CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: milanhawkin

Kusimpul Mati

 Close [Copy link]
Post time 15-3-2007 03:00 PM | Show all posts
bestnya....thank milan..
erm....harap2 amirul tu tk bt perangai lama dia ek....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2007 03:05 PM | Show all posts
awat sikit je neh milan...rindu giler2 aku....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2007 03:31 PM | Show all posts
amirul dah giler aku rasa
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2007 04:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2007 04:55 PM | Show all posts
a'ah ler.........
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2007 05:05 PM | Show all posts
milan...naper skit sangat sambung nyer....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2007 05:35 PM | Show all posts
a'ah..pendek sangat.. geram nak baca lagik...tp takper ada jugak sambungannya dari takdak langsung,, kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2007 09:25 PM | Show all posts
ala... nape suka sambung cikit2 ni... sambung la byk2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2007 01:44 AM | Show all posts
bes2...dah ade sambungan..tpi sambunglah lagi..sye suke cite nie...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2007 10:39 AM | Show all posts
emmm cinta dah berputik.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2007 11:22 AM | Show all posts
milan...ooo milan...ko xnak smbg ker
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2007 12:34 PM | Show all posts
ko jgn ler siksa aku cam ni..tak sampai 5 minit aku baca dah habis..sambung le..panjang2 ..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2007 01:40 PM | Show all posts
bestnya....smbg lg eh
Reply

Use magic Report

Devil_girlz This user has been deleted
Post time 16-3-2007 11:18 PM | Show all posts
milan ooiii....
apasal cotet-cotet je sambungan nyer...
bace pn bagi suprise jee...

cpt kit sambung..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2007 11:22 AM | Show all posts
cepat smbung milan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2007 08:33 PM | Show all posts
makin best ler citer ni....tq Milan walaupun pendek tapi
terubat gak rindu bila buka pc ari ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2007 11:16 AM | Show all posts
milan tak nk sambung ke...sambung la panjang2 sket....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2007 05:41 PM | Show all posts
Bab 32

Amirul memandu keretanya dengan tenang ke Kampung Baru. Niatnya untuk menikmati nasi lemak di situ setelah agak lama tidak merasai makanan kegemarannya. Mila di sebelahnya masih lagi cemberut, agaknya masih tidak berpuas hati dengan tindakannya tadi.

Sebaik saja mereka sampai, Amirul cepat2 berlari mahu membukakan pintu untuk Mila. Mila hanya mencebik dan segera melangkah meninggalkan Amirul. Dengan pantas pula Amirul mendapatkan Mila. Dengan selamba, dia menyulam jemari mereka. Kalau diikutkan hatinya yang sedang marah tika itu, mahu saja dia menyentap tangannya, namun terlalu ramai penonton di situ. Dan dia bukannya 'drama queen'.

"Mila duduk dulu ye, abang ambilkan nasi lemak. Mila nak lauk apa2 tak?"

Mila sekadar menggeleng, langsung tidak dipandang wajah Amirul. Sebaik saja Amirul berlalu, Mila mengerling ke arah jam tangannya. Sudah pukul 9.30 malam, tetapi pengunjung di sini semakin ramai, malah tidak putus2. Selera orang KL ini sungguh pelik. Menjelang malam barulah semua orang berpusu2 mahu makan.

Amirul kembali menatang dulang yang penuh dengan lauk pauk dan beberapa bungkus nasi lemak kecil. Terkial2 lelaki itu menatang dulang yang berat itu tetapi Mila sedikitpun tak bergerak mahu menolong. Hanya memandang sepi.

"Abang tak tahu Mila suka makan apa, so abang main ambil jer. Takpe kan? Tapi abang tahu Mila suka minum milo" ujar Amirul sambil mengambil tempat di sebelah Mila. Mila mengengsot ke tepi, memberikan ruang untuk Amirul.

Tanpa dipinta, Amirul membuka sebungkus nasi lemak dan diletakkan di hadapan Mila. Tangannya mencedok beberapa jenis lauk ke dalam nasi lemak Mila tadi.

'Tiba2 je layan aku macam permaisuri ni apsal?' gerutu Mila.

"Makanlah... Ke nak abang suapkan?" usik Amirul. Dia tersengih melihatkan Mila cepat2 mencapai sudu dan mula menyuap makanan. Dia memerhatikan Mila menikmati makanan. Makin cantik pulak bini aku ni.

"Awak ni tak nak makan ker?" tanya Mila, menjeling sekilas ke arah Amirul. Dia perasan Amirul asyik memerhatikannya hingga langsung tidak disentuh makanannya. Amirul masih mendiamkan dirinya. Matanya masih juga merenung wajah mulus Mila, membuatkan gadis itu serba tak kena.

"Aqim!" Mila bersuara dengan geram. Amirul tersenyum.

"Dah lama Mila tak panggil abang dengan nama tu. Mila sorang jer yang panggil abang dengan nama tu. Abang suka sangat. It made you so special. Tapi abang lagi suka kalau Mila panggil 'abang'"

Mila mencebirkan bibirnya, cuak mendengar kata2 Amirul itu.

"Bukan dulu awak jugak ke yang tak suka saya gunakan nama panggilan yang macam tu? Kenapa sekarang dah tukar fikiran pulak?" perli Mila. Dia meneruskan suapannya, cuba untuk tidak mempedulikan lelaki di sebelahnya.

"Itu dulu, sayang. Sekarang ni abang nak kita mulakan hidup baru. Abang nak kita bahagia, bersama, berdua. Mila tak suka ker?" ucap Amirul, mengelus lembut lengan Mila yang terdedah. Cepat2 Mila melarikan lengannya. Apalagi mendengar Amirul menyebut perkataan 'sayang'.

"Dont you think it's too late for us?"

Amirul menggeleng kepalanya. Tangan kiri Mila digenggamnya erat, membuat Mila tak mampu lagi mengelak. Terasa pipinya membahang hangat bila menyedari ada mata2 yang sesekali memandang mereka.

"Belum terlambat lagi, sayang. Just give me a chance. I believe we can work this out together. Please...??"

Mila menunduk. Bergetar hatinya mendengar kata2 Amirul itu. Goyah sudah dinding ketahanan yang dibina selama ini. Selama ini dia berjanji untuk tidak lagi tunduk pada lelaki ini. Bukankah dia mahu bebas?

"Seriously Amirul, awak dah tinggalkan saya selama setahun. Awak ingat saya akan tunggu awak selama tu ker?" sengaja Mila mengingatkan Amirul.

"Abang tahu, biarpun seribu tahun, Mila tetap akan tunggu abang kan?"

Amirul tunduk mencium jemari Mila, penuh syahdu. Dalam diam Mila mengiyakan kata2 itu. Ya, biarpun seribu tahun, dia akan tetap menunggu lelaki itu, inikan pula hanya setahun. Cuma setelah apa yang dilaluinya, dia sudah tidak yakin lagi pada Amirul. Malah dia amat pasti, Amirul bukan tercipta untuknya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2007 05:48 PM | Show all posts
milan tolonglah sambung lagi..penantian satu penyiksaan ....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2007 07:25 PM | Show all posts
milan ni suka mendera perasaan tau....mcm si amirul ni jugak...hehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.048612 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list