CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: izat123

Viva La Oranje..World Cup please..

[Copy link]
Post time 22-6-2008 03:01 PM | Show all posts



Hai..saya arshavin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2008 03:45 PM | Show all posts
arshavin silalah ke inter milan
khidmat mu amat dialu alukan
:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 04:21 PM | Show all posts
Originally posted by izat123 at 21-6-2008 03:05 PM
aku rs mlm nih russia klh 4-0 kot....


Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 07:06 PM | Show all posts
aku ingatkan total futbol ni KONPOM menang....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 07:37 PM | Show all posts
juah kat group ja.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 08:08 PM | Show all posts
ni ke tim bakal jore..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2008 01:53 AM | Show all posts
Originally posted by epitome at 22-6-2008 10:48 AM
russia main best smlm.. mcm m.u main daa.. hiddink factor kot...
ashavin was superb.. x letih2...  

holland pakai 5 van la smlm atas padang still x menang... sib baik van bas ten x masuk jo ...

if only dia boleh masuk n main ..
testimonial match sapa bersara ntah haku tak hengat abt 2 years ago kot... mamat ni masuk... cun n bahaya betul skill  dia... bola lekat kat dia jerrr..  masih mcm zaman muda/sihat dolu2...
holland pas habis match grup C dan2 jer ada ramai peminat baru.. ntah2 siap beli jersi oranje lagik... tup2 kalah plak.. ntah bila lagi nak pakai jersi tuh...

sekian,
haku yg login pakai account stats
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 02:11 AM | Show all posts
Originally posted by interista at 22-6-2008 15:45
arshavin silalah ke inter milan
khidmat mu amat dialu alukan
:pompom:

bole jumpa de spesyel wan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2008 06:08 AM | Show all posts
knape dia xpkai arjen robben time lwn russia tu???..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 07:24 AM | Show all posts
mati2 haku ingat.... kumpulan nieh group of death........ rupa2nya group of lauk
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 10:08 AM | Show all posts
takziah2
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 10:26 AM | Show all posts
satu lg pasukan pilihan gugur di tengah jalan..

**badi pasukan pilihan lah kot**
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 10:36 AM | Show all posts
Last gol tu van de sar kna lima posen..

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 11:14 AM | Show all posts

Reply #329 Legolas7's post

kalo xsilap aku robben ade groin injury...sbb tu pakai affelay. kalo x memang robben masuk dulu b4 van persie nye..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 11:24 AM | Show all posts

KEJUTAN

Rusia berhak menang - van Basten

VAN NISTELROOY


BASEL - "Rusia pasukan hebat." Itu pengakuan jurulatih Belanda, Marco van Basten selepas pasukannya tewas mengejut 1-3 kepada skuad kendalian Guus Hiddink itu pada aksi suku akhir Euro 2008 semalam.
"Rusia berhak untuk memenangi perlawanan ini. Mereka beraksi dengan baik dan mencipta banyak peluang menarik. Saya boleh melihat kehebatan mereka," jelas van Basten yang akan membimbing kelab Belanda, Ajax Amster- dam musim depan.
Pada aksi semalam, misi skuad Oranje itu untuk mara ke separuh akhir tersekat selepas Rusia menjaringkan dua gol pada masa tamba- han selepas kedua-dua pasukan terikat dengan 1-1.
Roman Pavlyuchenko meledak gol pembukaan Rusia pada minit ke-56 sebelum Ruud van Nistelrooy menya- makan kedudukan empat minit sebe- lum perlawanan tamat.
"Sejak dari awal permainan, kami berjaya menggerakkan permainan, tetapi akhirnya kami gagal untuk menyempurnakan apa yang perlu dilakukan," jelas van Basten.
"Rusia jelas memberi kesukaran kepada kami dan kami secara keseluruhannya berdepan masalah fizi- kal. Pemain gagal untuk mengekalkan rentak mereka di penghujung permainan."
Belanda bermula cemerlang pada aksi peringkat kumpulan selepas menewaskan dua pasukan pilihan, Itali dan Perancis. - Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 11:25 AM | Show all posts

EURO 2008

Taktikal Hiddink perangkap Belanda

HIDDINK (tengah) mengucapkan tahniah kepada anak buahnya selepas kejayaan menewaskan Belanda semalam.

BASEL - Jurulatih Rusia, Guus Hiddink menjelaskan bahawa barisannya berjaya menyekat setiap pergerakan pemain Belanda, sekali gus mampu mencipta kemenangan 3-1 pada aksi suku akhir Kejuaraan Eropah (Euro) 2008 semalam.
Jaringan menerusi Dmitri Tor- binsky dan Andrei Arshavin pada minit masa tambahan membolehkan Rusia mara ke separuh akhir.
Sebelum itu, jaringan penyerang Belanda, Ruud van Nistelrooy pada minit ke-86 berjaya menyekat seketika hajat Rusia yang berada di depan menerusi jaringan Roman Pavlyuchenko pada minit ke-56.
"Biasanya Belanda adalah satu pasukan yang sukar untuk ditandi- ngi dari segi taktikal, teknik dan juga fizikal oleh mana-mana lawan mereka. Tetapi kami berjaya mengatasi mereka dalam ketiga-tiga aspek itu.
"Sudah tentu kami sedar kami tidak harus memberi mereka banyak sepakan percuma, tetapi apabila kamu semakin penat, kamu akan melakukan lebih banyak kesilapan.
"Bagaimanapun, pemain saya memberi respon yang bagus, sebaliknya mereka pula terpaksa bergantung kepada serangan balas untuk mencari gol kemenangan."
Bintang Rusia, Arshavin pula berkata: "Jurulatih telah memberi- tahu bahawa Belanda akan beraksi secara agresif ketika menentang kami.
"Tetapi sebaliknya mereka yang keletihan dahulu sebelum kami. Akhirnya satu-satunya orang Belanda yang menang ialah jurulatih kami."
Rakan sepasukannya, Yuri Zhirkov turut memuji Hiddink yang digelar sebagai wira baru media Rusia.
"Apa lagi panggilan yang kamu boleh beri kepadanya selepas apa yang dia telah buktikan dalam Piala Dunia dan juga Kejuaraan Eropah," kata Zhirkov.
Bagaimanapun, Hiddink menegaskan bahawa jurulatih Belanda, Marco Van Basten, 43, akan menjadi jurulatih Belanda yang terbaik suatu hari nanti.
"Ketika saya menjadi jurulatih Belanda pada 1995, kami rasakan amat rugi jika pemain hebat sepertinya terus lenyap dalam bola sepak dunia," kata Hiddink.
"Kami rasa kami sepatutnya dapat menggunakan kelebihan pemain bertaraf dunia seperti Marco.
"Saya menawarkan jawatan saya kepadanya ketika dia di penghujung karier, tetapi dia kata dia tidak pasti.
"Akhirnya dia mengubah keputusannya dan sebenarnya dia telah melakukan tugas yang bagus dalam masa yang singkat." - Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2008 11:26 AM | Show all posts
Euro 2008: 'Arshavin bagai Maradona'

Guus Hiddink

Kemahirannya memang melimpah dan ia adalah bakat semulajadinya: Hiddink

BASEL: Pele, Maradona, Zico, Platini, Baggio, Zidane. Mampukah Andrei Arshavin menjadi pewaris kepada penghormatan selaku antara pemain hebat menyarung jersi nombor 10?

Nombor pada jersi yang secara tradisinya melambangkan gabungan hebat kemahiran dan kekuatan, wawasan serta jaringan tampak agak tenggelam daripada detik penting Euro 2008 kali ini.


Aksi penting pada pentas terbesar biasanya menuntut persembahan memukau penuh berkesan dan daripada lorekan sejarah, ia biasanya dijelmakan pemain yang memakai jersi nombor 10.

Dan ianya dapat disaksikan pada awal pagi semalam.

Arshavin cemerlang pada tempoh 90 minit awal di St Jakob Park, memberikan segalanya untuk menunjangi Russia mencipta kemenangan 3-1 ke atas Belanda pada masa tambahan yang hanya berlangsung selepas penyerang Belanda, Ruud van Nistelrooy menyamakan kedudukan pada minit ke-86.
Malah pemain kecil dengan pipi yang merah padam kerana kesungguhannya sejak awal lagi, ketara lebih memukau pada tambahan 30 minit. Aksinya menjulang Russia meraih kejayaan, menyumbat gol pada minit ke-116 demi memastikan kamera - dan tumpuan peminat bola sepak dunia - terarah kepadanya.

Jurulatih Russia, Guus Hiddink menyifatkan Arshavin sebagai 'pemenang sejati.'

"Kemahiran miliknya memang melimpah. Dia tahu bagaimana untuk menggelecek di depan benteng lawan. Pertahanan boleh berlari rapat dengannya tetapi tidak boleh mengekangnya. Itu adalah bakat semulajadinya," kata Hiddink.

Arshavin dan pemain Belanda, Wesley Sneijder menepati status selaku pemain berjersi nombor 10 seperti tradisinya. Lincah dan sukar dikekang, berbisa pula menggunakan kedua-dua kaki. Dan pemain terkecil dalam barisan pasukan masing-masing.
Ia meletakkan mereka dalam situasi seperti Diego Maradona, memiliki pusat graviti rendah untuk menyukarkan kekangan benteng lawan yang lebih tinggi. Dan seperti legenda Argentina itu, Arshavin - pada ketinggian 1.72 meter - adalah jeneral di tengah padang.

Biarpun tidak memakai lilitan ketua pasukan, perencana gerak berusia 27 tahun itu menentukan rentak Russia dan mendorong serta mengarah rakan lainnya. Lebih hebat, mereka tampak gembira untuk menuruti segala arahannya. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 11:27 AM | Show all posts
Euro 2008: Russia mampu raih gelaran - Van Basten
Skuad Hiddink diibarat juara dalam pembikinan

BASEL: Pada kaca mata jurulatih Belanda, Marco van Basten dia melihat Russia mampu terus mara dan memenangi mahkota kejuaraan Euro 2008 selepas perit menyaksikan skuad bimbingannya ditumbangkan lawan itu, 3-1 pada aksi suku akhir, awal pagi semalam.

Pengendali berusia 44 tahun itu menyaksikan harapannya mahu menambah gelaran sebagai jurulatih kepada satu dimenanginya selaku pemain pada 1988 - menundukkan Soviet Union 2-0 - dimusnahkan skuad Russia, yang dipimpin seorang lagi warga Belanda, Guus Hiddink.


揝aya beritahu mereka beraksi amat baik. Saya berikan pujian apabila masuk ke bilik persalinan mereka,
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 12:32 PM | Show all posts
Originally posted by stats at 23-6-2008 01:53 AM

if only dia boleh masuk n main ..
testimonial match sapa bersara ntah haku tak hengat abt 2 years ago kot... mamat ni masuk... cun n bahaya betul skill  dia... bola lekat kat dia jerrr..:swe ...



suda tentu game testimonial Demetrio Albertini.. Milan vs Barcelona..

goal diving header beb.. luca toni pon takleh buat punya
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 05:29 PM | Show all posts
dah dua hari aku masih tak boileh terima..

bungkus !
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.277290 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list