dek mano ada bg statement
Haqiem Rusli... Isu murung jangan dibuat main! - Aiman Tino[size=0.688em]Diterbitkan: Khamis, 5 Julai 2018 6:25 AM
[size=0.75em]Aiman Tino.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]KUALA LUMPUR: Sebagai rakan artis yang sama-sama membina nama, penyanyi Aiman Tino berharap sahabatnya, Haqiem Rusli tidak mempermainkan isu kemurungan. [size=0.98em]Aiman, 20, berkata sekiranya benar Haqiem mengalami masalah kemurungan, dia perlu meminta pertolongan daripada pihak yang berkebolehan memberi pendapat selain mendapatkan nasihat daripada kedua ibu bapanya. [size=0.98em]“Saya faham bukan mudah untuk berada dalam industri ni. Tapi saya harap apa yang Haqiem lakukan itu bukanlah sekadar gimik. Sebab isu kemurungan itu tak boleh dibuat main. [size=0.98em]“Isu itu terlalu serius. Walaupun dia cakap apa dilakukannya itu sekadar gimik tapi sudah tentu peminatnya akan berasa sedih. Kalau betul dia ada masalah, kena minta pertolongan pihak yang betul. [size=0.98em]“Atau juga dapatkan nasihat daripada ibu dan bapa kita. Sebab peranan mereka sangat penting. Apa-apa pun kena minta nasihat mereka,” kata Aiman kepada mStar Online. [size=0.98em]Aiman ditemui ketika sidang media memperkenalkan barisan pelumba Toyota Gazoo musim kedua di APW Bangsar, di sini, pada Rabu.
[size=0.98em]Haqiem Rusli [size=0.98em]Penyanyi lagu Ku Rela Dibenci ini juga antara selebriti yang sentiasa menerima kritikan dan kecaman daripada netizen. [size=0.98em]Malah, Aiman mengakui dia pernah berasa tertekan dengan komen negatif peminat namun menganggap perkara itu remeh dan tidak perlu difikirkan. [size=0.98em]“Memang pada mula saya ceburi bidang seni dan mendapat pelbagai kritikan dan kecaman, saya rasa tertekan. Sampaikan hari ini saya masih terima komen-komen negatif. [size=0.98em]“Tapi lama kelamaan, saya anggap perkara itu remeh. Saya lihat daripada sudut positif sahaja dan yang negatif itu kita tak perlu fikir,” ujarnya. [size=0.98em]Sebelum ini, Haqiem memaklumkan dia mengalami kemurungan sehingga memaksa dia untuk meninggalkan dunia seni namun keputusannya itu berubah selepas menerima sokongan ramai. [size=0.98em]Bagaimanapun, ada segelintir pihak beranggapan kenyataan yang dibuat penyanyi lagu Segalanya itu sekadar gimik untuk mempromosikan lagu terbaharunya, Selamat Tinggal Sayang. [size=0.98em]Namun menerusi temu bual dengan mStar Online pada Rabu, Haqiem telah menafikan dakwaan tersebut. [size=0.98em]Manakala, syarikat pengurusan Haqiem iaitu FMC Music bakal mengadakan sidang media bagi menjelaskan perkara sebenar yang akan dihadiri penyanyi itu serta Wany Hasrita dan Ernie Zakry pada malam ini.
[size=0.875em]Tags / Kata Kunci:
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... IhwtT7ws7rFJgEU8.99
|