CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mijot

[Penerbit] ** KARYA SENI **

  [Copy link]
Post time 2-6-2012 01:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by RED 666 at 2-6-2012 13:49

karya seni ni pemilik laman web penulisan 2u yang punya.

mana2 novel yang tinggi ratingnya di penulisan 2u memang peluang agak cerah untuk dibukukan oleh karya seni.

sapa-sapa pun memang boleh hantar novel kat sana tapi ada tips yang saya nak kongsi sama-sama kat sini macamana nak dapat rating pembaca yang tinggi dan ulasan yang banyak daripada pembaca-pembaca kat sana berdasarkan pemerhatian saya kat sana selama ini.

novel-novel yang pasti dapat rating tinggi kat sana kebanyakannya:

1) tajuk cerita yang ada perkataan suami, isteri atau ustaz
2) tajuk cerita yang berbahasa english
3) cerita pasal korea atau jepun
4) cerita bertemakan kahwin paksa atau kontrak

babak-babak jiwang dan gaduh-gaduh manja di antara hero dan heroin mestilah diawalkan dan ditonjolkan sebanyak mungkin untuk menarik perhatian pembaca-pembaca di sana.

cerita-cerita seram, aksi, detektif atau misteri memang agak susah nak dapat rating pembaca yang tinggi kat sana.

memandangkan peminat novel di malaysia ni kebanyakannya adalah perempuan jadi genre cinta dan romantiklah yang menjadi pilihan utama. lebih-lebih lagi trend skrang ni minat citer kahwin paksa jadi citer2 macam tu lah yang selalunya dicari.

apa-apa pun kepada yang berminat nak hantar kat sana, selamat mencuba. manalah tau kalau nasib baik karya anda dapat dibukukan nanti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-6-2012 07:40 PM | Show all posts
Reply 326# RED 666

setuju dgn komen ko..
boleh dikatakan kebanyakkan yang membeli novel keluaran KS ni ada sekadar ingin mengisi masa lapang sahaja.
mereka bukan jenis yang suka baca karya yang mempunyai jalan berita berbelit-belit sampai kena guna otak untuk berfikir.
semuanya mahu yang jenis senang sahaja...untuk hilangkan tekanan bekerja...
jika benda berterusan, aku risau penulisan kita akan jatuh standardnya..

aku bukan nak kondem KS, aku berharap pihak KS dapat meningkatkan mutu kualiti karya keluaran mereka.
kebanyakkan karya keluaran KS TIDAK mempunyai unsur2 pengajaran..
dah la tebal, tebal dgn jalan cerita yang meleret-leret, ada sesetengah penulis ayatnya tak cukup matang ialah diorg takde ambil apa2 kursus mengenai penulisan...sepatutnya pihak KS boleh buat kelas penulisan untuk penulis di bawah syarikat KS..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 06:15 PM | Show all posts
Reply  RED 666

setuju dgn komen ko..
boleh dikatakan kebanyakkan yang membeli novel keluaran KS ...
mijot Post at 2-6-2012 19:40



apa boleh buat, dah market novel kat malaysia ni jenis macam tu, terpaksalah hadap walaupun tak suka.

bagi penulis2 baru, boleh lah try tips yang saya berikan tu, manalah tau novel anda meletup nanti.

try buat citer tajuknya macam ni, 'Suami Kontrak Ku Jauh Di Korea' confirm boleh meletup gila2 kat penulisan 2u tu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 03:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by chit_ana at 15-6-2012 22:05



novel terbaru bulan jun(order online dibuka pada pertengahan bulan jun)

Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik

NURA ALIA seorang gadis periang yang telah jatuh cinta dengan Syed Azmi, seorang anak Datuk yang kaya dan handsome! Walaupun dia tahu Syed Azmi seorang womaniser, Nura Alia yakin bahawa lelaki itu pasti akan meninggalkan gelaran itu demi cinta mereka bersama.

Akhirnya, dari cinta ia berubah benci! Syed Azmi juga hampir-hampir meragut kesucian Nura Alia. Nura Alia menyimpan dendam kesumat pada lelaki itu.

“Aku bencikan kau, Syed Azmi! Kau memang lelaki tak guna!” -NURA ALIA

Demi menjalankan rancangan membalas dendamnya, Nura Alia akhirnya nekad untuk menjadi babysitter kepada abang Syed Azmi yang autistik, Syed Azwan a.k.a Boboy, budak tak cukup seringgit yang sengal! Dalam terpaksa dia rela melayan setiap kerenah Boboy.

“Boboy! Boboy memang suka menyusahkan akak, kan?! Eee… geramnya aku!” -NURA ALIA

Selama tujuh tahun, BOBOY hidup di dalam dunianya sendiri. Dunia kanak-kanak autistik yang sengaja diciptakannya demi menyembunyikan sejarah silam. Sejarah silam yang membuatkan dia menyimpan rasa bersalah sehingga ke hari ini.

Namun, semuanya itu berubah apabila Nura Alia hadir dalam dunianya. Hati Boboy berdegup lagi. Dalam diam, dia menyayangi si babysitternya itu.

“Kita minta maaf sebab selalu menyusahkan kakak. Kita sayangkan kakak!” BOBOY

Tapi, tiada siapa yang dapat menghalang suratan takdir. Nura Alia dan Boboy akhirnya bersatu dalam sebuah ikatan. Pada saat cinta semakin bersemi, muncul pelbagai halangan yang menggugat rasa cinta yang baru hadir itu. Masing-masing masih menyimpan banyak rahsia. Rahsia yang mampu mengundang rasa kecewa dan duka dalam hati mereka berdua.

Rahsia siapakah yang bakal terbongkar dahulu? Apakah nasib ‘cinta’ yang baru bersemi dalam hati mereka itu? Adakah dari cinta sekali lagi ia akan berubah menjadi benci?

“Maafkan abang, sayang. Selama ni abang dah tipu Lia. Abang sebenarnya bukan Boboy yang autistik. Abang masih Syed Azwan yang normal. Abang…” -SYED AZWAN

Judul : Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik
Penulis : Farisha Imani
Isbn : 978-967-0246-25-3
Semenanjung : RM30
Sabah/sarawak : RM33
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 03:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by chit_ana at 15-6-2012 22:04



novel terbaru bulan jun(order online dibuka pada pertengahan bulan jun)

Nama saya Nur Sufrina binti Abdul Razak. Seorang pelajar universiti dan sangat berminat dalam bidang penulisan. Gadis yang biasa-biasa saja, tetapi orang kata senyuman saya manis. Tapi tak ada sesiapa pun yang tahu, saya memikul tanggungjawab yang sangat berat. Ya, tanggungjawab selepas peristiwa hitam itu terjadi dalam hidup saya dan keluarga saya.

“Kalau apa-apa jadi kat akak, tolong akak jaga anak ni. Lindungi dia macam anak Suf sendiri. Kakak merayu. Jangan benarkan Firdaus ambil anak ni! Jangan benarkan! Janji dengan kakak. Ya, Suf?” – Nur Sazrina

Ya, Rohaizat memang sentiasa ada ketika saya susah dan senang. Tapi saya masih tak pasti. Adakah dia orangnya?

“Kenapalah Sufrina? Kalau awak tak cintakan saya, saya tak boleh salahkan awak. Tapi kenapa saya tak boleh lupakan awak? Kenapa mesti awak yang saya cinta?!” – Rohaizat

Tiba-tiba, dia hadir. Saya asyik tersenyum sendiri apabila teringatkan sikap egonya itu.

“Tak elok perempuan marah. Nanti cepat berkedut. Tengok, kedut-kedut kat muka awak tu dah makin nampak.” – Amirul Haikal

Adakah dia sebenarnya yang saya cari selama ini? Tapi, saya takut dia tak dapat menerima kehidupan saya yang sebenarnya…

“Saya cuma lelaki bodoh yang sentiasa ditipu oleh perempuan yang sama!” – Amirul Haikal

Akhirnya, siapakah yang menjadi pilihan hati saya, sedangkan sangat sukar untuk saya membuat keputusan ini? Saya memang sayangkan dia! Tapi kalau saya memilih dia, mampukah dia menerima kehidupan saya yang sebenarnya.

Judul : Dan Sebenarnya... Cinta
Penulis : Syafa' Ikhwan
Isbn : 978-967-0246-26-0
Semenanjung : RM23
Sabah/Sarawak : RM26
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2012 03:21 PM | Show all posts
karya seni ni pemilik laman web penulisan 2u yang punya.

mana2 novel yang tinggi ratingnya di pen ...
RED 666 Post at 2-6-2012 13:32


Suka dengan komen ko...mmg susah nak cari karya yg motif penyiasatan, misteri, thriller...ada pernah baca satu2nya karya yg paling aku suka dlm penulisan2u...penulis ni lelaki...karya dia paling aku tak sabar baca sbb lain dr yg lain...kalu selalunya hero baik2 serba serbi sempurna ler....ini satu2 pendekatan penulis hero ni jahat...tp karya dia separuh jaln jek...dah hampir 4 tahun aku tunggu sambungn sampai sudah nanhado...igt dia buku kan ke...hmmm...tak dgr khabar dah...
Karya dia banyk lg persoalan tak terjawb  & misteri tersirat belum terungkp...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2012 11:05 PM | Show all posts
apa boleh buat, dah market novel kat malaysia ni jenis macam tu, terpaksalah hadap walaupun ta ...
RED 666 Post at 3-6-2012 18:15



   'Suami Kontrak Ku Jauh Di Korea



  mak ai tajukkkkk...

bagi aku kebanyakan penulis ks belum layak diterbitkan bukunya...masih tahap baby step..baru nak belajar merangkak..pegang sana sini...kena byk menulis lagi...

mijot...aku setuju ngan komen ko...pasal qualiti buku akan turun.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 01:16 AM | Show all posts
novel terbaru bulan jun(order online dibuka pada pertengahan bulan jun)
chit_ana Post at 7-6-2012 15:20



    cover cantik..
    teringat akan cover novel Mimmie Afnie  
    ada skuter...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2012 12:28 PM | Show all posts
aku pulak..nampak skuter...terus x minat nak beli atau baca. x tahu mengapa. buku mimie pun jadi mcm tu.....lemau aje perasaan nie. rasa mcm zaman daulu2...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 10:35 AM | Show all posts
Reply 327# mijot


   Saya sangat bersetuju dengan Mijot terutama tentang ketebalan buku masing2...mak ai rasa xboleh habis baca dalam sebulan hehehe...bila dah mula baca baru tau betapa lemaunya hero/heroin dia macam budak2 mentah bercinta dan langsung tidak berpendirian huhuhu...rosak2...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 10:36 PM | Show all posts
buku paling baru pulut baca Teduhan Kasih
TK ni, storyline dia pulut suka. Kisah Iffah yang diceraikan Ryzal, kemudian jumpa Ehsan masa nak bersalinkan Adam. Bagaimana Ehsan banyak bantu Iffa masa dalam kesusahan. Dan end up watak-watak antagonis tu dapat balasan masing-masing dan Iffa hidup bahagia dengan Ehsan.
Pada pulut storyline dia memang sangat menarik. Tapi bila baca novel dia tak tahulah kenapa, ada rasa something missing. Mungkin gaya bahasa yang digunakan kot. Dan sedikit kesilapan tentang Iffa cakap dia period walaupun terang2 baru lepas solat tu rasanya editor memainkan perananlah. Kita nak salahkan penulis 100% pun tak boleh juga sebab bukan senang nak menyiapkan sebuah manuskrip.
3 bintang

Novel2 KaryaSeni lain yang Pulut dah baca/miliki ada 7.

Jodoh Itu Milik Kita
Novel ni Pulut baca online. Beli pun sebab dah baca. Tapi tak taulah, masa beli tak de mood sangat nak baca sebab agak tebal. Baca lompat2 je dan tau jalan cerita gitu-gitu je.

Kampung Girl
Novel ni oklah untuk isi masa lapang. Kisah Ainnur dengan Ashraf yang disatukan tanpa kerelaan Ashraf. Ainnur bolh dikatakan tak kisah sebab daripada kecil pun dia memang suka Ashraf. Tapi salah satu sebab dia setuju pun sebab nak ‘ajar’ si Ashraf.
Pulut beli novel ni sekali dengan JIMK. Baca pun tanpa ada perasaan. Lama juga nak habiskan. Baca sikit, letak tepi lama, lepas tu baca lagi.
3 bintang.

Suami Yang Ku Benci
Cerita ni Pulut suka. Pandai penulis mewarnakan semua watak. Rasa macam pulut hidup dalam kehidupan diorang. Lagi-lagi watak mak cik Sari dengan Fawaz. Ingatkan Fawaz tu jahat sangat, sekali jumpa Batrisya terus lupakan Hannah. Hannah dengan Uwais pun kelakar walaupun dah hujung-hujung tu romantic yang amat.
Pulut boleh bagi 4 bintang untuk novel ni.

Usai Aku Terima Nikahnya
Cerita ni menarik juga. Pulut follow sejak di P2U. Sangat suka dengan watak Khalif. Tapi agak tak berpuas hati dengan ending dia bila tiba-tiba Khalif dimatikan dan Puteri kembali bersama dengan Iskandar.
Pulut bagi 3 bintang lah..

Jauh Dari Cinta
Cerita ni sangat bermain dengan emosi. Tapi agak bengang juga dengan watak Nysa yang terlalu hendak berkorban untuk kebahagiaan Aqil. Kisah Nysa yang sudah lama memendam perasaan terhadap abang angkat dia, Aqil. Masa tu, Aqil dah ada teman wanita, Lily. Bila dah habis belajar, keluarga diorang nak satukan Nysa dengan Aqil. Cara Aqil layan Nysa maca bertunang, pulut pun rasa sedih, macam pulut pula jadi Nysa. Masa nikah, Nysa dah cakap dengan Aqil, jangan datang. Kecoh juga masa nak nikah tu sebab pengantin lelaki tak sampai2 lagi. Hadif pun dan tawarkan diri untuk ganti Aqil. Tapi akhirnya Aqil dating juga. Konflik dalam cerita ni banyak disebabkan Lily. Bila Lily muncul balik, dan Nysa usaha nak satukan Aqil dengan Lily. Tapi akhirnya Aqil dengan Nysa juga sebab selama ni Aqil tak sedar dia dah lama sukakan Nysa.
3.5 bintang.

Dan Hatiku Pun Berkata
Cerita ni simple sangat. Nipis pun nipis, sekejap dah habis baca. Kisah Adira yang tak boleh terima ayah dia kahwin lain. Lari pergi rumah kakak sepupu dia, masa ni dia jumpa Rashdan. Watak Rashdan digambarkan kaya, matang dan sangat memahami. Tapi apa yang menariknya bagi Pulut, penulis tak membayangkan Rashdan sebagai seorang yang sempurna bila Rashdan sendiri ada keras kepalanya bila dengan family dia sendiri. Tapi, bila berjumpa, masing-masing banyak berubah sikap. Jadi lebih baik.
3.5 bintang

Novel2 lain pulut tak terasa lagi nak beli. Walaupun SSID pulut dah follow di blog, rasa tak berbaloi rasanya nak menghabiskan RM 30. Pulut ni berkira sikit dengan harga novel. Sedangkan yang lebih RM 20 pun akan fikir 3-4 kali untuk beli. Pada Pulut novel2 KS ni boleh lah di beli. Konflik yang tak terlalu berat. Penat juga nak baca novel yang penuh konflik ni sebab Pulut rasa hidup Pulut pun dah penuh konflik. Sekarang tengah tunggu Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik. Harap harganya tak mahal. Kalau mahal, Pulut nak cari 2ndhand je.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 04:17 PM | Show all posts
Reply 336# pulutmanggis


TEDUHAN KASIH - Penulis Marissa a.k.a QASEH QAISARA penulis FT......
saya suka tulisan penulis ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 07:05 PM | Show all posts
Reply 337# qimi08

Barula ku tahu marissa ni rupanya qasih qaisara... pada kaka Teduhan Kasih ni best... semua novel qasih qaisara kaka follow... suka ngan gaya penulisan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 08:25 PM | Show all posts
cover cantik..
    teringat akan cover novel Mimmie Afnie  
    ada skuter...
cmf_azure Post at 8/6/2012 01:16


sinopsis dah ade.mcm best je
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 08:28 PM | Show all posts
buku paling baru pulut baca Teduhan Kasih
TK ni, storyline dia pulut suka. Kisah Iffah yang dicerai ...
pulutmanggis Post at 11/6/2012 22:36
  1. [b] Sekarang tengah tunggu Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik. Harap harganya tak mahal. Kalau mahal, Pulut nak cari 2ndhand je.[/b]
Copy the Code
dalam harga rm30
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 08:49 PM | Show all posts
baru baca cik bunga & encik sombong..
nasib baik buku ni bukan pasal kawin paksa..hehe
pasal harris yg mintak tolong intan jadi tunang dia sebab bakal tunang lari masa majlis..
banyak2 buku yang dah baca, aku suka sangat kat watak harris ngan intan ni..sebab pasangan ni sangat kuat..harris memang best!dari awal jaga habis kat intan...mula2 ingatkan lepas da tunang tu harris buang intan tapi rupanya tak...memang gentlemen sgt harris neh...tak bagi sape pon ganggu intan..serius nak jadikan intan isteri dia..kemana pon intan pegi dia nak ikut...

dugaan diorang paling kuat adalah mak harris c datin nora & erny..rasa penant sangat bila tiapkali pun datin nora & erny serang intan..dari tunang sampai kawen..asyik2 cakap benda yang sama kata intan pmpuan murahan,bodoh,dipergunakan, blablabla..tak henti2 suruh intan lepaskan harris..padahal harris punyala sayang kat intan ni..nyampah ok ngan erny yang tak sedar diri..rasa dia bagus sangat..

yang best lagi apa yang datin & erny buat langsung tak goyahkan hubungan diorang..harris tetap pertahankan intan & sebaliknya...yang ni memang hero la.. tapi kesian kat intan siap kena tampar tarik rambut bagai..huhu sakit hati
harris ni jenis yang ada pendirian...sweet bila masa dia dah jatuh cinta kat intan...rupanya dari mula lagi memang dah suka kat intan.seb baik intan ni bukan jenis lembik..yang kena ugut sikit terus mengalah..part dia lawan balik & pertahankan diri depan datin & erny tu cam touching lak.esp masa harris eksiden...yang penting citer ni happy ending.. babak fav.masa intan & harris kat cameron highland..tak tau napa tapi suka sgt!

erk dh agak panjang pulak..em, overall pada aku buku ni berbaloi gak beli..rasa nak baca lagi..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-6-2012 10:13 PM | Show all posts
baru selesai baca terlerai kasih - rehan makhtar

kisah wafiah (fiah) yang hidup zaman remajanya tak bergitu sempurna keluarganya. membesar menjadi seorang gadis yang berdendam,  memendam perasaan dan sangat dingin dengan orang terutamanya lelaki.

pertemuan dgn ilham (am) kiranya kiranya lentur sedikit sifat dingin fiah..fiah terima am.. tapi am ni dia punya sifat tersendiri iaitu suka dengar kata2 orang tanpa siasat, panas baran.. akhirnya am dan fiah ambil keputusan untuk berkahwin. masa nak dekat dengan dengan tarikh nikah, am tarik diri.. fiah jumpa dengan am minta am teruskan pernikahan untuk selamatkan maruah keluar fiah dengan membuat janji am boleh ceraikan fiah sehari selepas nikah. am yang ego bersetuju. tapi selepas pernikahan am mungkir janji..

seperti novel lain yang ku baca, am akan tahu kebenaran dan am dan fiah berbaik semula...baru baik sekejap muncul masalah iaitu lain dan diorg gaduh lagi sampai lah satu tahap, fiah keluar dari rumah am pergi membawa diri ke kuantan dan bekerja di sebuah hotel. akhirnya am dapat jumpa semula dgn fiah dan diorg berbaik semula

kesimpulan :

plot dia ok menceritakan asal wanita yang tabah yang pentingkan maruah diri dan keluarga. sekali org hina maruah dia dan keluarga memang dia ingat sampai bila2. cuma cara pengolahan penulis lemau sampai aku baca 2-3 bab terus tutup buku...begitu sampai sudahnya.

buku ni aku beli sebab masa pesta buku aritu ramai yang beli ditambah dgn review yang bergunung2 jadi aku sgt curiga jadi aku ambil keputusan untuk menyelidiknya ...akhirnya apabila baca mak ai ayat yang digunakan oleh penulis tak dapat menarik minta aku. edisi senang letak. baca 2-3 bab terus tutup cari mood baca balik. ambil masa dlm 4 hari untuk habiskan pembacaan. rasanya ni novel pertama penuliskan? baik keluarkan yang nipis dulu.

keseluruhan 2.5 bintang
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 10:30 AM | Show all posts
Reply 342# mijot


Akak x beli waktu pesta buku hari tu sbb nak tunggu preview pembaca lain.

Akak follow semua cerita blog penulis ada kesimpulan sendiri tak blh nak komen kat blog dia
sbb ramai fan dia nanti kena lahar ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 04:18 PM | Show all posts
Reply 340# chit_ana


   RM30? alahai, ini sama ada beli 2nd hand atau tak beli langsung lah ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2012 02:22 PM | Show all posts
omo mahalnya novel suamiku tak romantik tu...
mcm biasa nanti nak pinjam daripada porumer...
kalau ada yang sudi nak bagi pinjam sila pm...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.062485 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list