|
Reply #319 makhluk's post
ko ada sume list AIM tu?
buatla unofficial website utk list2 tu... |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru nak cakap mcm tuh
kat bod nih pun takde eh?
buat lah kat sini
buat rujukan dikemudian hari
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #322 Syd's post
aah ek...wat kat bod ni pun takpe. ramai gak nak tau senarai calon n pemenang AIM lepas2.
kalo malas...kasi je list tu kat org2 yg rajin mcm colby or jdf ke...nnti doranga buatkan. hehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa buat lah thread kat sini.
masuk dalam arkib
nanti kita boleh buat rujukan tuk 10 tahun akan datang
|
|
|
|
|
|
|
|
Korang nie tak jengok ker kat THREAD MALAYSIAN AWARD GALLERY tue...
susah susah jerk aku buat....dah setahun dah....:@ :@
TAHUN 2006 JERK tak update lagik...
p/s Sesapa ada senarai lengkap anugerah lelain ...leh la PM aku
[ Last edited by ColbyRaikkonen at 29-3-2007 03:06 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
aku akan bukak thread baru nanti.. tapi aku kena touch up dulu...sebab ada list yg takde nama pereka design kulit album, pengarah video klip, penggubah lagu and so on...
nak trivia lagi?
Amy Mastura, Erra dan Nora pernah bertanding artis baru terbaik tahun 1994... nora menang
Liza Hanim, Noryn Aziz, Safura, Camelia dan Arni nazira bertanding tahun 1997... camelia menang
Aku Cinta Padamu, Nian Dihati, Hati Kama, Percayalah, Nirmala, Dialah Dihati adalah lagu sITI YG TERCALON LAGU TERBAIK.. HANYA jERAT percintaan yg menang...
Dayang pernah menerima 9 pencalonan dimana dia menang dua daripadanya....
Amy Mastura dicalonkan kategori Album Terbaik pada tahun 1996, tapi tak dicalonkan kategori album pop terbaik
Album Ratu tak dicalonkan kategori album terbaik...
Innuendo pegang rekod paling banyak pencalonan dalam satu siri anugerah iaitu 11 kategori pada 1997
Ning, Raihan, dan Sarah menang album terbaik menerusi album debut... |
|
|
|
|
|
|
|
sori colby...tp list ko tu pemenang je kan?
aku nak tengok nominees sekali, kalo ada la.
thanx btw. |
|
|
|
|
|
|
|
Vokal Terbaik = Farhan = |
|
|
|
|
|
|
|
x ada list penuh ker?
Happynya Farhan tersenarai untuk dua kategori :clap: |
|
|
|
|
|
|
|
Sean Ghazi dominasi AIM14
29-03-2007 04:47:45 PM
Oleh WAHIDA ASRANI
JEJAKA berdarah kacukan Inggeris-Melayu, Sean Ghazi mendominasikan Anugerah Industri Muzik 14 (AIM14) apabila penyanyi yang muncul dengan album sulungnya, Semalam, pada November lepas menerima lapan pencalonan di dalam enam kategori.
Sean tercalon sebagai finalis bagi kategori Artis Baru Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki), Rakaman Album Terbaik, Video Muzik Terbaik (dua pencalonan) dan Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (tiga pencalonan), daripada 18 kategori yang dipertandingkan.
Sean Ghazi terima lapan pencalonan
(Foto fail The Star)
Penyanyi dan komposer M.Nasir pula menerima enam pencalonan, manakala Datuk Siti Nurhaliza dan Jaclyn Victor masing-masing menerima empat pencalonan. Penyanyi sensasi Mawi pula hanya mampu berpuas hati dengan satu pencalonan saja menerusi album Doa, Berzanji dan Qasidah Berlagu untuk kategori Album Nasyid Terbaik.
Namun, pada sidang media anugerah tersebut yang berlangsung semalam di Hotel Legend, Kuala Lumpur, ada pihak turut mempertikaikan mengapa Sean Ghazi tidak tercalon untuk kategori Album Pop Terbaik, sedangkan rata-rata pencalonan yang diterimanya adalah pada kategori 'teknikal' seperti Rakaman Album Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik Di Dalan Lagu yang sememangnya layak jika albumnya itu turut dicalonkan di dalam kategori Album Pop Terbaik.
"Itu adalah keputusan pihak juri. Kita telah beri tanggungjawab kepada mereka dan nampaknya album Sean tidak terpilih untuk kategori tersebut," ujar Pengerusi Persatuan Akademi Industri Muzik, Aziz Bakar.
AIM 14 yang bakal disiarkan secara langsung pada 28 April ini dari Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menerusi NTV7 juga akan menyaksikan gandingan dua pengacara lamanya Afdlin Shauki dan Bob Lokman, bersama Adibah Nor.
Ditanya mengenai pemilihan Adibah sebagai pengacara majlis berprestij itu, Aziz berkata, penyanyi popular itu dipilih berdasarkan kepada bakat dan sumbangan besarnya di dalam industri muzik tempatan.
"Sebelum kita pilih sebarang pengacara mahupun artis-artis tertentu, kita akan adakan proses perbincangan dan pemilihan terlebih dahulu. Lagipun, kita mahu berikan yang terbaik untuk AIM kali ini," ujar Aziz.
Perang 'rating' AIM dan AF5
Tanggal 28 April ini bukan saja akan berlangsungnya majlis gilang-gemilang ini, malah juga seperti minggu-minggu sebelumnya, konsert mingguan Akademi Fantasia musim kelima (AF5) akan diadakan seperti biasa menerusi Astro Ria.
Masa siaran yang sama membuatkan ramai yang beranggapan kedua-dua stesen televisyen ini seolah-olah 'berperang' antara satu sama lain untuk menaikkan rating masing-masing apabila kedua-dua pihak seakan-akan tidak mahu mengalah untuk menunda waktu siaran mereka.
Mengulas hal ini, Aziz berkata, AIM memang sudah dirancang setahun sebelum berlangsungnya malam anugerah itu.
"Setakat ini, memang kami tidak akan mengubah waktu siarannya sebab kita sudah rancang sejak tahun lepas lagi.
"Tapi kalau ada penganjur mahupun stesen televisyen lain yang ingin membuat sebarang program pada masa yang sama, kita tidak boleh halang.
"Cuma nasihat saya, kalau boleh janganlah diadakan program-program yang besar hanya untuk bersaing sesama sendiri. Lagipun, AIM adalah satu acara untuk kita menghargai jasa penggiat seni tempatan," ujar Aziz.
Farhan artis wanita tunggal buat persembahan
Seperti yang diumumkan pada sidang media pertama AIM bulan lalu, semua artis yang bakal membuat persembahan pada malam gilang-gemilang itu ialah terdiri daripada artis lelaki sahaja.
Namun, satu slot khas di mana semua calon bagi kategori Artis Baru Terbaik akan membuat persembahan termasuklah jika finalisnya itu nanti adalah wanita. Dan nampaknya Farhan AF4 menjadi satu-satunya artis wanita yang akan membuat persembahan pada malam itu apabila dia dicalonkan untuk kategori tersebut dan akan bersaing dengan Bob, Izwan Pilus, Fazli Zainal dan Sean Ghazi.
Walaubagaimanapun, pada sidang media pertama itu juga, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola AIM14 Rosmin Hashim berkata akan ada beberapa slot lagi yang masih dalam perancangan di mana ia akan melibatkan artis wanita.
Namun, sehingga berlangsungnya sidang media kedua semalam, masih belum ada kata putus daripada pihak penganjur sama ada slot tersebut akan diteruskan atau tidak.
"Sebenarny, kami masih lagi di dalam proses untuk memilih artis-artis wanita untuk membuat persembahan malam itu.
"Kita akui, memang ramai artis wanita di negara ini, sebab itulah kita ambil masa sedikit untuk membuat pemilihan. Kemungkinan kita akan umumkan kemudian," kata Rosmin.
Sementara itu, road show AIM14 pula yang bakal menampilkan finalis-finalis AIM kali ini akan diadakan selama empat minggu berturut-turut mulai 1 April ini bermula dengan Kompleks Pasir Gudang Johor, Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu (7 April), Alor Setar Mall (14 April) dan berakhir di Plaza Alam Sentral Shah Alam (22 April).
Persatuan Akademi Industri Muzik juga akan mula menjual tiket-tiket berharga RM50 untuk menyaksikan malam penuh berprestij itu pada minggu pertama bulan April ini. Mereka yang berminat boleh mendapatkan tiket-tiket tersebut dengan menghubungi talian 03-4044 5388.
Berikut adalah senarai finalis untuk beberapa kategori AIM14:
ARTIS BARU TERBAIK
Bob
Farhan
Fazli Zainal
Izwan Pilus
Sean Ghazi
PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM ALBUM (LELAKI)
Bob - Album: Hantaran Hati
M.Nasir - Album: Sang Pencinta
Reshmonu - Album: Superfine
Saleem - Album: Epigoni
Sean Ghazi - Album: Semalam
PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM ALBUM (WANITA)
Aishah - Album: Kurnia
Farhan - Album: Best of Farhan
Jaclyn Victor - Album: Inilah...Jac
Noryn Aziz - Album: Alam Maya
Siti Nurhaliza - Album: Transkripsi
PERSEMBAHAN VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK DI DALAM ALBUM
Firdaus - Album: Dunia Yang Lebih Indah
Hijjaz - Album: Pelita Hidup IV - Perjalanan
Khafi - Album: Satu Jengkal
KRU - Album: 10 Di Skala Richter
Raihan - Album: Tawakkal
ALBUM POP ETNIK TERBAIK
Natasha - Album: Satu Taakulan
Syura - Album: Syahda Berdendang
ALBUM NASYID TERBAIK
Ahmadi Hassan - Album: Bahagia Berkasih
Mawi - Album: Doa, Berzanji & Qasidah Berlagu
Firdaus - Album: Dunia Yang Lebih Indah
Hijjaz - Album: Pelita Hidup IV - Perjalanan
Raihan - Album: Tawakkal
ALBUM POP ROCK TERBAIK
Kristal - Album: Analogi
Saleem - Album: Epigoni
Chobib - Album: Gorr...Renng Jer
Sofaz - Album: Janjiku
M.Nasir - Album: Sang Pencinta
ALBUM HARD ROCK TERBAIK
Amuk - Album: 2 Juta
Search - Album: Gothik Malam Edan
FTG - Album: Kuasa
Lefthanded - Album: Live & Unplugged at Planet Hollywood 06
Kristal - Album: Rock Yeh Yeh 60an
ALBUM POP TERBAIK
Noryn Aziz - Album: Alam Maya
Fazli Zainal - Album: Harapan
Jaclyn Victor - Album: Inilah...Jac
Aishah - Album: Kurnia
Siti Nurhaliza - Album: Transkripsi
LAGU TERBAIK
Drama- Artis: Ning Baizura, Nikki dan Yanie(Komposer: Audi Mok)
Juwita...(Citra Terindah) - Artis: M.Nasir (Komposer: M.Nasir)
Sang Pencinta - Artis: M.Nasir (Komposer: M.Nasir)
Tujuh Nafas Lagi - Artis: M.Nasir (Komposer: M.Nasir)
Ceritera Cinta- Artis: Jaclyn Victor (Komposer: Ross Ariffin)
KOMEN FINALIS
Sean Ghazi:
"Saya puas hati dengan pencalonan saya untuk AIM14 sebab kami satu team memang bekerja keras untuk album tersebut. Saya gembira bila dapat lapan pencalonan dan harapan saya, kalau boleh biarlah ada satu yang menang."
M.Nasir:
"Menerima enam pencalonan sudah cukup baik bagi saya. Saya amat bangga apabila tiga lagu saya dicalonkan untuk Lagu Terbaik. Tapi saya letakkan harapan sama ada pada lagu Juwita atau Tujuh Nafas Lagi. Jika ada rezeki, itu satu bonus."
Farhan:
"Saya memang tidak sangka dapat tercalon dalam AIM kali ini sebab rasanya belum sampai setahun saya di dalam bidang ini. Selain kategori Artis Baru Terbaik, saya turut tercalon dalam kategori vokal wanita terbaik dan saya akui amat gentar sebab semuanya nama-nama besar yang saya akan bersaing." |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by makhluk at 29-3-2007 02:01 PM
Ko ni gelakkan artis-artis pak ngah ngape?:@
At least diorang buat sesuatu yg 'foreigner' nak tahu pasla budaya kita, kalau takde kategori ni, and diorang...anak cucu cicit ko takkan kenal ...
relex la. aku gelak sbb Pak Ngah punye lagu sepesen je. Pak Ngah kalo wat album utk artis lagu sama je bunyi kecuali utk artis kesayangan dia sorang tu. Album2 yg Pak Ngah produce utk bkn artis sorang tu memang x blh lawan album2 etnik yg diproduce oleh M.Nasir or Kak Ani. Lg satu aku gelak sbb sah2 memang Pak Ngah pemenangnya |
|
|
|
|
|
|
|
rasa nak beli lak album noryn lepas dia tercalon AIM ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 29-3-2007 04:52 PM
Sean Ghazi dominasi AIM14
29-03-2007 04:47:45 PM
Oleh WAHIDA ASRANI
PERSEMBAHAN VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK DI DALAM ALBUM
Firdaus - Album: Dunia Yang Lebih Indah
Hijjaz - Album: Pelita Hidup IV - Perjalanan
Khafi - Album: Satu Jengkal
KRU - Album: 10 Di Skala Richter
Raihan - Album: Tawakka
Khafi..?? vocal live hancur masa AE arituh ! |
|
|
|
|
|
|
|
lagu terbaik...aku teka 'tujuh nafas lagi' bley menang... |
|
|
|
|
|
|
|
mawi boleh menang ker?
hehehe aku saje jerk tanya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #332 Syd's post
wah..kumpulan kristal bley tercalon smpai 2 album... |
|
|
|
|
|
|
|
full list dah kuar, x nak buat peraduan teka n menang ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Body_language at 29-3-2007 04:55 PM
relex la. aku gelak sbb Pak Ngah punye lagu sepesen je. Pak Ngah kalo wat album utk artis lagu sama je bunyi kecuali utk artis kesayangan dia sorang tu. Album2 yg Pak Ngah produce utk bkn art ...
aah...dua2 album terbitan pak ngah kan? belum2 lagi pak ngah dah pasti menang pon. penyanyi je yg bersaing.
dua album je dlm kategori album etnik terbaik? |
|
|
|
|
|
|
| |
|