|
cuti hari sempat pegi temerloh
makan ikan patin....kat kedai tepi sungai tu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nunul at 10-6-2008 09:56 AM ![](http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
huiiih....lapo tingok gulai ni...
lama doh koi tak dtg temerloh..
kalau dok sana...ikan patin2 ari2 pun takpe..
setuju sangat............... |
|
|
|
|
|
|
|
kome rase payoh doh nak balik temerloh skarang nie....sejak minyok naik herge .pening kepala koi dibuatnya ...:cry: ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #317 I-chi-ban's post
Lauk ikan patin mahal
Oleh NOREHAN SALEH
[email protected]
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0612/Kosmo/Negara/ne_04.1.jpg)
Orang ramai berbaris mengambil lauk ikan patin ketika makan tengah hari di sebuah restoran di Kuantan semalam.
KUANTAN - Harga masakan ikan Pahang, ikan patin dijangka melonjak berikutan ura-ura harga pasaran daripada penternak akan meningkat RM2 sekilogram pada bulan depan.
Kenaikan harga itu dikatakan berpunca daripada rantaian keperluan palet makanan ikan tersebut yang melambung daripada RM35 kepada RM49 seguni baru-baru ini.
Bagaimanapun, tinjauan Kosmo! mendapati, setakat ini kebanyakan pengusaha restoran di bandar ini masih mengekalkan harga lama masakan itu dan belum pasti bila ia akan dinaikkan.
Seorang penternak ikan patin sangkar, Azman Alias berkata, besar kemungkinan harga ikan patin akan naik RM2 sekilogram pada bulan depan disebabkan kenaikan harga palet makanan ikan daripada RM35 kepada RM49 seguni.
Pada masa ini, katanya, ikan patin biasa dan ikan patin buah masing-masing dijual dengan harga RM10 dan RM17 sekilogram.
"Dulu sebelum kenaikan harga beras, kita jual patin biasa hanya RM8 dan RM20 bagi patin buah," katanya yang sudah 10 tahun mengusahakan ternakan itu di Tanjung Medang, Pekan.
Sementara itu, pemilik Restoran Akob Patin, Rohayati Yaakob memberitahu, harga masakan itu akan dinaikkan jika harga bekalan ikan patin yang diperoleh daripada pembekal terus meningkat.
"Harga masakan ikan patin akan naik tapi sekarang kita masih jual harga asal," katanya sambil merujuk kepada ikan patin masak tempoyak yang dijual pada harga RM7 bagi ikan patin biasa dan RM17 bagi ikan patin buah.
Menurutnya, beliau cuba mengekalkan harga masakan itu di takuk lama kerana tidak mahu kira-kira 500 pelanggannya setiap hari 'lari' ke premis lain jika ia dinaikkan secara mendadak.
"Kita akan naikkan harga (masakan ikan patin), tetapi belum tahu bila," katanya.
Sementara itu, pemilik salah sebuah gerai makan di Medan Selera Benteng, Suraya Ali berkata, premisnya juga masih mengekalkan harga lama bagi masakan ikan patin iaitu RM3 bagi saiz ikan sebesar 7.6 sentimeter.
"Kita tak bercadang nak naikkan dalam masa terdekat ini tapi pasti akan naik suatu hari nanti," jelasnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by adly26 at 12-6-2008 02:22 AM ![](http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
kome rase payoh doh nak balik temerloh skarang nie....sejak minyok naik herge .pening kepala koi dibuatnya ...:cry:
sib baik jugak temerloh tu tak jauh sgt dari KL........ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cintan66 at 12-6-2008 08:15 AM ![](http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Lauk ikan patin mahal
Oleh NOREHAN SALEH
[email protected]
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0612/Kosmo/Negara/ne_04.1.jpg
Orang ramai berbaris mengambil lauk ikan patin ketika makan ...
doh kabo doh...patin naik rege |
|
|
|
|
|
|
|
mendapppppppppppppppppppppppppppppppppppp:@ |
|
|
|
|
|
|
|
kat sini pun page mendap jugak ![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #326 I-chi-ban's post
pandai aki we teka patin naik rega |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cintan66 at 12-6-2008 02:01 PM ![](http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
pandai aki we teka patin naik rega
sumanya pada minyok...minyok naik suma naik..... ikan makan makanan ikan....makanana ikan naik rege...anto pakai lori.... lori pulok naik sewa.... lepas tu rege patin lah pulok.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #330 I-chi-ban's post
suruh org yg antor tu naik basikal je......tak pun beca. tak guna minyok tu ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #332 I-chi-ban's post
kalau tak de suruh sammy vellu ushakan semula, mesti dah banyak time free tu
tol pun tak yah bayar ![](static/image/smiley/default/lol.gif) ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
nnt dia kenakan tol pulak....![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
gawat kalau keta lembu pun kena tol
koi nak balik temerloh ternak patin ler cam ni |
|
|
|
|
|
|
|
3 beradik lemas, saudara hilang di Sungai Pahang
Oleh ALI MAHMOOD
TEMERLOH 23 Jun - Tiga beradik ditemui lemas manakala satu lagi saudara mereka masih hilang dipercayai dihanyutkan arus ketika mandi di Sungai Pahang, dekat kawasan pam pasir lama di Kampung Bangau Tanjung di sini semalam.
Mangsa yang lemas ialah Mohd. Badli Shah Izhan Rosli, 12, dan dua adiknya Mohd. Taufik, 9, dan Mohd. Fadzil, 8. Mohd. Badli Shah dan Mohd. Fadzil mengalami cacat pendengaran.
Sehingga malam ini, pasukan mencari dan menyelamat masih mencari seorang lagi mangsa iaitu sepupu mereka, Mohd. Faris Akmal Amiruddin, 9, yang masih hilang dan dikhuatiri lemas ekoran tragedi sama.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Ahmad Fadzilah Mohamed berkata, Mohd. Taufik ditemui terapung-apung dekat sangkar ikan kira-kira 500 meter dari tempat kejadian pada pukul 10.45 pagi.
Menurut beliau, mayat Mohd. Fadzil pula ditemui kira-kira 20 meter dari tempat mereka dipercayai mandi pada pukul 2 petang.
Manakala mayat Badli Shah ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 7 malam ini di Kampung Durian Tikus, 13 kilometer dari tempat kejadian.
"Mayat ketiga-tiga beradik itu telah dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah di sini untuk dibedah siasat.
"Seramai 51 anggota polis, bomba dan penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat itu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Operasi yang dijalankan dalam lingkungan lima kilometer di sepanjang Sungai Pahang itu turut dibantu dua anjing pengesan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat serta empat penyelam Polis Marin.
Ahmad Fadzilah memberitahu, keempat-empat mangsa bersaudara itu hilang selepas dipercayai lemas ketika mandi di sungai berkenaan kira-kira 5.30 petang semalam.
Sebelum kejadian itu, katanya, semua mangsa dikatakan mengikut seorang nelayan, Amiruddin Zulkarnain, 34, yang merupakan bapa kepada Mohd. Faris Akmal dan seorang lagi adik kepada Amiruddin menjaring ikan di kawasan berkenaan.
Menurutnya, semua mangsa dipercayai mandi di sungai berkenaan ketika Amiruddin bersama adiknya berumur 24 tahun itu menjaring ikan dan meninggalkan mangsa bermain di beting pasir di tempat kejadian.
"Bagaimanapun, kira-kira 20 minit selepas menjaring ikan, Amiruddin dan adiknya kembali ke tempat berkenaan dan mendapati Mohd. Faris Akmal dan tiga anak saudaranya tiada di tempat tersebut," katanya.
Katanya, polis dengan kerjasama bomba dan penyelamat, JPA3 dan penduduk kampung menjalankan gerakan mencari sejurus selepas menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 7.10 malam sebelum operasi ditangguhkan pada pukul 12 tengah malam tadi.
"Gerakan mencari dan menyelamat gagal menemui mangsa kerana cuaca gelap dan operasi disambung semula pada pukul 7 pagi ini termasuk menggunakan pasukan penyelam dari polis marin," katanya.
Tambah Ahmad Fadzilah, Badli Shah Izhan dan adiknya, Mohd. Fadzil yang cacat pendengaran merupakan murid sekolah pendidikan khas di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Temerloh, manakala Mohd. Taufik pelajar Sekolah Kebangsaan Tanjung Lalang dan tinggal di Taman Seri Semantan.
Kata beliau, Mohd. Faris Akmal adalah murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Temerloh Jaya dan tinggal di Taman Temerloh Makmur.
Sementara itu, seorang pemancing yang berada di seberang Sungai Pahang pada jarak kira-kira 200 meter dari tempat kejadian, Mat Toha Abdullah, 48, berkata, dia ternampak salah seorang mangsa terkapai-kapai dalam sungai.
"Saya terkilan kerana tidak dapat berbuat sesuatu untuk menolong dan menyelamat mereka kerana sukar dan tidak dapat menyeberangi sungai," jelasnya.
Bapa mangsa tiga beradik itu yang ditemui di tempat kejadian semalam, Rosli Isa, 35, pula terkilan kerana tidak dapat berjumpa dengan ketiga-tiga anaknya.
"Saya ada lima orang anak termasuk dua anak perempuan yang tinggal bersama isteri saya di Taman Seri Semantan dan saya pulang pada setiap hujung minggu berjumpa mereka.
"Sepatutnya, adik saya menghantar Badli Shah dan Mohd. Fadzil balik ke asrama di Sekolah Bandar Temerloh tetapi pada petang itu kereta adik saya rosak dan dia hendak menghantarnya pada esok pagi (Isnin).
"Anak saya kemudian mengikut sepupunya dan bapa saudara mereka yang merupakan biras saya pergi memukat ikan di tempat kejadian dan mereka tidak tahu berenang," katanya yang bekerja sebagai pemandu lori di Shah Alam .
Kata Rosli, dia bergegas pulang dari Shah Alam selepas mendapat tahu tragedi yang menimpa tiga anaknya itu selepas dihubungi isterinya.
Kg Bangau Tanjung........kampung koi ni |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah...
takziah pd keluarga mangsa.... |
|
|
|
|
|
|
|
Gerakan cari mangsa lemas keempat diterus
TEMERLOH Gerakan mencari Mohd. Faris Akmal Amirudin, 9, yang hilang ketika mandi di Sungai Pahang bersama tiga lagi sepupunya yang turut lemas tiga hari lalu, diteruskan di daerah Bera dan Maran, hari ini.Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, gerakan mencari ditumpukan di kawasan tersebut berikutan terdapat maklumat awam yang mengatakan mayat mangsa dilihat terapung-apung berhampiran Kampung Durian Tikus di sempadan daerah Bera, kelmarin.
''Pasukan mencari akan memberi lebih tumpuan di kawasan itu memandangkan arus sungai yang deras sejak semalam dan dipercayai mayat mangsa mungkin telah hanyut di Sungai Pahang berhampiran daerah Maran dan Bera," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat lokasi di mana mangsa dan tiga beradik yang juga sepupunya lemas ketika mengikut bapa saudara mereka menangkap ikan di tapak pam pasir lama Kampung Bangau Tanjung, di sini semalam.
Tiga mayat adik-beradik itu, Badli Shah Rosli, 12, dan dua adiknya, Mohd. Taufik, 9, Mohd. Fadzil Rosli, 8, ditemui dua hari lalu.
Mayat Badli Shah ditemui pada pukul 7 petang pada 23 Jun lalu berhampiran Kampung Durian Tikus, kira-kira 13 kilometer dari tempat kejadian.
Mayat Mohd. Taufik pula ditemui pada pukul 10.45 pagi terapung-apung dekat sangkar ikan lebih kurang 800 meter dari tempat kejadian, manakala Mohd. Fadzil ditemui pada pukul 2 petang lebih kurang 20 meter dari tempat mereka dipercayai mandi.
Operasi mencari dan menyelamat yang masuk hari ke-4 hari ini disertai oleh 51 anggota yang terdiri daripada anggota polis, Jabatan bomba dan penyelamat, Pertahanan Awam (JPA3) dan penduduk kampung. |
|
|
|
|
|
|
|
Polis nafi lambat bertindak
TEMERLOH |
|
|
|
|
|
|
|
Explanade Temerloh..petang2 siar kat sini makan angin best jugek..
![](http://eatingasia.typepad.com/photos/uncategorized/2007/10/12/temerloh_ramadan_going_home.jpg)
[ Last edited by adly26 at 15-7-2008 06:49 AM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|