MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)
[Copy link]
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 25-12-2008 10:55 PM
ustaz rahman pun ada blog..
nanti saya pm akak yer
Assalamualikum hussain dan semua,
Wahh... ni kena share juga dengan ibu, malas nak mencari-cari. Jalan mudah nak minta uhussain pm ibu juga kalau tak keberatan. |
Reply #3192 Rosputih's post
aha...Kak Ros...jalan mudah minta daripada orang muda...kita ni lambat nak jumpa. |
Pening tengok banyak sangat Motorsikal ye Kak Aily...
Perasan tak kalau kat Mekah susah nak nampak Motorsikal...
Tak sesuai kot...cuaca panas...
Salam, kalau nak tahu banyak dah motorsikal kat Mekah esp masa nak wukuf sebab ada yang sewa motor berulang alik dari Mina ke Mekah. |
Salam, saya amat2 la sudi untuk menulis pengalaman saya di sini, cuma sampai sekrang saya masih belum dapat download gambar2 yang ada, tak tahu mana charger battery, dah bongkar beg tapi masih tak jumpa, jangan tertinggal di Mekah sudah lah.
Rasa penat dah ok dah, cuma body clock saya masih ding-dong, saya tidur pukul 2, solat subuh dan terus tidur sehingga 10 pagi. Mungkin ada petua yang boleh diberi sebab nect week saya dah mula bekerja, takut tertidur di opis pulak
Nak saya tulis macam Hj Rezeki susah sikit kot sebab tak pandai.
Tapi sedikit pengalaman2 di Madinah dan Mekah boleh la saya kongsi di sini.
Di Masjidilharam sekarang ni tak kisah dah dengan kamera, ambik gambar polis pun boleh, in fact ramai yang bawak masuk video camera kedalam masjid, rekod suasana di sana. Saya hanya setakat ambik gambar guna hp kamera saje, untuk buat kenang2an. Tapi di Masjid Nabawii masih strict.
Masa saya di sana, saya tertanya2 juga kenapa terdapat perbezaan di antara suasana Madinah dan di Mekah. Ada seorang pelajarMalaysia di sana beritahu saya, Di Madinah kita mendapat syafaat dari Rasullah saw, itu sebab kita tenang dan tidak kelam kabut tapi Di Mekah sebenarnya, kita seolah-olah berada di padang Mahsyar sebab masing-masing tergesa2 dan kelam kabut, masing2 mencari keredhaan AllahTaala. Siapa yang pernah ke sana tahu maksud saya. Tak kira waktu tawaf ke, saie ke, melontar pun sama, semua nak cepat, saya tak tahu apa yang di kejar....
Kami berada di Madinah selama 8 hari, alhamdulilah saya sempat ke Raudah sebanyak 3 kali sebelum saya di'cuti'kan oleh Allah Taala. Masukke Raudah sekarang ni tak perlu berasak2, masa first time saje saya dan jemaah yang lain berasak2 dengan negara2 asia yang lain. Tapi alhamdulilah, saya dapat tiang yang takder diganggu orang. Kali ke dua dan ketiga, tak ramai sangat sebab pergi lewat malam. Syahdu semasa nak meninggalkan kota Madinah seolah-olah saya mengucapkan selamat tinggal kepada Rasullah saw.
Saya suka di Madinah, orang2 di Madinah sopan santun dan lemah lembut, nak membeli pun seronok sebab mereka baik.
Polis2 wanita di Masjid Nabawi dah tahu berbahasa indon, kalau setakat 'ibu'(panggilan utk indon dan malaysia), 'maju'(suruh ke depan), 'buka'(suruh buka beg), 'rapat2'(rapatkan saf), 'sini', 'kiri', 'kanan' tu boleh la di sebut, yang seronok tu kekadang dia suruh kita kekanan tapi di sebut kiri...Bila keadaan jemaah semakin ramai, polis2 ni la tukang rapat2kan saf, faham2 ajelah makcik2 turki ni suka duduk satu sejadah dia yang punya. Kekadang mereka akan bertekak2 dengan polis2 arab ni, kita jemaah Malaysia ni memang tak banyak cakap, orang suruh ke depan, kami ke depan, ke belakang, kami ke belakang. Polis wanita arab ni suka dengan jemaah malaysia sebab kita menurut kata.
Hmmm..nantila saya dapatkan gambar di sana. Nak cerita pun susah jugak...tak der reference. Nanti bongkar beg suami pulak.
Note : Ya betul, beg2 haji kami BELUM dikemas lagi... |
Originally posted by dalnas at 28-12-2008 10:34 PM
Salam, saya amat2 la sudi untuk menulis pengalaman saya di sini, cuma sampai sekrang saya masih belum dapat download gambar2 yang ada, tak tahu mana charger battery, dah bongkar beg tapi masih ta ...
salam hajah...
bingung sekejap kan kt msia..yelah time tidor tak sama...
bangun tidor dah tak sabar nak menatap haram...terus ke haram...kt msia bangun tidor tak tahu nak ke mana...
kejutan budaya sket la kan..
saya harap hajah dalnas dapat menyumbangkan cerita kt sini..
terima kasih atas usaha hajah |
Reply #3178 HUSSAINTAHIR's post
Salam hussain, sebenarnya bukan tak der yang nak penuhkan tingkat atas tu tapi mereka2 ni dah block jalan laluan tu, tu yang payah tu...
Pukul 10 je dah penuh kat luar tu...
Yang solat kat luar tu mostly memang derang nak solat di luar, tak nak masuk.
Suami pernah solat depan hotel hilton masa a week before wukuf, pergi pukul 9 pagi tu, 3 jam sebelum masuk waktu, ada teman suami solat depan Bin Dawwod, dia kata lepas salam dia terus masuk bin dawood...
Days before wukuf, saya pernah tak balik waktu asar sebab susah nak dapat tempat yang best nanti waktu maghrib dan isyak tapi nature's call pulak. So saya sms suami, saya nak ke toilet. Bayangkan saya pergi toilet dari habis salam maghrib hingga dah nak masuk waktu isyak. Di luar masjid, terlalu ramai manusia sehingga berasak2 nak keluar. Toilet pulak toilet sementara. Say tengok saya seorang je jemaah Malaysia ditoilet tersbeut. Selesai hajat, saya keluar, memandangkan saya seorang diri. Sepanjang perjalanan tersebut, saya membaca ayat kursi dan mengekor seorang mamat morocco. Saya minta perlindungan dari Allah Taala supaya mamat morocco tu tak perasankan saya dan saya selamat balik kedalam masjid. Saya dok belakang mamat morroco tu supaya orang lain ingat saya dengan mamat morroco tu. Selamat la sikit.
Alhamdulilah...saya sempat sampai. By the time saya sampai waktu isyak pun masuk. Suami saya sms berkali2 sebab risaukan saya. Yelah bila fikirkan balik, beraninya saya sorang2 pergi ke toilet. Ish ngeri pulak bila ingat balik... |
Originally posted by dalnas at 28-12-2008 10:51 PM
Salam hussain, sebenarnya bukan tak der yang nak penuhkan tingkat atas tu tapi mereka2 ni dah block jalan laluan tu, tu yang payah tu...
Pukul 10 je dah penuh kat luar tu...
Yang solat kat ...
Assalamualaikum dalnas dan semua,
Selamat kembali kembali ke tanah air dan kami menanti dengan sabar catatan pengalaman dan gambar-gambar dari dalnas.
Memang betul seperti yang dalnas alami bila kita berjalan sendirian di dalam ratusan ribu jemaah yang sentiasa berpusu-pusu dan berebut-rebut ketika berada di kawasan Masjidil Haram atau di dalam Masjdil Haram. Ketika itu kita tidak berasa takut atau bimbangkan sesuatu kemungkinan yang berlaku. Tetapi selepas itu bila kita kenangkan semula suasananya atau kita perhatikan suasana tersebut dari jarak jauh, barulah kita rasakan betapa amat mengerunkan andai sesuatu berlaku. Diri kita ini umpama sehelai daun sahaja ketika itu. Namun begitu, kita tetap juga merasa rindu untuk berada di situ. |
Reply #3202 HUSSAINTAHIR's post
Salam Hussain dan Semua
Gambar ni kelihatan Jemaah mengambil kesempatan berdoa sebelum matahari terbenam ketika wukuf di Arafah. Ustaz kata waktu afdal berdoa ketika matahari tergelincir hingga terbenam matahari.
Rasulullah saw bersabda mafhumnya: “Haji itu adalah wukuf di Arafah." Dengan kata lain bahawa puncak daripada ibadat haji itu adalah melaksanakan wukuf di Arafah pada 9 Zulhijah. Baginda saw bersabda lagi mafhumnya: "Sebaik-baik doa adalah di Arafah." Pada saat berwukuf itulah dikatakan bahawa Allah membangga-banggakan hamba-Nya yang sedang berwukuf kepada penghuni langit iaitu malaikat. |
Originally posted by aily at 30-12-2008 10:31 AM
Salam Hussain dan Semua
Gambar ni kelihatan Jemaah mengambil kesempatan berdoa sebelum matahari terbenam ketika wukuf di Arafah. Ustaz kata waktu afdal berdoa ketika matahari tergelincir hingg ...
salam ummi
yer gambar tue saya rasa pun lebih kurang dkt matahari nak terbenam |
Salam maal hijrah 1430H semua...
Masih terngiang-ngiang kat telinga jad berkenaan tazkirah sorang ustaz semasa di Mina(kalu tak silap) pasal haji mabrur. Sekiranya lepas balik haji tetapi tak der perubahan kebaikan kat dalam diri, then better ulang semula haji tersebut. Masa tuh, hati jad berdetik2 mengharapkan moga2 jad menjadi insan yang lebih baik seperti solat awal waktu, rajin solat berjemaah, lebih caring etc.
Camner nak mampu buat ibadah macam kat tanah suci seperti 2 atau 3 jam sebelum subuh dah terjengul muka kat masjid or at least 15 minit sebelum waktu solat dah kat atas sejadah. Tapikan jad tak mampu lagi nak istiqamah. Jad tertanya2 adakah mabrur ibadat haji ku itu?
Haji/Hajah pulak macam mana? Banyak tak perubahan selepas balik tunaikan haji/umrah serta bagaimana nak istiqamah? |
Reply #3208 jadree00's post
jad..realiti hidup memang sukar nak beristiqamah...tapi kita mesti berusaha untuk melakukannya...insya'Allah lambat laun kita akan mendapatnya... |
still waiting hajah/haji bercerita kat sini...masih jetlag agaknya. |