|
MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)
[Copy link]
|
|
Reply #3211 Rosputih's post
betul kata Kak Ros...hari-hari jenguk kalau-kalau ada yg sudi bercerita di sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru je balik melawat sanak saudara yang baru balik haji...khabarnya:
- debu construction ada di merata masjidilharam...walaupun pakai mask, tapi kesihatan mungkin terjejas.
- melontar di Jamrah tersangat mudah...ada pula yang melontar semasa dalam kenderaan ( tak tau ini dikira hebat ke apa )
- air mudah diperolehi di Arafah...teringat masa dulu-dulu masalah air sangat ketara
- Payung telah ada di kawasan Masjid Nabawi belah lelaki...belah perempuan belum buat lagi.
Ini saje yg dapat share kali ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3214 bintangct's post
betul kata bintangct...mula-mula memang terkejut pasal solat jenazah ni...nasib baik bawa buku solat sunat...dapatlah mempraktikkannya di sana...sejak hari itu, rasa rugi sangat jika tak solat jenazah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bintangct at 4-1-2009 10:19 PM
betul la kak
saya ada cerita lucu pasal solat jenazah ni
saya berpeluang mengerjakan umrah bulan 5 lalu
saya ada perasan dimana selepas solat fardu mesti ada solat sunat yang bagi sala ...
Assaamualaikum bintangct dan semua,
Mula-mula terkejut juga bila melihat bintangct reply posting kakak. Bila diteliti rupanya posting kakak setahun yang lalu. Terima kasih kerana bintangct sudi membacanya. Ianya menyingkap kembali nostalgia kakak ketika berada di sana.
Akhir-akhir ini kakak selalu terfikir apakah kakak perlu menulis lagi di sini mengenai pengalaman mengerjakan haji atau umrah atau apa sahaja mengenai Makkah dan Madinah kerana khuatir ianya lari dari niat asal kakak ketika mula-mula menulis di sini dahulu iaitu untuk mencuit hati dan perasaan pembaca semua dan juga supaya ianya dapat membangkitkan rasa rindu kepada pembaca untuk berkunjung ke tanah suci.lagi samada mengerjakan umrah atau haji.
Kakak berdoa semoga Allah SWT membuka hati dan mengurniakan rezeki kepada kita semua, pembaca-pembaca di sini untuk mengalami sendiri serta dapat berkunjung dan terus berkunjung serta mengerjakan amal ibadat di tempat yang paling suci di muka bumi ini, Ameen. |
|
|
|
|
|
|
|
kumpul nk pi tawaf n saei haji
|
|
|
|
|
|
|
Belanja haji 2009 mungkin meningkat kepada RM11,000
HUTAN MELINTANG 4 Jan. - Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) kemungkinan akan menghentikan subsidi sebanyak RM2,600 bagi setiap jemaah untuk menunaikan haji mulai tahun ini.
Ekoran itu kos untuk menunaikan haji tahun ini dijangka meningkat RM11,000 berbanding hanya RM8,973 tahun lalu.
Ia meliputi kos penerbangan, penginapan, kesihatan dan pengangkutan di tanah suci Mekah dan Madinah pada musim haji.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, subsidi itu mungkin terpaksa ditarik ekoran pendapatanTabung Haji daripada sumber pelaburan yang semakin berkurangan berikutan kemelesetan ekonomi dunia.
Katanya, ia termasuk kesan harga komoditi kelapa sawit yang merudum hingga menjejaskan pendapatan Tabung Haji.
"Oleh itu, Tabung Haji kemungkinan tidak akan memberikan subsidi tahun ini dan bakal jemaah mestilah bersedia menampung sendiri kos yang pernah disubsidikan Tabung Haji," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah Sukan Rakyat anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat Perak (Kemas).
Ahmad Zahid berkata, tahun lalu Tabung Haji memberikan subsidi sebanyak RM2,600 bagi setiap jemaah untuk mengurangkan kos penerbangan, penginapan, kesihatan dan pengangkutan di tanah suci Mekah dan Madinah pada setiap musim haji.
Beliau berkata, jemaah haji yang mengikuti pakej anjuran anak syarikat Tabung Haji turut diberi subsidi kira-kira RM1,000.
Menurut beliau, Tabung Haji mampu berbuat demikian sebelum ini kerana lembaga itu memperoleh 67 peratus pendapatan daripada keuntungan pelaburan saham di kaunter berlandaskan syariah Islam di Bursa Saham Malaysia dan hasil pelaburan hartanah serta jualan komoditi kelapa sawit.
Selain itu Ahmad Zahid juga yakin jumlah kuota 26,000 jemaah haji yang diberikan kerajaan Arab Saudi untuk negara ini tidak terjejas langsung berikutan kegawatan ekonomi dunia.
Setakat ini, tambahnya, 380,000 umat Islam di negara ini mendaftar untuk menunaikan ibadah haji tetapi hanya 26,000 sahaja kuota yang diberikan.
Beliau yakin ramai jemaah mampu membiayai kos tambahan sekurang-kurangnya RM2,000 untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.
"Keadaan ini berlaku ketika musim kemelesetan ekonomi dunia dan ia mungkin kembali seperti asal apabila kedudukan hasilnya pulih semula," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3227 HUSSAINTAHIR's post
Sain..as expected...nampaknya unsur subsidi telah ditiadakan ...rasanya once not subsidise, sukar utk disubsidi semula walaupun ekonomi pulih kelak. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3216 Rosputih's post
Kak Ros...harap dapat terus menulis di sini..tentu ramai yg telah mendapat menfaat darinya...insya'Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by IDB at 5-1-2009 01:08 PM
Sain..as expected...nampaknya unsur subsidi telah ditiadakan ...rasanya once not subsidise, sukar utk disubsidi semula walaupun ekonomi pulih kelak.
saya amat kecewa sebenarnya.....
bagi golongan bekerja makan gaji....saya rasa masalah tidaklah membebankan sangat (tapi terbeban jgk)
tapi fikirkanlah golongan miskin..petani..kita..mampukah..they should have a mechanism to help this ppl...
otherwise..they cant afford to go to hajj...
back to issue of principle of establishing pilgrim fund..
to help malaysian to perform their hajj..
i am happy to see if they can reduce their bonus in order to subsidize hajj operations..
i can see some loops that they can overcome to cut cost...
i would like to advice tabung haji top mgm "please rethink of your actions not to subsidize hajj...think of malaysian benefit"
i am sorry to say i am not happy with their move...it will really make those who really run on their very tight budget to perform their pilgrimage feel very sad...
[ Last edited by HUSSAINTAHIR at 6-1-2009 01:56 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|