Shin Joon-young (Kim Woo-bin) and No Eul (Bae Suzy) were a couple who were separated during their teenage years due to an ill-fated relationship, but later meet each other in life. Shin Joon-young is now a top actor-singer while No Eul is a documentary producer.
No Eul had a tough childhood; her father died in a hit-and-run prompting No Eul to quit school and make a living for her and her brother. Shin Joon-young, on the other hand, had his life planned out for him. His mother wanted him to become a prosecutor; to follow the footsteps of his estranged father, but an awful incident caused him to quit law school and become a singer-actor. The two reunite when No Eul is tasked to film Shin Joon-young's documentary. Joon-young initially gives No Eul a miserable time before finally agreeing to do the documentary and even plans to win her heart back.
1. Cerita (8/10)
Aku excited nak tgk citer ni sebab Kim Woobin. Dia kan dah lama menyepi dari drama sebab busy dgn movie, maka ku gagahkan dan gigihkan jugak la meroyan dgn drama ni even heroin dia Suzy! Jalan cerita walaupun agak klise tapi ada certain scene yang ada unsur suspens dan dah lama jugak la kdrama ni takde ending mcm drama ni walaupun dari awal lagi dah tau Shin Joonyoung akan mati! Ditambah pulak ramai jugak netizen yg kecam drama ni sebab kenapa dpt slot tayangan masa summer tapi jalan cerita sedih begini, dan fans KWB pun dah siap warning dia awal2 supaya jgn terima lagi job yg gini sebab bg dorg dia tak sesuai utk watak yg meleleh & sedih begini! Aper2 pun aku layan je dengan drama ni, siap banjir jugak la pada certain2 scene tu! Huhuhu
Mungkin ada certain plot yang agak meleret2 la, mungkin bagi aku part dorg (Joonyoung-Eul) dok ala2 main tarik tali tu! Yela, sorg tu nak jugak continue bercinta even dah tahu perkara sebenar. Yang sorg tu pulak nak stop seeing each other sebab tak nak keruh kan lagi keadaan. Tapi kdrama being kdrama kan, kalo kisah percintaan yang begini for sure ada babak2 yang mcm ni! Dan mungkin certain scene yang dibolak-balik antara scene flashback and current time yang bikin pening sedikit tetapi masih agak cantic dan tersusun jalan ceritanyer. Sebab drama ni dibahagi kepada 3 timeframe; masa dorang high school, masa dorang bertemu kembali time university dan masa dorang dah mula bekerja di mana Joonyoung as a top star & Eul as a documentary producer! Ada sesetengah penonton yang beranggapan pada akhir cerita, Joonyoung tak mati tapi bagi aku Joonyoung memang mati sebab dari awal lagi dah tahu dia cuma ada jangka hayat beberapa bulan sahaja.
Pada awalnyer, watak Choi Jitae ni agak misteri di mana No-eul mengenali Jitae sebagai seorang yang miskin dan jobless tanpa mengetahui sebenar nyer Jitae ni anak kepada Choi Hyunjoon yang dibencinyer. Jitae ni ala2 daddy long legged la kepada Eul. Lama kelamaan biler segala rahsia terbongkar, Jitae sanggup membantu Joonyoung untuk membongkar kesalahan parents dia sendiri! Nak2 biler dia tau status sebenar Joonyoung adalah anak kandung kepada bapak dia.
Drama ni jugak boleh relate la dengan real life, di mana orang yg punyer kuasa boleh menindas orang yg bawah walaupun memang dah sah2 la dia bersalah. Cuma seseorang itu kena ada keberanian dan kecekalan yang tinggi untuk menjadi seorang Shin Joonyoung and juga Choi Jitae untuk break the norm!
2. Keberkesanan Lakonan (7.5/10)
Kim Woo Bin – seperti yang telah diceritakan di atas, aku excited biler tau dia berlakon dlm drama ni setelah dia lama menyepi from small screen! Actually aku tak sangka langsung yang drama ni agak memerlukan byk scene2 air mata. So, thumbs up la utk Woob sebab bagi aku dia berjaya je membawa watak Shin Joonyoung ni. Awal2 episod watak Joonyoung ni memerlukan KWB bermain dengan emosi apabila dia didiagnosis dengan terminal illness di mana dia ada beberaper bulan sahaja untuk hidup! Bayangkan la ko seorang yang sihat & jarang sakit tetibe dapat penyakit yang membawa maut, so memang susah la nk menerima kenyataan! Pembawakan watak KWB as Shin Joonyoung, aku berpuas hati sebab biler dia nanges dengan aku2 sekali tumpang banjir. Nak2 biler dlm episode akhir yang dia tak kenal dengan mak dia sendiri! Bukan senang nak nk menjiwai watak ni nak2 projek2 KWB sebelum ni takde pun storyline begini kan.
Bae Suzy – tak boleh nak describe byk sgt pasal lakonan Suzy ni sebab aku tak tgk sgt drama2 dia sebelum ni. Bagi aku, mutu lakonan dia ada la peningkatan drpd dahulu cuma scene dia mabuk tu kurang realistic sikit. Hahaha…
Im Juhwan – bakat lakonan Juhwan ni memang tak perlu disangkal, dia mmg seorang pelakon yg pada pandangan aku bagus. Dalam drama ni, die Berjaya membawa watak seorang yang misteri pada awal nyer, pada pertengahan cerita pula penonton akan tertanya2 sama ada watak Jitae ni seorang yang jahat atau baik dan di akhir drama memang menunjukkan Jitae seorang yang baik la sebab sanggup membongkarkan kejahatan/kesalahan parents dia sendiri demi membantu Joonyoung & Eul.
Dengan ini saya menominasikan pelakon2 tersebut yang layak mendapat merit tertinggi:
Kim Woo Bin (Uncontrollably Fond) – [Best Actor]
In Juhwan (Uncontrollably Fond) – [Best Supporting Actor]
3. Aspek Teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, cinematografi) (7.5/10)
Aku ni seorang yang sangat teruja kalo dalam kdrama tu tnjk scene masa autumn/winter/spring. So sepanjang drama ni memang boleh nampak la keindahan kat Korea nun masa ketiga2 musim tu berlalu! Seperti yang telah disentuh di atas, ada certain2 scene yang aku kena lebih focus supaya dapat kaitkan antara scene2 flashback & situasi semasa tetapi scene2 tersebut digarap dengan agak baik dan tersusun.
4. Skor Musik (4/5)
Keseluruhan ost utk drama ni pun boleh tahan best, dengan lagu2 yang dinyanyikan oleh penyanyi2 ternama seperti Kim Nayoung, Tei, Jung Gigo, etc. Kim Woobin pun telah menyanyikan dua lagu untuk ost drama ini. Penggunaan lagu2 ost juga sesuai dengan situasi2 yang dilakonkan tetapi dua (2) lagu yang disenaraikan di bawah lebih memberikan kesan kepada aku! Yang lagu english tu aku tak sure boleh dimasuk kan sekali atau tidak tapi once aku dgr lagu tu dlm drama ni, gigih la dok google tu lagu aper! Nak2 lirik dia memang kena sgt dgn jalan citer drama ni!! hihi
Kim Nayoung - Say Goodbye (My Heart Speaks) (가슴이 말해)
New Empire - A Little Braver
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (3/5)
Akan pikir 2-3 kali nk kalo nk ulang balik tgk drama ni. Mungkin kalo tgk pun, akan berlaku situasi di mana sesi forward forward tu berlaku dengan jayanya, untuk skipped scene2 yang kurang digemari! Hahahaha…