CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Cari-Amiey

Membazir Duit Je! - Netizen Hampa Lepas Tonton Filem Munafik 2?

[Copy link]
Post time 30-8-2018 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
So sebenarnya cite seram ke cite ala2 tanah kubur?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2018 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Org melayu mau cerita di mana mereka masuk pangung duduk terus gelak2 tidak payah berfikir.... Suka hiburan. Itu sebab ini budak bila tengok munafik2 dia lost...



Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
aku dah tengok, komen aku, kurang drama.. start2 je terus adegan hantu/setan. pastu sampai habis pun adegan kena rasuk je. kalau ada diselit2kan drama kan best, macam khurafat dan munafik 1, ada cerita pasal jalan hidup watak dalam tu, kenapa dia jadi macam tu. hmm nak ulas pun aku tak pandai. tapi insaf juga la tengok movie ni, adegan kena rasuk tu menunjukkan betapa degil dan gigihnya iblis ni nak mempengaruhi manusia, lebih2 lagi yg alim mcm ustaz adam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
limau_lemon replied at 30-8-2018 06:20 PM
iols tengok ayat budak ni pon taraf mana mentaliti dia . style2 rempit ni mmg takkan suka tgk cite ...

Kann.... Ramai orang bash theyolls kot. Agak2 la nak bagi bad review pun. Tak perlu kot nak maki hamun amboii. Emang dasar!
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sherry_zaida at 31-8-2018 03:04 PM

Cerita ni pasal Nasir Bilal Khan (Abuja) yang munafik, mengamalkan ajaran sesat di kampungnya. Org kampung pun ikut ajaran dia. Family Maya Karin (Sakinah) menentang ajaran Abuja ni dan sebagai balasan, Abuja hantar sihir, sihir ayah Sakinah dan kacau Sakinah sefamily. Jadi, filem ni ada part seramnya, at the same time SY selitkan dakwah di dalam filem ni juga. Aku dah tgk movie ni malam tadi, nak kata taraf projek sekolah, tak masuk akal lgsg statement tu. Bagi aku, dari mula cerita sampai habis cerita, momentum tu berterusan. Scene mencemaskan berlangsungan tanpa henti. Aku paling “takut” tgk scene-scene Abuja, Nasir Bilal Khan really nailed it!

P/S : Sudah sudah lah cedok tweet budak tak tumbuh lagi bulu pukisss masuk dalam Forum jadikan thread. Kang sebab tweet budak tu ramai tggu Astro 1st je. Moh la kita support industri perfileman Malaysia ni (tapi aku kalau nak tgk movie Melayu kat panggung aku tgk dulu siapa pengarah. Kalau pengarahnya Razak Mohideen, sampai mampos la kau takkan rasa duit aku yach!)
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
nishikido replied at 30-8-2018 06:26 PM
Cinta si kura2 kah..movie paling bodoh pernah I tengok sebab member beriya nak tengok..mencarut2 I ...

Cinta kura2 tu aeril zafril kot hero dia. Tu filem KRU kot sbb pakai CGI utk kura2 tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2018 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
aammyy replied at 30-8-2018 07:11 PM
Cinta kura2 tu aeril zafril kot hero dia. Tu filem KRU kot sbb pakai CGI utk kura2 tu.

Oh yesss..betul lah u cakap tu.i silap movie..maklumlah masih trauma tengok cerita sampah ni,lulz...cerita ni buat I xsuka nak tengok movie melayu kat wayang sebab dia downgrade kan betol pemikiran penonton.betol2 dia bodohkan penonton dengan jalan cerita ntah apa2..cerita pasal kura2 bercakap tapi CGI cam tahun purba punye effect,Dora the explorer nampak lagi real kot.tak ke hangin kita yg dewasa ni tengok.. masalah nya movie ni bukan tuk kanak2..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
- REVIEW MUNAFIK 2 -

Semalam aku terbaca satu review yang kata film ini tak best. Ya aku setuju tak best langsung! Sikit pun tak best, tapi rilex dulu. Maksud aku tak best langsung kalau kau tak tengok hahahaha. Best wei! Dia punya tahap best tu sampai popcorn dan air orange aku beli tak habis. Popcorn pun usik sikit saja. Sebab fokus punya pasal dan susah sangat nak cari masa untuk bernafas tenang sebab asyik terkejut. Boleh sesak nafas oi. Kuajaq betul .

Nasihat aku, kalau kau pernah ada kes dirasuk, sakit lemah jantung, pregnant dan semangat tak kuat, better jangan masuk. Ohya, budak-budak 10 tahun dan ke bawah juga kalau boleh better tak perlu ajak. Sebab member aku anak dia demam panas lepas balik dari panggung wayang. Effect trauma dan takut. Kalau nak bawa juga, risiko sendiri. Nasihat extra, sebaiknya bila tengok film sebegini make sure dalam keadaan "ada wuduk". Tak perlu banyak tanya, kalau nak buat, buat. Taknak sudah.

Ada babak yang buat kau seram sejuk dan nak terkencing di tempat kejadian. Ada juga babak kau nak memaki hamun asbab marah dan benci. Ada babak yang buat kau mengalirkan air mata keinsafan. Tapi kalau tak nangis, hati kau keras roy!

Aku tidak boleh memberikan sepenuh bintang di langit untuk film ini. Kerana aku tahu di atas langit masih ada langit. Jadi aku nak cari bintang extra kat langit lain nak bagi kat kesemua pelakon yang begitu cemerlang membawakan watak masing-masing. Fuh!

Syamsul Yusof- Membawa watak Ustaz Adam.
Maaf, aku tak tahu nak komen apa dengan beliau. Perfect!

Maya Karin- Membawa watak Sakinah. Walaupun Maya Karin nampak dah berusia tapi kehebatannya masih sama seperti hebatnya beliau membawa watak pontianak satu masa dahulu.

Nasir Bilal Khan- Membawa watak Abuja.
Ini watak paling menjadi bagi aku. Beliau terkenal menerusi peranannya sebagai Tok Adi dalam drama Tanah Kubur. Tapi dalam film ini kau rasa nak kubur dia. Nampak tak menjadi watak beliau?

Fauzi Nawawi- Membawa watak Umar.
Tak dapat disangkal lagi bagi lah apa jenis "character" sekalipun kat beliau, semua boleh jalan.

Mawi- Membawa watak Azhar.
Memang mawi dah bertahun tak muncul dalam pentas lakonan tapi beliau masih boleh dipuji dalam membawakan watak Azhar. Goodjob!

Fizz Fairuz- Membawa watak Azman.
Jejaka kelahiran Raub Pahang ini tidak mengecewakan dalam kebanyakan lakonan yang dibawakannya. Ya, figura ini pun boleh tahan hebatnya.

Zara- Membawa watak Aina.
Aku yakin dan percaya budak ini boleh pergi lebih jauh dalam dunia seni. Berbakat dan rugi jika tidak diasah.

Kalau korang perasan, dalam film MUNAFIK 1 sebelum ni, ada satu dialog yang begitu mendalam ayatnya tembus ke hati dan aku masih ingat sampai sekarang. Dialognya berbunyi,

" Akan ada satu (makhluk) lagi yang muncul dan menghasut anak adam selepas syaitan dan iblis iaitu DAJJAL ! "

Dialog inilah yang buat jiwa seni aku meronta-ronta untuk lihat kesinambungan di Munafik 2 and yes memang mereka berjaya relate kan dengan DAJJAL. Cumanya dalam munafik 2 ni lebih kepada anak buah dajjal. Puak yang sesat dan akidah terpesong.

Aku serius puas hati dengan mesej yang hendak disampaikan dalam film ini sama ada yang tersurat atau tersirat. Kerana ada babak yang mana pengarah film cuba nak perli golongan sesat seperti puak syiah.

Ustaz aku pernah pesan, untuk zaman mencabar sekarang nak selamatkan diri dan keluarga, kita kena beruzlah. Mengasingkan diri maksudnya. Tuan-tuan dan puan-puan, beruzlah ni dari zaman imam al ghazali lagi sudah disarankan untuk berbuat demikian.

Tujuannya untuk kita pergi menuntut ilmu yang boleh selamatkan kita di akhirat kelak dan bawa anak-anak serta isteri untuk kenal Allah. Perlu sangat ke mengasingkan diri? Ya, perlu sebab iman kita ini senipis kulit bawang sahaja.

Mengasingkan diri ni bukan kita bawa diri sorang-sorang dalam hutan. Gila namanya tu. Tapi kita membawa diri ke satu perkampungan yang mana di situ ramainya guru-guru alim dan orang-orang soleh yakni mereka yang siang dan malamnya hanya untuk bermunajat, bertasbih, mengagungkan dan mentauhidkan Allah. Inilah sebenarnya yang cuba dilakukan oleh Sakinah, beliau beruzlah kerana tidak mahu mengikuti ajaran sesat.

Untuk pengetahuan korang, Nabi SAW ada ajar kita untuk mengelakkan fitnah dajjal, dibaca ketika tahiyat akhir sebelum salam. Doa boleh rujuk kat bawah aku ada upload sekali kat bawah tu.

Alang-alang buat review, aku nak share juga bagaimana kita nak lindungi diri dari dajjal?

The most important thing is iman, Allah melindungi orang-orang mukmin. The problem of nowadays muslim is disconnection between us and sunnah, wallahi jika kita tahu siapa itu dajjal kita akan menangis, we will cry a lot.

Tak akan terlalu gembira dengan apa yang ada di dunia ni. Doalah selalu, selepas solat atau bila-bila masa sahaja, "Ya Allah lindungi aku dan keluargaku daripada jahannam."

Memorization of surah kahfi, verse 1-10. Ayat awal dan akhir. Nak selamat dari fitnah dajjal ni kena suruh semua orang hafal surah kahfi, ulang, hafal okay. Mak, ayah, kakak, abang, adik, suami, isteri, member, etc. Jangan 'selfish' nak selamatkan diri sendiri je. This will help us. I believe, the best gift that Allah giving to us after islam and guidance is memorize the quran and practice it.

Ingat, semua tempat akan dikunjungi oleh dajjal kecuali 2 tempat. Iaitu, Makkah dan Madinah. Dajjal is exist, no doubt, still alive and where is he? Wallahualam.

Last but not least, semakin banyak pemergian alim ulama, semakin kita 'terdedah' kepada fitnah penyebaran ilmu yang sesat. Agaknya bagaimana nanti jika esok kita menghadapi fitnah dajjal ? Ingat pesanan aku kat atas tadi, hafal surah kahfi. Itu bukan pesanan aku tapi pesanan tok-tok guru yang alim dan faqih.

Sesungguhnya Malaysia sudah kehilangan banyak butir permata bernilai seperti Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Fadzil Noor, Tuan Guru Haji salleh Musa, Tuan Guru Haron Din dan banyak lagi. Tak sanggup nak sebut semua kerana terlalu ramai. Maka tinggal lah kita yang jahil ini.

Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa'afie Wa'fuanhu..

Boleh tag seberapa banyak orang yang anda sayang jika anda "dapat sesuatu" dalam tulisan ini. Enjoy watching!

#ReviewMunafik2
#NurulHassanah

Credit to : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2013730188690578&id=100001608497114
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2018 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 30-8-2018 06:26 PM
maya karin happy dah 2 jota katanya cc@cmf_premierleag

knp iols rasa yg takleh terima pilem psl ni filem dakwah... nak berhibur tp sekali mcm kena ceramah haha
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
nishikido replied at 30-8-2018 07:20 PM
Oh yesss..betul lah u cakap tu.i silap movie..maklumlah masih trauma tengok cerita sampah ni,lulz. ...

Ha'ah. Keras kejung kura2 dia. Bukan siap boleh jalan dua kaki ke? Haha. Iolls pun tak ingat dah cerita dia mcm mana. Waktu tu kan KRU baru berjinak2 dgn teknologi.

Cerita melayu yang Iolls tgk wayang tak banyak, Nur The Movie, Istanbul Aku Datang, KL Gangster, Munafik dgn cerita apa tah aeril dgn wawa.

Bukan tak support, tapi nanti Raya tahun depan mesti keluar tv kalau cerita english puas hati tgk wayang. HD dia bagi cerah bijik mata.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
sherry_zaida replied at 30-8-2018 07:11 PM
Cerita ni pasal Nasir Bilal Khan (Abuya) yang munafik, mengamalkan ajaran sesat di kampungnya. Org k ...

Kalau dia kata standard Project budak sekolah, dia mesti taktau kewujudan filem Lagenda Budak Hostel. Tah sapa yang mengarah or produce filem tu. iolls tgk kat tv je haa. Sbb mmg standard telemovie je. Bajet rendah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Maknosia yg berhati abujar mmg takkn rase filem ni best. Bagi aku best je
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
aammyy replied at 30-8-2018 04:46 PM
Kolestrol vs cinta tu tgk trailer pun tak selera chuolls. Dgn dub suara dia mcm filem tahun 2000.  ...

Hah thats it. Mengantuk tgk citer tu. Weols pegi mase tu manusianya ada xsampai 10 org. Tula iols ckp bgus buat telemovie jer. Dah la 100% buat kt taiping. Apa je ada kt taiping tu utk pereka fesyen? Hihi bodo betul cerita tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 08:28 PM | Show all posts
2 juta lebih utk hari pertama tygn tu pun pre showcase...

chuols rasa...!!!!!!!....

p la support filem melayu....walaupun kata syamsul kayu laa....maya karin overrated laa...mawi kejung laaa...  tp hakikatnya munafik2 ni lain drpd yg lain....

calon top 5 best film FFM30 hujung tahun ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
nishikido replied at 30-8-2018 06:26 PM
Cinta si kura2 kah..movie paling bodoh pernah I tengok sebab member beriya nak tengok..mencarut2 I ...

Ye. Sbb pikir nk jaga hati kawan je pegi. Layankan. Bila tiba bab kami2, seboleh2 dia tak nak ikot. Hamjad punya perangai.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
nishikido replied at 30-8-2018 06:26 PM
Cinta si kura2 kah..movie paling bodoh pernah I tengok sebab member beriya nak tengok..mencarut2 I ...

Citer kolestrol vs cinta. Yg cinta si kura2 tu iols beli cd cetak rompak je. Tgk xhbs terus katup. Lemau je cerita. Tah hape2 mesej nk disampaikan pun xtau lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2018 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Munafik 1 pun aku x suka...hujung2 ending tetiba rasa preachy sgt jalan cerita dia. Bab lakonan, editing ok lah...tp jalan cerita serius samsul ni x berbakat berlakon dan jugak buat cerita yg santai...dia punya preachy smpi tahap mood ko utk bg interprestasi sendiri kt movie tu dh lari.

Yasmin ahmad pnh ckp movie x semestinya kena ada mesej... cukup skdr cerita... so x perlukan dia ni nak buat cerita tunggang terbalik last2 ko bg moral of the story ikut kefahaman ko.

Aku x cdg nk tgk munafik 2 slps kecewa dgn munafik 1.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols dh tgok. Memula rse mcm tak bestla. Sbb bg iols munafik 1 boring takbest dan bosan. Tgok skli dh cukup. So iols dipaksa tgok munafik 2. Siap free tiket so iols pun pergilah.

Sekaliiii. Dari awal strt movie dh mcm2 samsul bagi. Berterusan keseraman tu sampai nk ending bru rse mcm nk lepuk pijak muka abuya tu.

Iols agak suke impress dgn watak mawi aka azhar dlm ni. Iols laki suke tonasi dia berbanding ustz adam. Iols sedih ending azhar lagu tu. Tapi munafik 2 bg iols much better dari 1. Bg iols la. Hihihiii
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringin gak nak tengok. Cite munafik 1 pun tengok kat wayang gak, boleh tahan la cite dia. Tapi still the best iolss rasa khurafat. Dia punye keseraman n plot twist tu best.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Filem yg paling bodoh giler yg penah akak tgk filem kami mat motor bukan mat rempit arahan pekin... Akak tgk sebab terpedaya dgn poster filem tu... Babi hanat rupanya pekin watak utama. Dah la citer mcm hanat.... Dgn kamera pusing2 konon moto tgh berpusing... Kelakar bodoh giler mcm layak tayang kat tv2 je... Yg paling bodoh sekali, akak tgk kat gsc utk atmos theatre. Dah la wayang paling besar gsc bagi, last2 yg tgk xsampai 10 org.... Celaka sgt.. geram plak bila ingat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.074168 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list