CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farahanafarah

TAK SEINDAH SYURGA

[Copy link]
Post time 30-11-2012 02:39 PM | Show all posts
perempuan jahat tue x lari jauh rupanya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2012 02:44 PM | Show all posts
waaaaa.....nak lagikkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2012 12:16 AM | Show all posts
shahrinas posted on 30-11-2012 02:39 PM
perempuan jahat tue x lari jauh rupanya...

dia akan tetap ada...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2012 12:26 AM | Show all posts
BAB 21

        “kejap lagi kita keluar, pakai baju dan kasut ni.” Tengku dennis menghulur 2 buah beg kertas berisi kasut dan baju kepada lisa yang masih seronok melayan adam dan bob menjamu selera. Nasi lemak yang di masak lisa betul-betul sedap, benarlah kata makcik yang mereka temuramah tempohari bahawa nasi lemak buatan lisa sedap gilerrrrrr….adam dan bob sudah dua kali tambah dan tidak ada tanda-tanda mahu berhenti makan. Lisa hanya melayan dan tersenyum.
       
         Dia memang sengaja masak lebih memandangkan hari ini adalah hari minggu dan pengawal peribadi tengku dennis datang agak awal ke penthouse lelaki itu. biasanya hari minggu tengahari baru datang, itupun hanya menunggu di lobi penthouse. Hari ini tengku dennis dengan baik hati mengajak mereka naik ke rumah. Lisa yang sedang memasak segera menggandakan masakannya sebab dia tahu adam dan bob kuat makan orangnya.
       
        “langkah kanan betul kita hari ni kan bob? Selama ni duk dengar orang cakap je yang nasi lemak cik lisa ni sedap sangat, tak sangka hari ni dapat rasa.” Ceria saja nada suara adam bercerita tanpa menyedari dia hampir membocorkan rahsia tengku dennis. Bob segera menyepak kaki adam yang berada di sebelahnya apabila melihatkan tengku dennis mula menjeling ke arah adam.
       
        “apa ni bob, tending-tendang kaki orang. Sakitlah!” marah adam pada bob. Dia masih belum menyedari kesilapannya. Tengku dennis mula naik geram dengan perangai dungu adam. Namun agak mustahil untuk dia memarahi adam di depan lisa. Makin pelik pula gadis itu nanti. Sewaktu adam memuji nasi lemaknya pun dahi lisa sudah mula berkerut.
       
        “adam…kalau makan jangan bercakap, nanti tercekik tak sempat kahwin pulak kau nanti,” ujar tengku dennis. Dia menjeling adam yang masih berselera mengunyah. Adam hanya mengangguk, dia masih tidak faham.
       
         “mana abang adam tau nasi lemak lisa sedap?” soal lisa bersahaja. Dia langsung tidak mengesyaki apa-apa, dia sekadar bertanya. Lagi pun adam ni tidak boleh di ambil kira sangat, banyak loyar buruk. Nasi yang masih berada dalam mulut ada tersembur keluar, perit tekaknya. Cepat-cepat lisa menghulur air masak yang sudah siap dituang dalam gelas.
       
         Sekarang dia sedar kenapa bob menyepak kakinya dan kenapa tengku dennis menyuruhnya diam sewaktu bercakap. Rupanya aku salah cakap! Adam terkebil-kebil memandang lisa, bob dan kemudian tengku dennis. Dia buntu, tidak tahu apa yang perlu dijawabnya. Bob di sebelah hanya buat tidak tahu, tanda malas mahu membantu. Itulah…cakap banyak lagi.
       
         Lisa yang pelik melihat adam seolah takut-takut bertanya lagi. “kenapa abang adam?”
       
       “errr…abang adam ada cakap eh nasi lemak lisa sedap? Apa abang adam cakap tadi ye, tak ingat. Maklumlah sedap sangat sampai cakap pun merapu.” Adam merasakan jawapan itu saja yang paling sesuai untuk semua soalam lisa. Dia cepat-cepat menunduk menyambung suapan yang tergendala apabila matanya bertembung pandang dengan mata tengku dennis.
       
        Lisa hanya ketawa dengan jawapan adam.
       
        “abang adam ni kelakar lah. Takkanlah makan nasi lemak lisa terus jadi merapu. Bahaya sungguh!” lisa ketawa lagi tanpa mengesyaki apa-apa. Adam dan bob turut ketawa, hanya tengku dennis yang mendiamkan diri.
       
         “sudah, pergi naik atas salin baju cepat,” arah tengku dennis pada lisa. Gadis itu hanya mencebik. Kerja nak beri arahan pada orang je. Tapi kata-kata itu hanya bergema dalam hati, beg kertas yang diberi tengku dennis di ambil dan dibawa naik ke bilik. Nanti kalau tidak diikutkan arahan lelaki itu, keluar pula suara petir dia.
       
          Sampai saja ke bilik, lisa cepat-cepat membuka isi beg kertas tersebut dan ternyata telahannya tepat sekali. “kenapa kalau dia yang beli baju, dia yang pilih baju, mesti jenis tak cukup kain punya! Mengidam nak pakai sendiri tapi tak mampu nak pakai agaknya…eiii!! Geram betul!” lisa membebel sendirian. Baju ditangannya diramas geram. Baju macam orang berkemban ni yang dia suruh aku pakai, gila apa…baik bogel terus, getus hati lisa lagi.
       
         Hatinya berbelah bagi, tak pakai karang petir pulak pak cik tu, kalau pakai karang…ishh! Dilema betullah. Dalam pada berkira-kira dan berfikir, ketukan dipintu bilik mengejutkan lisa. Dia memandang pintu bilik yang masih tertutup rapat. Mesti si mangkuk ayun tu!
       
          “kau buat apa lagi lisa? Cepat sikit boleh tak?” jerit tengku dennis dari luar pintu bilik. Panas punggung menunggu lisa yang tidak turun-turun dari tadi. Lisa mula bengang. Nak pakai apa kalau baju macam ni.
       
         “tak ada baju lain ke yang awak boleh beli hah? Jenis tak cukup inci jugak yang awak berkenan kenapa?” jerit lisa kembali dari dalam bilik. Dia pasti tengku dennis masih berada di depan pintu biliknya.
       
         “kalau kau tak pakai baju tu, aku sendiri yang masuk dan pakaikan untuk kau. Baik kau buat pilihan cepat. Pakai sendiri atau aku yang pakaikan.” Tengku dennis kembali bersuara. Lisa agak gusar sebab dia tahu tengku dennis bukan jenis orang boleh di ambil mudah akan kata-katanya.
       
          “yelah…yelah…” balas lisa bengang. Dress pendek potongan kemban yang berwarna pink lembut dikenakan ke badan. Cantik! Tapi pakai kat rumah bolehlah…seksi sangat ni, terdedah pada bahagian dada, pendek pula tu. Dress atas lutut yang sendat didada dan pinggang manakala kembang dan flowy pada bahagian bawah sangat cantik pada tubuh lisa.
       
         Kainnya juga amat lembut dan selesa pada tubuh. Zip yang berada dibelakang menyukarkan lisa untuk menzipnya sehingga ke atas, baru separuh zip mampu ditarik. Lisa melangkah ke meja solek dan duduk di situ. Wajahnya yang sedia licin ditempek dengan sedikit foundation dan dilayangkan loose powder. Bibirnya dioles lipstick nude color dan bulu matanya yang sedia lentik disapu dengan sedikit mascara.
       
          Semua alat mekap miliknya dibeli oleh tengku dennis, nak harapkan dia manalah ada duit. Tengku dennis ada juga memberikannya duit tapi dia menolak dan setelah dipaksa barulah dia mengambilnya. Itupun terbiar dalam laci meja solek, langsung tidak terusik. Bila tiba masanya untuk dia keluar dari rumah ini, dia akan pulangkan semuanya. Akhir sekali rambutnya yang sejak tadi disanggul dilepas bebas. Rambut milik lisa yang panjangnya separas pinggang dan lurus di atas dan sedikit bergulung dibawah seringkali dipuji neneknya.
       
            Kata neneknya cantik dan sihat. Sebab itulah sewaktu di rumah neneknya dia tidak melepaskan rambutnya, hampir 24jam disanggul. Semuanya kerana bimbang dia akan kelihatan cantik dan dia takut pak mat akan mengapa-apakannya. Dia bukannya  bodoh tidak memahami maksud pandangan mata bapa saudaranya itu. lama dia merenung figura yang berada didepannya, tidak percaya dia mampu mengenakan alat mekap yang mahal. Sebelum ini dia hanya mampu melihat maria yang bergaya dengan alat solek mahal.
       
         Setelah berpuas hati dengan wajahnya lisa kembali berdiri untuk menzip pakaiannya. Terkial-kial dia untuk menarik zip tersebut dan tanpa sedar ada sepasang tangan yang menolong menarik zip itu sehingga ke atas. Lisa bergerak menjauhi susuk itu, dia tahu tengku dennis yang menolongnya. Siapa lagi yang ada dalam rumah itu, tidak mungkin adam atau bob yang berani masuk ke biliknya.
       
          Masam mencuka wajah lisa apabila terlihatkan tengku dennis yang tersenyum di hadapannya.
       
         “baju apa awak beli ni? Atas ternganga bawah ternganga…” lisa mendengus. Tengku dennis hanya diam sambil merenung gadis itu. lisa kelihatan sangat cantik dan menarik dalam persalinan itu. kulitnya yang putih gebu sesuai dengan apa jenis warna pakaian sekalipun.
       
        “okay lah tu…cantik apa. Bukan seksi sangat pun.” Tengku dennis menjawab selamba. Memanglah seksi tapi baginya, lisa pakailah jubah sekalipun dia tetap Nampak seksi jadi baginya tidak ada apa yang salah.
       
       “kepala hotak awak tak seksi, kalau pakai macam ni baik bogel je terus!” marah lisa. Bengang sungguh mendengar kata-kata lelaki itu. lelaki ini bercakap macam langsung tak ada agama.
       
         “eh…jangan sampai macam tu, 18sx jugak kau ni ye.” Tengku dennis ketawa mengusik. Lisa mengetap bibir. Panas hatinya dengan perangai tengku dennis. Sudahlah gatal-gatal tolong zipkan baju. Sajalah tu nak ambil kesempatan, tuduh lisa dalam hati.
       
        Tengku dennis dilihatnya hanya selamba sambil membelek handphone, lagaknya seperti sedang berbalas sms. Sms dari kekasihnya kot…
       
         “mana kasut tadi? Pakai cepat, kita dah lambat ni.” Perhatian tengku dennis yang tadinya pada skrin telefon sudah beralih pada lisa. Wajah yang masam mencuka itu tetap kelihatan cantik. Melihatkan lisa yang masih berdiam diri tengku dennis mengambil kotak kasut yang berada di atas katil dan berjalan menghampiri lisa. Lisa mula cuak, takkan nak baling kotak kasut lagi.
       
         Tolakan tengku dennis pada bahunya membuatkan lisa terduduk dibirai katil. Tengku dennis membuka kotak kasut dan mengangkat sedikit kaki sebelah kanan lisa dan disarungkan kasut bertumit tinggi itu, zip yang berada dibelakang kasut ditarik kemas. Kemudian kaki kiri pula diangkat, perkara sama turut dilakukannya. Setelah siap semuanya, tengku dennis kembali berdiri dan menghulurkan tangan pada gadis itu.
       
         Lisa yang masih terbuai perasaannya menyambut huluran tangan tengku dennis. Dia dipimpin menuruni tangga menuju ke ruang tamu. adam yang sedang menggigit epal terpaku, tanpa sedar bergolek epalnya jatuh dari tangan. Oh my!
       
         Adam yang masih terbuntang biji matanya ditarik oleh bob. Orang semua sudah berada di luar rumah dia masih terkebil-kebil kat dalam rumah.
       
           “tutup mulut kau sebelum tengku dennis sumbat dengan buku lima dia.” Bob berkata perlahan sewaktu dalam lif. Sungguh adam kelu seribu bahasa, cantik sangat dah ni…kalau bukan tengku dennis punya confirm dia mengorat. Dengan rambut panjang mengurai dia tu, alahai…sweetttttt sangat!
       
         “kita nak ke mana ni?” tanya lisa. Sudah hampir 15 minit perjalanan namun seorang pun tidak bersuara. Sunyi sepi…macam rumah mayat pun ada. Tengku dennis disebelah dipandang lama, mengharapkan jawapan dari lelaki itu. nak harapkan adam atau bob yang jawab memang tak lah. Takut sangat dengan tengku dennis, macamlah lelaki tu bapak gangster!
       
        Tengku dennis yang leka dengan handphone direnung oleh lisa. Tajam matanya memerhatikan tengku dennis. Apa yang best sangat dengan handphone tu pun dia tak tahu, orang tanya bukan nak jawab, malah pandang pun tidak. Melampau!
       
         Lisa sakit hati dengan tingkah lelaki itu. dah lah kena paksa pakai baju ni, kena paksa ikut tapi bila tanya nak pergi mana tak pula dijawabnya. Lisa bertanya sekali lagi, kalau tak jawab juga siaplah dia…
       
            “ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun…kita nak ke mana ni tengku…juhhh.” Perkataan juh dibelakang perlahan bunyinya namun masih dapat ditangkap oleh pendengaran tengku dennis. Lisa sedang merenungnya hanya dijeling sekilas. anak mata yang terlindung dari rayban yang dipakai tengku dennis tidak menyukarkan lisa meneka riak lelaki itu. sesaat…dua saat…dan seminit telah berlalu. Tengku dennis tidak menjawab.
       
           Lisa geram, dia segera merampas iPhone tengku dennis dan diletakkan dibelakangnya kemudian dia bersandar di seat kereta sambil berpeluk tubuh. Senyuman puas terukir dibibir apabila tengku dennis mula menanggalkan cermin mata hitamnya dan mula menumpukan sepenuh perhatian pada lisa.
       
            “kau…baik kau bagi balik…” tertahan-tahan suara tengku dennis menampung perasaan geramnya. Berani sungguh gadis ini merampas handphonenya, langsung tidak ada riak takut diwajahnya. Lisa buat tak dengar, sebijik macam cara tengku dennis melayannya tadi. Oh! Dia ingat dia je boleh buat tak layan. Gua pun bolehla…
       
          Bob dan adam hanya berani menjeling ke belakang, tidak berani mahu masuk campur. Tengku dennis kalau marah lain macam sikit. Tengku dennis mula mahu berkasar, lengan lisa dicengkam erat menyebabkan gadis itu berpaling memandangnya. Muka lisa berkerut menahan sakit. Mesti lebam kejap lagi.
       
        “bagi balik fon aku…” arah tengku dennis.
       
       “tak nak!” lawan lisa.
       
        “I said….bagi balik!” suara tengku dennis mula meninggi.
       
        “I said…tak nak!” lisa mengejek. Tengku dennis mula bengang, adam dan bob mula berpeluh. Bahaya betul cik lisa ni, berani bermain dengan api. Nanti terbakar, abang bomba jugak yang susah.
       
        “sakitlah!” marah lisa apabila terasa tangan tengku dennis makin mencengkamnya.
       
         “kalau tak nak sakit, bagi balik fon aku.”
       
         “kalau saya tak nak bagi awak nak buat apa?” tanya lisa persis mengejek. Tengku dennis mula ketap bibir.
       
         “jangan cabar aku!” makin kuat tengku dennis mencengkam lengan gadis itu, lisa mula tak tahan. Dia menundukkan kepalanya sedikit dan tangan tengku dennis yang mencengkamnya digigit kuat. Terjerit tengku dennis dibuatnya, dan secara tidak sengaja cengkaman itu terlepas. Berbekas gigi lisa dilengannya yang bert-shirt pendek. Kalau lengan panjang kurang sikit sakitnya.
       
         Baru saja tengku dennis mahu membalas perbuatan gadis itu, suara adam mencelah.
       
        “bos, kita dah sampai ni.” Adam memberitahu sambil memusingkan badannya ke belakang mengadap tengku dennis. Lisa tidak melepaskan peluang, dia segera membuka pintu kereta dan melompat keluar, handphone tengku dennis turut dibawanya sekali. Di luar kereta lisa selamba menjelirkan lidah ke arah tengku dennis yang masih terpaku dalam kereta. Lisa menjelirkan lidah sambil menayangkan iPhone lelaki itu ditangannya. Walaupun cermin kereta gelap, dan dia tidak dapt melihat reaksi muka tengku dennis, dia tetap yakin bahawa lelaki itu sedang menahan marah.
       
         Tengku dennis melangkah turun sambil menyangkut kembali cermin mata hitamnya di hidungnya. Wajahnya diseriuskan, sedangkan hatinya bagai nak berguling-guling keluar. Tindakan keanak-anakan lisa membuatkan dia terasa ingin ketawa. Perangai sebijik macam budak terencat, terkinja-kinja melompat kat luar kereta sambil menayangkan iPhone dan menjelirkan lidah. Tengku dennis hanya ketawa dalam hati, malas melayan gadis itu.
       
          Dia segera menuju ke arah ruang pameran kereta, lisa mengekori dari jauh. Masih lagi memegang handphone milik tengku dennis. Dia tidak berani mendekati tengku dennis kerana takut lelaki itu membalas dendam. Tapi dia tahu, lama mana sangatlah dia boleh larikan diri dari lelaki itu. alih-alih jumpa juga nanti di rumah.
       
          Lisa memandang sekeliling showroom, semua kereta yang dipamerkan adalah kereta mewah yang nilainya mencecah jutaan ringgit. Nak buat apa datang sini? Tengku dennis nak beli kereta untuk aku ke? Wah!!! Ini sudah bagus ni….lisa tersenyum-senyum. Tak sangka mata duitan jugak kau ya lisa, kutuknya pada diri sendiri.

               
P/S : SORI, NI LAST POST TUK MINGGU NI...AND SADLY, TERPAKSA STOP AROUND 2 WEEKS SEBAB ADA PROGRAM LUAR...MASA SANGAT2 TAK CUKUP...BUSY BEBENOR...TERPAKSA HABISKAN BANYAK MASA KAT LUAR BUAT RESEARCH UNTUK ASSIGNMENT...SO SORRY...NANTI AKAN CONTINUE BALIK...SABAR YE... TERIMA KASIH AND SORRY...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2012 12:38 AM | Show all posts

RE: TAK SEINDAH SYURGA










bilik tengku dennis..cun tak?? hehe..



Last edited by farahanafarah on 1-12-2012 12:39 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2012 12:51 AM | Show all posts


bilik tidur lisa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2012 01:04 AM | Show all posts
Apa 2minggu takde n3... Mcm mana aku nak survive ni... Apakata sblm ko p bertapa kat dlm gua, ko tapau utk kami 10 episode, aku rasa berbaloi gaklah klau Lisa ngan TD takde 2minggu ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2012 01:06 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2012 01:10 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2012 01:13 AM | Show all posts


Bilik tido lisa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2012 01:33 AM | Show all posts
WATAK TAK SEINDAH SYURGA (ANGAN-ANGAN PUNYA..HAHA)



Tengku dennis farrel



nur mellisa (suka sangat sandra dewi sebab macam sesuai dengan lisa, muka sweet gitu..hehe..tak suka maap ya pak)



mikail



maria



salina

ni antara watak yang saya gambarkan...nanti watak2 lain ada masa saya letak lagi...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2012 02:04 AM | Show all posts
ANTARA KERETA-KERETA MILIK TENGKU DENNIS



lambo aventador


nissan gtr



ferrari f430



bugatti veyron



bmw x6



bmw m6


ducati 848 evo



yamaha r1..


semua ni kenderaan tengku dennis buat masa sekarang..hehe...over gila banyak nak mampos...well..kata kaya...sila lah berangan sambil baca...muahaha...selepas 2 minggu saya akan kembali semula...harap bersabarrr...
Last edited by farahanafarah on 1-12-2012 02:07 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2012 02:09 AM | Show all posts
Sherasi posted on 1-12-2012 01:04 AM
Apa 2minggu takde n3... Mcm mana aku nak survive ni... Apakata sblm ko p bertapa kat dlm  ...

tak pe...kau pasti boleh survive..keh keh keh...sabau ye...biar membuak2 rindu nanti bila aku dah balik barulah kau akan baca dengan penuh khusyuk dan tawadduk...haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2012 02:10 AM | Show all posts
Sherasi posted on 1-12-2012 01:10 AM

rajin kau mencari...i loikeeee...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2012 02:15 AM | Show all posts
Ni pon aku duk baca ngan penuh tawadduk n khusyuk... Dapat ke aku bertahan utk 2minggu Lisa ngan TD takde ni... Tabahkanlah jiwa dan ragaku... Nmpak gaya aku kena menyibukkan diri aku kat gym 3 4 jam atau bz menyoppingkan diri semata2 utk melupakan Lisa n TD buat seketika
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2012 02:19 AM | Show all posts


Bilik tido Lisa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2012 04:10 AM | Show all posts
last post for today...banyak2 bersabar ye semua, kalau dapat curi masa saya akan post kalat tak dapat 2 minggu lagila jawabnya..sabar bebanyak dan terima kasih pada semua yang sudi baca...may Allah bless all of you!
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2012 09:04 AM | Show all posts
lama tue nak tunggu n3...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2012 08:09 PM | Show all posts
lamanye nk tggu saambungan...uuuuuuuuuuuuu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2012 11:26 PM | Show all posts
BAB 22
        

           Ketukan bertalu-talu di muka pintu disertakan dentingan loceng mengejutkan lena lisa. Terpisat-pisat dia membuka mata, ruang tamu yang suram makin menyukarkan pandangannya terhadap jam dinding yang melekat megah di depannya. Ketukan itu kedengaran lagi, tapi tidak sekuat tadi, lisa pantas bangun dari sofa empuk yang menjadi alas pembaringannya, televisyen yang terpasang hanya dikerling sepintas lalu. Kejap lagilah tutup, fikirnya.
        
          ia pasti tengku dennis yang pulang, tapi biasanya lelaki itu ada kunci sendiri. Kalau tak nak guna kunci boleh masukkan password 4 digit untuk buka pintu. Kenapa malam ni nak ketuk-ketuk pintu bagai pulak, siap pakej ketuk sampai nak roboh pintu dibuatnya. Pintu besi kot, kalau sampai aku yang tengah tidur pun boleh tersedar, Nampak sangat pintu tu ditendang. Ganas sungguh tengkujuh ni! Omel lisa lagi. Lisa genggam pemegang pintu dan menariknya kasar, bengang kerana tidurnya diganggu.
        
          belum sempat pintu ditarik habis, satu beban sudah menimpa tubuh lisa. Terhuyung-hayang gadis itu membetulkan posture tubuhnya. Nasib baik sempat dia menahan lengannya ke dinding, kalau tidak mahu terlentang dihempap bebanan itu. lisa cuba menolak tubuh yang memeluknya lemah, mabuk lah ni!
        
         " awak…bangun! Tengku dennis! Hishhh…dia yang mabuk menyusahkan aku pulak! Dennis! Tengku dennissss!!” lisa cuba merungkai pelukan tengku dennis terhadapnya, pintu rumah sudah tertutup dengan sendirinya jadi tidaklah perlu dia susah payah nak tutup. Tubuh tengku dennis yang masih melekap di tubuhnya di tolak dengan sepenuh tenaga dan disandar ke pintu rumah yang tertutup tadi. Termengah-mengah dibuatnya, ingat badan dia kecik agaknya. Tangan lisa menekan kedua-dua bahu tengku dennis agar melekap ke pintu dan tidak melurut jatuh.
        
             wajah tengku dennis pucat dan berpeluh dengan mata terpejam, wajah itu berkerut seolah menahan kesakitan. Lisa kerut dahi, kuat sangat ke aku tolak dia. Belum sempat lisa bertanya, suara lemah tengku dennis kedengaran.

            “sakit….” Lisa bingung, lantas matanya memeriksa seluruh tubuh tengku dennis. Menggigil tubuh gadis itu kerana terkejut dengan apa yang dilihatnya. Secara tidak sengaja tangannya yang menekan bahu tengku dennis terlepas. Tanpa menunggu sesaat pun tubuh tegap itu terus melurut jatuh. Lisa masih terpinga-pinga, kemeja putih yang di pakai tengku dennis basah dengan darah merah di bahagian perut.
      
            “tol…tolongg aku lisa…” lisa tersentak, apa aku buat ni! Lisa segera melutut di hadapan tengku dennis, berbagai persoalan timbul dibenaknya.
      
             “kenapa dengan awak?? Apa yang jadi?? Darah…kenapa…awak pergi mana tadi??” bertalu-talu soalan keluar dari bibir cantik itu. tengku dennis hanya mampu memandang, dia terasa lemah sekali. Kesan tikaman di perut mengeluarkan darah yang sangat banyak. Dia tahu lisa panic, dari air mata yang tidak putus-putus menuruni lekuk pipi itu sudah cukup membuatkan tengku dennis rasa bersalah.
      
               “mari saya angkat awak.” Lisa cuba untuk mengangkat lengan tengku dennis untuk diletakkan di atas bahunya. Dia harus mengangkat tengku dennis, takkan lah nak tinggalkan di depan pintu. Namun tengku dennis hanya menggeleng, dia menolak lisa menjauhinya dan menyandar ke pintu. Kemeja putih dipakainya dikoyak kasar menampakkan tubuhnya dan juga kesan luka sepanjang 4 inci dibahagian perut. Lisa paling muka ke arah lain, ngilu apabila melihatkan luka itu. erangan tengku dennis membuatkan lisa mendekati lelaki itu. dia bingung dan panic yang teramat sangat. tidak tahu apa yang harus dilakukan.
            
            “ambilkan towel bersih.” Dengan susah payah tengku dennis mengarahkan lisa. Gadis itu mengangguk laju dan pantas berlari ke dapur. Kelam kabut lisa mencari towel bersih yang selalu disimpan di dapur. Habis segala benda dipunggahnya, sungguh dia panic, takut dengan apa yang akan terjadi dengan lelaki itu. setelah mengambil 4 helai tuala bersih, lisa berlari semula ke arah tengku dennis yang sudah terbaring. Lelaki itu kini tidak lagi bersandar di pintu, baju kemejanya juga sudah dicampak entah ke mana.
        
               tuala dihulur kepada tengku dennis, lelaki itu segera mengambil dan ditekan ke atas luka diperutnya, bertujuan untuk menghentikan pendarahan. Jika pendarahan masih berterusan, dia boleh mati! Belum saatnya untuk dia mati. Keparat itu harus diberi pengajaran.
      
               Erangan tengku dennis yang makin kuat membuatkan jantung lisa berdebar, dia yang hanya berdiri sedari tadi segera melutut di sisi tengku dennis dan mengambil tuala yang digenggam lelaki itu. darah masih tidak berhenti, luka itu terlalu panjang dan dalam fikirnya. Kalau darah tidak dapat dihentikan, tengku dennis boleh….takut untuk lisa memikirkannya. Tidak semena-mena air matanya makin laju membasahi pipi, dia takut untuk menghadapi satu lagi kematian. Cukuplah dengan kematian neneknya, dia tidak cukup kuat. Tanpa tengku dennis ke mana arah yang harus dituju.
      
              “jangan panic lisa, jangan panic…” kata semangat diberi kepada dirinya sendiri walhal bagai nak pecah jantungnya dalam keadaan itu.
      
              “dennis…awak jangan pejam mata, dennis…bangunlah, jangan buat saya macam ni…dennissss” lisa cuak, tengku dennis dilihatnya memejamkan mata dan diam tidak berkutik. Digoncang bahu lelaki itu sekuat hati sambil memanggil nama lelaki itu dalam esak tangisnya.
      
              “dennis….dennis….dennisss….bangunlahhhh…..” teresak-esak gadis itu, sebelah tangannya masih setia menekan tuala ke perut tengku dennis. Sungguh dia takut!
      
              “akkuuu…belum….mati lagi la,” sempat lelaki itu bergurau dalam susah payahnya. Makin kuat lisa meraung, lega sangat apabila mendengar suara lelaki itu.
      
              “kau tolong…henti….kan darah ni…” tersekat-sekat tengku dennis bersuara. Lisa mengangguk laju, paham dengan arahan tengku dennis. Tapi…mana aku tau nak buat macamana, aku bukan nurse apatah lagi doctor.
      
                “saya tak tau nak buat macamana…saya buka doctor.” Jawab lisa.
      
               “buat saja macamana pun…tapi…jangan call doctor. Jangan sesekali!” sekali nafas saja tengku dennis menuturkannya, kesakitannya makin terasa apa lagi bila berbicara. Dia dapat melihat lisa segera mengangguk dan bangun berlari pergi. Tidak lama kemudian gadis itu kembali dengan sudu ditangan dan melekapkan belakang sudu tersebut ke atas luka diperutnya. Kesakitannya terasa sampai ke tulang hitam. Tidak tertanggung rasa sakit itu sehinggakan tengku dennis pengsan.
      
                Sudu ditangan segera dibaling ke lantai. Mata tengku dennis dilihatnya sudah tertutup, makin panic lisa dibuatnya.
      
              “jangan buat saya macam ni, dennis! Bangunlah dennis, tolonglah…saya takut.” Lisa menepuk pipi tengku dennis bertalu-talu namun langsung tiada reaksi dari lelaki itu. makin laju mutiara jernih mengalir ke wajahnya. Wajahnya disembamkan ke dada tengku dennis sambil teresak-esak menangis. Lama lisa berkeadaan sebegitu sebelum tersedar dan memeriksa nadi tengku dennis. Pergelangan kiri lelaki itu dirasanya dengan tangan kanan, masih berdenyut! Walaupun agak lemah namum itu sudah memberi harapan baru untuk lisa. Luka tengku dennis diperiksa, darah tidak lagi mengalir. Menjadi juga tindakannya melekapkan sudu panas ke atas lusa tersebut.
      
             Bila fikiran dan hatinya sudah sedikit lapang barulah dia teringatkan Adam dan Bob. Kenapalah dari tadi dia tidak menelefon mereka. Lisa tercari-cari iphone milik tengku dennis untuk menghubungi bodyguard lelaki itu. poket kanan jeans yang dipakai tengku dennis diseluk, tiada! Poket kiri pula menjadi sasaran, nasib baik ada. Tanpa berlengah dia segera menghubungi Adam. Lama baru taliannya bersambut.
      
              “hello! Abang adam? Tolong datang penthouse sekarang! Penting!” tanpa salam lisa terus ke tujuan asalnya. Adam yang dihujung talian kehairanan, sejak bila pula bos aku jadi perempuan. Handphone dijauhkan dari telinga untuk melihat siapa pemanggilnya. Memang nombor telefon tengku dennis tapi suara siapa pulak…adam garu kepala, penyakit blurnya datang kembali.
      
              “siapa ni?” tanya adam setelah handphone dilekap semula ke telinga.
      
               “lisa sini, tengku dennis cedera. Abang adam datang sekarang dengan abang bob ye! Sekarang….” Jawab lisa. Agak bengang dengan respon adan sebenarnya. Time macam ni la dia nak blur.
      
            Adam tarik sengih. Awek bos rupanya. “oh lisa, apa lisa cakap tadi? Tak clearlah.” Soal adam lagi. Lisa mendengus.
      
          “tengku dennis cedera, dia kena tikam! Abang adam dan abang bob datang sekarang! Saya tak tau nak buat apa ni!” lisa jerit kuat. Orang dahlah tengah panic, boleh pulak dia buat lawak bodoh.
      
             Adam terkejut besar, tanpa pamit dia mematikan talian. Lisa yang tidak mendengar apa-apa balasan dari adam mula turut mematikan talian. Dia memandang tubuh tengku dennis yang berbaring di lantai. Takkan nak biarkan dia kat sini. Dengan susah payah lisa cuba mengalih tubuh tengku dennis ke tempat yang lebih selesa. Lisa memaut kedua-dua bawah lengan tengku dennis dan mengheretnya ke ruang tamu. maaf tengku, saya tak larat nak angkat awak.
      
           Berpeluh-peluh dibuatnya. Dengan segala kudrat yang ada dia menarik tengku dennis ke atas sofa. Sisa darah dibadan tengku dennis dilap dengan towel yang dibasahkan dengan air suam, kemudian luka itu ditutup dengan kain bersih. Hanya itu yang dia mampu lakukan, selebihnya dia tidak tahu. Lisa duduk disisi sofa tengku dennis. Wajah kacak itu dipandang sayu, walaupun pucat, tidak dapat dinafikan tengku dennis tetap menarik.
      
            Tanpa sedar tangannya mengusap pipi lelaki itu. air mata yang tadinya sudah kering mula kembali membasahi pipi. Takut dengan saat genting yang dilaluinya sebentar tadi. Entah kenapa, dia takut untuk kehilangan tengku dennis. Sangat takut! Oh hati, jangan kejam dengan tuanmu…sedarlah diri kita hanya menumpang wahai hati.


p/s : ada masa terluang sikit terus post...hope dapat mengubat rindu semua lah yer....enjoy your day...










Last edited by farahanafarah on 4-12-2012 11:32 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.092328 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list