaq ka anwaq ka...pas ka amanah ka....bak kata professor teoh kok seong...ini soalan yang tak sihat la..wakakkakakakakak
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
I cadangkan bg diorg ni bawak ipad masa kena interview tu. Tak adalah terang2 nampak kurang cerdik tu. At least boleh la google sikit utk menggoreng.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 01:21 PM | Show all posts
Edited by brego at 21-2-2019 01:22 PM

zamn dedolu, home birth ni la antara punca premature death,
di kalangan orang pompuan.

kalo bersalin normal, mmg takde masalah.
just incase ada komplikasi, or kalo baby position songsang dalam rahim,
siapa yang nak buat c-section tu?
knowledge and equipment duola tu semua cukup ker?

yang si laki pulok risau bini mengangkang depan doktor lelaki.
sanggup larang bini bersalin hospital.
padahal si dokter tu macam la heran sangat nak tengok vagina bini dia.
jadi doktor pakar sakit puan, mesti la berlambak dia dah tengok,
sampai naik muak, silap2 jadi mati pucuk sebab bebird dia dah loya tekak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2019 01:25 PM | Show all posts
namieamuro replied at 21-2-2019 12:17 PM
kalau debat ni ade pulak pasangan tersangkak si zaki dgn masyitah..lagi bagus lagi hangat..laki bini ...

Tak boleh join katanya. Ada komitmen lain apentah. Ada fb page ni released statement dorang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
alhijrah dah bg lom soalan bocor kat dola doli?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2019 01:27 PM | Show all posts
brego replied at 21-2-2019 01:21 PM
zamn dedolu, home birth ni la antara punca premature death,
di kalangan orang pompuan.

Kan. Kalau nak guna argument haram tengok aurat, macamlah pompuan muslim halal tengok vagina pompuan muslim lain. Dorang lupa kot aurat perempuan sesama islam sampai tahap before pusat n after lutut je.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 01:31 PM | Show all posts
dr imelda dah tutup FB ek?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2019 01:34 PM | Show all posts
True-X replied at 21-2-2019 01:31 PM
dr imelda dah tutup FB ek?

Ada je. Belum tutup

https://www.facebook.com/imelda.balchin


Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 01:36 PM | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 21-2-2019 01:34 PM
Ada je. Belum tutup

https://www.facebook.com/imelda.balchin

oo.. aku kene blok la kot.. x taw napa.. hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kudos to the experts who have not given up with those idiots.

Stgh Msians ni pelik sikit.. benda2 bodoh suka sgt nak ikut.. bila tertipu mulalah meraung mintak kerajaan/pihak berkuasa tolong.

Allah bgi akal .. tak brp nk guna. Undang2 xleh lindung klu mudah sgt terpengaruh.

Cth: MLM/gentle birth/antivaxx/flat earth ni la



Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
15 KARENAH DOULA MALAYSIA
.
Sepanjang perbincangan kami dengan pihak doula di Malaysia, inilah permintaan dan kelakuan mereka:
.
1) Tiada doktor lelaki dalam Bilik Beranak (LR). Isu aurat wanita yang dilihat oleh menjadi topik utama berbanding dengan keperluan dan rukhsah semasa merawat. Mungkin boleh diperbincangkan lanjut, malah ramai agamawan telah memberikan pendapat sesuai dengan situasi dalam negara kita.
.
2) Doktor tidak dibenarkan buat pemeriksaan anggota kemaluan (Vagina Examination - VE). Sebab dikira sebagai mencabul (birth rape) kehormatan wanita menggunakan jari jemari. Tambahan pula jika doktor pelatih yang buat- Lelaki pulak tu. sadis. Doktor yang merawat hanya mengintai bentuk perut dan tunggu bayi keluar sahaja.
.
3) Tiada ubatan yang boleh membantu proses kelahiran seperti pitocin atau percepatkan pengecutan rahim setelah bersalin sepert Syntocinon. Begitu juga ubat-ubatan lain seperti ubat penahan sakit. Mereka mahu kelahiran itu senatural mungkin. Segala campur tangan ubatan seolah berdosa besar.
.
4) Posisi ibu semasa bersalin boleh ubah. Tidak hanya kepada satu posisi sahaja seperti yang diamalkan di hospital kerajaan sekarang. Mereka akan mengagung-agungkan hospital swasta yang boleh benarkan mereka bersalin dalam pelbagai posisi ikut kemahuan para doula. Samada posisi berdiri, mencangkung, menunggeng, meniarap, ikut graviti, dalam kolam dan banyak lagi yang diajarkan oleh doula kesayangan mereka. Kata mereka kaedah itu adalah fitrah seperti haiwan gajah, lembu, kambing dan sebagainya. Bukan ke proses kelahiran itu satu fisiologi normal dan fitrah kepada manusia? Saidatina Maryam, bonda Nabi Isa pun bersalin sambil mencangkung bawah pokok tamar, tambah mereka lagi. Itulah soalan yang selalu diungkit-ungkitkan.
.
5) Suasana bilik beranak penuh dengan ritual keagamaan seperti ada music, nasyid  atau bacaaan Quran sepanjang masa.
.
6) Ibu yang sedang bersalin jangan diikat dengan mesin CTG (mesin periksa jantung anak dan kontraksi rahim) kerana ganggu pergerakan. Bahkan mesin itu semua adalah alatan barat yang direka oleh Yahudi. Ultrasound pun boleh sebabkan autism, hujah seorang dari mereka yang diangkat sebagai doktor idola geng doula.
.
7) Tidak pecahkan ketuban (Artificial Rupture of Mambrane -ARM) dengan alatan besi atau plastik hospital. ARM adalah tidak alami, lalu ditempek beberapa kajian yang entah dari mana diceduk untuk dijadikan hujah secara terpilih itu - cherry picking).
.
8- Tidak buat EPISIOTOMY. Menggunting daging kemaluan sudah tidak natural dan merosakkan organ yang Tuhan kurniakan. Organ itu adalah kehormatan wanita yang perlu dijaga. Jika menggunting semasa bersalin, bimbang akan rosakkan hubungan dangan suami selepas ini. Maaf terpasksa sebut- depa risau anggota anu tidak ket*t.
.
9) Benarkan suami masuk untuk rangsang hormon oxytocin secara natural. Ada kes mereka bercumbuan atas katil bilik beranak. Malu nurse dan doktor yang bertugas tengok aksi ranjang yang mereka lakukan. Atas alasan rangsang hormon cepat bersalin secara natural. Mungkin ada satu slibus khusus kut dalam kelas doula di Malaysia ni bab tersebut.
.
10) Tidak beri vaksin BCG, Vitamin K dan tolak vaksin secara total. Majoriti mereka adalah anti-vaksin, anti perubatan moden dan penjual produk kesihatan.
.
11) Doula akan mengarahkan siapa yang kendalikan kelahiran supaya lambatkan potong tali pusat bayi (Delay Cord Clamping >3 minit) dengan hujah darah dari tali pusat itu sumber imunisasi natural dari ibu. Malah dalam kes-kes doula yang terlibat itu sendiri bersalin di rumah semata-mata nak lari dari campur tangan anggota kesihatan yang mahir. Mereka tidak memotong tali pusat sehingga melebihi 12 jam. Kes kematian akibat kendalian doula semasa bersalin pun sudah cukup mengerikan kita.
.
12) Bagi kes berisiko yang telah melalui pembedahan semasa bersalin (c-section) sebelum ini, doula akan berkeras untuk tidak benarkan doktor membuat pembedahan berikutnya. Sehinggakan mereka membuka satu group facebook khusus untuk terus menghasut sesama mereka supaya bersalin normal walaupun penuh dengan risiko. Terutamanya bagi ibu-ibu yang telah mengalami pembedahan C-Section 2 kali dan ke atas.
.
13) Benarkan makan dan minum semasa beranak. Kalau boleh sediakan terus makanan sunnah di tepi katil.
.
14) Mereka menjalankan konsultasi perubatan dalam perawatan kes. Seolah-olah merekalah bidan, merekalah doktor dan merekalah peneman sebelum, semasa dan selepas bersalin. Dunia semakin canggih, konsultasi perawatan mereka pun boleh melalui telefon pintar.
.
15) Yang sahih, jelas dan benar bahawa mereka tiada asas dan kelayakan bidang perubatan pun. Hanya belajar melalui Youtube online selama 22 jam dan sudah meniktiraf sesama mereka sebagai doula bertauliah. Kursus sana-sini yang mereka sebagai “try and error” sambut bayi tu ada lah. Tetapi entah dari badan berautoriti dan badan berintegriti mana pun kita tidak tahu iktiraf kursus yang mereka ambil dan jalankan. Sijil-sijil doula yang mereka pamerkan dalam media sosial pun bukan dari mana-mana universiti dunia.
.
Sekian kompilasi yang sempat saya catat sepanjang tempoh berhujah dengan mereka di media sosial.
.
Jika rasa penting, boleh jawab sendiri falasi mereka itu. Jika catatan ni tak signifikan. Abaikan or delete. Mungkin benar, dan mungkin tidak benar!
.
Catatan dari suhazeli.com
Fb.Com/drsuhazeli
20.2.2019
Jerangau
.
P/s Mungkin Prof Imelda akan beri pencerahan pada malam jumaat nanti. Kita sama saksikan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2019 02:09 PM | Show all posts
willow12 replied at 21-2-2019 01:59 PM
15 KARENAH DOULA MALAYSIA
.
Sepanjang perbincangan kami dengan pihak doula di Malaysia, inilah per ...

Bagus isu ini ditimbulkan

Moga dapat pencerahan

Satu lagi kena ada persoalan mengenai sudut undang2 , harap ada wakil juga

Persoal apa2 kesalahan2 doula ni atau keperluan akta baru melindungi ibubapa ditipu doula


Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 21-2-2019 12:20 PM
Si Zaki tu asyiklah guna alasan tak nak bini mengangkang depan doc lelaki sebab tu support dou ...

Ini namanya strategi permasaran.
Diorang guna ayat2 untuk psiko husband supaya takut jadi dayus la konon, wife di"servis" doktor lelaki. Kurang ajar eh diorang laki bini nih.

Hello, kisah pulak husband sy jantina org yg nak sambut baby kami masa lahir dulu. Yang penting, doktor yg sambut. Dan husband saya ada sekali dlm labour room tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2019 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
doula douli bintang tujuh
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 21-2-2019 12:20 PM
Si Zaki tu asyiklah guna alasan tak nak bini mengangkang depan doc lelaki sebab tu support dou ...

Adakah Zaki tu, @Bangcak?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Dula duli cikebum ni pasti byk konar lipat dia nanti. Lepastu geng2 dia akan acah2 teraniaya cakap Prof dpt soalan bocor lah bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
famri7 replied at 21-2-2019 11:31 AM
Si hayati ni..kalau suruh explain benda2 .suruh google jer ..saya menari zumba jee nanti dia kena  ...

Si huda tu mkin bertambah followers dia, siap pengikut dia cakap dia teraniaya bagai. Jijik pulak tgok geng2 hanat tersebut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.265808 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list