|
Cerita Ain [OFF] & Throwback TT Kedaung [UPDATED 6/9/2016 #551]
[Copy link]
|
|
MizzNaza replied at 28-7-2016 04:05 PM
Cerita 3
Dulu masalah air terputus ke, gangguan air jadi slow tuh biasa je dialami. Memang la ru ...
Nak sambungannya please!
Tolong update cerita lain, please...
Take ur time untuk update ya TT? Sebab kadang kadang sesetengah cerita ni "susah" nak diupdate |
|
|
|
|
|
|
|
Hi dek!
alerr cerita2 kompilasi throwback jah dek. Gigih ahkak berkerut dahi nak mengingatkan kenangan lalu
di samping nak buat tracking adakah ahkak juga sejenis sesuatu atau tidak?
hewheww selamat bertapa ok? jangan lupa jalan pulang ke rumah pulak!
ahkak suka cerita antu hostel hehehe
alamak..ahkak pun kena ingat cerita di zaman uni jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MizzNaza at 28-7-2016 07:23 PM
Pengalaman dengan ular(s)
Oleh kerana tuan tanah kedaung sekarang punya masa agak free sementara menunggu waktu pulang, plus aku tak nak melayan perasaan saspeng dengan bilik belakang sekarang nih jadi marilah nak ceritakan sikit pengalaman dengan haiwan ciptaan Ilahi nan sejenis nih. Awal2 intro kisah si Ain dulu tuan tanah kedaung pernah mention yang I have this kind of instinct yang agak kuat jua berdepan dengan spesis ini. Boleh dikatakan banyak jugaklah encounter dengan mereka, sampaikan radar aku agak sharp jua boleh jadi pengesan pulok.
Satu oleh sebab keadaan geografi rumah kediaman yang asalnya memang dikelilingi oleh hutan khatulistiwa dalam bandar kan. so dipercayai selain manusia, kami juga adalah berjiran dengan perumahan mereka jua. Tapi dek kerana proses pembangunan yang berlaku sedikit demi sedikit di sekeliling rumah, maka ia memaksa la kawanan ulars ini keluar melarikan diri mencari kediaman baru rasanya. yang jahanamnya kau suka sangat buat shortcut melintasi kawasan rumah tuan tanah kedaung.
Spesis yang selalu sangat buat penampilan istimewa ialah spesis tedung. Panjangnya berhasta-hasta dan selalunya warna hitam, kelabu. Ada sekali tuh kaler gold yea ambuii ratu cleopatra ulars barangkali datang bertandang.Diameter adalah sebesar lengan dewasa. Tuan tanah tak ingat sangat peristiwa awal kejadian nih but I try my best ikut susunan cerita ikut sub la pulak. sebab banyak jugak peristiwa berdepan dengan binatang ini. Tapi jangan risau, semua berakhir dengan jayanya tanpa melibatkan ambulans ke hospital dan sebagainya.
ok kita mulakan dengan kisah Ular (i)
Waktu petang. macam biasa dapat pelepasan keluar bermain. mummy aku garang dan sangatlah dikenali ramai akan kegarangannya itu. pukul 5 petang baru boleh keluar, itupun kalau matahari dah tak terik. kalau masih terik alamat meringkuklah aku kat tepi grill pintu terkebil-kebil tengok orang main dari jauh. kadang budak-budak suka main kat area rumah teres terbengkalai tuh. sebab ada lagi longgokan pasir 2-3 bukit jugak. budak dan pasir, go figure.
Tapi port petang tuh, aku pilih nak bermain ngan geng anak-anak rumah kedai kat depan jalan besar. anak tokei cina perabut dan anak india kedai runcit. selalunya kitorang main basikal, atau main bola kaki tiga. tengah seronok bermain tuh kitorang break kejap, so lepak duduk beramai-ramai kat tepi jalan. jalan memang tengah sibuk dengan kereta time tuh.
Tak semena-mena ada satu van vanette kaler putih time lalu dekat dengan kitorang duduk tuh tiba-tiba ada seekor ular dilempar keluar dari tingkap van. van tengah laju bergerak tuh wei. memang kitorang tergamam adegan apa kitorang tengah saksikan nih. kau ghaser?
Hayat ular tuh tak lama. Rasanya spesis tedung sebab kepala dia sempat mengembang dan dia pon macam dalam keadaan berdiri tegak like setinggi paras pinggang dewasa, sebelum kena langgar oleh kereta-kereta kat belakang. Ular tuh pulak memang tercegat menghala ke arah kitorang semua sampailah dilenyek-lenyek oleh kereta yang lalu lalang dengan lajunya.
Tapi kesian jugak la sebab mati eksiden yang tragis sebegitu kan. 2-3 kali dilanyak pun kepala dia tetap kembang dan kemudian menguncup tapi still kepala dia mengadap arah kitorang ni lagi. masing-masing tergamam ok? End up beliau mati di jalan raya tuh jugak.
Boleh pulak bila kitorang boleh bercakap semangat dah kembali tu kan, salah sorang anak india kedai runcit tuh cakap abisla sebab ular tu pandang kita sebelum dia mati. ikut kepercayaan diorang ular tu capture imej terakhir dia nampak sebelum mati dan entah apelah pulak kaitan di situ. Takkan dapat kuasa ular kot?
Tapi that was it. Yang peliknya ialah kenapa ada orang lempar ular di jalan raya macam tuh? Apakah diorang terkejut terjumpa ular dalam van lalu dicampak buang begitu jah ataupun memang intention nak buang ular di jalan raya? Sejenis gila apa yang memandu dengan ular tedung nih? Persoalan itu juga masih tergantung hingga kini.
Eh hidup aku nih asik misteri tak sudah jah. Nih misteri ular pulak.
Eh chop. dah kat 730 dah nih. Boleh bersiap nak tutup lampu. karang aku pulak yang bertapa sini tak ingat balik oh nehi.
bersambung kesah ulars pulak bila dah sampai rumah nanti ya.
|
|
|
|
|
|
|
|
MizzNaza replied at 28-7-2016 04:05 PM
Cerita 3
Dulu masalah air terputus ke, gangguan air jadi slow tuh biasa je dialami. Memang la ru ...
Gunung ayam kat dabong ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-7-2016 08:12 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
amirezu replied at 28-7-2016 07:57 PM
Gunung ayam kat dabong ke?
Entahlah. Gunung ayam tu referring as gunung ayam kat dabong sekarang atau ada gunung ayam lain zaman tu |
|
|
|
|
|
|
|
Haha klakar la tt nie...aku suke ayat ko |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha..lawak TT..
Baca cerita TTni mcm rasa ngah bual2 jemah2 dgn TT
|
|
|
|
|
|
|
|
takmo lah serius2..hehe mengundang keseraman tengah menaip jah
|
|
|
|
|
|
|
|
YESSS...sila update cite ular tedung tu... |
|
|
|
|
|
|
|
sori TT.. nak tanye sebab konpius sikit. TT kate keturunan bangsawan kakak2 TT.. maknenye ayah TT dgn ayah dorg tak sama ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
kitorang bapak lain. bapak diorang anak bangsawan. bapak tuan tanah anak DO jah
heheeh adik beradik seibu la ini
|
|
|
|
|
|
|
|
eh eh ada peminat ular(s) rupanyah hewhewww
|
|
|
|
|
|
|
|
Ape kes lori van campak ular tu tgh jalan? Ular tu tumpang sekali jalan2 ka. Terkejut terus campak luar. Sian ular tu sebab kene langgar dgn kete lain and mati di tmpt kejadian.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah ular (ii)
Masih lagi di alam sekolah rendah. Hari minggu pagi-pagi macam biasa Mummy dah bergegar petir suruh basuh kasut sekolah. Da h basuh kenalah jemur, nak jemur kenalah duk luar. Pagi tu cuaca bagus dan panas, kul 11 dah panas laman rumah. Malas sangat nak park kasut sekolah kat lampu pagar, takut tak ingat kalau tetiba hujan di petang hari. Ei bermadah pulak. Jadi kalau tak di atas pagar, susun je kasut kat atas simen laman sudah.
Keliling pagar ni adalah jugak pokok-pokok ditanam oleh mummy dan abah. Tapi pokok kelapa dah ditebang sebab dah makin meninggi. Jadi tinggal pohon mangga saja kat depan, ada pohon kuini kat pagar belakang. Motif nak cerita hal pokok nih? Kau fikir ular boleh turun dari memanjat pokok ke? Memang pun!
Time aku duk bernyanyi ria menyusun kasut sekolah yang siap dikapur tuh la aku terpandang pokok mangga yang betul-betul menghadap aku masa tuh. Nampak macam ada ranting2 bergerak-gerak tapi apa aku kesah sangat eii sekali cik ular turun mencemar duli berlingkar dari pokok mangga dan melenggang kangkung ke arah aku. Lenggang kangkung cik ular korang paham jelah macam mana. Aku nampak beliau terhoyong hayang macam tu memang tak tunggu lama la terpelanting terus lari masuk dalam rumah, tutup segala pintu dan menyorok balik langsir. Kelibat binatang tuh pun tak kelihatan dah. Laju jugak kau lari. lari ke mana aku tak mau tau. Tapi aku repot kat mem besar macam biasa.
Abah pun disuruh tabur limau purut sejak itu.
Kisah ular (iii)
Petang-petang sebelum dilepaskan bermain, haruslah membuat kerja rumah dulu. Angkat kain yang paling wajib. Ampaian baju semua kat belah belakang rumah, dekat dengan pohon kuini. Situ kadang seram sikit sebab kawasan berumput. Takde bajet nak simenkan lagi sampai keliling rumah.
Elok dah siap angkat semua kain baju duk berjunjung atas kepala dan bahu jadi berjalanlah nak masuk ke dalam rumah. Saje je nak round ke depan sebab tadinya malas nak bukak pintu belakang. Apa sebab malas pun dah lupa tapi memang mendapatlah hai. Tiba-tiba jah ada sekor ular muncul dengan keadaan tergesa-gesa turun naik beralun je aku nampak dari pintu pagar dan dia terus lalu masuk dalam celah longkang, kejap naik ke tebing kejap turun balik dalam longkang tapi yang jahanam sekali lagi tuh menuju ke arah aku.
Kejadian tuh terlaju cepat sangat aku pun tergamam tak tau nak buat apa dengan kain selonggok aku duk junjung atas kepala, cik ular tuh pun terkejut jugak kot memandang lembaga berkepala longgokan kain di depannya lalu dia skali zasss jah lalu ke lari betul-betul celah kaki aku nih. Korang jangan pulak tanya spesis jenis apa sebab time dia lalu melintas celah kaki aku nih rasanya ditarik sekali roh aku keluar masuk sekejap bersama. Sejenis ular kot yang baru melintas celah dua kaki kau laju-laju, kau ghaser?
Nasib baiklah aku berjaya jugak masuk ke dalam rumah kemudian dengan keadaan kaki dah bertukar lembik umpama jeli. Dan macam biasa jugak repot kepada mem besar. Mem besar yang berkuasa veto itu pon macam biasa akan suruh abah gi tabur limau purut lagi.
Kisah ular (iv)
Kucing rumah baru beranak, jadi abah buatkan rumah perlindungan mereka sekeluarga dalam sangkar besar dan park tepi pintu belakang. Aku nih memang pantang lepa dengan anak kucing. suka sangat la nak gi tengok menyibuk. stress ibu kucing tu kot asik-asik aku je yang duk mengintai anak dia.
Ada la sekali tu aku duk sorang kat rumah. Lepas makan nasi tengahari, tak tau nak buat apa dah jadi pergilah nak melawat si kucing anak beranak. tapi hampa sebab mama dia dah pindahkan anak-anaknya mana pulak peginya. Aku tak puasa hati nak jugak pegi cari. Jadi aku pegi menyiasat kat segenap ceruk kat luar rumah. kat longkang dapur belakang, kat depan laman rumah, kat garaj kereta tapi aku cari diam-diam la tanak kejutkan mak kucing tu pulak.
Tengah aku duk mengintai-ngintai celah kotak bawah garaj tuh, aku terdengar bunyi "krakk" dari arah pohon kuini. Padahal biasa je daun-daun ke ranting kayu jatuh sebab ada angin kuat ke apa. tapi tah mengapa aku rasa bunyi tuh sedikit lain macam. Aku macam tertarik ke arah bawah pokok kuini tuh, mata aku memang duk renung ke situ je. Tapi tah macam mana aku macam dipanggil-panggil je untuk masuk ke dalam rumah. Jadi cepat-cepat aku lari masuk rumah dan tutup pintu. Terus aku pergi berdiri kat tepi tingkap dan aku tenung je ke arah bawah pokok kuini tuh. Apa sebenarnya aku tenung pun aku tak tau.
Sekali aku nampak dah. aku nampak cik ular dah datang. Bersinar-sinar sisik dia. macam ombre tone gelap dari part atas, kelabu cerah dan perutnya putih sedang laju je menjalar-jalar kat tepi pagar belakang tu, gerak dari pohon kuini dan ke arah pintu pagar kecil belakang rumah.
Eii menggigil-gigil aku menyaksikan cik ular membuat lintas hormat time tuh. Seriously tulah sepanjang-panjang ular aku pernah saksikan, menitik jugak la peluh aku tunggu mana hujung pangkal ekornya tuh.
Orang lain sah demam kot terkejut. Yea macam biasa lah aku repot dekat Mummy, dan abah sekali lagi disuruh tabur limau purut jugak.
Kisah ular (v)
Kejadian ni time aku dah masuk era sekolah menengah dah. pegi balik sekolah naik public transport je. lepas tu kena jalan kaki sikit lalu jalan kecil dan guna pagar kecik belakang rumah. memang keadaan sekeliling pintu pagar tuh semak samun tapi abah selalu je tebas dan letak kayu macam titi la untuk kitorang jalan atas tu. Aku ni kekadang suspen jah rasa time nak lalu situ pagi ke time balik ke tapi nak balik ikut pagar depan, jauh pulak kena lencongannya.
Jadi hari yang bertuah itu macam biasalah aku balik berjalan kaki setelah turun dari bas. Ada la dekat 100 meter jugak jarak nak berjalan balik tuh. Sempat pulak terkenang dulu ada je kucing kesayangan yang menanti kat hujung titi tuh bila aku nak balik. Saja gedik nak jalan saing-saing siap tunggu orang bukakan pagar untuk dia masuk. Sekarang dah takde kucing nak tunggu aku balik dah, yang ada ketika itu aku taktau lah mana datangnya haa seekor tedung sedang elok kepala berkepak tengah menunggu aku yang tengah berangan nak lalu titi tuh.
Memang berhenti serta merta langkah aku time tu wei. Rasa nak rebah pun ada. Si tedung tu pun diam jugak tapi tinggi je berdiri depan aku. ada lah dalam 6-7 langkah jarak dengan dia. kau pandang aku, aku pandang kau. Aku memang dah terbayang macam-macam dah ini hari last day aku bernyawa ke apa tapi mata tak lepas pandangan kat tedung. Dia pun tak mau mengalah jugak.
"Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku. Ini laluan aku, kau pegi lalu jalan lain"
berani-beraninya aku nak berdialog dengan si tedung. mata tak nak kalah nih tenung je dia. keras macam tu jugak.
"aku tak nak kacau kau"
diam lagi. aku dah nak start panik dah. kang dibuatnya dia skali hayun je nih boleh je patuk aku ke macam mana. nih ular ke setan ada jugak aku terlintas macam tu. tapi aku teringat la orang cakap kalau bertembung macam ni kau jangan sekali-kali belakangkan diorang. undur pelan-pelan. so aku undur pelan-pelan sambil baca ayat kursi. sama naik aku dengar bunyi jantung aku berdegup kat tepi telinga aku apa segala, mau dekat 10 tapak jugak la aku undur tuh dengan eye-contact bertentangan mata dengan dia jah, tak pandang ke lain pun. Alhamdulillah bila nampak dah clear aku cepat-cepat lari lintang pukang pusing mau dekat separuh peta jalan nak balik ke rumah.
aku sampai je rumah mummy terus tanya aku apa dah jadi. pucat putih muka aku katanya. aku cerita je apa jadi dan korang boleh guess lah, dia suruh abah buat apa kemudiannya.
Definitely one of the scarriest encounter sepanjang hayat aku.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cerita 4
Terjadi ke atas tuan tanah kedaung di waktu pagi, lepas subuh time sibuk bersiap nak ke sekolah. Ni dah time remaja sekolah menengah dah time nih.
Perangai nak bersiap ke sekolah ni, dah siap mandi solat semua jadi turun ke bawah untuk pakai baju sekolah yang selalunya dah siap ironed dan tergantung dalam bilik bawah. rumah dua tingkat biasa je, atas ada 3 bilik bawah ada 1 bilik tidur je. Bilik bawah ni selalunya jadi bilik pengantin time kakak-kakak dan abang kawen dan Mummy pon siap tempahkan set katil size king sarat ukiran dengan seorang tukang kayu, siap set lah dengan meja soleknya sekali. Oh lupa nak bagitau dalam cerita sebelum nih, rumah aku nih bukan saja recycle jah kayu kayan dari rumah pusaka atuk diorang dulu. siap ada banyak lagi perabut dibawa masuk yang semuanya jenis kayu utuh dah warna gelap.
Ada la kabinet dapur yang tinggi sampai ke siling yang sampai sudah aku tak paham macam mana cara diorang bawak masuk dulu ke dapur. Ada almari 2-3 buah jugak, siap dengan perhiasan tembaga, ada cermin kayu berukir yang besar jugak tapi digantung kat ruang menonton. Almari tuh semuanya ada cermin kat pintu, jadi overall memang interior rumah aku nih bercermin situ sini. Tempayan besar pon ada jugak kira hasil pusaka la yang belah rumah besar tuh, dan ada jugak pusaka dari nenek mummy sendiri. Orang zaman dulu kala kan, mesti ada tempayan besar.
Balik kepada cerita tadi. Aku turun bawah, masuk ke dalam bilik tuh untuk bersiap dengan baju sekolah. Masa tu pulak lampu bilik tuh ada problem, problem dengan starter tak silap jadi kalau switch on dia akan berkelip je sampai ke sudah. kadang malas nak on lampu, dah siap dengan torchlight kalau nak ambil barang dalam tu ataupun dah sedia maklum sangat masuk bergelap pon jadi. Tapi pagi tuh gelap sangat, lepas hujan tak silap dan aku malas pulak nak cari torchlight kat dapur. Aku bukak suis lampu jugak walaupun berkelip-kelip.
Dah pakai baju aku teringat nak sikat rambut. Jadi duduk jelah kat meja solek tuh. Dengan lampu berpinar-pinarnya kan. Aku ambil sikat dan apa lagi, mulalah bersikat. rambut basah-basah lagi tapi aku sikatkan je sambil pandang cermin.
Tapi makin kupandang cermin tuh makin sesuatu pulak yang aku nampak. rambut aku masa tuh panjangnya adalah separas bahu jah sebab Mummy tak suka aku simpan rambut panjang. remeh sangat nak dijaganya time aku tengah aktif macam-macam nih. Tapi makin aku sikat, aku nampak macam rambut aku panjang lebih dari paras bahu. kejap sikat kat paras yang betul, kejap sikat macam lebih panjang pulak.
Aku pandang je kat cermin sambil bersikat lagi. Tak puas hati sebab lampu berpinar-pinar kan. So aku berhenti jah sikat rambut sambil pandang cermin lagi. Berhenti pun sekadar nak pastikan betul ke length rambut aku tuh. Aku dah berhenti menyikat tapi orang kat cermin still bersikat lagi wei!
Allah!
Sikat aku pegang terus jatuh tergolek. gila tak terkejut kau nampak macam tuh. Aku kelam kabut la bangun dengan nak cari sikat lagi. Sikat pulak tergolek sampai ke bawah katil besar tuh. Jadi dalam kelam kabut tuh aku tunduk je nak capai sikat yang tergolek bawah katil.
tau-tau pandangan aku kelam...
[bersambung]
|
|
|
|
|
|
|
|
entahlah nak cakap. nasib baik ada saksi bersama.
|
|
|
|
|
|
|
|
MizzNaza replied at 29-7-2016 06:13 PM
Cerita 4
Terjadi ke atas tuan tanah kedaung di waktu pagi, lepas subuh time sibuk bersiap nak ke ...
Oh mak ai..seram wei |
|
|
|
|
|
|
| |
|