CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: SEMANGAT TETAP MEMBARA

 Close [Copy link]
Post time 5-9-2024 12:44 PM | Show all posts
'KKM tidak boleh berlengah, siasat segera dakwaan buli dalam hospital di Sabah - Ahli Dewan Negara

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) digesa tidak menunggu lama, sebaliknya perlu bertindak pantas dengan menubuhkan jawatankuasa siasatan bebas untuk menyiasat beberapa dakwaan yang berlaku di sebuah hospital kerajaan di Sabah.

Ketika menyuarakan gesaan itu, Ahli Dewan Negara, Dr Lingeshwaran R Arunasalam, berkata bagi mangsa buli pula, mereka diminta tidak teragak-agak tampil membuat laporan, khususnya melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

"Saya yakin sistem di KKM, akan menjalankan siasatan yang telus dan mengambil tindakan tegas. KKM juga mewujudkan sistem MyHelp khusus untuk kakitangan kementerian melaporkan sebagai isu buli.


"Apatah lagi, sekarang kita mempunyai seorang Menteri Kesihatan yang sudah terbukti tidak akan berkompromi untuk isu buli. Ketika Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menjawat jawatan sebagai Menteri Kesihatan kali pertama dulu, beliau membuang kerja seorang pakar perunding pangkat tinggi kerana terbabit isu buli," katanya kepada BH, hari ini.
Sebelum ini, BH mendedahkan berhubung beberapa doktor menjadi mangsa buli secara verbal dan fizikal di sebuah hospital apabila dihambur kata-kata kesat, lucah serta penghinaan kaum, selain pernah diancam senjata tajam jika tidak mematuhi arahan ketua unit.

Malah, mereka sering dimalukan di hadapan pesakit apabila kemahiran profesional mereka diperlekeh secara terbuka oleh doktor pakar.
Susulan itu, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa KKM menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas bagi melaksana audit luar terhadap dakwaan buli dan pelaksanaan prosedur tidak normal kepada pesakit, membabitkan seorang ketua unit dalam sebuah hospital kerajaan di Sabah.

Pada masa sama, ketika ditanya sama ada ketua unit mempunyai kuasa mutlak untuk 'menekan' doktor, Dr Lingeshwaran yang juga bekas pengarah Hospital Sungai Bakap, tidak menganggap seperti itu.

Sebaliknya beliau berkata, tindakan pembuli boleh datang daripada ketua unit atau juga kakitangan membabitkan kategori bawahan.

"Dalam konteks ini, setiap ketua unit atau jabatan biasanya akan diberi penerangan mengenai bidang kuasa mereka," katanya.

Beliau berpandangan kejadian buli yang berlaku di hospital kerajaan lebih kepada isu sporadik dan selalunya berkait dengan seseorang individu yang berpengaruh dalam jabatan atau unit terbabit.

Katanya, mengenai dakwaan prosedur pembedahan yang tidak normal, KKM perlu melaporkan isu terbabit kepada Majlis Perubatan Malaysia (MMC) supaya kompetensi pakar terbabit dapat dikenalpasti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2024 12:45 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 12:45 PM | Show all posts
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Makan Daging Saudara SeIslam

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْن مَسْعُودٍ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ: كُنَّا جُلُوسًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَامَ رَجُلٌ فَوَقَعَ فِيهِ رَجُلٌ مِنْ بَعْدِهِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "تَخَلَّلْ" قَالَ: وَمَا أَتَخَلَّلُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَكَلْتُ لَحْمًا قَالَ: "إِنَّكَ أَكَلْتَ لَحْمَ أَخِيكَ

Daripada Abdullah ibn Masud RA beliau berkata : Kami berada di sisi Nabi SAW, kemudian berdirilah seorang lelaki, dan seorang lelaki lain menceritakan keaibannya selepas dia pergi, berkata Nabi SAW : “Keluarkanlah ia (baki-baki makanan) dari celah-celah gigimu!”, kemudian dia berkata : Apa yang perlu aku keluarkan? Aku tidak makan apa-apa daging! Baginda berkata : “Sesungguhnya engkau telah memakan daging saudaramu.” (HR Thabarani  No: 13145) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Dalam kehidupan ini, setiap orang tidak terlepas dari kekurangan dan kesilapan. Namun kita dilarang menceritakan kekurangan dan aib orang lain.

2.  Orang yang menceritakan aib orang lain atau disebut mengumpat, diumpamakan seperti memakan daging saudara Islam yang lain. Firman Allah:

يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٞۖ وَ لَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًاۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمۡ أَن يَأۡكُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتٗا فَكَرِهۡتُمُوهُۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٞ رَّحِيمٞ ١٢

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (al-Hujurat: 12)

3.  Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan; mengumpat adalah haram secara ijma’ dan tidak dikecualikan suatu apa pun dari itu melainkan terdapat maslahah (kebaikan) pada mengumpat lebih kuat daripada mafsadahnya (kerosakan) (Ahmad Syakir, ‘Umdat al-Tafsir, 3/359)

4.  Walaupun begitu, bukanlah larangan mutlak menceritakan aib dan kelemahan orang lain. Al-Nawawi dan Ibn Qudamah menyebut Enam keadaan mengumpat yang diharuskan oleh syarak:

a)  Membuat aduan mengenai kezaliman kepada pihak berkuasa atau  hakim agar kezaliman dapat dibanteras dan diadili.
b)  Meminta bantuan untuk mengubah kemungkaran dan maksiat
c)  Meminta fatwa
d)  Memberikan peringatan kepada orang lain terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang terhindar daripada kejahatannya.
e)  Seseorang yang terang-terang melakukan kemungkaran.
f)  Dibolehkan jika dia memang dikenali dan dipanggil dengan gelaran-gelaran tertentu seperti si buta dan dia redha dengannya

Bersamalah kita menjaga hubungan dalam hidup bermasyarakat. Elakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh merosakkan hubungan ukhuwah sesama kita.


01hb Rabiul Awal 1446H
05hb September 2024

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 12:45 PM | Show all posts
dah cerai
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 12:46 PM | Show all posts
syamsul masa kes dia dgn ps - ira bukan main sombong dengan reporter
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 12:46 PM | Show all posts
ni bukan main senyum mewek
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-9-2024 01:07 PM | Show all posts

tiramisu.

nanti kawe tepek.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2024 01:07 PM | Show all posts

bukan takot cuma x brani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2024 01:09 PM | Show all posts
nona84 replied at 5-9-2024 12:42 PM
semua tak dapat

haritu pernah jadi, dah komplen okay lah

kalau id tertentu je sy tahu cara nk betulkan setting tp kalau semua x dapek nk nolong.

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
tari replied at 5-9-2024 12:26 PM
bila bdk sek mula cuti?

xde anak sek jd tak tau

Cuti sek 14hb - 22hb sept. Ptt byk kenduri.

Mcm nov kenduri 31/aug, 7 & 14/sept.

Nsb x de kenduri sm hari. Klu x mau lemau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 01:37 PM | Show all posts
Bahang bebeno
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 01:37 PM | Show all posts
Esok kerja lapangan
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 01:38 PM | Show all posts
Esok kerja lapangan
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 01:38 PM | Show all posts
Bertiga
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 01:38 PM | Show all posts
JJCM
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 01:38 PM | Show all posts
Tadi lunch SR
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2024 01:38 PM | Show all posts
Ngidam sup Viet
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 01:39 PM | Show all posts
Kek cekelat
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 01:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2024 01:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.206328 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list