CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MizzNaza

Cerita Ain [OFF] & Throwback TT Kedaung [UPDATED 6/9/2016 #551]

[Copy link]
Post time 29-7-2016 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
MizzNaza replied at 29-7-2016 05:20 PM
Kisah ular (ii)

Masih lagi di alam sekolah rendah. Hari minggu pagi-pagi macam biasa Mummy dah be ...

Kenapa nk kena guna limau purut lepas nampak ular?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2016 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 29-7-2016 10:24 PM
Kenapa nk kena guna limau purut lepas nampak ular?

Katanya selain belerang, diorang ni pon pantang dengan limau purut
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2016 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
MizzNaza replied at 29-7-2016 10:34 PM
Katanya selain belerang, diorang ni pon pantang dengan limau purut

   geli geleman wei bc citer ular, seram
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2016 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
laila_zi replied at 30-7-2016 12:39 AM
geli geleman wei bc citer ular, seram

Baca pon dah geli geleman kan! Apalagi nak bertentang mata  
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 09:29 AM | Show all posts
MizzNaza replied at 29-7-2016 07:13 PM
Cerita 4

Terjadi ke atas tuan tanah kedaung di waktu pagi, lepas subuh time sibuk bersiap nak ke  ...

Oh nooooo... Cerita2 seram berkaitan dgn cermin..memang menyeramkan...
Ngeri wei
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 10:34 AM | Show all posts
MizzNaza replied at 29-7-2016 07:13 PM
Cerita 4

Terjadi ke atas tuan tanah kedaung di waktu pagi, lepas subuh time sibuk bersiap nak ke  ...

Seramnye. Trauma plak iols tgk cermin apantah lg uols yg mnhadap kejadian it....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2016 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala tiba-tiba bersambung..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 04:04 PM | Show all posts
Ipo replied at 29-7-2016 10:24 PM
Kenapa nk kena guna limau purut lepas nampak ular?

org tua2 pesan, tanam pokok limau purut tepi rumah utk elak ular masuk / lalu... x tau kenapa... tp sejak pokok limau purut kat umah aku tu dah besar n subur elok, mmg x pernah jumpa ular dlm umah pdhal umah aku dkt dgn belukar n sawah.. sebelum tu, berapa kali aku aku tjumpa ular tedung kat tempat sidai baju..  sekali tu, dlm keadaan kelam kabut, aku x tgk pun handle almari baju yg dijadikan tmpt letak kain buruk.. rasa pelik je kain apa basah2 dok lilit kat handle almari.. rupa2nya, aku terpegang ekor ular yg dok melilit kat handle tu.. dia terkejut, aku pun terkejut.. terus 2-2 lari... nasib baik dia pun lari belah lain.. kalo x, mau muka aku kena patuk sbb aras handle tu tinggi skit dr dahi aku je biasanya, ulars yg aku jumpa kat umah tu, end up sbg 'BBQ' je.. aku dgn mak tangkap n pukul sampai mati before bakar kat tmpt buang sampah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2016 05:03 PM | Show all posts
makkenits replied at 1-8-2016 04:04 PM
org tua2 pesan, tanam pokok limau purut tepi rumah utk elak ular masuk / lalu... x tau kenapa... t ...

Nasib baik ular tu x gigit uols.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 05:30 PM | Show all posts
MizzNaza replied at 29-7-2016 07:20 PM
Kisah ular (ii)

Masih lagi di alam sekolah rendah. Hari minggu pagi-pagi macam biasa Mummy dah be ...

uitt..menarik cerita tt..

esok aku sambung baca lagi...
kat bawah tu de open house @5.30
so, rezeki jgn ditolak..masa aku lalu td nmpk tgh golek kambing..hehehe

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2016 05:30 PM | Show all posts
makkenits replied at 1-8-2016 04:04 PM
org tua2 pesan, tanam pokok limau purut tepi rumah utk elak ular masuk / lalu... x tau kenapa... t ...

aiyoo maaa sangatlah brutalnya uols anak beranak!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2016 05:31 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 1-8-2016 05:30 PM
uitt..menarik cerita tt..

esok aku sambung baca lagi...

aler...orang dah la tengah lapar nih!
tolong makan on behalf yek
baru nak menaip sambungan sikit nih
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 05:35 PM | Show all posts
MizzNaza replied at 1-8-2016 05:30 PM
aiyoo maaa sangatlah brutalnya uols anak beranak!

hahaha.. xde brutal mana pun.. tp selagi x dpt tangkap ular tu, rasa mcm pi mana2 akan jumpa ular tu je..  bila dah bunuh, baru senang hati dan rasa aman je hidup ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 05:41 PM | Show all posts
MizzNaza replied at 1-8-2016 05:31 PM
aler...orang dah la tengah lapar nih!
tolong makan on behalf yek
baru nak menaip sambungan s ...

Pegi la mkn dulu. Sambungan tu boleh tggu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2016 05:46 PM | Show all posts
[sambungan: sepertimana yang diceritakan oleh arwah mummy tt kedaung]

Selalu pagi memang aku takkan miss breakfast di rumah dengan masakan air tangan mummy. paling kurang pun mesti telur sunny side up dan roti bakar. 10 minit dekat jam 7 pagi mesti aku dah sedia duduk di meja makan. sebab dalam 710am itu mesti kena ikat tali kasut di muka pintu nak kejar bas sekolah dah. time tu naik bas sekolah lagi pagi, tengah hari kena naik bas awam jah sebab waktu sekolah habis lewat dari sekolah lain.

Mummy nampak lampu di meja makan belum menyala lagi, jadi katanya dia dah jeritkan panggil nama aku suruh pegi makan cepat. tapi tiada sahutan. dia turun tangga dan tengok-tengok kat dapur, aku takde pon tido menyorok di balik tempat sidai  towel ke apa. Memang dia dah mula menyirap la, sangka dia aku nih nak buat pe'el malas nak pegi sekolah.

Next spot, dia memang syak aku tengah best sambung tido kat dalam bilik bawah la nih. Jadi tanpa buang masa dia pun pegi la sambil menjerit-jerit panggil nama aku lagi. Pun diam. Haroslah makin membara hati makcik tuh dah dia memang syak wasangka aku duk dalam bilik tu sedap mengeroh.

Bila dia bukak pintu bilik, memang dia nampak aku sedang elok terbaring di atas karpet tepi katil besar tuh. posisi aku macam orang tengah  tido, tapi tangan berkiam dia cakap.

"Eiii budak nih aku panggil macam nak runtuh rumah ni kau sedap tido lagi yea? BANGUNNNN!!!!!"

tiada sahutan. tiada reaksi. aku tak berganjak pun.

"BANGUNNNNNNNN!!! Aku kata BANGUUUNNNN!!!!"

sama. tiada sahutan. tiada reaksi. Aku dah macam patung cendana katanya lagi.

Jadi mummy pun duduk di sebelah aku. Goyang-goyangkan bahu aku. Diam. Dia panggil lagi nama aku pun langsung takda reaksi. Dia nampak muka aku time tu pucat putih. Bibir aku kering. dan nampak macam lebam sikit. bila dia pegang tangan aku, dia  rasa sejuk.

Dia cuba lagi menggerakkan aku bangun, panggil nama aku. tiada sahutan.

Oleh sebab mummy seorang bekas misi jadi dia pegang tangan aku dan check nadi. senyap sunyi. tiada pulse. dia tekap telinga dia di dada aku, senyap sunyi jugak. lepas tu dia  cakap hujung jari-jari aku semua dah dingin sejuk beku.

Aku dah macam mayat katanya.

"Allahuakbar anak akuuuuuu! Allah, allah! Anak aku ya Allah!"

Mummy dah start nak panik. Dia tinggalkan aku seketika dan bergegas naik ke atas, ketuk pintu bilik abang besar dan bagitau keadaan aku. suruh dia siap dengan segera sebab nak bawak aku ke hospital. Kemudian mummy bergegas turun semula dapatkan aku, pangku aku yang memang langsung tak bermaya.

Dia ulang-ulang panggil nama aku, selang-seli dengan takbir dan selawat. Dia tepuk-tepuk muka aku dan renjis air di muka aku, dengan harapan aku akan sedar.


Alhamdulillah.. perlahan-lahan aku sedar dan buka mata.


[bersambung]

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 06:00 PM | Show all posts
makkenits replied at 1-8-2016 03:04 PM
org tua2 pesan, tanam pokok limau purut tepi rumah utk elak ular masuk / lalu... x tau kenapa... t ...

oh ya ke?
kiranya ular ni tak berani dekat dgn pokok limau purut ni ya?
pokok limau nipis kiranya tak menjadi la ya? sebb belakang rumah aku tu, ada pokok limau nipis je.

aku pernah gak la jumpa ular berlingkar macam kain buruk..waktu pagi time tu
turn aku kena menyapu laman rumah (masa sekolah dulu), tengah sapu tu nampak macam kain buruk selonggok kat atas simen tepi rumah
selamba je angkat kain buruk tu dan lempar
sekali kain buruk tu bergerak2..dari berlingkar terus jadi panjang dn menjalar pergi..
ular tedung rupanya..patut ler masa angkat dan pegang tu, rasa macm lembik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2016 06:02 PM | Show all posts
Ipo replied at 1-8-2016 06:00 PM
oh ya ke?
kiranya ular ni tak berani dekat dgn pokok limau purut ni ya?
pokok limau nipis kirany ...

astaghfirullah hal adziim....
heyy! gila lagi pengalaman ngan ulars tak boleh lagi ke?
sampai hati ingat beliau kain buruk!

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 06:07 PM | Show all posts
MizzNaza replied at 1-8-2016 05:02 PM
astaghfirullah hal adziim....
heyy! gila lagi pengalaman ngan ulars tak boleh lagi ke?
sampai  ...



ada lagi citer pasal ular ni

rumah aku dengan rumah sepupu aku sebelah menyebelah je..
tapi jarak rumah aku dan sepupu aku tu..ada la dalam 100 meter gitu
dan sepanjang jalan tu ada pokok2 kelapa dan pokok lain..
tiap2 petang aku akan lepak rumah dia, main congkak..
petang tu aku berlenggang lenggok la jalan kaki sambil nyanyi2..
aku dongak tengok pokok kelapa...banyak buah kelapa muda..duk fikir sedap juga pekena air kelapa muda nih..
elok2 duk berangan gitu, sekali melayang ular kaler hijau, keciknya macam ular lidi gituh..
ular tu terbang dan pup!!
elok je landing atas kepala aku
apa lagi kan.......aku pun waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Lari tak cukup kaki tanah semua.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 1-8-2016 06:00 PM
oh ya ke?
kiranya ular ni tak berani dekat dgn pokok limau purut ni ya?
pokok limau nipis kirany ...

X tau la blh ke x... sbb selain limau purut, segala jenis mak nenek pokok limau mak aku tanam tepi umah... aku pun pernah gak jadi mcm ko.. pick up ular then campak mcm kain buruk.. tp time tu bukan sbb berani tp sbb aku tgh naik angin n nampak semua benda yg x berada di tmpt sepatutnya mcm sampah je.. semua aku campak ke luar umah tmasuk ular tu... nasib ler x kena patuk dgn ular kapak tu... bahaya tul bila kenangkn angin kuskus aku tu.... heeeee
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
MizzNaza replied at 1-8-2016 05:46 PM
[sambungan: sepertimana yang diceritakan oleh arwah mummy tt kedaung]

Selalu pagi memang aku takk ...

Mohon sambung please?    
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.094588 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list