CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
Post time 12-1-2009 04:22 PM | Show all posts

Reply #3349 bayangan_rindu's post

A'ah. Saya duduk dimaktab 75. Macam - macam ada. Klinik, keluar duit, pos barang, kaunter ziarah, TM....

Maktab 75 macam apartment. Ada tiga bilik. Ada jemaah seapartment tapi bilik berasingan meninggal ketika hendak mandi selepas bercukur ketika di Mina. Haji arwah kali ini adalah kali yang ketiga. Semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Maktab 75 - Dar Al Ghazzah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2009 11:48 PM | Show all posts
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 12-1-2009 03:53 PM


betapa singkatnya hidup ini..

lahir disambut dengan azan...bila meninggal di solatkan..

antara azan dan solat..betapa singkatnya hidup ini..

semoga ALLAH tempatkan rohnya di kalangan ...


Sebut pasal Azan...


Mukjizatnya Azan

Pesanan  Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti  menjelma.  Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui. Cuba kita amati. Mengapa  kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal
tidak dapat berkata apa-apa....  lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul  maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri
ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut
menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri,  jangan berkata apa-apa pun semasa azan  berkumandang.

Sebagai orang  beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak
fadhilatnya. Jika lagu  kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan
diamkan diri. Mengapa ketika azan  kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas
sesiapa yang  berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika
nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak
dapat mengucap kalimah  "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat
mengucapkan  kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya
menjanjikan syurga untuk mereka.


Dari itu marilah  kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah
supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian  kami dengan kematian yang baik lagi
mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah  "Lailahaillallah.." semasa
sakaratul maut menghampiri kami.

Amin..amin..amin  Yarobbal a'lamin..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 01:41 PM | Show all posts

Reply #3353 aziefa's post

Betul tu Azi...dulu tak tahu dan kita berterusan bercakap masa kedengaran azan...once dah tahu, tak sanggup kita melakukannya lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 04:13 PM | Show all posts
Antara Haji Mabrur dan mengekalkan amalan buruk selepas haji  
Ustaz Zainudin Hashim I [email protected]

Wed | Dec 31, 08 | 1:42:54 pm MYT  

Setiap daripada jemaah haji yang baru selesai menunaikan ibadat rukun Islam yang kelima itu,
pasti berdebar-debar untuk pulang ke pangkuan keluarga tercinta sejak ditinggalkan lebih sebulan lalu,
dan debaran hati mereka bertambah kuat setelah melalui ujian getir ketika berada di tanah suci Makkah dan Madinah.

Pelaksanaan rukun-rukun haji telah pun selesai, ini bermakna mereka sudah boleh dilabelkan dengan gelaran HAJI
di depan nama-nama mereka.
Sesungguhnya gelaran haji itu merupakan satu penghormatan daripada manusia yang memanggil dengan gelaran itu.
Ini kerana apabila seseorang itu bergelar haji, bertambahlah tanggungjawabnya terhadap masyarakat.

Sekurang-kurangnya mereka boleh bertindak sebagai 'role-model' dengan menunjukkan perilaku yang baik,
bertutur dengan kata-kata yang manis, menegur-sapa orang-orang di sekeliling tanpa ada syarat tertentu,
berbudi bahasa dan jauh daripada sebarang penggunaan kata-kata kesat yang boleh menyinggung perasaan
saudara-saudara seagama yang lain.

Tetapi apakah mungkin seseorang yang sudah bergelar haji atau hajjah melakukan sesuatu yang terbaik,
lebih baik daripada sebelum mereka ke tanah suci?


Ia bergantung kepada sejauh mana jemaah haji mendapat pengajaran daripada setiap langkah,
perbuatan dan amalan haji ketika berada di sana.
Kerana semua amal ibadat dan rukun-rukun haji yang dilakukan sebenarnya ada kaitan dengan persoalan akhirat,
iaitu satu keadaan di mana ia mampu mengingatkan manusia untuk berhubung dengan Allah SWT selaku Pemilik hari akhirat dan kiamat,
yang akan menghukum kepada siapa sahaja yang tidak tunduk kepada arahan-Nya dan melakukan segala tegahan-Nya.

Justeru, sekembalinya para jemaah haji daripada tanah suci Makkah dan Madinah, apatah diiringi
dengan haji mabrur yang diterima di sisi Allah SWT, bagaikan mereka baru keluar (dilahirkan) daripada perut ibu-ibu mereka
iaitu tidak berdosa, ia satu keadaan di mana mereka berpeluang untuk menebus segala kesalahan-kesalahan lalu.
Ini kerana manusia tidak sepi daripada melakukan dosa, apatah lagi terhadap Allah, Rasul-Nya, kepada kedua ibu bapa, guru-guru, jiran-tetangga, sahabat-handai dan lain-lain.

Apa yang penting setelah bergelar haji, elakkan daripada terlibat dengan banyak duduk di kedai-kedai kopi iaitu
satu keadaan sebelum mereka menunaikan fardu haji dengan bersembang pada perkara yang tidak banyak boleh
membantu mereka nanti di alam akhirat dan kiamat.

Mereka perlu memikirkan bagaimana untuk banyak duduk di dalam rumah-rumah Allah seperti masjid, surau atau
di tempat-tempat ceramah yang boleh mengingatkan mereka untuk terus bersiap sedia dengan bekalan-bekalan akhirat,
banyak membaca al-Quran, mendengar kuliah atau tazkirah, bercakap pada perkara yang boleh menambahkan pahala,
bukan menambahkan 'koleksi' dosa.

Memilih kawan-kawan yang baik-baik, apatah lagi yang boleh mengingatkan mereka kepada Allah sepertimana yang ditegaskan Allah
dalam al-Quran menerusi ayat 28 surah al-Kahfi yang bermaksud :
"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang mengingatkan kamu
kepada Tuhan pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata;
dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau
mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai
daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al-Quran,
serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran."


Begitu juga mengelak diri daripada menampilkan diri di khalayak ramai dengan penampilan yang tidak boleh dijadikan contoh
seperti memakai gelang tangan, berseluar pendek, membiarkan isteri dan anak-anak gadis tidak menutup aurat dan bertudung
ketika berada di luar rumah, tidak menyokong manusia yang suka mempersenda Islam,
memakai pakaian yang bersesuai dengan taraf seorang yang bergelar haji, ini tidak lain bagi mengekalkan kelangsungan pahala-pahala haji untuk tahun-tahun mendatang.

Bagaimana boleh jadi seorang muslim yang baik?

Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan, berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ini kerana masing-masing mahukan diri mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya.

Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di atas, adalah sesuatu yang amat digalakkan, agar setiap muslim dan muslimah mencapai status hamba Allah yang diterima di sisi-Nya. Antara kaedah berkenaan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :

-Melakukan solat lima waktu dengan baik

-Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran

-Melaksanakan seluruh hukum-hukum syariat Islam, bagi kaum muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al-Quran, membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya.

-Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w, sirah para sahabat Nabi, malah bagi muslimah, perlu memilih serta bercampur wanita-wanita solehah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka.

- Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah.

- Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran.


Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya.- azm _

[ Last edited by  aziefa at 13-1-2009 04:16 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 04:20 PM | Show all posts
TH harap pasport biometrik >diguna Musim Haji Depan



PUTRAJAYA 12 Jan. -
Tabung Haji (TH) berharap kerajaan Arab Saudi membenarkan penggunaan teknologi cip biometrik dalam
pasport antarabangsa Malaysia bagi musim haji akan datang.

Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji merangkap Ketua Rombongan Haji 1429H, Mohd. Salleh Abd. Mubin berkata,
saranan itu perlu bagi memudahkan pergerakan jemaah haji Malaysia ketika tiba di negara tersebut.

Menurutnya, ia juga akan mempercepatkan pihak TH memproses ketibaan jemaah haji di Arab Saudi.

''Pada umumnya kita masih berharap kemudahan infrastruktur yang wajar dibekalkan oleh kerajaan Arab Saudi iaitu
menyentuh soal ketibaan jemaah haji kita.

''Sangat cantik kalau boleh kita pakai kemudahan yang ada seperti pasport antarabangsa kita yang ada cip biometrik sekali gus
membolehkan jemaah kita tidak lagi perlu melalui pemeriksaan imigresen atau kastam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia dan petugas TH
kesemuanya seramai 413 orang oleh Pengerusi TH, Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor di sini hari ini.

Baru-baru ini kerajaan memberi jaminan bahawa ciri-ciri keselamatan pasport antarabangsa negara ini adalah tinggi dan tidak mudah dipalsukan oleh mana-mana sindiket.

Malah, kerajaan akan terus mengadakan penambahbaikan bagi mencegah pemalsuan pasport negara ini antaranya dengan melaksanakan pengeluaran pasport elektronik mengikut piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Dalam pada itu, Mohd. Salleh memberitahu, secara umumnya TH berpuas hati dengan perjalanan operasi haji musim ini.

''Perjalanan atau pergerakan jemaah haji kita tidak terhalang termasuk ketika melaksanakan rukun-rukun haji yang ditetapkan," katanya.

''Jumlah kematian seluruh jemaah kita pula adalah 80 orang tetapi ia disebabkan oleh penyakit dan bukan kerana keadaan luar biasa," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 08:51 AM | Show all posts


saya yang kanan tu..

ini juga merupakan pengalaman yang tak dpt saya lupakan. kerana ini lah kali pertama saya memakai hijab keluar dan ke tempat makan. saya rasa betapa pengorbanan yang dibuat oleh wanita2 yang memakai hijab ini begitu tinggi (kerana wanita2 arab sungguh cantik). bila saya tutup satu lapis lagi kain jarang di muka...... maka saya akan terlanggar dinding lift hotel. bukan senang kerana saya tidak biasa. Bila saya cuba minum ... maka straw akan tercucuk hidung. Akhirnya saya menyelak lapisan depan tersebut lalu makan dengan selesanya.

[ Last edited by  bayangan_rindu at 14-1-2009 08:59 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2009 09:17 AM | Show all posts

Reply #3357 bayangan_rindu's post

satu pengalaman yang menarik...bila terserempak dengan wanita Arab, terfikir juga bagaimana mereka menjalankan kerja seharian.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 09:43 AM | Show all posts


kasih sayang seorang suami ..............
hati saya tersentuh bila melihat pakcik didepan saya ini (jemaah Malaysia) memimpin tangan isterinya yang dah agak berumur ke masjid.
saya rasa gambar ini boleh menceritakan segala galanya perihal kasih dan sayang suami dan isteri.
walaupun terlalu banyak peluang untuk saya mengambil gambar yang menyentuh hati ... tapi saya tidak dapat berbuat demikian. Entah lah... tak tahu kenapa. Saya dan suami juga agak terkilan kerana tidak membawa DSLR camera untuk merakamkan gambar yang entah bila saya berpeluang untuk mengerjakan ibadah haji lagi.

Saya sering menadah tangan berdoa apabila melihat seorang anak lelaki menolak kerusi roda ibunya yang dah berusia ke masjid... saya berdoa agar apabila saya tua ... anak saya akan melayani saya sedemikian rupa dengan penuh kasih dan sayang.

Seorang suami yang dah berumur juga ...... setiap hari tanpa jemu menolak kerusi roda isteri ke masjid untuk bersolat...

sungguh indah pemandangan tersebut... menusuk ke hati.

[ Last edited by  bayangan_rindu at 14-1-2009 09:45 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2009 10:00 AM | Show all posts

saya dan suami menziarahi jemaah sehotel yang dimasukkan ke hospital ini. Hati juga tersentuh apabila
melihat warga emas yang terlantar sakit. Sungguh menginsafkan.


menurut doktor di hospital ini .... hospital ini penuh apabila jemaah pulang dari Mina.


Saya baru tahu ayat ini dan membacanya bila di Tanah Suci kerana mendengar kuliah Ustaz Rosli.
Di baca 3 x bersama ayat shifaq yang lain. Satu permulaan yang baik jugakan...

[ Last edited by  bayangan_rindu at 14-1-2009 10:03 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 10:02 AM | Show all posts
Originally posted by bayangan_rindu at 14-1-2009 09:43 AM
http://i261.photobucket.com/albums/ii41/bayangan_rindu/jemaahberusia.jpg

kasih sayang seorang suami ..............
hati saya tersentuh bila melihat pakcik didepan saya ini (jemaah Malaysia) m ...


Assalamualaikum bay,

Pemandangan yang dipamerkan di depan mata kita ketika berada di tanah suci memang banyak menyentuh perasaan dan memberi pengajaran dan peluang kepada kita yang kadangkala terlalu sibuk untuk memikirkan erti itu semua.

Amat menyentuh perasaan kakak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 10:18 AM | Show all posts

Reply #3361 Rosputih's post

walaikumsalam kak ros....

pemandangan mata tersebut terlalu banyak yang sungguh menginsafkan..........
menyentuh hati .....
adakalanya saya menangis ......
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 10:34 AM | Show all posts
Perjalanan Haji Ibarat Menuju Ke Syurga



Perbelanjaan untuk mengerjakan haji tidaklah sedikit, jika seseorang memilih untuk melaburkannya,
mungkin ia akan mendapat banyak keuntungan dan terus menerus menunda keberangkatannya.
Hanya orang yang dipilih Allah SWT SWT mahu menyerahkan hartanya di jalan Allah SWT SWT.

Ia beranggapan harta itu milik Allah SWT SWT, hak Allah SWT SWT dan tidak ada sebab baginya untuk menyimpan,
menghitung dan melonggoknya tanpa memberi manfaat untuk agamanya.
Sesungguhnya harta yang dikeluarkan untuk mengerjakan haji sama pahalanya dengan nafkah fisabilillah.

Sabda Baginda SAW yang bermaksud:

    "Pengeluaran untuk melaksanakan haji sama seperti nafkah fi sabilillah (jihad atau usaha di jalan Allah SWT),
satu dirham dibalas dengan tujuh ratus kali ganda." (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Ramai orang terikat dengan hartanya sehingga menampakkan sifat kedekut, takut hartanya berkurangan,
menghitung setiap sen dikeluarkan dengan perasaan takut jatuh miskin.

Orang yang apabila menerima rezeki mengharap yang banyak tapi jika memberi amat sedikit.
Perjalanan haji memaksa seseorang melepaskan rasa terikat kepada harta dan menyerahkan segala kepada Allah SWT.
Apabila bekalan itu mampu disiapkan maka kejarlah pahala ibadat dengan gembira dan nantikan
suasana syurga dalam naungan Kaabah

Oleh Dr Juanda Jaya
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 10:40 AM | Show all posts


Bukankah Baginda SAW mengungkapkan keindahan syurga dalam perjalanan haji
melalui sabda yang bermaksud:


"Haji mabrur itu tiada lain ganjarannya kecuali syurga."

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Syurga di akhirat yang belum pernah dirasai tetapi di dunia seolah-olah
sudah merasai nikmatnya iaitu ...

saat memandang Kaabah dalam kekhusyukan ibadah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 11:49 AM | Show all posts
Originally posted by bayangan_rindu at 14-1-2009 09:43 AM
http://i261.photobucket.com/albums/ii41/bayangan_rindu/jemaahberusia.jpg

kasih sayang seorang suami ..............
hati saya tersentuh bila melihat pakcik didepan saya ini (jemaah Malaysia) m ...

Hmmm....bergenang airmata tgk gamabar Hajjah Bay......tersentuh betul hati.  Harap2 Allah izinkan saya nak temankan mak ke Mekah utk tunaikan rukun Islam kelima....
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 12:12 PM | Show all posts
Asalamualaikum semua saya pulak duduk di Maktab 86 pergi dgn TH Travel sampai ke Msia 6 Januari 2009, entah-entah dah jumpa dgn ahli dari benang ni cuma tak kenal je. Memang banyak pengalaman yg diharungi di Tanah Suci yg menginsafkan kita .
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 12:26 PM | Show all posts
Originally posted by ibutia at 14-1-2009 12:12 PM
Asalamualaikum semua saya pulak duduk di Maktab 86 pergi dgn TH Travel sampai ke Msia 6 Januari 2009, entah-entah dah jumpa dgn ahli dari benang ni cuma tak kenal je. Memang banyak pengalaman yg  ...

Waalaikumussalam ibutia.  Okeh utk makluman semua, insyaAllah kita akan adakan satu gathering utk geng benang Umrah dgn geng benang pengalaman ke tanah suci & mekah sbb ahlinya2 hampi sama dan share info n interest yg sama.  Lokasi kemungkina besar dekat rumah mertua saya di SS14, Subang Jaya.  Ini lanjutan dari gathering first kat umah ibu Rosputih.  Cuma tarikh kita lom cfm....so saya bukakan utk cadangan dari anda sekelian.  Period yg dicadangkan adlah end Feb or early Mac sebelom Hussain berangkat utk Umrah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2009 01:37 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 14-1-2009 10:34 AM
Perjalanan Haji Ibarat Menuju Ke Syurga

http://cache.virtualtourist.com/3489505-Tawaf_In_the_Morning-Mecca.jpg

Perbelanjaan untuk mengerjakan haji tidaklah sedikit, jika seseorang memilih u ...


Azie,

Tiba-tiba terasa sebak dan dan bergenang air mata membaca posting azie
Selalu memikirkan di manakah  letaknya diriku ini?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 02:55 PM | Show all posts
Originally posted by ayahjoe at 14-1-2009 12:26 PM

Waalaikumussalam ibutia.  Okeh utk makluman semua, insyaAllah kita akan adakan satu gathering utk geng benang Umrah dgn geng benang pengalaman ke tanah suci & mekah sbb ahlinya2 hampi sama dan  ...


pemebtulan sket...sebelum hussain n ayah joe pergi umrah..hehe ayahjoe nak sorok ke heheh?

sorry unable to participate today abit busy..nak gi outstation
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 04:16 PM | Show all posts
Originally posted by Rosputih at 14-1-2009 01:37 PM


Azie,

Tiba-tiba terasa sebak dan dan bergenang air mata membaca posting azie
Selalu memikirkan di manakah  letaknya diriku ini?

Kkak, mmg sebak pabila mengenangkan dimana letaknya harga diri ni.. Tapi ada satu ketuatan yg di berikan pd ALLAH pada hamba2nya..keiklasan yg hakiki..dan kesabaran dlm idup ni.......
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2009 04:34 PM | Show all posts
Kak Ros..haziq...dan yg lain lain..
Renungan Bersama..

[ Last edited by  aziefa at 14-1-2009 04:40 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Langgar mati pelajar UiTM Dungun, Pemandu Honda HR-V layak dibicarakan
RalineLanggar mati pelajar UiTM Dungun, Pemand
Views : 5593 Replies : 9
Mengapa lelaki ini dakwa seni bina Menara Berkembar Petronas (KLCC) ada kena-mengena dengan ajaran Freemason?
YgBenarMengapa lelaki ini dakwa seni bina Menar
Views : 27444 Replies : 18
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 31643 Replies : 150
Mutu pendidikan Indonesia parah, antara yang terbawah
maklukpenggodaMutu pendidikan Indonesia parah, antara
Views : 13239 Replies : 15
Murid darjah 2 hilang penglihatan akibat sosej, nuget
AbahmungMurid darjah 2 hilang penglihatan akibat
Views : 14099 Replies : 12
Beliau membelanjakan kira-kira RM11,500 sebulan warga Amerika ini Sangat Berpuashati Dapat Bersara Di Malaysia
YgBenarBeliau membelanjakan kira-kira RM11,500
Views : 13764 Replies : 37
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 130229 Replies : 1380
Bunga pelik di Kapar, aiyar kacak tersenyum bangga
ModngengadeBunga pelik di Kapar, aiyar kacak tersen
Views : 21334 Replies : 102
Artis wanita popular dah rujuk dengan bekas suami?
RalineArtis wanita popular dah rujuk dengan be
Views : 21731 Replies : 28
POKMON GO
RunDeeMCPOKMON GO
Views : 5718 Replies : 14

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.112111 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list