CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Vellfire

[Borneo] Rumah Borak Borneo~Auk ajaklah

[Copy link]
 Author| Post time 20-1-2026 01:27 PM | Show all posts
Berjudi dalam talian di tempat awam, wanita didenda
Januari 19, 2026, Isnin - 5:33pm

MIRI: Seorang wanita dikenakan hukuman denda RM3,000 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan bermain judi dalam talian di tempat awam.

Tertuduh, Susie Ningkan, 30, dari Tudan Desaras di sini, didakwa mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh ditahan pada jam 4.50 petang, 15 Januari lalu di sebuah premis di Lorong 2 Permy Technologi Park di sini untuk tujuan pemeriksaan kerana disyaki terlibat aktiviti perjudian jenis judi dalam talian.

Hasil pemeriksaan lanjut yang dilakukan polis mendapati telefon bimbit milik tertuduh ada memaparkan aplikasi judi dalam talian.

Berikutan itu, tertuduh telah ditangkap dan telefon bimbitnya dirampas untuk dijadikan barang kes.

Di hadapan mahkamah, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela merayu hukuman ringan dengan alasan ini adalah kesalahan pertamanya.

Kes dikendalikan pegawai pendakwa Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman di hadapan Majistret Ashok Linggam.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2026 01:27 PM | Show all posts
Empat lelaki Korea mengaku tidak bersalah kendali mesin perjudian
Januari 19, 2026, Isnin - 5:18pm

Salah seorang tertuduh diiring polis semasa berada di lobi Kompleks Mahkamah Kuching hari ini. - Gambar Mohd Faisal Ahmad

KUCHING: Empat lelaki Korea dibenarkan bebas dengan jaminan RM3,000 (didepositkan) selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengendalikan mesin perjudian berupa set komputer pada 7 Januari lalu.

Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali, Majistret Ling Hui Chuan dan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan masing-masing menetapkan keempat-empat tertuduh, dua daripadanya berusia 27 tahun dan dua lagi 28 tahun, dibebaskan dengan dua penjamin tempatan.

Mahkamah juga memerintahkan kesemua tertuduh menyerahkan pasport kepada pihak pendakwaan, selain menetapkan pengurusan kes pada 5 Mac 2026.

Mengikut pertuduhan, setiap seorang tertuduh masing-masing didakwa mengendalikan mesin perjudian berupa set komputer di sebuah kompleks kondominium di Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Ahmad Zaidi Adruce di sini sekitar jam 2 petang, 7 Januari 2026.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang jika sabit kesalahan boleh didenda minimum RM10,000 dan maksimum RM100,000 untuk setiap mesin judi dirampas dan boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun.

Pendakwaan dikendalikan secara berasingan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Muhammad Aidil Akmal Sharidan, DPP Muhammad Afiq Safly Nor Kazly dan Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin.

Keempat-empat tertuduh diwakili peguam Yong Suk Hui.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2026 01:28 PM | Show all posts
Lelaki tumbuk muka dan ugut remaja lelaki didenda RM4,300
Januari 19, 2026, Isnin - 5:08pm

KUCHING: Padah menumbuk muka dan melakukan ugutan jenayah terhadap remaja lelaki berusia 14 tahun, seorang lelaki berusia 44 tahun didenda RM4,300 di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Thain Sin Kwei mengaku bersalah di hadapan Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali sebaik didakwa atas dua pertuduhan di bawah seksyen berbeza.

Mahkamah memerintahkan tertuduh didenda RM1,300 atau tiga bulan penjara bagi pertuduhan pertama di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan mangsa.

Bagi pertuduhan kedua di bawah Sekyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM3,000 atau tujuh bulan penjara.

Mengikut kedua-kedua pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 3 Januari 2026 sekitar jam 5 petang di gelanggang bola keranjang di sebuah sekolah menengah di Pending, di sini.

Fakta kes mendedahkan mangsa membuat laporan polis menyatakan dia telah dicederakan oleh seorang lelaki dari pasukan lawan ketika bermain bola keranjang pada hari kejadian, sehingga dia mengalami kesakitan di bahagian kepala dan badan.

Susulan itu, polis menangkap tertuduh pada 9 Januari lalu dan hasil siasatan mendapati seorang pemain pasukan lawan bertindak memegang dan memeluk mangsa secara berulang kali sehingga menyebabkan mangsa tidak selesa serta terpaksa bermain secara kasar.

Melihatkan keadaan itu, bapa kepada pemain tersebut iaitu tertuduh, yang juga pemain senior bola keranjang, telah bertindak agresif dengan menyerang mangsa.

Tertuduh menumbuk kepala dan badan mangsa, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan ringan iaitu lebam di bahagian rahang kiri.

Selain itu, tertuduh juga mengugut mangsa dengan berkata "kamu mahu mati ka".

Kejadian berkenaan disaksikan oleh ramai pemain lain, selain dirakam dengan jelas oleh kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Afiq Safly Nor Kazly sementara tertuduh tidak diwakili peguam.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2026 01:31 PM | Show all posts
Majlis Family Banquet MCCC Sabah meriah
Januari 20, 2026, Selasa - 12:59pm



EDMUND

KOTA KINABALU: Dewan Perdagangan Malaysia-China (MCCC) Sabah sekali lagi berjaya menganjurkan majlis Family Banquet dengan kehadiran lebih daripada 50 tetamu.

Majlis berkenaan menjadi wadah interaksi mesra, memperkukuh hubungan dengan para tetamu yang hadir termasuk ahli sedia ada serta baharu.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur merangkap Pengarah Perhubungan Awam, Edmund Goh, menyifatkan MCCC Sabah dibawah kepimpinan Presiden, Datuk Dexter Lau, memiliki aset paling 'berharga' dalam bentuk wakil perniagaan cemerlang dari pelbagai sektor di Sabah.

Beliau menggalakkan ahli untuk menghargai platform ini, mengambil peluang berinteraksi dan bekerjasama serta berganding bahu memperkukuh sumber bersama.



ALBUM: Rakaman gambar kenangan antara tetamu kehormat yang hadir.

Edmund berkata, keahlian pertubuhan berkenaan sehingga hujung tahun lepas meningkat hampir 50 orang, sekali gus membuktikan Dewan itu mempunyai daya tarikan serta pengaruhnya tersendiri.

Dalam pada itu katanya, pihaknya akan menganjurkan pelbagai acara pada tahun ini yang bersifat antarabangsa.

Beliau turut menzahirkan penghargaan ikhlas kepada Jawatankuasa Usahawan Wanita (WEC) MCCC Sabah kerana berani memikul tanggungjawab besar ini serta penglibatan aktif mereka dalam pelbagai acara yang diadakan.



MERIAH: Majlis yang diadakan dalam suasana yang meriah.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2026 01:32 PM | Show all posts
Maritim Malaysia tahan bot tunda langgar syarat lesen
Januari 20, 2026, Selasa - 1:10pm



RAMPAS: Juragan dan dua kru ditahan untuk siasatan lanjut.

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau berjaya menahan sebuah bot tunda tempatan selepas didapati tidak mematuhi syarat sah lesen, pada Ahad.

Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Norihan Ngah, berkata bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan OP PLUTO TIMUR, OP SEJAHTERA dan OP TIRIS mengesan dan memeriksa bot berkenaan di perairan Tawau pada pukul 8.30 malam semalam.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat seorang juragan warga Indonesia berumur 55 tahun bersama dua kru lelaki warga Indonesia berumur 53 dan 54 tahun berada di dalam bot berkenaan.

“Semua tidak mempunyai daftar nama dalam lesen, tiada sijil kompetensi dan gagal memaklumkan pertukaran nakhoda,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Katanya, lesen bot ditahan dan juragan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO 1952).

Norihan berkata, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi undang-undang, walaupun kesalahan itu dianggap kecil.

“Pemilik dan pengendali bot dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi syarat lesen bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan terus memperkasakan penguatkuasaan dan mengoptimumkan operasi untuk membanteras aktiviti menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia, khususnya di perairan Timur Sabah (ESSZONE).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang salah laku jenayah di perairan Tawau boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-752116 atau talian kecemasan 999,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2026 05:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-1-2026 05:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 05:30 PM | Show all posts
Assalamalikum semua

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2026 05:56 PM | Show all posts
Vellfire replied at 20-1-2026 09:36 AM
hehe saya kalau dah minat sorang tu saya akan ingat dan akan cari semua drama/movie dia

siap foll ...

wow sampai mcm tu sekali ya
mmg peminat setia la kalau mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 05:57 PM | Show all posts
Vellfire replied at 20-1-2026 09:37 AM
hari minggu tu adalah hari yang paling penat

sabtu pagi pi kuching, petang balik btu..

aik kenapa ulang alik ke kuching
jauh ke perjalan ke kuching tu

kalau dh berulang alik mmg penat la
kena lak dgn umur2 remaja purba kita ni
mmg cepat penat
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 06:00 PM | Show all posts
Vellfire replied at 20-1-2026 09:38 AM
dah tak kerja ni..

bos selalu bawak sana sini..

sama la kita vell
mira pn ikut je kemana asben pergi kalau kat semenanjung ni
tapi kalau outstation ke sabah sarawak mmg x ikut la
pasal tambang mahal sgt kalau last minit

hari ni ikut dia keje kat behrang
x jauh sgt , jadi peneman je
x de la dia bosan drive sorg tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2026 07:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2026 08:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2026 08:27 AM | Show all posts
amiraira replied at 20-1-2026 05:56 PM
wow sampai mcm tu sekali ya
mmg peminat setia la kalau mcm tu

hehe fan keras
zhao lusi




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2026 08:29 AM | Show all posts
amiraira replied at 20-1-2026 06:00 PM
sama la kita vell
mira pn ikut je kemana asben pergi kalau kat semenanjung ni
tapi kalau outstatio ...

kalau kursus selalunya awal dorang dapat email.. cepat2 bos suruh beli tiket kita berdua

tapi kalo taklimat.. seminggu jer jarak.. mmg mahaiii tiket.. tapi kalau rega masih ok.. bos suruh beli jugak

drmh pun tak ada buat apa mira.. layan forum, cdrama, makan, tido

yg penting jaga kesihatan k..

cuma dah tak kerja ni.. kalau tetiba buat kerja keras, travelling jauh2 terus cepat sakit/demam kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2026 08:30 AM | Show all posts
amiraira replied at 20-1-2026 05:57 PM
aik kenapa ulang alik ke kuching
jauh ke perjalan ke kuching tu

day trip tu sebab nak pi anak kawan kawen

ptg ni pi kch lagi.. jumaat balik miri

bos ada taklimat kat kch, saya duk bilik jerlah..

tunggu malam baru jenjalan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2026 08:32 AM | Show all posts
Lelaki cedera lori treler muat gas LPG terbabas di Kunak
Januari 20, 2026, Selasa - 1:46pm



OPERASI: Pasukan bomba membantu mengalihkan tong gas LPG di lokasi kejadian.

KUNAK: Seorang lelaki cedera selepas lori treler yang dipandunya terbabas di Jalan Ladang Bugis di sini, awal pagi tadi.

Pengganti Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak, Muhammad Kamalrulzaman, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.15 pagi.

Katanya, seramai enam anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Seorang mangsa, pemandu lori berusia 46 tahun, berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum anggota bomba tiba di lokasi.

“Mangsa mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pihak bomba bertindak mengalihkan tong gas LPG yang terlibat serta memastikan tiada bahaya lain di kawasan kejadian.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kemalangan selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 3.50 pagi,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2026 08:33 AM | Show all posts
Dua warga asing ditahan bersama syabu lebih 50 gram
Januari 20, 2026, Selasa - 3:04pm

LAHAD DATU: Dua lelaki warga asing kini berdepan hukuman mati selepas ditahan membawa 52.57 gram syabu dalam operasi Op Tapis di Jalan Segama, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail, berkata sebelum itu, pihaknya menerima maklumat mengenai aktiviti pengedaran dadah di daerah ini.

Katanya, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu terus menjalankan Op Tapis bagi menumpaskan pengedaran dadah di daerah ini.

“Dua lelaki warga asing berusia 39 dan 40 tahun ditahan di Jalan Segama, di sini selepas pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan.

“Pemeriksaan awal menemukan dadah jenis syabu seberat 52.57 gram bersama peralatan yang dipercayai digunakan untuk pengedaran,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.



RAMPAS: Antara dadah jenis syabu yang dirampas dalam operasi berkenaan.

Dalam kes berasingan, Dzulbaharin berkata, pihaknya menahan seorang lagi lelaki warga asing berusia 38 tahun dalam keadaan mencurigakan di kawasan Terminal Bas Wagon, Bandar Lahad Datu.

“Hasil pemeriksaan ke atas lelaki terbabit menemukan dadah jenis syabu seberat 6.19 gram yang disyaki untuk tujuan pengedaran.

“Suspek didapati positif dadah dan kini disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Katanya, semua dadah jenis syabu seberat keseluruhannya 58.76 gram yang dianggarkan bernilai RM6,463.60 itu dirampas untuk tindakan lanjut.   

Dzulbaharin menegaskan, operasi berterusan ini menunjukkan komitmen penuh polis Lahad Datu dalam membanteras jenayah dadah dan memastikan keselamatan awam terjamin.

“Kita akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan bagi membanteras pengedaran dadah di daerah ini dan memastikan pesalah berdepan tindakan tegas mengikut undang-undang,” katanya.'


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2026 08:34 AM | Show all posts
Jamawi lawat Kompleks Perikanan Likas
Januari 20, 2026, Selasa - 3:26pm



ALBUM: Jamawi (depan, tengah) bergambar kenangan bersama Maria (depan, empat kiri) dan yang lain semasa di Kompleks Perikanan Likas.

KOTA KINABALU: Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar pada Isnin mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Perikanan Likas.

Lawatan itu bertujuan mendengar penjelasan serta mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai struktur dan fungsi Jabatan Perikanan Sabah, selain mengenal pasti isu serta mencari penyelesaian bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan jabatan berkenaan.

Dalam lawatan itu, Jamawi diberikan taklimat oleh Pengarah Perikanan Sabah, Datin Dr. Shuhada Mustapha dan Penolong Pengarah Kanan Biosekuriti, Matlan @ Abdul Rahim Thaufeck bertempat di Bilik Mesyuarat Utama.

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap II kementerian, Maria David Edick.

Dalam ucapannya, Jamawi menegaskan hasrat kementerian untuk merakyatkan perkhidmatan, justeru semua agensi di bawah kementerian perlu melaksanakan amanah tersebut secara menyeluruh.

Beliau turut memaklumkan bahawa kakitangan di tiga agensi utama iaitu Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan SAFMA tidak bersaing, sebaliknya saling melengkapi antara satu sama lain agar setiap fungsi dan peranan yang dilaksanakan dapat memberi manfaat maksimum kepada rakyat.

Jamawi turut meminta Jabatan Perikanan supaya menyediakan keperluan seperti benih ikan dan input berkaitan bagi menyokong pelaksanaan program Jelajah Kebun Dapur yang akan dilaksanakan kelak.

Dalam acara berasingan, Jamawi bersama Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Leonard Stephen Poyong, menghadiri mesyuarat Koperasi Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia (KOTANI).


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2026 08:36 AM | Show all posts
Redonah Pengerusi Sedcovest baharu
Januari 20, 2026, Selasa - 4:20pm



KENANGAN: Redonah merakamkan gambar kenangan bersama kakitangan Sedcovest Holdings Sdn Bhd.

KOTA KINABALU: Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Redonah Bahanda dilantik sebagai Pengerusi baharu Sedcovest Holding Sdn Bhd.

Redonah secara rasmi memulakan tugasnya hari ini di Pejabat Sedcovest Holdings Sdn Bhd, Wisma Sedco Wawasan Plaza di sini.

Beliau telah diberikan taklimat ringkas mengenai operasi dan hala tuju Sedcovest yang disampaikan oleh Pengurus Besar, Abd Rahim Md Zain dan pihak pengurusan Sedcovest Holdings Sdn Bhd.

Redonah turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor atas kepercayaan yang diberikan.

Beliau menyifatkan pelantikan itu sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar untuk memastikan Sedcovest terus berkembang sebagai syarikat pembangunan milik Kerajaan Negeri yang berjaya.

Redonah menegaskan bahawa pembangunan ekonomi yang inklusif perlu bermula di peringkat akar umbi dengan menyediakan peluang latihan keusahawanan, akses pembiayaan, bimbingan perniagaan serta pasaran yang lebih luas kepada wanita yang terlibat dalam perusahaan kecil dan sederhana.

Katanya, pendekatan itu selari dengan aspirasi kerajaan negeri untuk merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar, sekali gus melahirkan lebih ramai usahawan wanita berdaya saing yang mampu menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi tempatan.

Selain itu, komitmen beliau dalam memperkasa ekonomi dan keusahawanan wanita luar bandar dilihat sebagai langkah tepat ke arah pembangunan ekonomi yang lebih seimbang, inklusif dan mampan, sejajar dengan agenda pembangunan negeri.

Redonah turut dibawa melawat premis-premis perniagaan dan kemudahan Pusat Inkubator Perniagaan (PIP) yang baru di Anjung Selera, Teluk Likas bersama-sama dengan pihak Pengurusan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67148 Replies : 49
bhatt ji
akku8876ddbhatt ji
Views : 0 Replies : 0
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1522 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2:  Nama Trump naik lagi bersama Tok Arab, David Copperfield, founder Victoria Secret...etc
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Nama Trump naik lag
Views : 5377 Replies : 1
bhatt ji
akku8876bhatt ji
Views : 1010 Replies : 0
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26297 Replies : 22
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.187041 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list