|
Berita Harian
Saingan sengit dalam kategori Pop Rock
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
LUPAKAN seketika cerita mengenai pengharaman kemunculan Faizal Tahir di stesen televisyen swasta, yang seterusnya tidak membolehkan penyanyi kelahiran program realiti One In A Million itu mempersembahkan dua lagu, Mahakarya Cinta dan Kasih Tercipta pada Anugerah Juara Lagu (AJL) 22, Ahad ini.
Tumpuan bukan pada penyanyi itu, sebaliknya apabila peminat berbicara mengenai AJL, fokus seharusnya diberikan kepada ciptaan mana yang bakal diangkat sebagai karya terbaik pada anugerah yang sudah pun melepasi usia dua dekad itu. Faizal hanyalah penyanyi yang melunaskan tanggungjawab menyampaikan lagu yang diberikan kepadanya, tetapi calon sebenar yang bertanding ialah pencipta lagu terbabit.
Setiap tahun, pencarian lagu terbaik mengikut formula pertandingan Muzik Muzik dan seterusnya Anugerah Juara Lagu tidak pernah gagal diadakan. Ada kala keputusan yang dicapai menimbulkan pelbagai persoalan - rasa tidak puas hati mahupun kontroversi - dan ada ketikanya si juara bagai mendapat persetujuan ramai, apabila sebaik keputusan diumumkan, tiada lagi ketukan pahat yang berbunyi.
Edisi ke-22 ini juga diharap mampu menjelmakan sebuah lagi irama yang selayaknya ditabal sebagai karya cipta terbaik di kalangan 14 ciptaan yang bertanding.
Hadiah lumayan kini menanti setiap finalis bagi tiga kategori iaitu Balada, Etnik Kreatif, Pop Rock yang menawarkan wang tunai RM12,000, manakala penyanyi pula bersaing bagi trofi persembahan dan vokal terbaik, yang menyediakan habuan RM10,000 untuk pemenang.
Lalu, milik siapakah trofi juara mutlak AJL kali ini? b]aripada tiga kategori terbabit, kategori Pop Rock dilihat paling sengit apabila enam lagu beradu pada peringkat akhir, kali ini. Destinasi Cinta ciptaan Lin Li Zhen dan PSSN bagaimanapun dilihat mempunyai kelebihan, belum boleh masuk lagu ni dlm telinga aku berikutan elemen gabungan pop dan rock yang kuat dalam ciptaan komposer wanita ini. Rasanya, ia juga lagu berunsur rock pertama dinyanyikan Datuk Siti Nurhaliza.
Namun begitu, usah terperanjat sekiranya kumpulan Estranged tiba-tiba mengungguli kategori terbabit berikutan kesegaran irama yang ditonjolkan anak muda berkenaan menerusi lagu Itu Kamu.
Angan Dan Sedar, gabungan sekali lagi M Nasir, Loloq dan Mawi, walaupun seronok didengar, namun iramanya bagai sudah kedengaran sebelum ini, menerusi Lagu Jiwa Lagu Cinta, yang bersaing pada AJL 21.yg penting hiburkan kami mawi.. Janjiku, hasil ilham Tass dan Taja pula sedikit keindonesiaan bunyinya, yang memungkinkan juri berfikir dua kali sebelum memberikan markah lebih kepada lagu dendangan Sofaz ini. Calon lain yang turut bersaing ialah Farhana, ciptaan Denai dan Andy Rahman.
Lagu yang bertanding dalam kategori Balada sering kali dianggap pilihan untuk muncul juara keseluruhan. Kali ini, persaingan sengit tidak terkecuali dihadirkan oleh pencipta dalam kategori ini. Tetapi, entah mengapa Makaharya Cinta dirasakan begitu kuat untuk muncul pemenang. Mungkinkah ia menjadi karya Audi Mok yang pertama bakal dinobat juara pada pertandingan berprestij ini? Kemungkinan itu dirasakan tidak harus diketepikan.
Kelembutan dan kesyahduan Inzinku Pergi (Azlan Abu Hassan/Sulu Sarawak) juga punya penangan yang hebat. Seandainya juri juga terpesona dengan irama merdu dendangan asal Kaer Azami, pastinya Azlan sekali lagi menaiki pentas AJL setelah berbuat demikian menerusi Terlalu Istimewa pada edisi sebelum ini.
Harapan dan Kasih Tercipta, walaupun sedap pada pendengaran, tetapi masih kental dengan 慹lemen |
|