CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: uniq61

Bila umat Islam berbuka di gereja

 Close [Copy link]
Post time 6-7-2016 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
37. (yaitu) orang-orang yang kikir, dan menyuruh orang lain berbuat kikir, dan menyembunyikan karunia Allah yang telah diberikan-Nya kepada mereka. Dan Kami telah menyediakan untuk orang-orang kafir siksa yang menghinakan. [Surah An-Nisa]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2016 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
38. Dan (juga) orang-orang yang menafkahkan harta-harta mereka karena riya kepada manusia, dan orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian. Barangsiapa yang mengambil syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah teman yang seburuk-buruknya. [Surah An-Nisa]

Keterangan ini termasuklah hal ehwal sumber yg dinafkahkan kpd org lain utk berbuka puasa. Ayat ini dinyatakan secara umum mereka yg menafkahkan hartanya utk maslahat umum. Sekiranya terdapat agenda utk memburukkan agama Islam, maka....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2016 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Keterangan ini menyambung keterangan ayat sebelumnya (ayat 38) 39. Apakah kemudharatannya bagi mereka, kalau mereka beriman kepada Allah dan hari kemudian dan menafkahkan sebahagian rezeki yang telah diberikan Allah kepada mereka? Dan adalah Allah Maha Mengetahui keadaan mereka. [Surah An-Nisa]
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2016 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
40. Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar. [Surah An-Nisa]

Maka syarat ini diperjelaskan dgn jelas sesuai dgn amanah yg diberikanNya menurut petunjukNya. 3 ayat seterusnya anda semua baca sendiri k?

Selamat Hari Raya
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2016 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by alasala at 6-7-2016 04:38 PM

Rujukkan : http://fiqhsyariah.blogspot.my/2 ... id-syariah.html?m=1

Apakah Maqasid Syariah?
Maqasid Syariah merupakan suatu ilmu yang harus dipelajari terutamanya bagi ulama fiqh agar setiap ijtihad dan pendapat yang diberikan bertepatan dengan kehendak syariat.

Maqasid Syariah secara ringkasnya bermaksud tujuan, natijah, atau maksud yang dikehendaki oleh syarak melaluli sumber dalil Al-Quran dan As-Sunnah. Secara umumnya juga Maqasid boleh didefinasikan sebagai: Mewujudkan kebaikan, menolak keburukan, dan menghilangkan kemudharatan.

Ilmu Maqasid Syariah secara ringkas terbahagi kepada 2:

(Maqasid Al-Khitab)

Maqasid Al-Khitab ialah maksud yang tersirat disebalik nas atau ayat al-Quran dan hadis. Ia digunakan apabila nas syarak mempunyai dua makna iaitu:
Zahir makna dalil bukan atau tidak seperti maksud yang dikehendaki
Makna kedua, atau makna yang tersirat dari dalil itu yang sebenarnya dikehendaki
   
(Maqasid Al-Ahkam)

Maqasid Al-Ahkam merupakan jawapan atau penerangan kepada persoalan yang timbul daripada kehendak syarak dalam Maqasid Al-Khitab.

Seperti contoh, jika terdapat dalil yang menyuruh ambil sebahagian dari harta orang islam untuk dijadikan sebagai zakat, maka Maqasid Al-Khitab yang akan menentukan bahawa perintah ini perlu dipatuhi oleh semua orang islam hatta pemimpin negara sekalipun terikat dengan perintah ini, maka Maqasid Al-Ahkam yang akan menerangkan kenapa kenapa kita perlu ambil harta orang dan beri zakat kepada orang lain? mengapa hanya Asnaf yang layak menerima zakat, apakah hikmah disebalik tu dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2016 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by alasala at 6-7-2016 04:32 PM

Sumber rujukkan : ABIM

Maqasid Syariah antara eleman penting dalam Islam. Namun ramai masyarakat masih keliru dan kurang memahami konsep itu walaupun ia bukan gagasan baru. Wartawan Selangor Kini, HAFIZAN TAIB mewawancara Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abd Manan

Soalan:- Apa definisi Maqasid Syariah dalam konteks Malaysia apabila konsep ini diperkenal. Adakah ia baru atau lama? Bagaimana perkembangan konsep ini bermula sehingga kini?

Amidi:- Maqasid Syariah secara la-teralnya boleh diterjemah se- bagai tujuan atau maksud syariah. Ia menjurus kepada tujuan pensyariatan yang berupaya menghasilkan maslahah (kebaikan) kepada umat dan mencegah kemudaratan. Merujuk kepada pandangan al-Raysuniy yang mengumpamakan Maqasid Syariah sebagai buah yang dipetik hasil dari pelaksanaan syariat.

Maka ini juga bermaksud ada pelaksanaan syariat yang gagal mencapai buah seperti yang diimpikan. Maqasid Syariah adalah bidang yang lama dibincangkan oleh ramai ulama Islam dahulu. Ada berpandangan ia dimulakan oleh Imam al-Ghazali sendiri yang menggariskan kewujudan lima objektif utama syariah iaitu:

1. Pemeliharaan agama (hifz al-din)

2. Pemeliharaan jiwa (hifz al-nafs)

3. Pemeliharaan akal (hifz al-a’ql)

4. Pemeliharaan keturunan (hifz al-nasl)

5. Pemeliharaan harta (hifz al-mal)

Perbincangan berkaitan Maqasid Syariah berkembang dengan perbincangan yang dipelopori antaranya oleh Imam al-Shatibiy, Ibn Taimiyah, al-Amidy dan beberapa tokoh ulama lain. Selain itu, al-Qurafiy memasukkan objektif keenam iaitu Pemeliharaan Maruah (hifz al-‘irdh) dan pandangan itu selari dengan al-Tufiy dan al-Qurafiy.

Terdapat anjakan perbahasan dalam Maqasid Syariah umpamanya perbahasan mengenai Hifz al-aql yang pada mulanya hanya meliputi kehilangan fungsi aqal akibat pengambilan al-khamr (perkara yang memabukkan) kepada objektif pembangunan ilmu yang membina daya fikir saintifik dan menghindar budaya taqlid melampau.

Soalan:- Apakah peranan prinsip Maqasid Syariah dalam pembinaan negara berbilang kaum dan agama di Malaysia? Bagaimana titik pertemuan dapat diwujudkan melalui pemahaman Maqasid Syariah?

Amidi:- Dr Jamal al-Din ‘Atiyah mengemukakan sudut pandang yang agak berbeza. Beliau menyarankan, dari lima objektif unggul syariah kepada empat ranah kehidupan manusia iaitu individu, keluarga, umat dan kemanusiaan sejagat. Terdapat tujuh objektif dari sudut keumatan dan kemanusiaan iaitu:

1. Memastikan wujudnya umat secara nyata dengan esensi hakikinya, dan ciri-ciri khasnya.

2. Objektif pencapaian keamanan, keselamatan dan kedamaian

3. Objektif penegakan keadilan

4. Objektif pemeliharaan agama dan akhlak

5. Objektif kerjasama dan saling bantu

6. Objektif memelihara kewarasan akal dan membangun budaya ilmu

7. Objektif pengimarahan bumi dan pemeliharaan harta rakyat

Dari pandangan beliau, masyarakat Islam seharusnya mampu bekerjasama dengan setiap lapisan masyarakat bagi mencapai hasrat pensyariatan Islam. Ia hanya boleh direalisasi menerusi hubungan sihat sesama anggota masyarakat.

Soalan:-Bagaimana menetapkan keutamaan dalam pelaksanaan Maqasid Syariah berjalan lancar dan bijaksana dalam hal ehwal perundangan dan politik?

Maqasid Syariah datang dengan pakej yang terpadu. Ia tidak hadir secara juziyy memandangkan risalah telah dimuktamadkan. Oleh itu bagi memastikan ia dapat dilaksanakan secara terpadu, maka ia memerlukan kefahaman, kesedaran dan kebijakan semua pihak khususnya gandingan umara’ dan ulama.

Jelas ia amat berkait dengan kesepaduan ilmu. Ulama seharusnya melengkapkan diri dengan segala ilmu dan kemahiran agar kompeten sebagai tempat rujukan umat. Manakala kelompok umara’ pula mestilah mampu mengendalikan urusan umat secara cekap, amanah dan berhemah.

Soalan:- Bagaimana Maqasid Syariah dapat berfungsi dalam erti kata sebenar berasaskan permuafkatan Syura yakni menolak konsep kediktatoran dalam membuat keputusan?

Maqasid Suariah sendiri bersifat dinamik. Sebagai pemerintah yang diinspirasi oleh Maqasid Syariah, segala perubahan lingkungan, tuntutan semasa perlu mampu ditangani dengan cekap dan berkesan. Mendepani cabaran hidup yang semakin ruwet, maka sistem syura perlu diperkemas sebagai mekanisme maklum balas berkesan dari rakyat.

Tiada ruang bagi kepimpinan secara diktator jika ingin merealisasikan Maqasid Syariah.

Soalan:- Dalam menolak fahaman ekstremisme dan pelampau, bagaimana Maqasid Syariah dapat difahami untuk mewujudkan masyarakat wasatiyyah dan bertoleransi demi kebaikan ummah?

Sebagaimana yang dinyatakan pada awal perbincangan, masyarakat wasatiyyah seharusnya ditakrif sebagai masyarakat yang seimbang dan secara seadilnya perlu memahami perbezaan antara wasilah (jalan) dan ghayat (tujuan).

Contohnya, pandangan Dr Yusof al-Qaradhawi yang menyatakan bahawa pemakaian jilbab (tudung) itu adalah wasilah manakala ghayahnya pula adalah kesopanan.

Memakai jilbab yang tidak bersekali dengan kesopanan tidak akan melahirkan keindahan syariat. Oleh itu, masyarakat seharusnya tidak terheret kepada perdebatan yang merugikan.

Soalan:- Bagaimana sistem DUN/Parlimen menepati kehendak Maqasid Syariah yang akhirnya membawa kebaikan dan keadilan kepada rakyat pelbagai agama dan kaum?

Perbahasan topik Islam dan demokrasi berlangsung dengan pelbagai pandangan. Sebagaimana yang dinyatakan tadi, seharusnya DUN atau Parlimen/Dewan Rakyat sewajarnya menjadi tempat pemimpin mendapatkan maklum balas bagi memastikan Maqasid Syariah tercapai.

Cuma yang diperlukan adalah ‘listening government’ yang peka, prihatin dan cekap dalam menangani maklum balas. Seumpama Nabi Sulaiman yang tidak mengecilkan kepimpinan sang semut dalam menyelamatkan umatnya.

Soalan:- Bagaimana Maqasid Syariah dapat membangunkan ummah dan menjadi penjaga kepada hak asasi manusia?

Dalam membicarakan mengenai hak asasi manusia, beberapa kaedah usul fiqh yang berlandaskan Maqasid Syariah mula mendapat perhatian pemikir Islam pada peringkat antarabangsa. Ia didahului dengan sikap keberanian berhadapan dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Barat.

Islam terlebih dahulu mengangkat darjat manusia seluruhnya dengan penyataan al-Quran (17:70) yang menggunakan istilah Bani Adam yang merujuk kepada semua manusia sama ada Islam mahupun bukan Islam, mempunyai kemuliaan (takrim).

Dalam membahaskan istilah takrim (kemuliaan), Ibn Abbas berpandangan ia terletak pada daya intelektual atau akal yang dipunyai manusia. Dari keintelektualan, manusia diberi ruang untuk melakukan pilihan yang mempunyai risiko sama ada di dunia ataupun di akhirat.

Oleh itu, sebarang cubaan untuk menggugat akal manusia dengan menafikan keperluan kehidupan seperti pendidikan, makanan, tempat tinggal dan lain-lain adalah pencerobohan terhadap hak asasinya. Oleh demikian, ada jurang perbezaan besar antara individu yang merdeka dan tidak merdeka di sisi syariat Islam. Maqasid Syariah yang semakin berkembang dalam kesarjanaan Islam mampu merungkai dan menjadi penjaga hak asasi manusia.

Namun, Yusof al-Qaradhawi mengingatkan, walau ada ruang memilih, kita harus sentiasa mendahulukan nas berbanding maqasid.Kerana dalam nas, terkandung maslahah sebenar yang merupakan tujuan Islam diturunkan sekaligus mendasari Maqasid Syariah.

Soalan:- Dalam konteks Selangor, bagaimana untuk menterjemah konsep Maqasid Syariah supaya difahami masyarakat tanpa meninggalkan persepsi negatif terhadap pelaksanaan Undang-undang Syariah?

Amidi:- Pelaksanaan undang-undang syariah berteraskan Maqasid Syariah perlu dilakukan dengan mind set (pemikiran) yang betul. Maqasid Syariah adalah perimeter berkaitan kualiti masyarakat. Contoh, bagi hifz al-nafs (pemeliharaan diri), yang turut terkait adalah kualiti perkhidmatan kesihatan.

Bukan sekadar keselamatan nyawa dari ancaman pembunuhan tetapi seharusnya ia dilihat dari kaca mata penjagaan kesihatan menerusi segenap cara dan upaya. Kualiti makanan, contohnya juga terkandung dalam pemeliharaan diri. Oleh itu, penjualan makanan tidak berzat dan berisiko terhadap kesihatan harus dihenti.

Selain itu, kepakaran dari sudut kesihatan perlu dipertingkat. Tenaga pakar seperti pegawai perubatan, jururawat, pembantu perubatan, paramedik perlu disediakan secukupnya. Dari sini jelas, pelaksanaan undang-undang syariah bukan agenda segelintir ahli masyarakat. Seluruh warga Selangor perlu digerakkan bagi menjayakan agenda ini.

Langkah secara ‘jamaiy’ (kolektif) mesti digerakkan segera. Ia mesti keluar dari gelanggang persaingan politik kepartian. Tiada siapa yang menang atau kalah jika perundangan syariah dilaksanakan.

Yang menang adalah umat di Selangor kerana mendapat manfaat sewajarnya. Undang-undang Hudud dan Maqasid Syariah, apakah ia dua konsep berbeza, mana yang menjadi keutamaan dalam konteks Malaysia? Perundangan Syariah jangan dilihat dari aspek hudud semata-mata.

Maqasid Syariah dan Perundangan Syariah adalah dua muka dari syiling sama. Pertelingkahan berkaitan pelaksanaan undang-undang syariah tidak wajar dijadikan polemik sesama umat Islam. Di sana ada ruang berbeza pendapat dan seharusnya kita gunakan dengan penuh beradab dan berakhlak.

Soalan:- Di manakah model kejayaan sebenar Maqasid Syariah dapat dilihat? Dalam dunia masa kini, apakah model itu masih wujud dalam kekangan dunia globalisasi dan liberalisasi?

Amidi:- Maqasid Syariah dapat dilihat di serata dunia dengan tersebarnya Islam. Islam menjadi agama paling pesat perkembangannya. Salah satu keunikan Islam adalah pengekalan sifat dan identiti asas tanpa tercemar dengan adat kebiasaan masyarakat setempat. Seperti yang dinyatakan Prof Osman Bakar, Islam merupakan trend globalisasi yang pertama, sesuai dengan misi kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu rahmat sekalian alam.

Soalan:- Sememangnya Islam membawa mesej universalisme unik dan tidak terkekang dengan globalisasi mahupun liberalisasi dunia hari ini. Apakah beza konsep Maqasid Syariah dan Fiqh Awlawiyat, yang mana menjadi keutamaan dalam pentadbiran kerajaan negeri dan penggubalan dasar?

Amidi:- Maqasid Syariah adalah tujuan utama syariah manakala Fiqh Awlawiyat pula adalah pemahaman berkaitan keutamaan. Fiqh Awlawiyat datang bersekali dengan Fiqh Muwazanat (faham keseimbangan), Fiqh waqiy’ (faham realiti) dan Fiqh Taghyir (faham perubahan).

Semua fiqh yang disebut terkemudian membantu kita menyusun keutamaan bagi menggerakkan pentadbiran negeri. Buat masa ini, keperluan mesti diberi perhatian bagi mengangkat hala tuju negeri adalah tarbiah atau pendidikan warga negeri. Latihan bagi membina kefahaman Islam yang mendalam perlu dilakukan. Perubahan atau kemajuan harus dilihat pada peningkatan kualiti manusia dan kemanusiaan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2016 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by alasala at 6-7-2016 05:25 PM

Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir radhiallahuanhu dia berkata, Saya mendengar Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda, "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan haiwan gembalaannya di sekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang  Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati “. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kandungan Hadist:

1)Termasuk sikap wara’[1] adalah meninggalkan syubhat.
2) Banyak melakukan syubhat akan mengantarkan seseorang kepada perbuatan haram.
3) Menjauhkan perbuatan dosa kecil karena hal tersebut dapat menyeret seseorang kepada perbuatan dosa besar.
4) Memberikan perhatian terhadap masalah hati, karena padanya terdapat kebaikan fisik.
5) Baiknya amal perbuatan anggota badan merupakan pertanda baiknya hati.
6) Petanda ketakwaan seseorang jika dia meninggalkan perkara-perkara yang diperbolehkan karena khawatir akan terjerumus kepada hal-hal yang diharamkan.
7) Menutup pintu terhadap peluang-peluang perbuatan haram serta haramnya sarana dan cara kearah sana.
8) Hati-hati dalam masalah agama dan kehormatan serta tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang dapat mendatangkan persangkaan buruk.

Sila highlight perkara ke (8). Dan hadis ini sewajarnya dijelaskan sesudah bertanyakan soalan dari mana sumber utk melaksanakan majlis berbuka puasa itu diperolehi.

Menghilangkan keraguan itu antara tuntutan dalam beragama. Bila berlaku serangan "persepsi", sudah pastilah ada jalan keluarnya jika diri sendiri bertaqwa. Taqwa itu ibarat tembok kebenaran yg memisahkan kebenaran dan kebatilan. Dengan tembok taqwa, serangan "persepsi" akan mudah digagalkan.

Rasanya cukuplah ilmu yg secotet dari ilhamNya jua. Kalau berlaku serangan persepsi lagi selepas ini, pandai2 ler korang jaga diri sendiri, samaada kuasa, jawatan dan yg sama waktu dgnnya. Saya peduli apa kalau itu pilihan korang.

Korangkan pakar ciplak tak gitu? Adakah ilham dari Allah korang rasa boleh ciplak?

Okey semua, "keyboard warrior" (gelaran korang namakan tu) nak berundur diri.

Taktikal dan teknikal dah diberikan. Pandai2 ler korang uruskan yer. Sebenci2 saya, saya lebih benci sifat org yg memilih utk menjadi bodoh dan sombong (saja nak bagitau).

Bubai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2016 10:21 AM | Show all posts
Edited by uniq61 at 15-7-2016 10:24 AM
kalau inilah quality cara kau menjawab menambah huruf k dihujung BRO, nampak sangatlah jiwa kau sebenarnya terganggu.  tak apa, aku maafkan kau.  

TERIMA KASIH... SELAMAT HARI RAYA..EH? KO ISLAM KE?ALASALA DAH TERANGKAN SEMUANYA...FAHAM KE IDOK? TERIMA KASIH ALASALA..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2016 10:38 AM | Show all posts
Edited by uniq61 at 15-7-2016 10:40 AM


Jakarta: Majlis buka puasa dihadiri bekas wanita pertama Indonesia, Sinta Nuriyah Abdurrahman Wahid yang sepatutnya diadakan di sebuah gereja di Samarang, Jawa Tengah kelmarin terpaksa dipindahkan selepas dibantah anggota Barisan Pembela Islam (FPI).

Sinta, balu bekas Presiden Abdurrahman Wahid atau Gus Dur, ialah pengasas pertubuhan Puan Amal Hayati dan sudah mengadakan acara berbuka puasa yang disertai wakil pelbagai agama sejak 16 tahun lalu.

Ini kali pertama majlis itu terpaksa dipindahkan ke tempat lain berikutan tunjuk perasaan besar-besaran menentang acara buka puasa itu yang diadakan di sebuah gereja.

Majlis berkenaan dirancang diadakan di Gereja Raja Ungaran, tetapi terpaksa dipindahkan ke gereja St Yakobus Zebedeus di Pudakpayung.

Bagaimanapun, FPI masih tidak berpuas hati menyebabkan penganjur akhirnya terpaksa mengadakannya di dewan pentadbiran Kampung Pudakpayung.

Majlis berkenaan berlangsung tanpa masalah dan dikawal oleh puluhan polis serta Banser, sayap pemuda pertubuhan Islam terbesar Indonesia, Nahdlatul Ulama. - Agensi


http://www.hmetro.com.my/node/146478



BERTAFAKUR SAMA?
harap lepas nie buat majlis dalam tokong pulak, biar betul2 sebelah berhala topekong. lepas pakat gaduh ramai2 dalam CG dan luar CG nak tentukan halal atau haram...

apa la san.gap sgt sekor2. tak cukup masjid nak berbuka ke?? nabi pernah pegi berbuka kat gereja atau tokong ke??

intergrasi kaum ye...goodd!! gooodd!! harap lepas nie boleh terawih sekali mengadap salib. intergrasi!! tak salah kn...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.050028 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list