CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Sum1k

Tempat tempat menarik di Sabah [merged]

 Close [Copy link]
Post time 27-8-2007 05:53 PM | Show all posts

Reply #3480 ah_long's post

ah_long...

cuba ko usah2 reply aku sebelum nie..aku ada bagi tip..nak sewa kreta ker atau naik teksi jer...tapi pendapat aku la..since ko nak pegi honeymoon..sure korang berdua je kan..kalau nak budget..baik naik bas...(actually bas mini jer)...lagi pun tak ader halangan kan..since muda dan korang tak ader anak...naik bas dalam RM10-15 je..klu aku tak silap...Kinabalu Pine Resort tu tepi jalan jer..korang naik bas ke Ranau...klu takut terlepas..minta turun kat Kundasang...resort tu tak jauh dari kundansang..klu nak ke canopy la..area tu jauh sikit dari kundasang...kene lalu Ranau..paling selamat..cuba tanya kat resort tu..sure dorg ada package utk ke poring (tmpt canopy tu la) ...tak pun ..cuba menapak sikit ke pekan kundansang..tanya la local kat sana...biasa takde teksi..kat sana cuma ader kereta sapu (teksi takde permit..hehehe) rasanya kereta nie boleh bw ke poring..tapi harga tak tau..kena pandai bargain ngan pemandu tu la...klu naik teksi mahal...tak berbaloi...

klu nak snorkelling kat pulau2 tu...elok pegi pagi..balik petang..unless u nak stay bermalam..tapi takyah la stay..sebab pulau tu tak jauh...boat ke pulau manukan byk..and kerap...lagipun nak stay kat pulau..mahal...better stay kat KK jer..selalu org buat mcm tu...biasa boat akan pegi ke manukan jam 9, 10 and 11...pastu boat yg sama akan dtg ambik jam 1.30, 2.30 and 3.30..so terpulang kepada kita..jgn lupa bagi tau kat boat tu jer..kang tertinggal boat pulak...tapi klu ramai better charter satu boat....rasanya tak perlu la stay lama2 kat pulau manukan sebab activity pun terhad..paling2 snorkelling...mandi..klu nak jungle trekking tu boleh juga...tapi honeymoon..takan nak ke hutan pulak...

kat kk byk tempat yg best..klu honeymoon.better try semlm kat nexus karambunai..atau shangrila rasa ria tuaran..tempt tu mmg menjadi tempat org honeymoon..best sgt...tapi jauh sikit dari KK la...

p/s: teringat dulu time honeymoon...hehehe..honeymoon kat lemeridien jer..sbb free...hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2007 07:15 PM | Show all posts

Reply #3480 ah_long's post

ah long pine resort tu ok le... tapi promenade tu mcm tak ok sangat... makan yes memang best kat situ tapi kalau nak stay rasanya better lagi radius kot..... lebih dekat ngan pasar pilipin.... hehehehe makan pun senang...
Reply

Use magic Report

kepok_lekor This user has been deleted
Post time 30-8-2007 10:53 AM | Show all posts
hai kengkawan...
saya baru join group semalam...nak tanya skit..senang ka cari makan kat Berjaya Hotel?? sbb yg saya tau hotel tu jauh dr kk..kalau susah nak cari makan ingat nak beli siap2 makanan dr kk...for ur info saya akan ke sabah 9/9 nih...dah tak lama dah..harap2 sesapa dapat membantu..
Reply

Use magic Report

kepok_lekor This user has been deleted
Post time 30-8-2007 10:53 AM | Show all posts
hai kengkawan...
saya baru join group semalam...nak tanya skit..senang ka cari makan kat Berjaya Hotel?? sbb yg saya tau hotel tu jauh dr kk..kalau susah nak cari makan ingat nak beli siap2 makanan dr kk...for ur info saya akan ke sabah 9/9 nih...dah tak lama dah..harap2 sesapa dapat membantu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 02:44 PM | Show all posts
Originally posted by kepok_lekor at 30-8-2007 10:53 AM
hai kengkawan...
saya baru join group semalam...nak tanya skit..senang ka cari makan kat Berjaya Hotel?? sbb yg saya tau hotel tu jauh dr kk..kalau susah nak cari makan ingat nak beli siap2 maka ...


mmm...makan ja la kat hotel..
kat hotel tu pun ada gak restaurant...
pas tu pihak hotel pun ada sediakan bus shuttle...
tuk gi town...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 03:43 PM | Show all posts
Kalau rajin, turun jalan kebawah, gi kompleks karamunsing. kat situ ada food court, mcD, KFC dll.
Reply

Use magic Report

Follow Us
kepok_lekor This user has been deleted
Post time 30-8-2007 04:40 PM | Show all posts

Reply #3487 uda's post

tq bebanyak to h4ni3 dan uda..senang la ati saya sekarang...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 05:06 PM | Show all posts
dah lama plan nak g KK tapi tak tercapai lagi hajat di hati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2007 10:09 AM | Show all posts
Cuti sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2007 10:10 AM | Show all posts
petang gi jalan2 kat kundasang
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2007 10:32 AM | Show all posts
3rd day -  Bangun awal pukul 6  sbb nak tengok puncak gunung
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2007 10:49 AM | Show all posts
then ..terus gi kinabalu park ..masa tu baru lepas hujan
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2007 03:06 PM | Show all posts

Reply #3493 cendawan_liar's post

hai cendawan..
seronok jugak tgk perjalanan u kat kk ngan kundasang..
nsk tanya skit.. ok tak stay kat hamin lodge..
bilik dier ada tv ngan peti sejuk tak.,.?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 08:43 AM | Show all posts
Originally posted by labu0202 at 2-9-2007 03:06 PM
hai cendawan..
seronok jugak tgk perjalanan u kat kk ngan kundasang..
nsk tanya skit.. ok tak stay kat hamin lodge..
bilik dier ada tv ngan peti sejuk tak.,.?


Bagi saya.... , ok Hamin Lodge tu... tapi tak de tv n peti ais.. cuma dia sediakan air masak dan air sejuk kat luar bilik..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 12:00 PM | Show all posts
eh ..nape radius bagi pakai electric jug tu sejam jer?
biasa nyer..each room mmg ada electric jug
cuma iron je..on request..

kalu ada bdk kecik susah la nak buat susu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 01:29 PM | Show all posts
Originally posted by xette at 5-9-2007 12:00 PM
eh ..nape radius bagi pakai electric jug tu sejam jer?
biasa nyer..each room mmg ada electric jug
cuma iron je..on request..

kalu ada bdk kecik susah la nak buat susu...



Tu yang pelik tu.. kata international hotel.... asyik tepoon je tanya dah siap guna ke belumm...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2007 02:23 PM | Show all posts
mana pi kino??? soc? eskrem?

di manakah korang seme
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 02:25 PM | Show all posts

Reply #3492 cendawan_liar's post

cendawan yang berkeliaran...

sesungguhnya apabila melihat gambar kamu itu membuatkan nenek terasa begitu rindu dengan sabah.
rindu pada KK, pada kundasang. pada ranau. dan pada ciken wing...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 01:02 PM | Show all posts

Reply #3498 nenektua's post

nek bz banget sekarang ni nek..... nek sms saya no hp nenek please..... esok akan fly ke sana.... nak hantar kuih cincin hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 01:11 PM | Show all posts
Kampung Air Perlu Ubah Wajah Jadi Produk Pelancongan


Oleh Nashir Mansor

KOTA KINABALU, 6 Sept (Bernama) -- Di negeri Sabah, bila disebut "Kampung Air", ia begitu sinonim dengan unsur-unsur negatif seperti setinggan, sampah sarap, kekotoran, jenayah, masalah sosial dan apa sahaja yang bersifat anti-sosial.

Pergilah ke mana-mana perkampungan yang dibina di atas air di pesisir pantai negeri ini -- sama ada di pantai utara, barat dan timur atau di pulau-pulau -- imej negatif inilah yang kerap dilabelkan kepada kampung seumpama ini.

Malah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika berada di Pulau Banggi pada 11 Ogos lalu untuk melancarkan Projek Agropolitan di pulau berkenaan, sempat menasihatkan penduduk pulau itu supaya tidak membuang sampah sarap ke dalam laut untuk mengekalkan keindahan pulau tersebut.

Tidak terkecuali bagi Kg Air Tanjung Aru, sebuah perkampungan atas air yang jaraknya kira-kira 15 minit perjalanan dari pusat bandaraya dan sekiranya menggunakan lebuh raya pesisir pantai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), anda pasti terserempak dengan perkampungan ini.

Walaupun suasana Kg Air Tanjung Aru, yang dihuni kira-kira 3,000 penduduk dengan jumlah rumah dianggarkan sebanyak 240 buah lebih baik berbanding beberapa perkampungan atas laut lain di Sabah, namun kedudukannya yang boleh dianggap cuma "selangkah" daripada pusat bandaraya menyebabkan perkampungan tradisi Melayu yang wujud sejak 1940-an ini sering menjadi sasaran cemuhan dan kritikan.

SAMPAH SARAP

Kampung ini, selain perkampungan air lain di Sembulan, Likas dan Pulau Gaya, sering dianggap sebagai punca kepada masalah sampah sarap yang saban hari mencemarkan kebersihan kawasan perairan dan pantai hotel bertaraf lima bintang berhampiran.

Bukan itu sahaja, petugas taman laut Sabah di Taman Tunku Abdul Rahman yang merangkumi beberapa pulau peranginan seperti Pulau Gaya, Pulau Mamutik dan Pulau Manukan yang berhadapan dengan Kampung Air Tanjung Aru, setiap awal pagi terpaksa bertungkus lumus membersihkan sampah sarap yang bertimbun di pesisir pantai.

Perkampungan ini wujud jauh lebih lama berbanding dengan hotel bertaraf lima bintang di kiri kanannya serta resort di pulau-pulau peranginan berhampiran dan juga KKIA yang merupakan lapangan terbang kedua tersibuk di negara ini selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Namun disebabkan keadaannya itu ia dianggap "menyakitkan mata".

Rata-rata penduduk di sini mahukan supaya sesuatu dilakukan kerajaan, sekurang-kurangnya untuk menukar imej kampung ini menjadi sebuah kampung tradisi moden, lebih-lebih lagi selepas 50 tahun negara mencapai kemerdekaan.

SISTEM KUMBAHAN

"Sememangnya kampung ini belum ada peraturan yang boleh dikuatkuasakan untuk mencegah penduduk daripada membuang sampah terus ke dalam laut. Sebab itu, ramai penduduk kampung ini suka mengambil jalan mudah dengan membuang sampah mereka ke dalam laut.

"Malah di kampung ini juga tidak mempunyai sistem kumbahan. Jadi, najis dari setiap rumah terus disalurkan ke laut," kata Ketua Kampung Kg Air Tanjung Aru, Manap Abdullah kepada Bernama.

Menurut Manap walaupun perkampungan berkenaan bukan perkampungan setinggan dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik, tapi bukannya mudah untuk menghalang penduduk daripada membuang sampah ke dalam laut.

Katanya, peringatan dan nasihat sudah kerap diberikan pihak berkuasa namun sikap penduduk, walaupun tidak semua, sangat sukar untuk berubah.

Bagaimanapun, rancangan pembangunan masa depan Kg Air Tanjung Aru di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bakal mengubah landskap dan imej perkampungan berkenaan.

PROJEK RM10 JUTA

Projek yang dianggarkan bernilai RM10 juta dan sudah dimulakan beberapa bulan lalu itu bakal menyediakan kemudahan asas seperti jeti, pembentungan serta perkhidmatan pembuangan sampah yang lebih sempurna dan teratur kepada penduduk.

"Kita mahu menukar kewujudan Kg Air Tanjung Aru ini yang sering dianggap "masalah" ini kepada suatu yang membawa faedah bukan sahaja kepada penduduk kampung, Bandaraya Kota Kinabalu malah kepada Sabah.

"Kita nak jadikan kampung ini sebagai kawasan tarikan untuk pelancong asing yang tidak pernah melihat perkampungan di atas air di negara mereka," kata Ketua Pengarah DBKK Dr Chua Kim Hing.

Menurut Dr Chua, kampung berkenaan akan dikekalkan dan penduduknya tidak akan dipindahkan.

Selain kemudahan asas, pusat jualan kraf tangan, dewan untuk persembahan kebudayaan akan dibina.

Dengan menjadikan Kg Air Tanjung Aru sebagai produk pelancongan, penduduk kampung berkenaan akan mendapat manfaat dari segi ekonomi, kata Dr Chua sambil berterima kasih kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

"Tinjauan yang kami jalankan juga mendapati lebih 80 peratus penduduk kampung ini bersetuju dengan projek yang tidak melibatkan pemindahan penduduk ini. Cara ini diharap akan mengatasi masalah yang sering dilabelkan kepada kampung kami," tambah Manap.

LEBIH SELESA

"Kami sudah biasa dengan kehidupan begini," kata Reman Serimin, 41, apabila ditanya tentang suasana kehidupan di perkampungan itu.

Namun beliau bersetuju jika ada usaha untuk memperbaiki keadaan itu bagi menjadikannya lebih selesa untuk dihuni.

Reman berharap apapun perubahan yang ingin dibawa ke kampung berkenaan tidak akan membebankan penduduk terutama dari segi kos kerana tidak semua penduduk kampung terdiri daripada golongan yang berkemampuan. Ramai di antara mereka ialah nelayan, kakitangan awam dan swasta.

Bagi Collina Masidin, 36, seorang pengadil bola sepak sambilan dengan Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa), dia sudah ada rancangan untuk membuka gerai ikan bakar apabila projek itu siap kelak.

Baginya, selagi projek yang ingin dilaksanakan itu membawa kebaikan kepada penduduk dan tidak membebankan mereka, ia seharusnya diterima dengan hati terbuka.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.188370 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list