CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: princebrunei

Misteri Bermalam Di Masjid Lama Kulim

[Copy link]
Post time 22-12-2008 05:41 PM | Show all posts
tumpang lalu yea... saya melekat kat benang nih pulak...   baru start baca nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2008 05:42 PM | Show all posts
lupa laks... kali terakhir saya ke kulim ialah pada tahun 1988    jangan mare yea... pasti kulim dah banyak berubah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 05:49 PM | Show all posts
Originally posted by princebrunei at 10-12-2008 08:36 AM


Jin lah kot, tapi jin ape camtu kat alam masjid.. x kan jin islam camtu, sampai ugut nak serang orang plak.. tapi benda tu seakan terikat di dalam masjid, senang cakap macam di ikat mac ...



mungkin jin tu bukan dalam masjid sebab pandangan dah berubah kan???? jin tu probably dalam kawasan dia tu la pasal dia tak boleh hambat you all... ini Along rasa ajer tau sebab kdg2 bila kita panik or takut or seram melampau kita macam rasa di awang2an.. dan susah nak agak kita kat mana...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 05:49 PM | Show all posts

Balas #267 [azam]\ catat

azam..yang nih masjid yang dekat tepi jalan tuh ka? hat depan sikit dekat dgn badlishah tuh ?

est budgect masjid yang hala ke bm tuh..dekat depan nasi sumatera tuh ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 09:48 PM | Show all posts
hilang pulak PB nie....

Takut ke PB...peminat ramai nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2008 10:25 PM | Show all posts

Balas #325 azuereen\ catat

Takut mende plak.. tadi siang bnyk betul keje, maklumlah ari senin..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-12-2008 10:27 PM | Show all posts

Balas #324 estrellas\ catat

Ade plak masjid lain ke est serupa macam cerita aku tu, try la ambik pic..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2008 07:18 AM | Show all posts
Originally posted by nuralisa at 22-12-2008 01:50 PM
alahai..ramai sangat yg sensitif..
kita nak cite-cite jer...


No komen.. lain orang lain ragamnye, lain jasad lain penerimaannya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2008 08:07 AM | Show all posts
hmm...aku suke baca citer2 PB wpun mendedahkan nama tempat..mungkin ada

yang berpendapat ianya mengaibkan tempat tersebut...TAPI tak salah kalau ianya

dikongsikan bersama...at least kalau yg berminat tu bolehlah terjah kat tempat2

yg PB alami nih.... dan juga kita boleh mengambil langkah berjaga2...x gitew PB..hehhee......

weh ko jgn stop citer eyh PB....hehehe...amaran nih
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 11:32 AM | Show all posts

Reply #328 princebrunei's post

apa
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 12:09 PM | Show all posts
Originally posted by kroit92 at 11-12-2008 11:42 PM
nak nyebok gakk..

masuk sini dulu >> http://eblog.cari.com.my/?96069/viewspace-13922.html

pastu sini >> http://eblog.cari.com.my/?96069/viewspace-13924.html

hoh?!

...


budak kecik nih ada pengalaman paranormal jugak yer?  kuatkan semangat! :flower:
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 12:25 PM | Show all posts
pb asal diam jer?? citer ar pasal kat spital tuh... dah naik mangap dah nih
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 01:05 PM | Show all posts
legaaa... khatam gak aku benang nih...

PB bukak benang baru kot untuk citer sepital tu????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2008 02:02 PM | Show all posts

Balas #332 kingdom_queen\ catat

Den bz arinih, tunggu cuti sokden mengarang ye.. maklumlah bukan cerita den, kono lah tanya betul2 kat akak tu.. kang kene bambu.. tapi citer atas orang nih korang jangan harap la aku tulis detail ye, sebab aku x tau.. aku just bagi citer direct..

P/S : Ada citer baru update kat benang paling atas tu, pasal kes Kolej N*.. gi le jenguk, senior2 ku ada bercerita tu..   x lama lagi ade gak seorang senior janji nak bercerita, kita tunggu.. ana tau pengalaman diorang lagi angker..

[ Last edited by  princebrunei at 23-12-2008 02:04 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 02:04 PM | Show all posts

Reply #334 princebrunei's post

okeh ku pi jenguk sana dlu.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2008 02:12 PM | Show all posts

Balas #335 nagaijau\ catat

Jenguk jangan x jenguk, pastu komen tau.. baru senior2ku rajin bercerit.. diorang lebih tau banyak banding ngan aku..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2008 03:22 PM | Show all posts

Reply #336 princebrunei's post

patut trasa mcm nak jenguk je umah tu tapi tak tjenguk lagi pun ni hah sbp msh tnanti2 mr3a update hari jumaat je kan...nak p la jenguk la ...................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2008 03:46 PM | Show all posts

Balas #337 juliet80\ catat

Gi lah jenguk..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 04:19 PM | Show all posts
Sorry PB.. aku sibuk sikit, semalam anak masuk hospital... Kalut sikit lah...

Ok ini ceritanya....

Camana mula ni ek? Em oklah..

Dalam bulan Mei 2008 lepas, mak sedara ku mintak tolong aku hantarkan sepupu aku ke Kolej Matrikulasi kat

Changlun. Aku pun setuju sebab aku pernah ada pengalaman ke Jitra dan Pendang. So pada hari yang ditetapkan

aku pun bertolak dengan kereta aku dengan penumpang 5 org termasuk aku. Kereta apa? Savvy jer... Pelik

jugak aku, semua boleh muat dengan barang-barang sekali.

Aku ambik jalan bawah, bermula dari Kuala Terengganu melalui jalan pantai, pastu masuk ke Jalan Machang

seterusnya direct ke Lebuhraya TImur-Barat (Grik).Lepas saje dari Grik, aku perasan jalan kat situ dah

lain, aku tak tau tentang perubahan tu sebab last aku ke Kedah tahun 2005, dah 3 tahun berlalu. Kami

teruskan perjalanan sampailah ke satu tempat di Kulim kalau tak silap, kami berenti di sebuah masjid (nama

aku tak pasti sebab letih-letih drive ambik peluang rehat jer), kami sampai kat situ lebih kurang dalam 5

hingga 6 petang, kiranya dah masuk waktu Asar, nak Jamak Takhir jer lah solat kat situ.

Pak sedara aku dan 2 sepupu aku pergi solat dulu, aku dengan mak sedara tunggu kat dalam kereta, barang

banyak, tak berani nak tinggal takut hilang.. Dalam 15 minit lepas tu giliran aku dengan mak sedara aku

plak gi solat. MAcam biasa aku gi ambik wudhuk, then menuju ke dewan sembahyang. kat sinilah berlaku

misterinya.

Actually aku tak masuk dalam masjid tu, aku cuma solat dekat satu kawasan kosong yang berkarpet, tiada

dinding,lebih kurang macam beranda masjid tapi luas dan berbumbung, aku tengok kat situ ada karpet dan ada

sejadah yang berlipat dua. Jadi aku assume kat situ pun dah boleh solat. Langsungnya aku solat kat situ.

Time ni cerah lagi cuma aku tak pasti matahari sebelah mana sebab terlindung pokok-pokok sekelilingnya.

JAdi aku pun solat dengan gunakan kiblat ikut gerak hati (skang ni aku dah start seram nie...)

Masa tengah solat tu dalam rakaat ke-4 kot, masa tengah sujud pertama, ada satu suara besar dari belakang

aku macam menyergah, "KIBLAT KAT BELAKANG!" Terperanjat aku waktu sujud tu, tapi aku masih lagi teruskan

solat sampai selesai salam. Lepas selesai tu bulu tengkuk aku dah berdiri dah. AKu bukan jenis org yang leh

jadi paranormal-detector tapi aku boleh tahu kalau ada sesuatu yang ghaib kat sekitar aku, aku boleh rasa

kehadirannya. Waktu tu aku rasa mende tu macam dekat sangat. Di sekitar aku seolah macam tiada manusia

langsung. Aku dengar desir angin, aku dengan kicauan burung, tapi tiada bunyi alam sekitar kita yang biasa.

Bunyi lori, bas, radio, tv, manusia cakap2 langsung tiada.

Aku beranikan diri. TOleh ke belakang. TIada. TOleh kiri kanan. TIada. Dongak atas. Pun tiada.

Aku bangun perlahan-lahan. Nak periksa betul ke kiblat aku salah. AKu pun melangkah ke dewan solat. Selepas

3-4 langkah baru terdengar suara derai ketawa kanak-kanak. AKu lega. Aku jalan lagi. Nampak 2-3 org budak

sedang bermain-main dalam dewan sembahyang tu. Betul manusia gamaknya,aku kata dalam hati.

Aku tengok ruang imam, aku selak sejadah yang org lipat dua. RUPANYA BETUL! Aku dah silap KIBLAT. 180

darjah berpusing. Tapi... macamana boleh silap? AKu yakin sangat yang kiblat aku tadi betul dan aku dah

cuba tengok bayang matahari yang terbentuk pada tanah. Mustahil aku salah. Jadi macamana boleh salah?

Macamana aku boleh salah? Sapa plak tadi yang tegur aku? Kenapa dunia tadi jadi sesunyi-sunyinya?

Astaghfirullahal'azim... Aku ngurut dada. Cuba tenangkan diri. Then aku baru teringat semula. Kalaulah aku

dah tersilap kiblat, maknanya aku kena ulang semula solat tu.

Dalam perasaan yang masih berkocak tadi, aku berserah pada Allah. Aku tetap nak teruskan solat, aku nak

teruskan perjalanan lepas ni. Aku berdoa lagi kepada Allah. Kalau aku silap, perbetulkanlah aku.

Peliharakanlah perjalanan ku. Hindarkanlah aku dari sebarang musibah. Alhamdulillah, aku dapat teruskan

solat aku tanpa sebarang gangguan kali ini. Selesai solat, aku doa pendek. Then terus ke kereta.

Kat kereta, aku tengok mak sedara aku dah ada kat dalam, manakala yang lain-lain ada kat luar lagi. AKu

tengok mak sedara aku. Dia diam. Tak bercakap apa pun. Pelik. PAstu aku mintak semua masuk dalam kereta,

aku teruskan perjalanan. Selepas lebih kurang 10 minit kereta berjalan, baru mak sedara aku bukak mulut.

"Abah, tadi ada rasa pelik tak solat kat sana?" Mak sedara aku tanya suaminya.

"Tak. Biasa jer." Balas suaminya. Anak-anak dia pun tak cakap something yang pelik.

"Mat plak?" dia pandang aku (aku boleh nampak melalui cermain pandang belakang)...

Aku cakap "Ada suara besar sergah dari belakang"...

"Mi tadi kena jugak kat dalam tandas masa ambik wudhuk"... Tersenyap satu kereta...
(Mi tu panggilan pendek untuk Ummi dalam loghat Ganu)

Perbualan aku dengan dia...
"Mi kena macamana?"...
"Dia main pintu tandas. BUkan satu. Empat. Serentak. 3 kali."
"Dahtu mi cakap apa? Diam?"
"Mi kata jangan kacaulah aku, aku datang nak tumpang solat jer. Lepas tu dah pergi dah. lepas tu terus

senyap pintu tu."
"Mi rasa apa benda tu?"
"Jin kot..."

Lepas tu aku pun cerita apa yang aku alami kat diorang. Tak lama lepas tu kami sampai ke Alor Setar dah

dekat maghrib kalau tak silap.

So begitulah ceritanya. Taklah seseram cerita PB tapi eeiiii.... seram jugaklah bagi aku... Besar betul

suara yang sergah aku tu... Boleh luruh jantung...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 04:35 PM | Show all posts

Reply #339 matdue77's post

hmm..seram..klu aku yg kena mcm ummi tu mau pengsan haku kat situ.

btw, camne persekitaran masjid tu? ada seakan2 mcm yg pPB cite tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.057573 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list