CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sharlenetexas

[SENTIASA UPDATE]Jejak Kasih Artis2 '80an (dah jumpa gambar Nadia Kasim m/s 28)

[Copy link]
Post time 11-1-2013 12:30 PM | Show all posts
edoraixora posted on 11-1-2013 11:37 AM
suhaina yahya, isma aliff, ebby saiful ~marah-marah sayang~

gambo x reti nk tepek, hehehhh




yang berkemban tuh suhana yahya

dia mmg seksi..wpun rangka besar..tapi tetap cool menyeksi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2013 12:33 PM | Show all posts
Syd posted on 11-1-2013 12:23 PM
noraina emir tuh..
mak eksiden kan?

yup...mati eksiden....dgr2nye sbb mabuk...ade terbaca kt forem arituh



Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 12:35 PM | Show all posts
Syd posted on 11-1-2013 12:30 PM
yang berkemban tuh suhana yahya

dia mmg seksi..wpun rangka besar..tapi tetap cool menyeks ...

tenkiu....tenkiu....tolong tepek gambo

suhana tu mmg cun arrr....suker tgok, tantiana pun cun gak
public fon oren tu mmg legend la, teringat zaman kecik2 dlu  

satgi request tv station siar balik citer2 zaman 80an & awal 90an plak
ni asyik citer P Ramlee ajer, smpai dh bleh hafal dialog

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 12:39 PM | Show all posts
alahai posted on 11-1-2013 01:31 AM
cumi ciki gila klassik rancangan nih

Suara dari perut Wazata Zain

KEBOLEHAN menuturkan suara tujuh watak berbeza adalah keistimewaan Wazata.


KALAU anak-anak kecil kini asyik menonton rancangan kartun seperti Spongebob Squarepants, rakan sebaya mereka pada era 1980-an pasti ternanti-nanti siri Cumi & Ciki.


Nostalgia telatah boneka seekor kupu-kupu dan monyet itu tidak sempurna tanpa memori terhadap pengendali watak Cumi dan Ciki iaitu Wazata Zain. Kemampuan beliau menghasilkan suara tanpa menggerakkan bibirnya sememangnya memukau penonton.


Kemampuan menguasai kebolehan ventrilokis ini merupakan hasil gigihnya menimba ilmu di perantauan. Melalui tajaan biasiswa Colombo Plan, Wazata ke Sydney, Australia untuk berguru di bawah tunjuk ajar Profesor Hyes. Wazata mengakui bahawa kursus yang dikutinya pada tahun 1980 itu bukanlah sesuatu yang mudah.

“Seorang ventrilokis perlu mempelajari pelbagai teknik termasuk skil pengawalan pergerakan bibir dan teknik pernafasan dengan mengawal diafragma. Penat dan perit latihan yang terpaksa saya lalui tapi berbaloi,” komen beliau.


Hasilnya, Wazata mampu untuk menuturkan suara tujuh watak berbeza tanpa menggerakkan bibirnya.


Menceritakan lebih lanjut mengenai skil ventrilokis itu, beliau mengatakan bahawa untuk mengeluarkan suara tanpa menggerakkan bibir boleh dilakukan dalam satu tempoh masa sahaja.

“Suara tersebut dikeluarkan dari perut. Lagi lama bertutur menggunakan suara dari perut, semakin penat seseorang itu,” ujar beliau.


Kariernya sebagai seorang ventrilokis menemui noktah pada tahun 1990. Sebelum pemergiannya ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji, ibunya menasihati beliau agar berhenti daripada pekerjaan tersebut.

Menuruti nasihat bonda, Wazata menyerahkan boneka-boneka kesayangannya kepada Muzium Negara.


CIKI, patung boneka yang terkenal pada 1980-an, ibarat sahabat karib Wazata.


Namun begitu, berakhirnya pengendalian siri Cumi & Ciki tidak bermaksud Wazata berhenti terus daripada dunia hiburan. Wazata yang juga seorang bekas pegawai di Kementerian Pelajaran turut menulis skrip dan berlakon.


Sitkom Hang Setia di mana Wazata terlibat sebagai penulis skrip dan juga pelakon, terus mengekalkan populariti pelawak veteran ini. Sitkom hasil tangan Wazata juga pernah diperkatakan di Parlimen dek unsur-unsur sindiran halus terhadap ahli politik.


“Saya difahamkan pemimpin negara pun menonton Hang Setia kerana unsur sinis tersebut,” imbau bintang kelahiran RTM ini.


Dalam bidang perfileman, Wazata pernah menjadi pelakon pembantu filem Perawan Malam pada tahun 1988. Baru-baru ini pula, Wazata terlibat dalam penggambaran filem cinta komedi, Syurga Cinta dengan memegang watak sebagai seorang yang alim.

Luar daripada dunia hiburan, Wazata menguruskan sebuah stesen minyak sejak lima tahun lalu.


Suami kepada Salbiah Abd. Gani dan bapa kepada tujuh orang putera ini kini giat melibatkan diri dalam aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Selain daripada menjadi Pengerusi Biro Agama dan Dakwah Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Wazata turut aktif dalam melakukan kerja-kerja amal dan keagamaan.


Seniman ini merupakan salah seorang anggota Sahabat HUKM dan sedang berusaha mencari dana untuk membantu golongan miskin.



Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 12:49 PM | Show all posts
nallepooh posted on 11-1-2013 01:31 AM
arwah Kama Reza..igt tak?

ingat..



meninggal eksiden..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 12:52 PM | Show all posts
sharlenetexas posted on 10-1-2013 10:32 PM
Mak aku cite asmahani husin tangkap cintan ngan ahmad tarmimi siregar. Tapi tarmimi kawin ngan org l ...




time tu..dia ala2 hawt persis aaron aziz kekdahnya

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2013 01:02 PM | Show all posts
Syd posted on 11-1-2013 12:49 PM
ingat..

die ni ade kaitan sdare ke ngan jamal abdillah & helmi hussaini tu?

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 01:04 PM | Show all posts
Syd posted on 11-1-2013 12:52 PM
time tu..dia ala2 hawt persis aaron aziz kekdahnya

akak asmahani ni keje kat Tourism Malaysia PWTC.  Dalam tahun 2004 gitu.  Aku plak keje dlm building sama.  Dulu masa opis haku belum pindah, selalu jumpa dia.  Suka tengok dia ni...still cantik n sweet walaupun dah veterank.  Sopan aje dan sentiasa senyum.  Tapi kannn,  mcm takde kawan.. pi mana-mana pun sorang je... Rasanya macam single lagi... Skang tak tahu single lagi ke idak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2013 01:33 PM | Show all posts
sharlenetexas posted on 10-1-2013 05:14 PM
@shahirakay
mcm tu ceritanya? Skg ni di duk malaysia lah?

haah. mak dia tak berapa nak sihat. lepas tu adik dia pulak baru je deliver hari tu. so ni dia ada kat sini la.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 01:41 PM | Show all posts
jalud korang ingat tak???patung tp suara dr tuan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 01:43 PM | Show all posts
Syd posted on 11-1-2013 12:23 PM
noraina emir tuh..
mak eksiden kan?

ayah dia org atasan perkumpulan peniaga2 melayu ke apa...somebody jugak la..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 01:43 PM | Show all posts
azie.dz posted on 11-1-2013 01:41 PM
jalud korang ingat tak???patung tp suara dr tuan dia..

ingatttt..... yang hidung besau tu kannn...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 01:47 PM | Show all posts
zafira posted on 11-1-2013 01:43 PM
ingatttt..... yang hidung besau tu kannn...

kann...pemes gak dia kan
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 01:51 PM | Show all posts
azie.dz posted on 11-1-2013 01:43 PM
ayah dia org atasan perkumpulan peniaga2 melayu ke apa...somebody jugak la..

Bapa dia Datuk Mohd Izat Emir....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 02:16 PM | Show all posts
azie.dz posted on 11-1-2013 01:43 PM
ayah dia org atasan perkumpulan peniaga2 melayu ke apa...somebody jugak la..

http://www.perdasama.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=153&Itemid=99
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 02:17 PM | Show all posts
alahai posted on 11-1-2013 12:40 AM
dia pernah berkawin dgn kerabat(??) brunei tpii bercerai jugak...

Bekas bini ahmad fauzee ni bukan kerabat brunei, biasa2 takder dayangku or pengiran.  Anak2 beliau dgn pompuan brunei ni dah besor panjang n masuk university.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2013 02:22 PM | Show all posts
alahai posted on 11-1-2013 12:41 AM
artis 80-an dulu ramai jugak yg dapat kat kerabat/org brunei....antaranya mazuin, ibnor riza, ahmad  ...

Mazuin kawen dgn prince sufri n later divorced, ibnor riza kawen dgn penyanyi brunei norhayati n ahmad fauzi kawen dgn zati. Apart fm ibnor riza who remains married to yati the rest ends in divorced.

Kalo tak tepat tolong betulkan
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 02:26 PM | Show all posts
Syd posted on 11-1-2013 12:23 PM
noraina emir tuh..
mak eksiden kan?

Bapak dia datuk ezat emir.  I dulu sama2 kenal masa zaman jepun dgn kakak2 arwah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 02:32 PM | Show all posts
minahsaudi posted on 11-1-2013 02:26 PM
Bapak dia datuk ezat emir.  I dulu sama2 kenal masa zaman jepun dgn kakak2 arwah.

dulu...
umah dia berjiran ngan bos lama ai..

Melia Majilis
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 02:34 PM | Show all posts
minahsaudi posted on 11-1-2013 02:22 PM
Mazuin kawen dgn prince sufri n later divorced, ibnor riza kawen dgn penyanyi brunei norhayati n a ...

anak ibnur reza pandai nyanyi...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.102574 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list