|
khurafat - guna garam untuk halau hantu dalam bangunan .
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by blastoff at 24-9-2010 16:40
Sifat garam tu boleh menyakitkan kulit yang tipis, macam kulit Ular. Apabila Jin jelmaan Ular muncul, adalah kemungkinan garam itu boleh membawa kesan kepadanya. Jin nak memudaratkan manusia secara fizikal dia kena jelma, jadi seekor Ular contohnya. Bila dia jelma dengan sifat fizikal seperti Ular, dia boleh disakiti seperti Ular disakit, atau boleh dibunuh secara fizikal. Kalau dia tak jelma, dia hanya boleh buat was-wasa (bisikan jahat).
mnm77 Post at 24-9-2010 15:56
Garam dan butiran lada kalau kau pi tonyoh kuat-kuat kat kulit la baru sakit, ada kau nampak depa tonyoh garam dan lada kat ular jelmaan kat keliling bangunan tu ? Mana ada ! Depa lempar kemudian tup jatuh ke tanah garam dan lada tu ! Kalau setakat tabur aje atas tanah atau lempar sekalipun maka mana nak sakit , jin tu perlu mengelak aje la ketika depa lempar tu , kemudian dia lalu aje la atas taburan lada dan garam tu , sakit apa nya |
|
|
|
|
|
|
|
jin tu perlu mengelak aje la ketika depa lempar tu
blastoff Post at 24-9-2010 16:32
Hahaa ini mungkin logik kot! Tujuan supaya Jin Jelmaan tu elak kot? At least kurangkan gangguan lah kot? |
|
|
|
|
|
|
|
YEAY...........ako meyokong blastoff, pawang buaya dan mnm77.
korang pandai berhujah.
nais~! |
|
|
|
|
|
|
|
Pintu takkan tak pernah di buka langsung kot ? , tutup selamanya ? , pintu keranda kot la tu ...
blastoff Post at 24-9-2010 16:39
hehe..so maksudnya ko nk kata kalau pintu terbuka jin leh masuk kan.. so betullaa jin leh msk dlm bas? buka je pintu bas perambat itu jin masuk..pstu tutup laa.. diorg bkn leh tembus kalau pintu tertutup.. itu ko ckp laa kan..
adoilaa..kejap cmni kejap cmtu..fenin pala ku.. apa2 pun back to basic je laa..ko yakin ko tak menyekutukan Allah cukup laa.. smua penyakit sembuh dengan izin NYA..tak kesah laa dlm hal nyata ke ghaib..dgn izin Allah sembuh2 laa.. apa mau fenin2 pala... |
|
|
|
|
|
|
|
lain laa..ko jampi itu garam n lada itam.. dgn nama2/ ayat2 ntah apa2 ke benda.. yg leh jdkan syirik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 24-9-2010 19:01
hehe..so maksudnya ko nk kata kalau pintu terbuka jin leh masuk kan.. so betullaa jin leh msk dlm bas? buka je pintu bas perambat itu jin masuk..pstu tutup laa.. diorg bkn leh tembus kalau pintu tertutup.. itu ko ckp laa kan..
Potpouri Post at 24-9-2010 17:38
Jin memang boleh masuk dalam bas,bangunan , rumah etc masaalahnya macam mana kau nak perambat jin tu masuk dalam bas ? Perambat tu bermaksud paksa, kau tak nampak jin so nak paksa makhluk ghaib masuk sana sini macam mana ? Saya tak pernah kata manusia boleh paksa jin pun !
Jin masuk menurut keinginan dia sendiri laa, dia nak masuk dia masuk la, mana ada manusia boleh paksa dia pulak ! Hanya Nabi Sulaiman seorang saja yang Allah bagi keupayaan untuk boleh kawal jin sesuka hati dia sebab Nabi sulaiman berdoa pada Allah untuk Allah kurniakan kepada dia kerajaan yang tidak akan Allah beri pada manusia lain .
Sebab itu tak ada manusia mana pun yang layak untuk kata boleh kawal paksa jin itu ini , bohong la tu aje, kerana hanya Nabi Sulaiman seorang saja yang Allah bagi kuasa untuk kawal dan perintah kaum jin . |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 24-9-2010 18:25
itu yg aku heran bila ada bomoh2 mengaku mrk boleh kawtim dgn para jin. mungkin itu perasaan/imaginasi mrk sahaja & mrk declare perasaan mrk kpd khalayak ramai.tobby Post at 24-9-2010 15:54
Orang yang percaya cakap jin yang mengaku nak buat itu ini , kemudian orang tu mengaku pulak boleh pindah jin sana sini memang pembohong besar lah orang tu kerana hanya nabi Sulaiman seorang saja yang Allah bagi keupayaan untuk perintah jin buat itu ini ... manusia selain Nabi Sulaiman semua tak ada keupayaan tu .
Orang yang mempercayai diri dia sendiri atau orang lain boleh kawal atau perintah jin itu ini ternyata menolak ayat Quran so boleh jatuh kafir sebenarnya . Dukun atau bomoh yang dikatakan memelihara jin bukannya boleh kawal dan perintah jin tu, sebaliknya dukun dan bomoh tu lah yang dah di permainkan oleh jin tu hidup-hidup .
Hadis sahih bukhari bawah ni menceritakan Nabi dah tangkap satu jin kafir yang mengganggu dia kemudian Nabi ikat jin tu di tiang masjid untuk di tunjuk pada para sahabatnya keesokan paginya , kemudian Nabi di ingatkan Allah akan doa Nabi sulaiman yang meminta agar Allah kurniakan padanya sorang saja keupayaan untuk mengawal dan memerintah jin, lalu nabi pun lepaskan jin tu la la tu jugak . Nabi sendiri tak di beri kuasa oleh Allah untuk kawal jin , Nabi pun terpaksa melepaskan jin tu .
(Sahih Bukhari) Volume 1, Book 8, Number 450m: Narrated Abu Huraira:"The Prophet said, "Last night a big demon (afreet) from the Jinns came to me and wanted to interrupt my prayers (or said something similar) but Allah enabled me to overpower him. I wanted to fasten him to one of the pillars of the mosque so that all of you could See him in the morning but I remembered the statement of my brother Solomon (as stated in Quran): My Lord! Forgive me and bestow on me a kingdom such as shall not belong to anybody after me (38.35)." The sub narrator Rauh said, "He (the demon) was dismissed humiliated." |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 24-9-2010 18:36
Ini doa Nabi Sulaiman dalam maksud ayat Quran bawah ni , dia meminta pada Allah agar tiada sesiapa pun sesudahnya yang mampu memerintah, menundukkan dan mengawal jin sepertinya, dan Allah makbulkan doanya tu .
38:35 "Ia berkata: ""Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang jua pun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi""."
38:36 Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang dikehendakinya,
38:37 dan (Kami tundukkan pula kepadanya) setan-setan, semuanya ahli bangunan dan penyelam,
38:38 dan setan yang lain yang terikat dalam belenggu.
38:39 Inilah anugerah Kami, maka berikanlah (kepada orang lain) atau tahanlah (untuk dirimu sendiri) dengan tiada pertanggungan jawab. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by zamkumis at 24-9-2010 19:28
Suatu ketika dulu, orang Islam sedang berada dipuncak kegemilangan dan kemajuan, sedang orang barat masih lagi dalam gegelapan, mereka tak sudah-sudah bertekak dan berhujah atas isu "adakah perempuan itu manusia atau haiwan". Inilah topik mereka dimana-mana.
Bagaimanapun sekarang orang barat telah maju jauh meninggalkan kita, pesawat Supersonic Concord yang berkhidmat sekian lama, yang boleh terbang dengan kelajuan bunyi pun dah bersara(dari Paris ke New York dalam masa sejam), Tapi kita masih lagi bertekak dan berbincang pada perkara GARAM dan LADA HITAM tak sudah-sudah.
Kalau kita ikuti perkembangan teknologi sains sekarang, dimana sains eropah sudah berada ditahap prototaip untuk membina satu pesawat yang boleh terbang dari new York Ke Sydney tak sampai satu jam. Dan alat terbang menggunakan kuasa laser yang boleh terbang dengan kelajuan yang menakjubkan(menggunakan tenaga cahaya, tak pakai minyak).
Kita? |
|
|
|
|
|
|
|
so lobai blast,bila nak berdepan dgn harun din? berdepan baru gentleman...ni kalu sekadar duk hantam org x boleh jwb..tu tadak macho.... |
|
|
|
|
|
|
|
dgn ketua paderi C.I tak berani plak nak pi berbahas.... ko berbahas dgn dia mmg dapat pahala pe..berlawan dgn org kaki putar belit hukum...at least ketua paderi tu boleh lwn hujaah ko...ni? |
|
|
|
|
|
|
|
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-apa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkan mu dan memfitnahmu"Sahih Muslim |
|
|
|
|
|
|
|
“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar, dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah, dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan ‘Ruwaibidhah’. Sahabat bertanya, ‘Apakah Ruwaibidhah wahai Rasulullah?’ Nabi menjawab, ‘Orang bodoh yang bercakap mengenai urusan orang ramai” [HR Ahmad]. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 373# razhar
ko tak tau ke si blast dengan ketua padri C.I. ni satu geng, tu sebab suka ngutuk ulamak |
|
|
|
|
|
|
|
Jika tiada dalil atau hadith ttg penggunaan garam utk halau hantu..
maka kita perlu lihat ijmak ulama dan qias..
dan setakat ni ijmak ulama dan qias tiada kata haram nak guna garam..
adakah dgn TIDAK menggunakan garam itu bermakna satu2 ilmu dan amal itu sah...
dari sudut aqidah, syariat dan akhlak serta pengorbanan diri dan pengorbanan harta benda?
garam itu sebagai usaha ikhtiar..
usaha ikhtiar itu adalah sebahagian dpd sunnah Nabi..
dan tawakkal adalah satu perkataan yg memberi erti penyerahan atau menyerah..
dm erti lain, berpegang teguh kpd Allah dan TIADA kepada yg lain..
serta menghapuskan perasaan hati yg memandang dirinya yg mentadbirkan sesuatu..
dan tawakkal ini jg bukan bererti tepaksa meninggalkan segala usaha ikhtiar..
malah mesti bekerja dan berusaha..
kemudian segala pekerjaan usaha ikhtiar itu disandarkan kpd Allah Taala..
jika penggunaan garam dikatakan sama spt perbuatan kristian...
disebabkan menyerupai perbuatan suatu kaum spt yg mike bgtau..
akak nak tau cemana pendirian mike atas isu penggunaan kalimah Allah oleh Kristian..?
dimana mike hendak letakkan perbezaan antara Tuhan Allah dgn jazam yg putus..
dan tuhan bagi Kristian?
sila jawab sebab ianya relevan dgn benang ini..
maka disini akak jg ingin tau..
adakah persoalan garam yg jd isunya?
atau method tabur2 garam adalah isunya?
yg membuatkan mike label ustaz harun din sebegitu?
jika mike rs perlu telan garam byk2 utk halau hantu dlm badan mike..
maka teruskanlah..
tp jgn lupa mohon KEIZINAN Allah utk halau hantu tu..
bukan mike mintak pd garam utk halau hantu mike tu..
kalo hantu dlm bdn mike tak kuar..
mike patut salahkan sape..
garam atau Allah SWT?
lagi satu..
akak heran cemana mike bole tau ..
perihal hantu tu takut or tak dgn garam tesebut?
siap dgn ceritakan perihal org yg guna garam dh jd geng plak ngan puak2 hantu tu..
mike nampak ke?
so disini sapa yg lebih memahami perihal ghaib?
teguh dan mantapkan ilmu aqidah dulu..
sebelum mike nak bahas bab camni..
supaya mike tak pandang garam tu yg memberi bekas..
kalo mike lihat garam tu yg berupaya menghalau hantu..
baik mike sembah je garam tu..
utk Ustaz Harun Din..
sy harap ustaz cepat sembuh..
bersabar dgn tanggapan2 negatif..
Wallahu'alam |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 25-9-2010 17:05
saya berjaya berhubung dengan jin tersebut menggunakan kaedah ‘frekuensi’
“Saya tebang sendi ...
tobby Post at 24-9-2010 15:29
Saya ingin fokuskan pada article yang di highlight oleh Tobby sebelum ni yang pada saya kandungan article tersebut cukup menarik untuk di perbincangkan disini . (Saya paste kan article tersebut di bawah sekali )
Jin-jin yang di sebut dalam article tu sebagai merasuk , mengamuk dan mengganggu yang lokasinya dikatakan terdapat pada pokok2 yang nak di tebang tu sudah tentulah syaitan dari golongan jin kerana yang Allah sebut dalam Al Quran hanya syaitan yang suka menganggu manusia .
Kalau kita lihat dari pengakuan harun din , ayat-ayat yang saya merahkan di article di bawah ni memperlihatkan harun din boleh
1) berbicara , berbincang dan mententeramkan syaitan dari golongan jin .
2) membuatkan syaitan setuju untuk mengikut kehendaknya lalu dia berjaya memindahkan syaitan-syaitan tu ke tempat lain .
Nampak jelas sekali bahwa harun din mengaku dia boleh menundukkan syaitan !
Ya , harun din mengaku dia boleh buat itu semua dengan pertolongan Allah, tapi masaalahnya dalam Al Quran telah di sebut jelas bahwa Allah telah memberi hak exclusive untuk menundukkan syaitan hanya kepada Nabi Sulaiman sahaja kerana itu permintaan Nabi Sulaiman sendiri agar tiada selepasnya manusia mana pun mampu berbuat sepertinya.
Hanya Nabi Sulaiman yang boleh berbincang dengan golongan jin syaitan untuk memerintah, menyuruh dan membuatkan syaitan dari golongan jin ikut cakapnya itu ini.
So persoalannya adakah Allah setelah memberi hak itu hanya pada Nabi Sulaiman kemudian memungkiri janjiNya pada NabiNya sendiri lalu memberikan hak yang sama pada harun din sehingga menyebabkan harun din berjaya menundukkan syaitan dengan pertolongan Allah sebegitu rupa ?
Allah menolong harun din lalu Allah memungkiri janji yang Allah sendiri buat pada Nabi Sulaiman ?Adakah harun din punyai kuasa untuk overwrite doa Nabi Sulaiman dan overwrite janji Allah pada Nabi Sulaiman ?
Dengan pengakuan harun din ni , bukan setakat dia sudah menidakkan doa Nabi Sulaiman tapi dia juga menidakkan hak exclusive yang Allah beri hanya pada Nabi Sulaiman semata-mata , dalam ertikata lain dia telah menidakkan kandungan Al Quran itu sendiri !
--------------------------------------------------------------
http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=9
Kata Ustaz Haron yang juga pengamal perubatan alternatif Islam, perkara ini sudah lama timbul dan berlaku agak lama, ia ber kaitan bantuan dan khidmat beliau kepada Universiti Kebangsaan Ma laysia (UKM) pada 1980-an.
Pada hari kejadian kata nya, berlaku histeria ataupun fenomena rasuk di kalangan pelajar dan pekerja di UKM. Puncanya dikaitkan dengan dua pokok besar yang condong ke bangunan Canselori. Kontraktor tidak berani tebang. tetapi akhirnya beliau mengambil kepu tusan menebang sendiri dan seterusnya membakar pokok tersebut.
“Makhluk halus yang mendiami pokok tersebut mengamuk kerana mereka mendakwa bahawa itu adalah tempat kedia mannya. Saya berjaya mententeramkannya dengan pertolongan Allah dan kea daan menjadi elok selepas itu,” kata Ustaz Haron Din.
Begitu juga katanya, dengan satu kejadian yang ada hubung kait dengan dua pokok besar lagi di UKM yang tidak sanggup ditebang kontraktor wa laupun ditawarkan harga tiga kali ganda. Kedua-dua pokok tersebut jika ditumbangkan akan terkena tiang elektrik dan juga landasan kereta api KTM berhampiran.
‘Pihak UKM memanggil saya untuk menebangnya. Saya bersetuju dengan dua syarat iaitu tidak menerima sebarang upah dan minta pihak UKM menghubungi pihak KTM menangguhkan seketika perjalanan kereta api dan TNB harus pastikan tidak berlaku pintasan elektrik.”
Memandang pokok besar itu berhampiran sebuah kuil Hindu, seorang sami memberi amaran agar beliau tidak menebang pokok tersebut. Jika tidak dakwanya, akan berlaku malapetaka atau menye babkan kematian orang -orang di sekitar.
Ustaz Haron tidak men jawab amaran itu, sekadar berkata: “Saya tetap akan tebang pokok ini dan saya tidak mahu perkara tidak baik berlaku.”
“Saya tebang sendiri dengan seorang pembantu menggunakan ‘jigsaw’ (gergaji berantai). Memang benar ada keganjilan pada pokok itu kerana ia tidak tumbang pada mulanya walaupun nampak hampir putus. Setelah menggu nakan kaedah tertentu, akhirnya ia tumbang juga,” katanya.
Dua kejadian ini katanya disaksikan hampir 200 orang. Ada yang mendak wa membantu beliau memindahkan makhluk halus itu menggunakan kenderaan dan melepas kannya ke Pulau Pinang. Ada juga yang mendakwa, nampak makhluk halus itu dalam has dan menga kibatkan bas tersebut menjadi berat.
“Tidak benar sama sekali cerita itu. Saya memindahkan jin menggunakan kaedah tertentu dan saya berjaya berhubung dengan jin tersebut menggunakan kaedah ‘frekuensi’ dan akhirnya jin-jin tersebut bersetuju untuk berpindah,” katanya.
[(Petikan dari Akhbar Harakah Bil. 1333 (16-30 April 2007)] |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 25-9-2010 16:49
Saya tak percaya garam boleh menghindar gangguan Jin secara total termasuk dari alam ghaib Jin. Kemungkinan untuk hindar gangguan Jelmaan Jin seperti Ular mungkin ada.
mnm77 Post at 24-9-2010 16:01
Kau nak kata garam dengan pertolongan Allah boleh kawal kelakuan jin jelmaan untuk membuatkan jin jelmaan tu dari nak ganggu kepada tidak ? Yang boleh kawal kelakuan jin jelmaan atau jin betul hanya Nabi Sulaiman aje .
Walaupun kita doa sampai kering air liur pada Allah sambil guna apa saja benda di atas muka bumi ni untuk nak kawal syaitan , nescaya Allah takkan makbulkan permintaan kita tu, kerana Allah telah memberi hak tu secara exclusive pada Nabi Sulaiman saja .
Kita selaku manusia biasa hanya boleh memohon perlindungan Allah dari gangguan syaitan dengan berdoa dan membaca ayat kursi dan melakukan apa yang nabi Muhammad tunjukkan, itu bukan bermakna kita kawal jin atau Allah tolong kita kawal jin, itu cuma bermakna Allah sendirilah yang akan meneutralkan gangguan jin syaitan itu dari kita .
Senang nak faham macam ni lah, apabila Allah telah menetapkan Nabi terakhir adalah Nabi Muhammad, maka manusia lain walau berdoa setahun tak henti-henti untuk Allah jadikannya sebagai Rasul atau untuk Allah turunkan Rasul yang baru nescayalah doa itu tidak sesekali di makbulkan Allah , dan Allah sesekali takkan menolong orang itu untuk menjadi Rasul !
Kerana permintaan dan kehendak orang itu melanggar ketetapan Tuhan. Dan kalau orang itu mengaku kata dia dengan kehendak, pertolongan dan kekuasaan Allah telah menjadi Rasul , maka sudah tentulah orang itu berbohong walaupun dia bersandar pada Allah semata-mata sekalipun !
Begitulah juga dalam kes menundukkan syaitan, Allah menetapkan hanya Nabi Sulaiman yang boleh buat gitu maka tak ada siapa pun yang boleh buat gitu walau dia doa macam mana pun atau dia bersandar pada Allah semata-mata sekalipun atau dia guna apa benda pun tak kiralah lada, garam, ranting kayu, salib etc !
Nabi membenarkan kita membunuh ular jelmaan kerana kita tak boleh kawal atau tundukkan ular jelmaan tu . sebab tu kita di benarkan membunuhnya terus agar dia tak akan terus-terusan mengganggu kita . Bunuh tak sama dengan kawal atau tundukkan kelakuan ular jelmaan tu , bunuh makna hapuskan terus . |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 28-9-2010 10:14
so persoalan sekarang, betul betul ke garam tu menakutkan hantu jin semua termasuk lada hitam.. nape tak sumbat je garam dalam mulut orang kene rasuk tu kalo hantu betul betul takut..
pawangBuaya Post at 24-9-2010 16:09
Dahulu jin syaitan Allah tetapkan mereka gerun pada Nabi Sulaiman sehingga mereka semua tunduk pada perintahnya , sekarang jin syaitan tak gerun pada makhluk mana pun atau pada benda apa pun lah .
Lalu timbul persoalan kenapa jin syaitan nampak macam respond pulak seolah-olah mereka takut apabila di guna holy water , garam, lada etc ?
Senang saja nak faham, syaitan dan kuncu-kuncunya perlu memperlihatkan seolah-olah mereka takut pada benda yang di guna tu agar manusia tu akan rasa dia berjaya kawal syaitan dengan "pertolongan Tuhan" secara menggunakan benda tu ...apabila manusia tu dah yakin macam itu maka secara tak langsung manusia tu dah menolak ayat Quran yang menyatakan hanya Nabi Sulaiman yang Allah beri hak untuk buat gitu so kafirlah manusia tu .
Itu yang merupakan matlamat utama syaitan, agar manusia menolak ketetapan Tuhan dalam Quran lalu manusia jatuh ke dalam dosa yang paling hebat sekali yang bakal menyebabkan mereka menderita neraka selama-lamanya sekiranya mereka tidak bertaubat .
Kalau manusia yang Islam maka syaitan akan tipunya walaupun syaitan terpaksa janji itu ini pun dia tak kisah asalkan manusia tu menjadi kafir dan kalau manusia yang kafir pula maka syaitan perlu terus menipunya agar ia kekal dalam kekafiran sehingga mati .
Itulah yang kita lihat walau guna apa benda pun nampak seolah-olah berjaya pada mereka , ahli sihir guna lada dan garam nampak seolah-olah berjaya, paderi guna holy water dan garam pun nampak seolah-olah berjaya, tok sami guna itu ini pun nampak seolah-olah berjaya juga , harun din guna frekuansi garam lada air jampi lagi-lagilah nampak seolah-olah berjaya !
Lagi banyak pengikut manusia tu lagilah syaitan akan berlakon dengan lebih cemerlang lagi kerana lebih banyak potensi yang akan terjerumus mempercayai powernya manusia tersebut dalam menundukkan syaitan , maka lebih ramai yang akan sesat jadinya ! |
|
|
|
|
|
|
| |
|