CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mnm77

Soal Jawab bersama Isyroqiyyin dan sirrikhafi

[Copy link]
Post time 29-2-2012 06:16 PM | Show all posts
مَا نَنْسَخْ مِنْ آيَةٍ أَوْ نُنْسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مِنْهَا أَوْ مِثْلِهَا أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ 2:106

وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَى أَنْ يَهْدِيَنِي رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَذَا رَشَدًا 18:24
sirrikhafi Post at 29-2-2012 12:47


Ayat 2:106 adalah untuk menjawab cemuhan yahudi berkaitan dengan hukum dan syari'at yg dibawa oleh Rasullullah s.a.w yang sama atau berbeza dengan mereka, tiada kaitan dengan Rasulullah s.a.w. lupa dengan wahyu yg diturunkan padanya.  
     Penasakhan ayat adakalanya terjadi dengan ayat yang lebih ringan hukumnya seperti dihapusnya idah wanita yang ditinggal mati suaminya dari satu tahun menjadi 4 bulan 10 hari, atau dengan ayat yang sama hukumnya seperti perintah untuk menghadapkan muka ke Baitul Maqdis pada waktu mendirikan solat diubah menjadi menghadapkan muka ke Ka'bah. Atau dengan hukum yang lebih berat, seperti perang yang mulanya tidak diwajibkan pada orang Islam menjadi diwajibkan.

Ayat 18:24 bukan lupa tentang ayat2 Al Qur'an, Sila baca ayat sebelumnya (18:23)

Bagaimana pula pemahaman anda.. menjadikan Rasulullah s.a.w lupa pada ayat2 yg diturunkan kepadanya ?  
Sila terangkan !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-3-2012 10:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 1-3-2012 10:56
Bukan cari kesalahan, tapi perbetulkan kesalahan

Bila orang dah betulkan kesalahan, berterima kasehlah

Janganlah jadi macam orang yang bodoh tapi sombong pulak tuh, sampai tak leh nak kena tegur langsung akan kebodohan & kesalahannya
sirrikhafi Post at 29-2-2012 12:59


Tiada masalah untuk saya ucap terima kasih kepada anda kerana perbesarkan isu 'typo' tu.

TERIMA KASIH

Masa saya tegur anda ke atas KESALAHAN ANDA kerana KELUPAAN anda tu, BUKANNYA anda berterima kasih pun. Maka saya pulangkan kenyataan ini kepada anda:
Janganlah jadi macam orang yang bodoh tapi sombong pulak tuh, sampai tak leh nak kena tegur langsung akan kebodohan & kesalahannya

Jadi jangan hanya pandai tegur orang, diri sendiri tak boleh ditegur. AMBIL PELAJARAN INI!

Sila rujuk 3:31 & 33:21


Sila bawakan terjemahan anda untuk semua forumer menilai, supaya anda boleh berikan penjelasan yang lebih memuaskan.

Jikalau ikut grammar anda tu hanya Nabi saja yang kena sebut Insya Allah bila nak buat sesuatu, orang lain tak payah sebut. Pelupa sangat kah bagi seorang Nabi, WALHAL orang lain tak perlu diingatkan untuk ucap Insya-Allah?

INGAT: anda seorang yang pelupa tentang apa yang anda katakan hanya sesingkat tempoh sehari dua. Mengaku sajalah bahawa Nabi BUKAN pelupa seperti anda.

Dhamir mufrad hanyak merujuk satu individu, bukana mana-mana individu seperti yang anda khayalkan


Saya bukan cakap pasal khayalan seperti apa yang anda khayalkan. Saya CAKAP PASAL MAKSUD. Dari segi grammar memang merujuk kepada seorang individu, dari segi maksud pula, adakah tidak boleh bermaksud individu yang lain yang boleh ambil pelajaran?

قَالَ كَذَٰلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا ۖ وَكَذَٰلِكَ الْيَوْمَ تُنسَىٰ

Berfirman (Allah): "Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamu pun dilupakan".

Disebabkan anda guna kaedah grammar dan literal, maka saya ada satu soalan lagi:

Adakah Allah itu mempunyai sifat LUPA kepada orang yang melupakan ayat Allah?

Bagi saya, MAHA SUCI ALLAH dari mempunyai sifat LUPA, dilupakan TIDAK boleh diambil makna secara literal sebagai sifat LUPA!
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2012 12:07 PM | Show all posts

Masa saya tegur anda ke atas KESALAHAN ANDA kerana KELUPAAN anda tu, BUKANNYA anda berterima kasih pun


Bila masa anda tegur kesilapan saya? lupa tu perkara biasa.
nabi muhammad pun kadang-kadang ada yang dia terlupa.


Jikalau ikut grammar anda tu hanya Nabi saja yang kena sebut Insya Allah bila nak buat sesuatu, orang lain tak payah sebut.


Sila rujuk 3:31 & 33:21


Saya bukan cakap pasal khayalan seperti apa yang anda khayalkan. Saya CAKAP PASAL MAKSUD. Dari segi grammar memang merujuk kepada seorang individu, dari segi maksud pula, adakah tidak boleh bermaksud individu yang lain yang boleh ambil pelajaran?


Lihat balik kata-kata yang saya quote dari mnm:

Harap dapat bincang isu satu per satu untuk lebih tersusun.

harap selesaikan dulu bab Dhamir Mufrad tu.

maka harap kita bincang TAK LEBIH dari dua isu dalam satu masa





Adakah Allah itu mempunyai sifat LUPA kepada orang yang melupakan ayat Allah?

Bagi saya, MAHA SUCI ALLAH dari mempunyai sifat LUPA, dilupakan TIDAK boleh diambil makna secara literal sebagai sifat LUPA!




Lihat balik kata-kata yang saya quote dari mnm:

Harap dapat bincang isu satu per satu untuk lebih tersusun.

harap selesaikan dulu bab Dhamir Mufrad tu.

maka harap kita bincang TAK LEBIH dari dua isu dalam satu masa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2012 08:56 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 2-3-2012 08:58
Bila masa anda tegur kesilapan saya? lupa tu perkara biasa.
sirrikhafi Post at 1-3-2012 12:07


Cuba selak balik helaian yang lepas. Anda dah mengaku anda lupa, tapi tak berterima kasih pun bila saya tegur. Tak mengapa kalau tak berterima kasih, bukan saya nak ungkit. TAPI bila saya tersalah tulis (typo) anda besarkan isu sampai tuduh saya sombong. Kan saya dah kata 'typo'! Cara anda tegur pun dengan buat emoticon 'gelak', jadi saya respon pun dengan nada 'lawak'.

Saya boleh mengaku kesalahan dan berterima kasih atas teguran, tapi anda LANGSUNG tidak mahu berterima kasih, hanya mahu cari salah semata-mata. Jika begini cara anda untuk berhujjah, ia hanya membuang masa! Saya tidak mahu membuang masa saya hanya nak ulang apa yang anda lupa tu!

Sila rujuk 3:31 & 33:21

Sila beri penjelasan, kerana kefahaman anda mungkin tak sama dengan kefahaman orang lain.

Lihat balik kata-kata yang saya quote dari mnm:


Isu 'lupa' tu ada kaitan dengan Isu 1 yang dibincangkan. Masih lagi ikut susunan dan dalam isu yang dibincangkan. Namun saya menghormati anda jika anda belum bersedia untuk bincang lebih spesifik tentang pertayaan saya itu. Dalam perbincangan, kena ada keterbukaan, bukan nak cari isu untuk tutup kelehaman sendiri. Itu bukan cara berbincang!

Berkaitan Dhamir Mufrad (ISU 1) tu:

Jikalau ikut grammar anda tu hanya Nabi saja yang kena sebut Insya Allah bila nak buat sesuatu, orang lain tak payah sebut. Pelupa sangat kah bagi seorang Nabi, WALHAL orang lain tak perlu diingatkan untuk ucap Insya-Allah?

INGAT: anda seorang yang pelupa tentang apa yang anda katakan hanya sesingkat tempoh sehari dua. Mengaku sajalah bahawa Nabi BUKAN pelupa seperti anda.
   
WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 02:55 PM | Show all posts

Isu 'lupa' tu ada kaitan dengan Isu 1 yang dibincangkan. Masih lagi ikut susunan dan dalam isu yang dibincangkan. Namun saya menghormati anda jika anda belum bersedia untuk bincang lebih spesifik tentang pertayaan saya itu. Dalam perbincangan, kena ada keterbukaan, bukan nak cari isu untuk tutup kelehaman sendiri. Itu bukan cara berbincang!


وَمَا كَانَ رَبُّكَ نَسِيًّا  19:64


Jikalau ikut grammar anda tu hanya Nabi saja yang kena sebut Insya Allah bila nak buat sesuatu, orang lain tak payah sebut. Pelupa sangat kah bagi seorang Nabi, WALHAL orang lain tak perlu diingatkan untuk ucap Insya-Allah?


Sila rujuk 3:31 & 33:21


INGAT: anda seorang yang pelupa tentang apa yang anda katakan hanya sesingkat tempoh sehari dua. Mengaku sajalah bahawa Nabi BUKAN pelupa seperti anda.


Lupa boleh di maafkan lagi..

Tapi mengada-adakan dusta itu yang lebih berat, seperti anda yang pernah mengada-adakan dusta ke atas saya dengan menambah di dalam kurungan apa yang tidak saya kata.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2012 05:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 3-3-2012 10:28


قَالَ كَذَٰلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا ۖ وَكَذَٰلِكَ الْيَوْمَ تُنسَىٰ

Berfirman (Allah): "Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamu pun dilupakan".

Disebabkan anda guna kaedah grammar dan literal, maka saya ada satu soalan lagi:

Adakah Allah itu mempunyai sifat LUPA kepada orang yang melupakan ayat Allah?

Bagi saya, MAHA SUCI ALLAH dari mempunyai sifat LUPA, dilupakan TIDAK boleh diambil makna secara literal sebagai sifat LUPA!


Inilah akibatnya bila tidak memahami ilmu grammar sehingga membuat tanggapan yang bukan-bukan ke atas Allah

Perkataan KAMI dalam ayat tersebut bukan merujuk kepada Allah tapi merujuk kepada malaikat

Justeru, perbuatan melupakan tersebut adalah perbuatan malaikat, bukan Perbuatan Allah

Rujuk kembali ayat di bawah:

وَمَا كَانَ رَبُّكَ نَسِيًّا  19:64
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-3-2012 03:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 5-3-2012 15:53
Inilah akibatnya bila tidak memahami ilmu grammar sehingga membuat tanggapan yang bukan-bukan ke atas Allah

Perkataan KAMI dalam ayat tersebut bukan merujuk kepada Allah tapi merujuk kepada malaikat

Justeru, perbuatan melupakan tersebut adalah perbuatan malaikat, bukan Perbuatan Allah
sirrikhafi Post at 2-3-2012 17:57


Saya sibuk sikit kebelakangan ni... Rupanya sirrikhafi ni semakin jauh kefahamannya....Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Raaji'uun....

BILA MASA SAYA BUAT TANGGAPAN? SAYA BERIKAN CONTOH KEFAHAMAN SECARA LITERAL YANG TAK BOLEH DIGUNA PAKAI BAGI SIFAT ALLAH

Itulah kedustaan anda terhadap saya, sebaliknya anda tuduh saya berdusta!!!


Inilah akibatnya guna grammar semata-mata, tambahan pula dah terkeliru dengan ayat tu!!!!

PARAH!!! CUKUP PARAH!!!!!!!!

'Kami' di situ sirrikhafi kata merujuk kepada malaikat. Kalau macam tu ayat 'Kami' tu merujuk kepada ayat Malaikat? Malaikat yang menurunkan ayat-ayat?

Kemudian Malaikat boleh lupa pula!! Memang keliru sungguh sirrikhafi nih!

Astaghfirullahal Azeem...

Cukup parah grammar sirrikhari nih!!! Tak sangka macam tu sekali kefahamannya. Kalau dah macam tu, saya rasa tak guna berhujjah lagi, teruskan lah dengan kefahaman anda tuh.. langsung tak masuk akal!

Kalau nak sambung, kita ke isu seterusnya. Kalau nak bincang isu ni lagi, saya tak dapat terima langsung apa yang anda kata tu. Anda pun tak terima apa yang saya bentangkan, jadi tak guna buang masa!

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 06:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 5-3-2012 22:49

'Kami' di situ sirrikhafi kata merujuk kepada malaikat. Kalau macam tu ayat 'Kami' tu merujuk kepada ayat Malaikat? Malaikat yang menurunkan ayat-ayat?

Kemudian Malaikat boleh lupa pula!! Memang keliru sungguh sirrikhafi nih!

Astaghfirullahal Azeem...


Mengapa anda menuduh saya keliru? nah, ini buktinya:

وَمَا نَتَنَزَّلُ إِلَّا بِأَمْرِ رَبِّكَ لَهُ مَا بَيْنَ أَيْدِينَا وَمَا خَلْفَنَا وَمَا بَيْنَ ذَلِكَ وَمَا كَانَ رَبُّكَ نَسِيًّا 19:64

19:64. Kami tidak turun kecuali dengan perintah Pemelihara kamu. Kepunyaan-Nya apa yang di hadapan kami, dan apa yang di belakang kami, dan apa yang di antara demikian itu. Dan Pemelihara kamu bukanlah pelupa.



Kalau Kami itu adalah Allah, habis siapakah Pemelihara yang memberi perintah untuk turun? Allah yang lain pulak ke?



Cukup parah grammar sirrikhari nih!!! Tak sangka macam tu sekali kefahamannya. Kalau dah macam tu, saya rasa tak guna berhujjah lagi, teruskan lah dengan kefahaman anda tuh.. langsung tak masuk akal!


Tak masuk Akal? Sebenarnya anda yang tidak dapat menerima kebenaran..

Kalau anda tak percaya, anda boleh periksa sendiri perkataan Kami, Aku & Dia di dalam Quran dan sila buktikan jika ada perkataan yang berbunyi seperti "Sembah lah Kami" @ "Tiada Tuhan kecuali Kami", ETC...




Kalau nak sambung, kita ke isu seterusnya. Kalau nak bincang isu ni lagi, saya tak dapat terima langsung apa yang anda kata tu. Anda pun tak terima apa yang saya bentangkan, jadi tak guna buang masa!


Saya dah berikan bukti & kebenaran yaitu 19:64, tapi anda yang tak mahu terima, lalu memberi alasan untuk ke isu seterusnya, walhal andalah yang beriya-iya sangat nak spesifikkan isu 1, alilh-alih anda pula yang nak lari ke isu kedua pulak dah........



Isu 'lupa' tu ada kaitan dengan Isu 1 yang dibincangkan. Masih lagi ikut susunan dan dalam isu yang dibincangkan. Namun saya menghormati anda jika anda belum bersedia untuk bincang lebih spesifik tentang pertayaan saya itu. Dalam perbincangan, kena ada keterbukaan, bukan nak cari isu untuk tutup kelehaman sendiri. Itu bukan cara berbincang!



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2012 11:15 PM | Show all posts

BILA MASA SAYA BUAT TANGGAPAN? SAYA BERIKAN CONTOH KEFAHAMAN SECARA LITERAL YANG TAK BOLEH DIGUNA PAKAI BAGI SIFAT ALLAH


Saya ada satu soalan untuk anda,

Boleh tak anda buktikan perkataan @ istilah SIFAT ALLAH di dalam Quran? Terima kaseh {:4_243:}
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2012 09:38 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 6-3-2012 09:41
Mengapa anda menuduh saya keliru? nah, ini buktinya:

وَمَا نَتَنَزَّلُ إِلَّا بِأَمْرِ رَبِّكَ لَهُ مَا بَيْنَ أَيْدِينَا وَمَا خَلْفَنَا وَمَا بَيْنَ ذَلِكَ وَمَا كَانَ رَبُّكَ نَسِيًّا 19:64

19:64. Kami tidak turun kecuali dengan perintah Pemelihara kamu. Kepunyaan-Nya apa yang di hadapan kami, dan apa yang di belakang kami, dan apa yang di antara demikian itu. Dan Pemelihara kamu bukanlah pelupa.
sirrikhafi Post at 5-3-2012 18:09


Anda sudah keliru, kemudian anda guna ayat lain untuk cuba membuktikan anda tak keliru.

Ayat itu ayat lain yang memang merujuk kepada Malaikat.

Sedangkan:
قَالَ كَذَٰلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا ۖ وَكَذَٰلِكَ الْيَوْمَ تُنسَىٰ

Berkata (Allah): "Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamu pun dilupakan".
   
Lihat balik: قَالَ tu dalam bentuk Mufrad kan? .... takkan merujuk kepada Malaikat yang bilangannya banyak (Jamak)?

Sila selesaikan isu ini dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2012 12:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 6-3-2012 17:39

Anda sudah keliru, kemudian anda guna ayat lain untuk cuba membuktikan anda tak keliru.

Ayat itu ayat lain yang memang merujuk kepada Malaikat.

Sedangkan:
قَالَ كَذَٰلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا ۖ وَكَذَٰلِكَ الْيَوْمَ تُنسَىٰ

Berkata (Allah): "Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamu pun dilupakan".
   
Lihat balik: قَالَ tu dalam bentuk Mufrad kan? .... takkan merujuk kepada Malaikat yang bilangannya banyak (Jamak)?


Mengapa pula قَالَ  @ fe'el madhi yang berbentuk mufrad, tidak boleh merujuk @ di gunakan kepada malaikat @ fa'iel yang berbentuk jamak?

Lihat ayat di bawah ini:

وَقَالَ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا لَوْلَا أُنْزِلَ عَلَيْنَا الْمَلَائِكَةُ أَوْ نَرَى رَبَّنَا لَقَدِ اسْتَكْبَرُوا فِي أَنْفُسِهِمْ وَعَتَوْا عُتُوًّا كَبِيرًا 25:21

25:21. Berkata orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan kami, "Mengapakah malaikat-malaikat tidak diturunkan kepada kita, atau mengapakah kita tidak melihat Pemelihara kita?" Mereka sombong di dalam diri-diri mereka, dan menjadi penghina, dengan penghinaan yang besar.

Ada banyak lagi ayat-ayat yang seumpama di atas...


Ingat, Allah itu Satu, Bukan Jamak..

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ 112:1


Sila betulkan balik Aqidah anda jika selama ini anda percaya Allah itu jamak seperti KAMI, ETC....

Kesimpulannya:

Ayat 20:126 itu adalah merujuk kepada malaikat, bukan ALLAH

Maha suci ALLAH dari di jamakkan @ Di bilang-bilang kan...



Sila selesaikan isu ini dulu....


SIFAT ALLAH yang anda dakwa sebelum ini ada kaitan dengan isu 1 yang sedang di bincangkan

Sekarang boleh tak anda buktikan perkataan @ istilah SIFAT ALLAH di dalam Quran? Terima kaseh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2012 10:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 6-3-2012 23:07
Mengapa pula قَالَ  @ fe'el madhi yang berbentuk mufrad, tidak boleh merujuk @ di gunakan kepada malaikat @ fa'iel yang berbentuk jamak?
sirrikhafi Post at 6-3-2012 12:57


Tahu pun bentuk mufrad boleh digunakan oleh pelaku yang ramai. Ini dah tak ikut grammar yang anda war-war kan.

Bagi kes ni 'Kami' memang merujuk kepada Allah sebab:
'telah datang kepadamu ayat-ayat Kami'

Adakah Allah tidak boleh menggunakan ganti diri 'Kami'? Kenapa pula grammar bentuk mufrad boleh digunakan oleh pelaku yang ramai, tapi sebaliknya (ganti diri 'Kami' merujuk kepada Allah) tak boleh pula? Siapa yang buat ketetapan macam tu?

Ingat, Allah itu Satu, Bukan Jamak..

Bila masa yang saya kata Allah tu Jamak?

Allah itu ESA/Tunggal. Ini tidak bermakna Allah tak boleh membahasakan Diri-Nya dengan kata ganti 'Kami'. Siapa yang buat ketetapan macam tu?

Sekarang boleh tak anda buktikan perkataan @ istilah SIFAT ALLAH di dalam Quran? Terima kaseh

Bila masa saya kata ada istilah 'sifat Allah' dalam Al-Quran? Fahamkan ayat saya ni:
SAYA BERIKAN CONTOH KEFAHAMAN SECARA LITERAL YANG TAK BOLEH DIGUNA PAKAI BAGI SIFAT ALLAH

Saya tak kata pun ada kalimah/istilah dalam Al-Quran 'sifat Allah'. MahaSuci Allah dari mempunyai sifat yang lupa. Faham tak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 01:51 AM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 7-3-2012 12:05

Adakah Allah tidak boleh menggunakan ganti diri 'Kami'? Kenapa pula grammar bentuk mufrad boleh digunakan oleh pelaku yang ramai, tapi sebaliknya (ganti diri 'Kami' merujuk kepada Allah) tak boleh pula? Siapa yang buat ketetapan macam tu?


Tidak boleh menggunakan ganti nama kami untuk Allah

Jika tidak, sudah tentu ada ayat Quran yang berbunyi: "Sesungguhnya kami adalah Allah, Tiada Tuhan kecuali kami, Maka sembahlah Kami dan dirikanlah Solat untuk mengingati kami" ETC

Sekarang saya tanya anda pula, Siapa yang buat ketetapan dhamir jamak itu ialah Allah? {:4_243:}

Bagi kes ni 'Kami' memang merujuk kepada Allah sebab:
'telah datang kepadamu ayat-ayat Kami


Mustahil Allah itu jamak


Ini tidak bermakna Allah tak boleh membahasakan Diri-Nya dengan kata ganti 'Kami'. Siapa yang buat ketetapan macam tu?


Tentu ada ayat Quran yang akan berbunyi: "Sesungguhnya kami adalah Allah, Tiada Tuhan kecuali Kami, Maka sembahlah Kami dan dirikankanlah Solat untuk mengingati kami", ETC


SAYA BERIKAN CONTOH KEFAHAMAN SECARA LITERAL YANG TAK BOLEH DIGUNA PAKAI BAGI SIFAT ALLAH


Adakah AlQuran ada menyebut SIFAT ALLAH?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2012 12:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 7-3-2012 12:52
Tidak boleh menggunakan ganti nama kami untuk Allahsirrikhafi Post at 7-3-2012 01:51


Siapa anda nak pertikai Grammar Al-Quran nak kata Allah tak boleh guna ganti diri 'Kami'? Seorang yang pelupa macam anda nak pertikai Al-Quran!!! Jangan harap la saya nak percaya!

Tentu ada ayat Quran yang akan berbunyi: "Sesungguhnya kami adalah Allah, Tiada Tuhan kecuali Kami, Maka sembahlah Kami dan dirikankanlah Solat untuk mengingati kami", ETC


Saya ingat anda arif bahasa Arab, rupanya sejak bertukar fahaman, bahasa Arab anda pun sudah tunggang langgang.

'Kami' tu bukan sentiasa JAMAK seperti yang anda sangka kononnya berdasarkan kitab suci grammar anda tuh!

Kalau 'Kami' tu sentiasa jamak, maka siapa 'Kami' dalam ayat ni???:

إِنَّا خَلَقْنَاهُم مِّن طِينٍ لَّازِبٍ


...Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari tanah liat (As-Saaffaat, 11)

Siapa yang ada kuasa MENCIPTA?

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 01:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by sirrikhafi at 7-3-2012 17:07

Siapa anda nak pertikai Grammar Al-Quran nak kata Allah tak boleh guna ganti diri 'Kami'? Seorang yang pelupa macam anda nak pertikai Al-Quran!!! Jangan harap la saya nak percaya!


Siapakah anda untuk menetapkan 'kami' itu ialah Allah?

Harap mnm berhujjah dengan dalil & bukti, bukan dengan emosi


Kalau 'Kami' tu sentiasa jamak, maka siapa 'Kami' dalam ayat ni???:

إِنَّا خَلَقْنَاهُم مِّن طِينٍ لَّازِبٍ

...Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari tanah liat (As-Saaffaat, 11)

Siapa yang ada kuasa MENCIPTA?


Kami dalam ayat di atas ialah: Malaikat

Tiada yang peliknya jika malaikat yang mencipta manusia dari tanah liat dengan perintah Allah
Manusia juga ada keupayaan yang di berikan oleh Allah untuk mencipta sesuatu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2012 06:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 7-3-2012 18:22
Kami dalam ayat di atas ialah: Malaikat

Tiada yang peliknya jika malaikat yang mencipta manusia dari tanah liat dengan perintah Allah
Manusia juga ada keupayaan yang di berikan oleh Allah untuk mencipta sesuatu
sirrikhafi Post at 7-3-2012 13:09


Tiada siapa yang boleh mencipta apa-apa kehidupan melainkan hanya Allah sahaja yang berkuasa menciptakan kehidupan.

Manusia ialah sejenis makhluk yang dapat hidup, bernyawa, ada hayat dan merasai maut.

Buktikan Malaikat boleh cipta Manusia! Mana dalil anda jika anda kata Allah perintah Malaikat yang cipta manusia?

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
Dia lah yang Menciptakan MAUT dan HAYAT untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya (Al-Mulk, 2)

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2012 04:10 PM | Show all posts
Reply 335# sirrikhafi


    Salam,

cube gi IKIM mintak pendapat ustaz2 kat sane...kan senang drpd menepek at internet jer......
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 04:40 PM | Show all posts
kalau la alquran ni mudah difahami semudah abc...tidaklah aku th apa yg akan jd..........


sesungguhnya Allah itu maha mengetahui........
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 05:44 PM | Show all posts
Kami dalam ayat di atas ialah: Malaikat

Tiada yang peliknya jika malaikat yang mencipta manusia dari tanah liat dengan perintah Allah
Manusia juga ada keupayaan yang di berikan oleh Allah untuk mencipta sesuatu
sirrikhafi Post at 7-3-2012 13:09


Posting paling ilmiah berpandukan kitab grammar dari incik siri !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2012 12:28 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 25-3-2012 00:31

Saya masih menanti penerangan sirrikhafi.....  multinick sirri_khafi dah muncul semula tapi tak jengah thread ni pun.

Isyroqiyyin pula kata:
Ya, saya dah lihat, sebenarnya anda yang dah kantoi
Isyroqiyyin Post at 24-3-2012 16:20


Boleh Isyroqiyyin tolong jawab bagi pihak sirrikhafi? Anda kata saya kantoi, tapi sirrikhafi yang menghilang tanpa memberi penerangan dalil setelah kata malaikat yang cipta manusia.

Atau Isyroqiyyin ni juga multinick sirrikhafi?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 03:40 AM GMT+8 , Processed in 1.058640 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list