CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
Post time 8-1-2009 10:04 AM | Show all posts
Originally posted by bayangan_rindu at 8-1-2009 09:31 AM
salammmmmmmmmmm..........

saya dah balik...


Waalaikum salam,

Alhamdullillah, bay dah selamat sampai ke tanah air.  
Bila dah bersedia nanti jangan lupa share cerita bay di tanah suci ye...

[ Last edited by  Rosputih at 8-1-2009 10:05 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2009 10:14 AM | Show all posts
Salam semua

:pompom: Hajjah Bay dah balik:pompom:

Alhamdulillah dah sempurna rukun yg ke lima. Rehat byk byk ya. Nanti bila lapang kasi meriah thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 10:20 AM | Show all posts
Originally posted by bayangan_rindu at 8-1-2009 09:31 AM
salammmmmmmmmmm..........

saya dah balik...

Alhamdulilallah dah kembali kengkawan kita sume....assalamualaikum Hajh Bay...ape perkembangan terbaru????..ada ape2 citer... selitkanlah kat sini untuk tatapan forumer benang2 ni ye
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 10:55 AM | Show all posts

Reply #3270 bayangan_rindu's post

Alhamdulillah....

Selamat kembali dan selamat meng'adjust' jam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2009 10:58 AM | Show all posts
Salam sejahtera kepada semua rakan2 yang telah selamat pergi dan selamat kembali dan dapat mengerjakan segala rukun dan wajib haji dgn sempurna. Semoga segala pengalaman di sana dapat dijadikan iktibar , pedoman dan panduan dalam kita meneruskan kehidupan kita yang sementara ini . Tanamkanlah tekad untuk kita menjadi seorang muslim yang lebih baik dari hari-hari yang lalu dan dikurniakan haji yang mabrur.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 02:12 PM | Show all posts
Originally posted by bayangan_rindu at 8-1-2009 09:31 AM
salammmmmmmmmmm..........

saya dah balik...






Hari tu ada sms bay...tapi tiada jawapan..
Jumpa tak Restoran Nasi  Mandi kat Aziziah tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2009 02:13 PM | Show all posts

Reply #3277 aziefa's post

Nasi mandi?

Orang tak mandi ada le.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 02:37 PM | Show all posts
Originally posted by HarizAzhari at 8-1-2009 02:13 PM
Nasi mandi?

Orang tak mandi ada le.


Haj Hariz, bila masa tak mandi tu ? Tepeklah lagi gambar yg ada dlm koleksi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2009 02:44 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 8-1-2009 02:12 PM


http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/assalamualaikum.gif

http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/syukur.gif

Hari tu ada sms bay...tapi tiada jawapan..
Jumpa tak Restoran Nasi  M ...



Salam datin, tak banyak dah posting kat sini ? Masih mood cuti ke
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 03:08 PM | Show all posts
kalau dilihat kepada visi dan misi Tabung Haji, tak hairanlah jika subsidi akan dikurangkan dan kos haji tahun depan akan dinaikkan.

Walau bagaimanapun, Kita masih tetap akan mendengar jawapan yang skema

"Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, bakal haji negara ini perlu bersyukur kerana kos yang dikenakan oleh Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) masih rendah berbanding kos yang dikenakan di negara-negara Asia Tenggara."
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 03:34 PM | Show all posts
Kisah Teladan: Bakti ikhlas juruukur dibalas dengan nikmat


SEORANG juru ukur tanah berasa takut untuk menunaikan ibadat haji kerana merasakan dirinya belum bersedia
kerana tidak rajin beribadat. Beliau bimbang, keburukan dan sifat malas beribadat yang dilakukan selama ini akan
diberi pembalasan di Tanah Suci. Dia mengaku ketika menjalankan tugasnya terutama di hutan, beliau sering mengabaikan solat.

Selain tidak rajin beribadat, juru ukur ini mempunyai sifat panas baran.
Beliau sering mendengar cerita bagaimana pergaduhan berlaku pada mereka yang tidak sabar.
Jika ini berlaku pahala hajinya musnah.
Ustaz sering mengingatkan, ketika menunaikan ibadat haji, seseorang dituntut mempunyai sifat penyabar.

Bagaimanapun kerana beliau sudah berpencen dan memperoleh wang ganjaran, beliau memberanikan diri untuk ke Tanah Suci.
Ketika mendaftarkan diri di pejabat Tabung Haji, beliau mengikuti kursus dan berazam ingin berbakti apabila berada di Makkah.

Apabila tiba masa berangkat ke Makkah, jirannya membawa tiga beg pakaian, tetapi juru ukur itu membawa satu beg pakaian saja. Dia tidak mahu menyusahkan, sebaliknya bercadang membeli barang keperluan di Makkah.
Disebabkan hajatnya ingin berbakti di Tanah Suci, beliau membawa kira-kira 500 biji ubat.

Beliau berbuat demikian kerana berpegang kepada falsafah, jika ingin menolong orang lain,
dirinya perlu lebih sihat, selain ubatnya boleh diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Ketika mengikuti kursus dulu, penceramah ada berkata, jika seseorang memohon untuk mendapatkan hotel yang dekat ketika di Makkah, kebiasaannya dia akan mendapat tempat tinggal yang jauh. Ini katanya, Allah ingin menguji iman setiap umatnya.



Mengingatkan nasihat itu dan azamnya untuk berbakti di Tanah Suci, beliau berdoa kepada Tuhan untuk mendapatkan rumah yang dekat ketika di Makkah. Beliau berbuat demikian dengan harapan untuk mendapat tempat tinggal yang jauh.

Dalam hatinya berkata, jika tinggal di tempat jauh, beliau akan mendapat banyak pahala apabila melangkah ke masjid,
selain masalah tempat tinggal jauh sudah tidak asing padanya kerana ketika bekerja dulu, dia berjalan puluhan batu setiap hari.

Bagaimanapun apabila tiba di Tanah Suci, beliau ditakdirkan mendapat tempat tinggal yang dekat dengan masjid.
Walaupun niatnya tidak dimakbulkan Allah tetapi keazamannya ingin berbakti ketika berada di Tanah Suci diteruskan.
Pantang mendengar orang sakit, dia lebih dulu dari petugas lain menghulurkan ubat yang sesuai.

Jika ada orang tua dan orang sakit yang ingin menunaikan sembahyang di Masjidil Haram, beliau menghulurkan bantuan.
Ketika orang berebut menaiki bas untuk ke Arafah, beliau menjadi orang terakhir menaiki bas bagi memastikan semua jemaah
sudah ke Arafah.

Begitu juga ketika orang ramai berangkat dari Arafah ke Mina, beliau akan memastikan jemaah lain selesai menaiki bas,
baru dirinya berbuat demikian. Beliau juga tidak kedekut untuk mengutip anak batu bagi tujuan melontar jamrah untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Daripada Mina, beliau juga menjadi orang terakhir menaiki bas untuk kembali ke Makkah.
Jemaah lain berebut-rebut menaiki bas untuk pulang ke Makkah tetapi di takdirkan Tuhan,
bas yang dinaiki juru ukur tadi sampai terlebih dulu.

Ini kerana pada musim haji, pemandu bas di Makkah, bukannya terdiri daripada penduduk Makkah
tetapi didatangi dari negara lain. Jadi ramai yang kurang arif mengenai jalan di sekitar Mina, Arafah dan Makkah.
Walaupun siang hari, ramai pemandu yang sesat dan akhirnya mengambil masa berjam-jam untuk sampai ke Makkah,
walaupun jarak antara Mina dengan Makkah tidak terlalu jauh.

Apabila sampai di Makkah, juru ukur tadi pergi ke Masjidil Haram untuk tawaf dan saie bagi melengkapkan rukun hajinya.
Ketika itu keadaan di sekitar Kaabah, seperti menjelang wukuf, padat dengan manusia.
Ketika ingin memulakan tawaf itu, juru ukur tadi terpandang seorang lelaki tua bertongkat.
Dia menolong lelaki itu tetapi tidak memahami apa yang diucapkan lelaki berwajah Arab sebagai menyatakan rasa terima kasih.

Selepas menolong lelaki itu dan lelaki berkenaan sudah beredar, juru ukur tadi meneruskan hajatnya untuk tawaf.
Bagaimanapun beliau merasakan begitu lapang sekali. Walaupun orang lain melihat keadaan begitu padat, tetapi yang dilihat juru ukur adalah keadaan sebaliknya, tidak ramai jemaah dan begitu senang tawaf

Akhirnya beliau berjaya menyelesaikan tawaf dan saienya tanpa sebarang masalah.

Ketika kembali ke maktab, juru ukur menceritakan hal orang tua tadi kepada guru agama maktab.
Beliau juga menyatakan jumlah orang yang tawaf tidak ramai.
Bagaimanapun, rakannya membantah kerana mereka gagal tawaf kerana keadaan begitu padat di sekeliling Kaabah.

Guru agama itu menjelaskan, kemungkinan lelaki yang ditolong juru ukur tadi adalah seorang wali Allah.
Sebagai ganjarannya menolong dengan ikhlas sepanjang berada di Makkah, Allah permudahkan ketika tawaf.
Sejak itu juru ukur semakin rajin beriktihad di masjid.


Diambil dari Laman web my masjid net.my..
Untul teladan kita..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 03:36 PM | Show all posts
berapa agaknya markah yg patut dibagi utk jawapan skema tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 03:46 PM | Show all posts
Originally posted by HarizAzhari at 8-1-2009 02:13 PM
Nasi mandi?

Orang tak mandi ada le.


Kalau pi Mekah..
Tak best kalau tak makan Nasi Mandi..
Tanya Husain...favourite Husain..
Kak Aily...lemon pandai buat Nasi Mandi...Nasi mandi kambing or ayam..

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 03:47 PM | Show all posts
Originally posted by cybernova at 8-1-2009 03:36 PM
berapa agaknya markah yg patut dibagi utk jawapan skema tu?

Ishh.. jgn main agak2... klau ko rasa dia patut 100% beri aje... dont worry wat people will say..pdgnan sendiri wat???
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 03:48 PM | Show all posts
Originally posted by aily at 8-1-2009 02:37 PM


Haj Hariz, bila masa tak mandi tu ? Tepeklah lagi gambar yg ada dlm koleksi.


Betullah Kak Aily..
Kat Mekah ni mandi sekali sehari dah cukup..jamak mandi
Ada juga yang tak mandi langsung..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 03:51 PM | Show all posts

Reply #3284 aziefa's post

Apasal dlm gambar tu nampak mcm bnyk tulang aje???Isinya mana Sah kambing2 tu g mandi he he he
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2009 03:53 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 8-1-2009 03:34 PM
Kisah Teladan: Bakti ikhlas juruukur dibalas dengan nikmat


SEORANG juru ukur tanah berasa takut untuk menunaikan ibadat haji kerana merasakan dirinya belum bersedia
kerana tidak rajin beri ...

masyaALLAHhebat pengalamannya...sebenarnya sebesar mana pun dosa kita..lebih besar pengampunan ALLAH SWT..

itulah yg membuatkan hati kita malu...mata kita kerap berair di sana kerana banyaknya dosa kita..

Ya..Terimalah kami sebagai tetamu MU...Ya..ALLAH andai ini amalan terakhir buat kami..maka perelokkan amalan kami
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 03:54 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 8-1-2009 03:34 PM
Kisah Teladan: Bakti ikhlas juruukur dibalas dengan nikmat


SEORANG juru ukur tanah berasa takut untuk menunaikan ibadat haji kerana merasakan dirinya belum bersedia
kerana tidak rajin beri ...



klu kita niat yg baik dn ikhlas pastinya mendapt ganjaran dr ALLAH lebih2 lagi di tempat suci...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 03:54 PM | Show all posts

Balas #3287 haziq_97\ catat

  Yelah...tinggal tulang aje..
Mana dia isinya..
Nah kita beri yang baru pulak..

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 03:55 PM | Show all posts

Reply #3279 aily's post

Air memang sentiasa panas dalam bilik air tu. Tapi bila dah kena dibadan, menggigil kesejukan. Maka jadilah orang tak mandi.

Unta berhias. Sesi ziarah luar. Dikawasan Jabal Thur.


Jabal Thur terletak hanya empat km dari Masjidil Haram denganketinggian 458 meter. Di sini terdapat sebuah gua iaitu tempatRasulullah SAW dan Abu Bakar al-Siddiq r.a. menyembunyikan diri selamatiga malam ketika peristiwa hijrah dari Mekah ke Madinah pada tahun 622M

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.103535 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list