|
baru baca novel aina emir nih..MATAHARIKU..bagi dora..best sangat..bagi 5 bintang..suka watak lelaki dia..eyyad.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dora_sue at 11-5-2009 14:56
baru baca novel aina emir nih..MATAHARIKU..bagi dora..best sangat..bagi 5 bintang..suka watak lelaki dia..eyyad..
bgilah sinopsis cite ni? plz |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #363 haizaiza\ catat
malam sket dora karang ek..nih ada keje |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #363 haizaiza's post
Sinopsis : Novel Matahariku - Aina Emir
*Dipetik dari website : http://www.karnadya.com.my
Syakirah, gadis biasa-biasa yang bertahi lalat di bawah bibirnya, sekalipun tidak sehebat
seorang ratu, tetap istimewa. Keresahan jiwa telah menjadikan dia gadis 憂akal |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #365 adeq-manje11\ catat
thanks..tak sempat dora nak taip pasal citer nih..dah ada yg baik hati tolongkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #366 dora_sue's post
salam dora_sue
sama2 kasih ...hehehe.... kebetulan ada sinopsis tu kat web KD so..kita tolong tepek lah...
la ni adeq tengah baca Nama Aku N - karya Kak Aina Emir - genre 'chick-lit' ~ setakat ni
ceritanya interesting - seronok baca kisah hidup Amanina@N tu...
NAMA AKU N karya Aina Emir
Sinopsis:
Nama betulnya Amanina, namun dia lebih senang dipanggil N sahaja. Huruf N selepas
M sebelum O dalam alfabet.
N terpaksa mengharungi keperitan hidup di dunia urban lagi kosmopolitan. Dia mencari
keseronokan dalam dunia imaginasinya. Dalam dunia itulah, dia menjadi Cinderella.
Kedamaian jiwa dirasai ketika terus melepak di stesen-stesen tren, tak kira komuter atau LRT.
N tak pernah menarik perhatian sesiapa jua, kecuali Eric, remaja kacukan berketurunan
Cina campur India. Eric yang tampan itu, berwajah mirip jejaka Melayu.
Dalam mencari sesuatu yang indah, perasaan remajanya mula goyah apabila berkenalan
pula dengan Zafran yang digelarnya Abang Z.
Sangkanya juga dia sudah pun berjumpa dengan Prince Charming. Tetapi |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #367 adeq-manje11\ catat
eh..ni buku baru ker?macam pernah baca plak bila tgk sipnosis tuh |
|
|
|
|
|
|
|
tadi pi kedai buku..dapat beli buku..nama aku N..best nyer... |
|
|
|
|
|
|
|
tadi pun beli hanya kita berdua..tapi tak tau ar best ke idak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cocoa pun dah baca nama aku N & Matahariku..
dua-dua best: victory:
suka la ngan karektor Dr. Z tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #371 dora_sue's post
salam dora_sue
Cara Aina Emir menulis tak sama dengani 1 genre atau dari 1 novel ke satu novel yang lain.
Macam life kita juga la - tak sama juga dengan org lain kan? ada manis, ada pahit, ada suka
dan duka.... Hanya Kita Berdua(HKB) ni jalan cerita dia berkisah tentang watak utama dari
kecik (flashback sikit2) hingga la dia meningkat dewasa.... kisah dan elemen kekeluargaan
kuat dalam cerita ini....
So selamat membaca! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #372 cocoajelly's post
salam cocoajelly,
hah adeq pun baru selesai baca Nama Aku N semalam....
jalan ceritanya menarik dan agreed dengan komen cocoajelly...
Tertarik dengan character abang z@ doc z tu ..... ehem! |
|
|
|
|
|
|
|
Saya lebih suka karya-karya Aina Emir bersama Alaf 21 dulu. Cerita-ceritanya lebih manis dan jiwa-jiwa.
Dengan karnaDya watak-watak ciptaan AE lebih matang dan selepas membaca Aura Cinta saya jadi teragak-agak untuk membaca karya-karya nya yang baru. Tetapi saya sangat suka dengan "Nama Aku N". ceritanya sangat relatif dengan kehidupan remaja biasa masa kini. |
|
|
|
|
|
|
|
362# dora_sue
ha ah ha ...i pun suka eyyad tu but the whole novel tak best..esp watak pompuan tu too childish...cam serba tak kena but there's one incident yg kelakar sgt... really really funny... |
|
|
|
|
|
|
|
book fair ni aina emir ada buku baru ke? |
|
|
|
|
|
|
|
book fair ni aina emir ada buku baru ke?
asznie Post at 18-3-2010 21:40
salam asznie,
kak aina emir ada buku baru - walaupun dicetak hujung tahun 2009... tajuk Terbanglah Sayang...
ni sinopsis novel tu : dipetik dari http://www.karnadya.com.my/
Best Friends Forever (BFF)… merupakan ungkapan yang sering diucapkan dua orang teman baik, juga merupakan sepupu berwajah seiras. Serupa tapi tak sama. Inaz dan Fiya atau Shafinaz dan Lutfiya Zahra, yang sering mendapat gelaran ‘kembar’; ke mana-mana sahaja, mereka selalu berdua. Saling menyayangi, saling menolong dan saling bergantung.
Pun begitu, mereka bagaikan sedang dalam satu pertandingan untuk merebut sebuah trofi. Tanpa disedari, perasaan cemburu terbit di sanubari, masing-masing berentap untuk berada di depan.
Inaz, suka yang rancak dan kecoh, sedang mencari seseorang yang baik budi, menambat hati. Suka kepada yang bertubuh ‘tegap’… asal tidak mengingatkan kepada ayahnya. Dia juga sensitif dan pernah berdepan dengan tekanan. Mampukah Inaz mencari apa yang diimpikan?
Fiya pula, seorang yang pintar, suka kepada ‘nature’, minat aktiviti lasak, sayang kepada haiwan, sudah pun mendapat teman dan kini berada di depan. Mungkin kerana itu, Fiya dan Inaz bagaikan sedang bercakaran.
Munawarah dan Melissa, teman baik yang cuba jadi orang tengah, penasihat… mungkin juga pembelot?
Pertemuan Inaz, Fiya, Muna dan Mel… dengan empat orang jejaka di atas gunung legenda, membawa satu perubahan hidup dan mewujudkan pelbagai soalan dan teka-teki.
Novel ini akan temukan pembaca dengan pelbagai karakter yang berbeza kerjaya, mendekatkan kita kepada wira-wira negara, yang mungkin sebelum ini tak pernah kita kenali. Merasai apa yang dirasai oleh seorang anak angkat yang cuba mencari identiti diri. Siapakah agaknya yang menjadi burung rajawali, penuh perasaan tinggi diri, yang akhirnya terpaksa lakukan transformasi?
Sukarkah untuk menerima kekalahan dan payahkah untuk meluahkan perasaan? Sama-samalah menyelami dan menghayati kisah suka duka kehidupan mereka yang bergelar insan, yang disusun indah dalam novel Terbanglah Sayang. |
|
|
|
|
|
|
|
378# adeq-manje11
aku pon dh bc novel tajuk terbanglah sayang ni... tebal giler novel nih... puan aina emir nampaknya berpengalaman dalam bidang penulisan... aku hampir2 lupa mengenai novel ini... |
|
|
|
|
|
|
|
aku mmg tak masuk la dgn karya2 dia. baca 1 novel dia, dah berapa tahun tak habes2.
pesta buku ni aku lalu gerai karnadya, hok aloh apa kes macam pasar ikan? aku yg hanya lalu nak ke belakang utk cari booth NB pun dh rasa pening dan terganggu. wlupun bising macam pasar, org bukannya tertarik sgt nak kerumun situ. :@ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|