CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Naurah_rik

Suara Misteri Waktu Senja

[Copy link]
 Author| Post time 17-4-2017 09:30 AM | Show all posts

betul. saya fikir pun mungkin 'igauan' terdengar suara sebab terbabas tido sampai ke maghrib. dapat la habuan.

tapi.

semalam. jam 3 pagi bangun sebab anak nak menyusu. lepas abes je nyusu, sambil dodoikan anak balik. Terdengar suara perempuan sayup-sayup. 'aku ada dekat atas'. lepas tu saya cuba amati lagi suara tu. memang kedengaran sayup-sayup. 'aku ada dekat atas'.

entahla. tak tau kenapa badan saya rasa lemah sangat.

2 3 hari ni rasa tak sedap hati. tapi fikirkan mungkin sebab nak datang bulan. sebab tu mood swing. tapi hati ni mula dah rasa mungkin sebab rumah yang saya sewa sekarang. dengar-dengar ramai yang dah tak tahan. tapi alhamdulilah dah genap setahun saya tinggal takde la dia gurau-gurau kasar lagi.

tapi tu la. sejak dengar suara time senja tu. rasa hati tak sedap. sebab tu open cerita sini. rata-rata 'sependapat' mainan setan. tapi mungkin juga kebetulan. sejak hari tu, bila lintas je bilik tengah mesti pintu bilik terbuka. suami cakap angin tolak. tapi bila tarik pintu rapat ke pemulas pintu bole terbuka. yang pelik, akan terbuka bila saya lintas.

tolong bagi cadangan dan ayat penyedap hati.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2017 11:20 AM | Show all posts
Naurah_rik replied at 17-4-2017 08:30 AM
betul. saya fikir pun mungkin 'igauan' terdengar suara sebab terbabas tido sampai ke maghrib. dapa ...

u duk umah apartment ke teres? maybe kalau apartment ada org2 atas yg still belum tido kot.. or boleh jadik suara jiran ke.. tapi kalau rasa cam bunyi dalam bilik, dekat betul.. mungkin ye la kot ada setan jin yg nak mengganggu. amalkan Al Mathurat tgk camne..pastu biar azan selalu kat dalam umah tu.. ngaji or kalau tk boleh, pasang dr youtube ke apa.. lari la nanti benda2 tu.. lagi satu, kadang kita nie penat letih from aktiviti harian or emosi ke apa.. memang lagi suka la jin2 nie nak mengacau sebab tenaga kte lemah. tu kena perkuatkan ngan zikir and amalan2 rohani la senang cakap.. tu pesan mak i.. i panjang2kan je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2017 03:11 PM | Show all posts
ninjago replied at 17-4-2017 10:20 AM
u duk umah apartment ke teres? maybe kalau apartment ada org2 atas yg still belum tido kot.. or bo ...

i duduk rumah teres. sebelah rumah kiri ada jiran, kanan kosong. atas ade syiling je. huhu
terima kasih dear for advise.



Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2017 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Setan memang kerjanya menipu umat Nabi Adam. Jangan terbawa2 sangatlah dik. Aku dulu ada kawan opis pengkid. Lagi 5 hari nak besday dia, dia tido kat surau masa nak masuk Asar. Tetiba dia kata pintu surau terbukak, masuk 6 orang bertelekung duk keliling dia. Opis kitorang tu kilang abandoned sebab bankrap dan cuma 4 orang jee guna surau yang itu untuk solat.
Acik2 6 orang bertelekung tu cakap, bertaubatlah cuma tinggal 5 hari saja lagi. Dia memati ingat dia nak mati, terus solat lepas tu. Kejap jer lah. Sekarang dia masih lagi pengkid nak menapouse. . Mintak perlindungan hanya dari Allah SWT. Tak ada apa2 tu insyaallah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2017 03:49 PM | Show all posts
Naurah_rik replied at 17-4-2017 09:30 AM
betul. saya fikir pun mungkin 'igauan' terdengar suara sebab terbabas tido sampai ke maghrib. dapa ...

tt.. iols x dpt bg ayat penyedap hati sb iols dh mula rse waaaaa seram!
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2017 04:47 PM | Show all posts
Nenasketum replied at 17-4-2017 02:38 PM
Setan memang kerjanya menipu umat Nabi Adam. Jangan terbawa2 sangatlah dik. Aku dulu ada kawan opis  ...

tak tau la nak seram ke nak gelak baca cite kak nenas nie.. horror-comedy gitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2017 11:02 PM | Show all posts
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


1. Selalu kalau nak doa utk elak gangguan di rumah..elok selalu baca Al Quraan Surah Al Baqorah.


2. Ada juga sahanat Uncle selalu cadangkan ..baca ayat ayat yg dihimpun dalam satu kitaab kecil.."Kitab Manzil"
(kitab ni selalu kedai buku jual RM 3 je satu..nipis je..)
ianya terkandung himpunan Ayat Ayat Al Quraan..yg fadhilat membacanya..agar Allah swt melidung kita drp sebarang gangguan dan mara bahaya..
bagus juga amalkan yg ini..

Cubalah TT amalkan..

Uncle doakan TT gembira dan aman bahagia di samping keluarga..,bebas drp sebarang gangguan ...aminnn
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2017 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
pernah tak terfikir waktu maghrib adalah permulaan hari, asar penghujung hari...e.g waktu maghrib adalah permulaan hari jumaat, waktu asar penghujung hari jumaat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2017 04:10 PM | Show all posts
TT...sambung kat sini...sila sambung cerita eh...nak tauuuu
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2017 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
nuc replied at 26-4-2017 05:33 PM
pernah tak terfikir waktu maghrib adalah permulaan hari, asar penghujung hari...e.g waktu maghrib ad ...

Memang ikut waktu dan kalendar Islam, permulaan hari adalah lepas waktu maghrib dan lepas asar adalah pengakhiran hari
Tahun baru pun lepas masuknya waktu maghrib, bukan lepas detik 12 malam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2017 09:56 AM | Show all posts
burungantu replied at 17-4-2017 10:02 PM
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

amin.. ye betul uncle. sekarang mmg saya amalkan ayat manzil nih. selalu baca lepas solat dan amalkan baca ayat kursi 7 penjuru untuk pendinding

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2017 09:58 AM | Show all posts
xtahumenahu replied at 24-7-2017 03:10 PM
TT...sambung kat sini...sila sambung cerita eh...nak tauuuu

oh ok, jap ye saya copy post. sebab hari tu dah buka new thread. tapi kena marah dgn mod. hihi. sory sory tak tahu. ingatkan nak kongsi pengalaman dan pengajaran yg saya dapat dalam tempoh berubat tu. tapi nak tanya sikit mod cakap nak tacang? tacang tu apa eh?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2017 10:00 AM | Show all posts
Mokcun replied at 24-7-2017 09:44 PM
Memang ikut waktu dan kalendar Islam, permulaan hari adalah lepas waktu maghrib dan lepas asar ada ...

ha ah kan. ramai yang komen mcm ni. baru saya terfikir. tapi tu la. hari tu betul-betul badan tak sihat. mengantuk betul

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2017 10:00 AM | Show all posts
ok sini sambungannye. sebenarnya hari tu dah buka new thread. sory ye mod..

saya copy paste sini

Assalamualaikum

Hari ini aku kumpul kembali kekuatan untuk menaip satu persatu. Satu pengalaman yang takkan aku lupa selagi mana nyawa dikandung badan. Seperti thread sebelum ni SUARA MISTERI DI WAKTU SENJA rupa-rupanya 'sedikit' petunjuk apa yang bakal terjadi pada aku.

Aku percaya selagi mana kita menjaga tingkah laku, kata-kata dan adab dalam bergaul dengan orang insyallah kita akan dijauhkan dengan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan ke atas kita seperti, pergaduhan, pertengkaran dan hasad dengki hamba Allah yang lain. Jujurnya sedikit pun aku tak pernah bayangkan perkara ini terjadi pada aku.

Jika anda membaca thread yang sebelum ini DISANTAU BEKAS ISTERI TUNANG thread kali ini juga boleh dikatakan rentetan apa yang terjadi sebelum ini. Maaf jika intro terlalu panjang. Hihi

Total 3 perawat yang aku cuba ikhtiar aku gelarkan mereka ;
1) kakak
2) ustaz penipu
3) ustaz pondok

Selang beberapa hari aku post SUARA MISTERI DI WAKTU SENJA, jujurnya apabila tiba waktu tengah hari, asar dan sehingga ke subuh esoknya aku sering berasa berdebar, dan miang seluruh badan. Miang + pedih setiap inci badan aku. Aku berasa sangat sakit seolah olah urat aku digenggam dan dipulas-pulas. Ianya akan hilang usai waktu subuh. Aku boleh berkerja dengan aman sehinggalah tiba waktu asar dan sakit itu akan kembali menyerang. Aku biarkan sakit tu berlanjutan beberapa hari. Sebab fikiran aku berasa serabut sangat. Aku lansung tak fikirkan dimana nak carikan ubat untuk sakit yang menyerang aku di waktu tertentu ini. Tahu apa yang aku fikirkan? Di office, aku lebih fikirkan macam mana caranya untuk aku berpisah dengan suami. Ya, aku seolah-olah dikerah untuk berfikir di mana silap suamiku untuk aku jadikan alasan untuk berpisah. Sedangkan suami aku adalah suami dan ayah yang baik untuk aku dan anak kami yang berusia dua tahun itu.

Kemuncak segala kesakitan adalah selepas asar, masa tu aku masih di tempat kerja. Aku berasa sangat-sangat miang + pedih + seluruh badan aku berpeluh + sejuk. Habis waktu kerja aku cepat-cepat pulang ke rumah dan mintak suami bawakan aku ke hospital. Semasa dalam perjalanan ke hospital, entah macam mana aku tiba-tiba berubah fikiran. Aku minta suami membawa aku berubat ke kakak yang ubatkan aku dulu. (Orang yang sama ubatkan aku di thread DISANTAU BEKAS ISTERI TUNANG). Macam biasa, sampai ke rumah kakak tu. Kami terpaksa menunggu giliran hampir 2 jam dan kami adalah pesakit yang terakhir malam tu. Waktu dah hampir pukul 11malam.

Semasa sesi soal jawab dan rawatan kakak tu cakap 'orang yang sama buat'. Tapi kakak tu tak cukup bahan untuk ubatkan aku. Bila dia pegang jari kaki aku, tiba-tiba dia cakap ada 'benda'. Pada masa yang sama, di sebalik dinding luar rumah suami mendengar bunyi seolah-olah hentakan yang kuat. Kakak tu minta kami pulang dahulu dan esoknya kembali sekali lagi bersama bahan perubatan yang dia pinta. Balik malam yang berubat dari kakak tu malam tu aku lansung tak boleh lena. Setiap kali aku nak pejamkan mata aku berasa aku nak jatuh dari tempat yang tinggi.

Bahan yang kakak tu mintak aku sediakan adalah ;
buah kelapa 1 biji,
air kolah 3 masjid,
buah limau purut 3 biji,
sintok dan 7 jenis bunga.

Keesokan hari, aku ke rumah kakak tu bertemankan mak dan ayah aku. Sebab suami aku kena kerja. Aku pergi ke rumah kakak tu di siang hari. Sampai sahaja ke rumah kakak tu, rezeki kami tak perlu tunggu lama untuk tiba ke giliran kami. Bila kakak tu mulakan rawatan, pertama kali dalam hidup aku aku dirasuk. Maaf jika ada anda yang tidak percaya apa yang aku nak sampaikan seterusnya. Setiap kali aku dirasuk, yang mengawal percakapan tu bukan aku. Tetapi pada yang sama, aku tahu aku 'sedar'. Aku seolah-olah disekat untuk mengeluarkan kata-kata. Tetapi secara totalnya 'dia' hanya mampu mengawal percakapan aku bukan keseluruhan jasad aku. Aku sendiri pun sampai sekarang masih keliru. Adakah orang yang dirasuk boleh sedar? Tetapi walaupun seolah-olah ada 'orang lain' dalam tubuhku aku sentiasa berzikir tanpa henti. Itu sebabnya aku masih boleh menaip untuk buka thread ni berkongsi pengalaman dengan anda semua. Sebab aku 'SEDAR'. Dan oleh kerana aku sedar, maka aku juga merasa kesakitan yang sangat perit bila di baca rukyah dan di ancam oleh perawat. (total 3 perawat yang aku cuba ikhtiar, baca sampai habis ye)

OK sambung, ................

Bila kakak tu picit ibu jari aku, aku rasa seperti ada sedikit cubitan. Sakit tetapi tidaklah sakit sangat. Sakit tu di skala 2/10 ..... Perkataan pertama yang terbit dari mulut aku adalah 'AKU SAKIT HATI!'. Masa tu aku berasa kepala aku seolah-olah sangat kebas + kembang. Kakak yang merawat aku memaksa dia keluar dari jasad aku. Ditekan-tekan jari aku, dan masa tu 'dia' mengaku yang dia nak keluar. Tapi jujurnya aku berasa seperti 'dia' masih ada. Selesai rawatan dengan kakak tu. Dia minta aku minum air yang dia jampi dan mandi dengan air 7 bunga dia sediakan. Balik rumah, kakak tu pesan suruh minum air kelapa dengan 1 nafas.

Aku ingatkan selesai rawatan siang tu aku 'dah bebas'. Rupanya ada kesan rawatan siang tadi berlarutan ke malam.

.................. jap g aku sambung.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 10:16 AM | Show all posts
Naurah_rik replied at 26-7-2017 09:58 AM
oh ok, jap ye saya copy post. sebab hari tu dah buka new thread. tapi kena marah dgn mod. hihi. so ...

tacang tu kira point...itu mod yg akan bagi...based on penulisan, kira cam kredit laa atas penulisan yang baik
tinggi tacang...tinggi pangkat...tinggi access
ikot pemahaman sy yerr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2017 11:15 AM | Show all posts
Edited by Naurah_rik at 26-7-2017 10:24 AM

Malam tu lepas balik dari berubat dari kakak tu, nampak je muka suami aku rasa sebak semacam. Kebetulan malam tu mak ayah aku suruh aku stay rumah diaorang dulu.

.............................

MALAM
Anggaran 8.15malam aku tengah cuci botol anak aku. Tak semena-mena tingkap dapur macam ada orang ketuk. Aku ignore je. Perasaan mungkin. Lepas tu bunyi lagi dalam 4 5 kali macam tu la. Hati aku tetiba rasa sebak. Aku cepat-cepat basuh botol anak aku dan bergegas ke ruangan makan.

Adik aku ada tegur kenapa muka aku pucat. Aku jawab takde apa. Sebenarnya time tu entah kenapa aku asyik rasa sebak. Suami aku ada tegur, 'awak ok ke?' .. aku jawab TAK.

Bila sahaja aku jawab 'TAK' aku rasa sebak yang aku tak boleh tahan-tahan lagi. Aku tetiba menangis sepuas-puasnya. Kelam kabut time tu adik aku capai anak aku dan bawa jauh. Diaorang takut aku apa-apakan anak aku. Perasaan sebak tu rasa macam di dorong. Susah nak kawal. Dalam masa yang sama aku rasa suhu badan aku sejuk + panas.

Muka dan leher aku rasa kebas+kembang. Aku rasa lemah. Nampak je muka suami aku, aku rasa dendam dan benci teramat. Segala makian aku lempar. Aku sedar masa tu aku bukan aku yang sebenarnya. Aku time tu adalah Aisyah! Demi Allah macam terpapar image di minda aku time tu wajah bekas isteri suami aku padahal aku lansung tak pernah sekali pun bertemu dengan dia. Macam mana aku pasti itulah ada dia, bilamana adik ipar aku send gambar dia untuk kepastian aku. Segala percakapan aku berubah 100% dari segi intonasi, dan dialek.

Aku yang didalam seperti terkunci untuk berbicara. Terkunci untuk mengawal perbuatan. Aku rasa sangat sangat lemah. Suami asyik mintak untuk aku jangan berhenti menyebut Lailahaillallah .. Dan istigfar. Sedaya upaya aku cuba dari dalam ikut mengucap Lailahaillallah tanpa henti. Time tu aku rasa seolah terlepas dari ikatan dan badan rasa kembali ringan. Pada masa yang sama, aku rasa sangat-sangat panas. Mungkin dari kesan kalimah Lailahaillallah yang suami, adik adik ucap tanpa henti tu.

Aku tahu, dia masih ada cuma dia tak sekuat mana untuk melawan kalimah Lailahaillallah. Aku seorang yang penakut jujur aku katakan sikitpun aku tak nafi. Ramai saudara aku tahu yang aku penakut. Tapi untuk pertama kalinya aku tak tahu dimana aku dapat ilham dan kekuatan untuk melawan dengan 'dia' jin Aisyah agar tidak terusan merasuk aku.

Aku tahu, dan sengaja menaip dengan nama sebenar. Setiap kali aku menaip aku tahu seakan menyeru. Tapi aku juga tahu dia bekas isteri suami aku tak kan pernah berhenti menyihir agar aku mati atau kami suami isteri berpisah. Dan aku juga ingin nyatakan dan sampaikan bilamana Allah masih tetapkan yang kami suami isteri masih mempunyai jodoh, selagi mana nyawa aku dikandung badan aku juga yakin Allah takkan biar hamba dia terusan dianayai.

sory sory jap g aku sambung ..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2017 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
aku selalu je tido time senja. mujur ngakk apa2an
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2017 02:22 PM | Show all posts
shanshero replied at 26-7-2017 07:16 PM
aku selalu je tido time senja. mujur ngakk apa2an

saya tido time senja tu nak dijadikan asbab atau mungkin petunjuk dan sememangnya tanpa sedar saya memang telah disihir.
tapi apapun time senja tu kalau bole elakkan tido.

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 06:05 PM | Show all posts
Bertabahlah tt
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.066443 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list