|
MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)
[Copy link]
|
|
Reply #3435 dalnas's post
semasa di Mina rakan rakan ada bercerita melihat gumpalan awan berbentuk kalimah Allah semasa petang di Afarah. Tapi ternyata bukan rezeki saya untuk melihat dengan mata saya sendiri. Tapi saya sungguh bersyukur dapat melihatnya di forum ini melalui posting hussain... sungguh indahkan. Dan badan saya merasa seram sejuk melihatnya. Betuah sungguh kepada sesiapa yang dapat melihatnya. Saya banyak membaca Al Quran, berdoa dan solat sunat di dalam khemah. Bila berdoa di luar khemah .... sekali sekala saya mendongak ke langit tetapi tidak lah lama... bertuah sungguh kepada jemaah yang dapat melihatnya .... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bayangan_rindu at 22-1-2009 03:57 PM
semasa di Mina rakan rakan ada bercerita melihat gumpalan awan berbentuk kalimah Allah semasa petang di Afarah. Tapi ternyata bukan rezeki saya untuk melihat dengan mata saya sendiri. Tapi saya s ...
2lah Bay, kalau bukan rezeki kita pasti kita x dpt melihatnya..mmg bertuah jemaah2 yg dpt melihat kebesaran ALLAH..SUBHANAALLAH |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3439 haziq_97's post
bercerita pada objek bulat di dalam foto .... pada mulanya saya anggap mungkin sebagai habuk yang berterbangan.... atau pencahayaan camera yang salah ...... tapi bila dah banyak kali saya lihat gambar yang saya ambil .... ada yang ada objek bulat dan ada yang tiada pada waktu yang sama dan di tempat yang sama menggunakan camera yang sama .... ada objek bulat yang banyak berterbangan ...... dan ada objek berbentuk berlian ..... now baru saya rasa seram sejuk kerana saya tidak pernah terfikir apa yang Haziq kata ni... ( ini bukan air) tapi di persekitaran gambar2. Nanti lah bila saya free dan rajin untuk menutup wajah2 nanti saya post kat sini. Lihat lah sendiri ... kalau habuk kenapa ada berbentuk bulat dan ada yang bersegi berlian yang cantik... Ada dalam satu gambar tu ...... keluar cahaya yang berwarna biru dari seorang sahabat selepas dia melontar ke atas .... mungkin pencahayaan camera yang salah tapi tak tahu lah saya...... saya bukan pakar dalam bab bab foto .... mungkin sesiapa yang arif boleh memberikan ulasan mengenainya.
[ Last edited by bayangan_rindu at 22-1-2009 04:11 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bayangan_rindu at 22-1-2009 04:08 PM
bercerita pada objek bulat di dalam foto .... pada mulanya saya anggap mungkin sebagai habuk yang berterbangan.... atau pencahayaan camera yang salah ...... tapi bila dah banyak kali saya lihat g ...
mm rasa xsabar pulak nak tengok gambar bayangan rindu ni
mendengar cerita aje dah berdebar2 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3457 bintangct's post
insyallah saya akan postkan kat sini .... sabar ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3455 bintangct's post
Salam, terkeliru sebentar...CT refer which gambar??? Gambar Moikul Air Zam2 ke?? atau gambar yng kat Mudzalifah tu??? PMkan your email nanti anta kat u... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3460 Sweetmama's post
salam alaik.... bila balik rumah i pakai ... my son kata macam ninja.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3461 bayangan_rindu's post
hahahhaah ahahahahahah ahahahahahah |
|
|
|
|
|
|
|
SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI (KUSUF)
Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari. Solat sunat gerhana matahari dalam istilah arabnya : Solat Sunat Kusuf. Solat sunat gerhana bulan dalam istilah arabnya : Solat Sunat Khusuf.
Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau keseluruhannya. Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu' atau pun keseluruhannya. Ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.
Hukum Solat Gerhana Matahari
Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.
Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.
Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.
Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.
Cara Solat Sunat Gerhana
Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! ( Solat berjemaah )
Niatnya : "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala" - (Jika berimam) ataupun "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala" - (Jika solat seorang diri)
Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :
Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I'tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I'tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir
SEHUBUNGAN DENGAN ITU MASJID NEGARA AKAN MENGADAKAN SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI SEPERTI MANA BERIKUT :-
TARIKH : 26 JANUARI 2009 BER. 29 MUHARRAM 1430 HIJRAH
MASA : SELEPAS SOLAT ASAR
TEMPAT : DEWAN SOLAT UTAMA, MASJID NEGARA
ANDA BOLEH MEMBACA INFO LANJUT MENGENAI PERISTIWA GERHANA MATAHARI YANG AKAN BERLAKU INI DENGAN KLIK PADA PAUTAN DI BAWAH :-
INFO GERHANA MATAHARI
SUMBER INFO : PLANETARIUM NEGARA, MALAYSIA.
Marilah kita sama-sama menghayati dan menginsafi kebesaran Allah s.w.t dalam mengatur alam ini. Selain dari panduan maklumat dari pakar-pakar astronomi mengenai kejadian ini, sewajibnya kita membetulkan akidah dan iktikad di dalam hati kita bahawa Allah s.w.t itu Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana dalam mengatur dan menguruskan langit dan bumi dan segala isinya.
Mungkin ada sesuatu mesej di sebalik kejadian ini tanpa kita sedari. Maka sedarilah dan marilah kita sama-sama berfikir dan merenung sejenak dalam masa 24 jam yang kita ada setiap hari. Setiap saat yang berlalu menandakan usia kita semakin tua dan usia dunia juga lebih tua dari kita. Jika usia dunia amat sedikit maka usia kita teramat-amat sedikit dari usia dunia.
Marilah sama-sama kita menunaikan solat Asar secara berjemaah dan seterusnya mengerjakan solat sunat gerhana matahari (kusuf) di Masjid Negara. Datanglah beramai-ramai ke Masjid Negara pada 26 Januari 2009 (Isnin |
|
|
|
|
|
|
|
ye kak bay, i saw all d objects in pics posted here.....
masya allah..... |
|
|
|
|
|
|
|
seronok nya baca pengalaman forumers yang dah mengerjakan haji. kicap rasa berkobar2 and tak sabar nak pi haji pulak..
just nak kongsi pengalaman, biasanya kicap kalau pergi umrah, mmg kicap akan pakai yang tutup muka tu (niqb) sbb 2 kejadian. tp ada jugak hari yg tak pakai. just nak kongsi kejadian ngan forumers kat sini.
1st
tengah solat kat masjidil haram sebelah sorang perempuan arab. then lepas solat, the lady bising2 kat kicap n raised her voice but i didnt really understand her as she was talking in arabic. sambil marah2 tuh, dia point her finger to my face byk kali, kicap mmg blur sgt masa tu. pastu dia asik ulang ayat NAR NAR NAR. then baru la kicap paham, dia bising kat kicap sbb i dnt cover my face and dia kata nanti kicap masuk neraka ( ni lah my assumption). then kicap amik selendang kat bag n buat2 tutup muka, baru lah dia angguk2.
2nd
kicap naik taxi ngan family pi ziarah relative kat giad. masa tu tak pakai niqb la n kicap duk belakang. the taxi driver, kicap noticed, asik pandang kat rear mirror. then mak kicap pesan jgn pandang kat rear mirror balik. tp mmg kicap noticed lah, dia asik memandang.. sampai lah dia accident, langgar kereta depan lepas kejadian, relative kicap yg duk kat mekah tuh terus bagi dua niqb suruh kicap pakai..
sekian cerita |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kicaptamin575 at 23-1-2009 09:51 AM
seronok nya baca pengalaman forumers yang dah mengerjakan haji. kicap rasa berkobar2 and tak sabar nak pi haji pulak..
just nak kongsi pengalaman, biasanya kicap kalau pergi umrah, mmg kica ...
hahahaha..nar..nar..nar...maksudnya api neraka
mungkin kicap u lawa sgt kot..that why la..haha
anyway....sometime it is better to wear hijjab..if u feel you are comfortable with it..
kelakar btul sampai aksiden tu hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #3470 HUSSAINTAHIR\ catat
itu lah, bila dgr NAR NAR, baru dapat tangkap api neraka. hehheehh.
bukan lawa, maybe muka kicap ada iras sape2 yg taxi driver tu kenal kot |
|
|
|
|
|
|
| |
|