CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: armin

Kerja gomen - ambil medical insurans tak untuk anak?

[Copy link]
 Author| Post time 29-10-2018 06:29 PM | Show all posts
cycra replied at 9-8-2018 11:05 AM
kalau tidak membebankan bajet keluarga ambil je lah,,sebab nanti kalau dpt treatment kat Gomen lamba ...

maybe akan ambil jgk utk baby. uols amik insurans apa? kalau baby demam pun blh warded ke? sbb insurans company ni ada sakit yg dorg tak cover. tp i tgk kwn husband baby dia mcm demam je pun blh masuk prince court, insurance cover
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2018 06:31 PM | Show all posts
greantea replied at 9-8-2018 04:32 PM
hospital bukak 24 jam. kalo pesakit luar tutup direct jek pg emergency. tp memang la nak kena tunggu ...

i pernah sakit malam2 tgh mlm tu pergi hkl, tunggu tak lama tapi kena jumpa pakar, dah la hari tu jumaat malam. pakar hkl pulak bukak isnin during office hour. u bayangkan i sakit gila time tu, i kena balik and dr bagi pain killer je sementara menanti hari isnin. Dah isnin, gerak pukul 7 tp doktor pukul 10 baru masuk. every 4 hours i telan pain killer time tu dalam keadaan pregnant sampai la dpt jumpa dr pakar. i rasa mmg lain la kalau pergi swasta.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2018 06:34 PM | Show all posts
haliamerah replied at 19-8-2018 03:48 PM
cover utk study tu mcm mane ye?... savings tu pilihan rasenye..kalau die setakat amik medical w/o  ...

yeke? baru i tau tak semua dicover. i thought cover semua. kalau pangkat tinggi2 tu maybe cover semua kot? kalau anak 4 ni better amik AIA insurans utk family. Dorang cover sampai 4 anak sekali dgn parents tak silap. Berbaloi la, murah. Kalau mcm iols anak sorg tak berbaloi, kena amik satu2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2018 06:34 PM | Show all posts
mbk replied at 21-8-2018 10:33 AM
Eloklah ambil kad perubatan until anak2. Sekarang nie pun pihak takaful dah Ada takaful untuk infant ...

oh ada cover since dlm perut? thanks i cari nanti
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 12:22 PM | Show all posts
armin replied at 29-10-2018 06:34 PM
yeke? baru i tau tak semua dicover. i thought cover semua. kalau pangkat tinggi2 tu maybe cover se ...

aia 4 anak berapa?..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2018 12:42 PM | Show all posts
armin replied at 29-10-2018 10:29 AM
maybe akan ambil jgk utk baby. uols amik insurans apa? kalau baby demam pun blh warded ke? sbb ins ...

Dulu satu keluarga ambil Prudential,,lepas tu bila anak bertambah Pru agak mahal,,jadi ambil AIA yang family tu,,since ejen yg Pru pun dah buat Aia juga,,cuma yang AIA ni x pernah la claim lagi,,alhamdulillah anak sihat,,tp time Prudential dulu anak sulung waktu kecik rajin kena batuk + penat,,so selalu la warded,
lagipun iols keje gomen yang ada klinik panel swasta,,so anak2 kalau takat demam2 biasa ni bawa pi klinik panel je laaa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2018 12:51 PM | Show all posts
armin replied at 29-10-2018 06:24 PM
clinical card tu under insurans company apa u? i tak pernah dgr. bagus jgk kalau ada boleh i apply ...

clinical xder yang under personal.. Company jer yang boleh beli and provide to their staff coz ada min application.company i pakai allianz
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
armin replied at 29-10-2018 06:34 PM
oh ada cover since dlm perut? thanks i cari nanti

Kalau you nak, saya boleh share plan takaful infant "Plan takaful impian".
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2018 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
armin replied at 29-10-2018 06:25 PM
buat masa ni anak lebih priority. utk kami maybe amik life insurance je dulu...

Yes. Itu lebih afdal kalau parents ambik life. Saya cadangkan ambik plan income replacement. Kalau berlaku musibah, plan tue boleh cover 10 years pendapatan gaji.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 01:32 PM | Show all posts
Edited by naqies at 14-12-2018 01:37 PM

salam maaf menyampuk...

tak kisah laa kerja apa pun goment atau swasta,

bagi pekerja goment, ye laa sakit kan GL bila2 masa bole je masuk hospital gomen, buat pe nak amik kad perubatan.  Kebiasannya bila dah sakit benda yang kita pikir kan dulu adalah aku nak dapatkan rawatan, dah tentu2 laa nak rawatan yang terbaik kan? selesa pun diambil kira. Hospital gomen kelebihan mereka adalah dari segi fasiliti yang lengkap dan tak semua hospital swasta ada facilities yang lengkap...

ye bagi yang ada staff benefits ramai yang amik mudah kad perubatan ni, sebab pada mereka alah company dah tanggung, ye betul company tanggung sbb anda masih lagi pekerja mereka...tp jika dah sakit dan tak bole bekerja adakah masih lagi company nak tanggung.. Company tanggung pun ada limit jugak..

kad perubatan ni bukan seperti kredit kad, dapat hari ni terus hari ni bole swipe pakai, ada waiting period 30 hari, 120 hari dan 12 bulan. amik kad perubatan adalah untuk sakit kemudian hari, org rasa membazir sbb ye laa amik muda2 ni sihat x pernah sakit, ada pun setakat demam2 biasa. Kita patut bersyukur sbb tuhan bagi kita kesihatan yang baik tak diuji dengan sakit diwaktu muda.. tapi mungkin ujian sakit kita ketika kita sudah berumur , hampir pencen dan waktu ni adalah waktu2 yg sangat kritikal kerana faktor usia dan kos rawatan.

hospital gomen tetap terbaik tetapi pesakitnye ramai, staff dan doktor kekadang tidak menang tangan untuk mengendalikan pesakit yang ramai, masa sangat kritikal disini kerana pesakit2 perlu menunggu giliran mendapatkan rawatan, kadangkala sesak apabila pesakit terlalu.

anda ada peluang untuk membuat pilihan apa yang anda mahukan untuk waktu anda diuji.  Banyak syarikat yang menawarkan pelan2 yang sesuai mengikut kesesuaian budget anda, yg murah yang mahal pun ada..

Bagi yang mempunyai ahli keluarga yang ramai maybe anda bole consider pelan keluarga yang lebih murah, sekurang2nya ADA dari tidak ada langsung.  try tengok pelan under CuepacsCare untuk keluarga x silap dalam rm85 -90 sebulan..walau limit tahunan cuma rm60k atleast tidak laa terpaksa menunggu wang derma untuk mendapatkan rawatan. (jgn pm saya pasal cuepacs care lak, sbb saya bkn org cuepacs, bole try google k)

Murah atau mahal itu pilihan mengikut kemampuan.  Kad perubatan membantu anda ketika anda memerlukan. tiada istilah membazir, elakkan berkira untuk melaburkan sejumlah wang yang masih anda mampu sekarang dari kemudian anda terpaksa menghabiskan simpanan penat lelah anda untuk menampung kos rawatan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2018 06:00 AM From the mobile phone | Show all posts
mbk replied at 2-11-2018 02:55 PM
Yes. Itu lebih afdal kalau parents ambik life. Saya cadangkan ambik plan income replacement. Kalau ...

Insurans apa ada income replacement tu? Btw iols ada terbaca pasal insurans utk penjawat awam, cuepacs care. Murah tp tak pasti mcm mana kalau nak claim. Takut kena bayar dulu ke.. atau susah nak claim ke.. ada siapa2 yg pakai tak?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2018 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
haliamerah replied at 30-10-2018 12:22 PM
aia 4 anak berapa?..

Tak ingat tp murah kot. Dlm 400-500 mcm tu rasanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2018 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
naqies replied at 14-12-2018 01:32 PM
salam maaf menyampuk...

tak kisah laa kerja apa pun goment atau swasta,

Itulah i baru check pasal cuepacs care. Tp tak pasti sbb i tgk form claim tu kena provide resit. Takut kena bayar dulu baru boleh claim, risau jgk. Kalau kena byr beribu2 dulu baru boleh claim pergi hospita gomen je. Nak kena buat research dlu.. and senang ke nk claim.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
armin replied at 15-12-2018 06:00 AM
Insurans apa ada income replacement tu? Btw iols ada terbaca pasal insurans utk penjawat awam, cue ...

Cuepacscare.

1)
SYABAS saya ucapkan kepada pihak yang bertanggungjawab mewujudkan skim perlindungan skim perlindungan kesihatan berkelompok pada harga mampu milik.

2) Skim ini dikendalikan oleh zurich takaful, dengan sumbangan bulanan kurang daripada rm100/sebulan untuk melindungi satu keluarga tanpa had bilangan peserta.

3) Perlindungan ini sehingga umur pemegang polisi 60tahun dan ada option 'renewal' sehingga 70tahun. Untuk anak, perlindungan sehingga umur 18tahun dan dilanjut kan kepada 23tahun jika masih belajar sepenuh masa.

4) oleh kerana harga nya murah, ia adalah kad perubatan mampu milik ketas semua penjawat awam di malaysia, badan-badan berkanun dan kuasa-kuasa tempata Dari pangkat tinggi sehinggi berpangkat rendah. Sumbangan bulanan adalah ditolak terus dari biro angkasa.

5) terma dan pengecualian secara asas nya sama sahaja dengan kad perubatan individu yang lain. Ada waiting period 30hari, sakit spesifik 120hari dan penyakit yang sudah sedia ada tidak dilindungi.

6) oleh kerana sumbangan yang rendah, maka perlindungan tahunan adalah terhad. Untuk individu had tahunan rm40k dan had setiap disability rm20k. Manakala untuk bekerluarga, had tahunan rm60k (berkongsi) dan had setiap disability rm20k.

7) maksud had setiap disability ialah had setiap penyakit dalam tempoh 90hari termasuk ketika didalam wad dan keluar wad/followup.

-sebagai contoh, dimasukkan kedalam wad sebab serangan jantung. Kos rm15k. Dua bulan selepas tu, dimasukkan sekali lagi kedalam wad sebab komplikasi jantung. Maka had yang ada ialah rm5k sahaja dan bukan lah rm20k.

9) jika kemasukan kedalam wad/followup dalam tempoh 90hari selepas kali terakhir tidak berkaitan dengan 1st admission, maka limit baru rm20k boleh digunakan. Jika berkaitan, maka limit sedia ada digunakan.

10) saya melihat dari sudut positif, untuk kes ringan seperti demam, acute appendicitis, kemalangan yang tidak teruk seperti kepatahan biasa, sangat bagus jika memiliki kd perubatan ini. Ia dapat mengelakan kesesakan di hospital kerajaan dan reserve untuk kes2 yang teruk sahaja.

11) dari sudut negative, saya berpandangan untuk kes kritikal seperti stroke, sakit jantung, polytrauma, kanser dan etc tidak memadai sebab kos sekali admission adalah sangat tinggi. Dan ada kad perubatan individu yang 'burst' /capai tahap limit apabila terkena sakit ini.

12) kad perubatan ini juga tiada agen yang akan assist. Maka semua klaim hendak lah dilakukan sendiri.

13) secara kesimpulan, saya cukup rekemen kan kad perubatan ini kepada yang mempunyai bajet yang sangat sangat terhad dan berniat untuk melindungi satu keluarga. Tetapi jika berkemampuan, ambil kad perubatan keluarga atau individu yang mempunyai limit yang tinggi supaya dikemuadian hari kad perubatan kita miliki ini adalah yang 'sustainable' dalam tempoh yang lama.

* kad perubatan ini mempunyai had kelayakan bilik rm150/night. Biasanya bilik kongsi 2. Jika upgrade ke bilik yang harga nya melebihi rm150, maka secara automatik pemegang kad kena bayar 20% dari keseluruhan bil. Contoh, jika bil rm10k, maka perlu bayar rm2k.

14) untuk plan pendapatan gaji atau income replacement plan nie pula jika berlaku musibah seperti didiagnose penyakit kritikal atau accident , boleh cover up loss income kita. Kalau meninggal, boleh tinggalkan pampasan tunai sebagai hibah ke pada pewaris.

Sekian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2018 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
mbk replied at 17-12-2018 05:16 PM
Cuepacscare.

1)

Tq sbb terangkan dgn detail sekali. I ingat nak ambil cuepacscare ni dulu. At least ada jgk la insurans. Cuma takde life insurans. I nak life insurans jgk. Ada suggestion life yg murah2?

Contoh i tgk life insurans uforlife.com.my

Kalau cover 100k, bayaran rm11 je sebulan. Tp harga insurans naik setiap tahun ikut umur. Life insurans ni tak kira kematian sbb apa pun kita blh claim kan? Kalau PA hanya boleh cover kalau mati sbb kemalangan saja.

Lagi satu untuk plan pendapatan gaji atau income replacement plan tu company apa yg ada? Sbb cuepacscare macam takde
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
armin replied at 17-12-2018 08:22 PM
Tq sbb terangkan dgn detail sekali. I ingat nak ambil cuepacscare ni dulu. At least ada jgk la ins ...

Alhamdulillah. Dah elok tue ada niat nak ambil. Untuk uforlife tue saya tengok lebih pada personal accident. Just cover death dan total permanent disability. Kalau nak tahu ia PA atau life insurance tengok pada harga. Kebiasaanya PA harganya murah kalau life insurance kosnya starting rm100 Dan keatas (tengok juga amount manfaat)

Ya life insurance cover death, accident, total permanent disability, penyakit kritikal. Dan ada tambabahan manfaat yg lain jika perlu seperti income pendapatan bulana. Jika didiagnose penyakit kritikal atau total permanent disability.

Untuk plan penggantian pendapatan atau income replacement tue mana2 syarikat Takaful ada. Kalau u nak, saya boleh tolong quotekan. Income replacement nie lebih pada life insurance.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2018 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
armin replied at 17-12-2018 08:22 PM
Tq sbb terangkan dgn detail sekali. I ingat nak ambil cuepacscare ni dulu. At least ada jgk la ins ...

Life Insurance tak Kira meninggal kerna apa memang cover. Kalau bunuh diri pihak Takaful atau I insurance beri pampasan jika polisi lebih dari 1 tahun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2018 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
mbk replied at 18-12-2018 10:53 AM
Alhamdulillah. Dah elok tue ada niat nak ambil. Untuk uforlife tue saya tengok lebih pada personal ...

U blh quote utk company apa? Blh la bg quotation je tp mcm mahal jgk if life insurance rm100 ke atas.. melebih budget buat masa ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2018 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
armin replied at 18-12-2018 11:42 AM
U blh quote utk company apa? Blh la bg quotation je tp mcm mahal jgk if life insurance rm100 ke at ...

Nanti pm saya details tarikh lahir, pekerjaan. Saya sarankan ambil yg basic dulu death dan total permanent disability dulu. Then bila ada increament pendapatan bolehlah add manfaat yg lain. Tahniah ambil langkah untuk perlindungan Takaful
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Hi, my name is Allysha. I takaful advisor from Great eastern. If you don’t mind, i can help you to figure out what’s the best education policy for your kids  Here my number 019-3407990, or my fb, Nur allysha dayana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.062667 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list