CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: berita

[EDU] Masters Degree (Sarjana)

  [Copy link]
Post time 24-9-2007 03:12 PM | Show all posts
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang ingin membina kerjaya sebagai Pensyarah Universiti, serta mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) 2007/2008 anjuran bersama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) bagi mengikuti kursus-kursus Ijazah Kedoktoran dalam bidang-bidang berikut:

    Kejuruteraan Mikroelektronik, Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Komputer, Kejuruteraan Perhubungan, Kejuruteraan Pembuatan, Kejuruteraan Bahan, Kejuruteraan Polimer, Kejuruteraan Metalurgi, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Rekabentuk Produk, Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan, Kejuruteraan Elektronik Industri, Matematik Kejuruteraan, Kejuruteraan Alam Sekitar, Kejuruteraan Bioproses, Kejuruteraan Kimia

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

    1. Calon-calon mestilah mempunyai:
    a. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Sarjana yang diiktiraf.
    2. Berumur tidak melebihi 35 tahun.
    3. Menyertakan cadangan penyelidikan yang lengkap.
    4. Mendapat kepujian Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya 6C) di peringkat SPM/MCE.
    5. Bebas dari ikatan kontrak sama ada dari Kerajaan, Badan-badan Berkanun atau Firma.
    6. Calon-calon mestilah benar-benar berminat dalam bidang pengajaran dan penyelidikan.
    7. Calon yang masih belum tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda tidak layak memohon.

CARA-CARA MEMOHON

Borang permohonan beserta maklumat berkaitan elaun serta kemudahan-kemudahan yang diperolehi di bawah Skim Latihan Akademik IPTA boleh diperolehi sama ada dengan datang sendiri atau melalui pos dengan mengemukakan sampul surat berukuran 25cm x 32cm bersetem 50 sen dan beralamat sendiri kepada:-

    Jabatan Pendaftar
    Universiti Malaysia Perlis
    Tingkat 1, Bangunan KWSP
    Jalan Bukit Lagi
    01000 Kangar
    Perlis

(Sila catatkan SLAI/UNIMAP 2007/2008 dan nyatakan bidang pengkhususan di sudut kiri sampul surat permohonan)

Borang juga boleh diperolehi melalui laman web UNIMAP (http://www.unimap.edu.my)

PERMOHONAN ADALAH DIBUKA SEPANJANG TAHUN


PERINGATAN

         1.
            Pemohon adalah dikehendaki membuat persediaan awal dengan mengambil peperiksaan IELTS/TOEFL/GMAT/GRE (yang mana berkenaan) dan juga telah mendapat tawaran pengajian di universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan.
         2.
            Borang-borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.


( 12/9/2007 )
Tawaran Biasiswa UniIMAP / SLAI-KPT Bagi Tahun 2007/2008
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2007 03:29 PM | Show all posts
apa kelebihan sambung master di oversea dan local?aper pendapat korang.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 03:38 PM | Show all posts
Originally posted by chipmunk at 24-9-2007 03:29 PM
apa kelebihan sambung master di oversea dan local?aper pendapat korang.....


aku nak sambung utm tak lama lagik
dulu aku study oversea

tapi satu benda aku notice belajar local nih
suma lembap
nak bagi surat tawaran lembap
jawap tepon lembap
emel apatah lagik

pastuh satu yg buat aku frust...takde freedom nak pilih course apa nak ambik
dalam brochure berjela2 course offered konon
tapi real life...kena paksa gak buat subjek tak minat
dengan alasan takde lecturer

hopefully aku bleh abis tanpa banyak ragam
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 04:15 PM | Show all posts
Originally posted by lady_nF at 24-9-2007 03:38 PM


aku nak sambung utm tak lama lagik
dulu aku study oversea

tapi satu benda aku notice belajar local nih
suma lembap
nak bagi surat tawaran lembap
jawap tepon lembap
emel apatah lagik
...


heheheh mmg pun ...masa dulu ambil master dulu punya ler seksa nak abis kan tu baru master by course bukan master by reasearch..punya ler seksa nak abis kan ngan layan kerenah semua lecturer....padahal fakulti or course lain lecturer diorg sempoi jer tak banyak ragam...tapi my course lecturer dia layan kiteorg mcm bebudak jer....daripada 25 org ( my batch) tinggal 10 org jer sbb semua tak larat layan kerenah our lecturer malah ada yang berhenti lepas tu apply course lain hahhaha....yang paling best waktu satu paper yang maner student kene buat seminar...lepas tu kiteorg pun present ler paper yang kite org buat....fuuuhhhh banyak tul dugaan dari panel rase mcm bentang theses jer...kalau method or paper kite advance sikit bole kan our panel rase tercabar lepas tu soal ler soalan yang tak sepatutnya kita soal " Awak buat ker research nie atau awak ada copy drpd maner2?"  lepas tu condemn ler pasal research tu...n then tanya soalan yang pelik2 smpi boe dia bergaduh2 ngan lecturer lain...yang best ada lecturer tu sokong my research masuk campur n then dia ckp.."knp u all condemn research dia padahal topic tu not ur expertise...her method betul cuma u all jer yang rase pelik n tak nak paham ttng concept dia" ....whatever pun masa buat master nie mmg bebetul banyak cabaran....kalau ikutkan hati mmg nak berhenti tapi bile fikir banyak duit dah kuarkan proceed jer
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 06:00 AM | Show all posts
seronok kalau buat master by coursework .. sebabnya .. ramai classmates .. jumpa mcm2 ragam manusia ... tension tapi fun ...
sebab tu la, tak serik. skrg ni tgh ambik my second master ..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 08:36 AM | Show all posts
Saper yang pernah amik master kombinasi dedua - coursework & dissertasion?...Betul ke orang cakap lebih baik buat yg bukan kombinasi mcm tuh . Kalau coursework,coursework je...kalau nk dissertasion/thesis, buat yg dissertasion/thesis jer?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2007 01:17 PM | Show all posts

Reply #366 guppy's post

aku amik master combine coursework & dissertation, kat UK nie mmg wajib amik dissertation, kalau kat msia n aussie,nz leh amik coursework shj.... sebenarnya i'm strongly suggested that those who want to do master MUST take COMBINATION COURSEWORK & DISSERTATION sebab untuk kebaikkan jangka masa panjang. nanti nak proceed phd amatlah senang, certain univ agak susah nak terima kalo amik master coursework sahaja untuk sambung phd. lagisatu kalau dissertation kita boleh proceed sampai phd leh convert, sebab tue dicadangkan kalau nak wat dissertation cuba carik topik yang boleh carry on sampai phd. Dissertation master taklah terlalu tough mcm phd cuma apa aku faham lebih kurang masa dissertation degree cuma tambah words sahaja, ,method lebih kurang sama sahaja cuma mungkin kene lebih detail saja.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 12:33 PM | Show all posts
aku tatau nak tanya mana nih.. sapa ada contact number supllier chemical yg supply barang dr fluka????????????

tolong.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2007 01:53 PM | Show all posts

Reply #367 chipmunk's post

Tq 4 your reply.
Baru terpikir lak tadi...

Master by course & dissertation di UK sama x mcm kat M'sia? bukan dr segi pengiktirafan
tapi dari segi beban kerja nya macamana ek...bebannya lebih sket ke dr buat by course shj/ by research shj? Sebab nak kene buat dedua.

[ Last edited by  guppy at 27-9-2007 04:19 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2007 05:27 PM | Show all posts

Reply #369 guppy's post

kalau nak ikutkan master di msia lagi tough! kat UK ni diorang lebih pada independent work bukan nak kater beban kurang ke aper cuma mereka lebih suka kalau kita pandai berfikir da uruskan masa dengan betul. they're have different approach from malaysia and of course not spoon feed!

kalo coursework biasalah kene attend kelas wat presentation essay atau exam then final sem baru wat dissertation.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2007 10:18 AM | Show all posts

Reply #367 chipmunk's post

dekat utm pon kena ada dissertation
cuma dia tak letak dalam sijil jek
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 12:13 AM | Show all posts
tak tau plak ada master by coursework sahaja, without dissertation .. setahu i, memang kena ada .. at least for 2 semester (5-6 credit hours) untuk siapkan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2007 12:33 PM | Show all posts

Reply #372 azaleena's post

betul tu, biasanya dibuat masa semester akhir..
kat tempat aku 4 jam kredit & didaftar sebagai kertas/penulisan  ilmiah
berbeza dengan tesis/desertasi, penulisan ilmiah ni tak perlu viva sebab jam kreditnya sikit sangat bebanding tesis (36 jam kredit) dan disertasi (12 jam kredit)
beban penulisan pun ringan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 08:52 AM | Show all posts

Nak tanya---> Master

hai semua..bunga nak minta pendapat..Jika kita berminat nak buat Master, kursus apa yang paling sesuai ..bagaimana pula dengan peluang keje?..Harap-harap boleh kongsi pendapat dgn kawan-kawan semua....TQ.........
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 09:03 AM | Show all posts
aku tgah wat master dalam Jurusan Kejuruteraan Elektrik.. kursus nih memang laris kat pasaran, jangankan Master, Degree pun laku.. kawan2 aku yang graduate kursus ni masa degree semua dapat kerja best2 dekat INTEL, MOTOROLA, SILTERA, SLUMBERGER, SHELL, PETRONAS, gaji pun gempak.. semua atas 2 ribu
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 09:27 AM | Show all posts
peluang keja ek? rasanya depends jugak pd bidang apa yg nak ambil tu..sbb kalau dulu, blh bilang berapa kerat je yg ada master..skrg ni.. dah biasa sapa yg ada master.. kalau utk peluang keja biasa x tau la..tp mcm me..me dpt biasiswa utk buat master dr U, then, abis master, terus dpt jd lecturer.. so..nanti kena buat phd la..then, kalau u berminat nak jd lecturer...blh je sambung master..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2007 09:34 AM | Show all posts
Selalunya master tertumpu pada bidang pendidikan sahaja ke?Macamana dengan peluang lain?
berapa pembiayaannya setiap sem?

Dulu bunga ada degree dlm computer sciences.Dah keje 5 thn.But dlm bidang bisnes.Tu yang pening nak ambik apa jika nak sambung master..boleh ke jika kita ambik master dalam bidang yang tak berkaitan dengan degree kita tu..... ???
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 09:42 AM | Show all posts

Reply #4 bungasena's post

kalau boleh amek bidang berkaitan.. sebab lebih mudah nak survive
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 11:22 AM | Show all posts
kalau nak ambik master, jangan ambik bidang yg terlalu common, contohnya MBA, ambik bidang2 yg pelik2 skit....sebagai contoh, University Bangkok menawarkan Master dalam bidang sex....so u akan jadi pakar dalam bidang pendidikan sexual...mana ada orang buat master dlm bidang tu lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 12:22 PM | Show all posts
erm..nk kene pi Bangkok ker...hehehee...dalam negara takde ker...cam menarikk...ekekekee... tp,betui jugak kan..erm...ambik bidang yg pelik tp ada kerja...kan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.047153 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list