CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

P/S: NOTA KAKI (TAMAT)

[Copy link]
Post time 10-2-2015 11:47 PM | Show all posts
Ipo replied at 10-2-2015 11:25 PM
dah akhir Nay...
thanks baca...huru hara tak otak?

emosi bergelimpangan dahh neh  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2015 11:51 PM | Show all posts
Ipo replied at 10-2-2015 11:46 PM
Hani berhentikan motosikalnya di tepi jalan. Kereta miliknya tersadai di situ. Dia melihat kiri kana ...

mana conan, ipo ngan nicki neh??
ayla tu dah mcm cipsmore jah.. kejap timbul kejap tenggelam..
conan neh sayang aweks tinggal2 kan ke apa??

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2015 11:59 PM | Show all posts
NAYLA terdiam. Pertama kali mendapat panggilan dari Linda. Apa yang diberitahu Linda tadi juga membuatnya merasa cuak. Dia mundar mandir. Bimbang jika Linda hanya berlakon. Bukan dia tidak tahu siapa Linda yang kuat cemburu. Sudah jelas semasa di tasik itu dulu, riak gadis itu sudah menyinga ketika itu. Nampak jelas di wajah Linda, perasaan tidak puas hati padanya.

"Bingung aku!!" Nayla pula mundar mandir di dalam biliknya. Serba salah dibuatnya. Agak lama dia berfikir.

Segera Ipo dihubungi. Hanya lelaki itu yang dia boleh terfikir ketika ini. Dan dia pasti, Ipo akan angkut sekali Conan dan Nicki. Tak pun, mungkin Alif ikut sama. Usai berbual dengan Ipo di talian, Nayla segera bersiap. Dia perlu berjumpa Ipo di tempat yang sudah dijanjikan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2015 12:05 AM | Show all posts
SEPULUH minit menunggu, akhirnya Ipo sampai di simpang tiga, tempat yang dijanjikan tadi. Nayla jenguk dalam kereta Ipo. Dia senyum nipis. Memang betul telahannya. Ipo angkut semua kawan-kawannya termasuklah Alif.

"Nay..kenapa?" Alif mendekati Nayla.

"Aku terima panggilan dari Linda..dia minta tolong..macam menangis." Nayla berterus terang.

"Menangis? Kenapa? Apa yang dah jadi?" Alif semakin cemas. Pelik juga, malam itu juga Amir tidak pulang ke rumah. Tadi, Amir mengajak Linda keluar makan malam bersama. Alih-alih Linda pula tersadai dalam hutan belukar. Mana Amir???

"Hani..dia hilang dalam belukar.."

"Apa??" Kali ini Ipo pula mencelah.

"Kita tak ada masa...kita kena pergi cepat ke tempat tu! Ikut aku!!" Nayla segera masuk ke dalam kereta. Alif turut sama masuk ke dalam kereta Nayla.

Conan dan Nicki pula menaiki kereta Ipo. Mereka mula bergerak ke arah Gombak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2015 12:14 AM | Show all posts
TIBA di Gombak, kereta diparkir di tepi jalan. Kereta Nissan Teana dan motosikal Ducati ada tersadai di situ. Ipo kenal motosikal milik Hani. Mereka cuba mencari sekitar situ. Dalam keadaan gelap, sukar untuk mereka mencari Hani dan Linda.

"Nay..kau pasti Linda ada kat sini?" Ipo pandang Nayla yang juga turut bingung.

"Ya aku pasti! Linda beritahu aku, dia kat jalan masuk ke sini. Tu! belukar! Dia ada sebut belukar tadi." Nayla tuding ke arah belukar.

"Eh..siapa pulak yang datang tu?" Cahaya lampu depan kereta begitu silau. Sebuah kereta berhenti di situ.

"Mana Linda? Hani mana???" Muzafar meluru ke tempat mereka yang berkumpul di depan kereta Hani.

Conan pula melirik matanya pada gadis di sebelah Muzafar. Dia pandang pula Muzafar. Silih berganti dia melihat keduanya. Jelas gadis itu tunduk seketika saat mata bertembung. "Ayla..kau...kau buat apa kat sini?"

Aylanins mendongak. Dia pandang Conan dan beralih pada Muzafar. "Muzafar minta tolong aku.."

"Minta tolong?" terus mata Conan terarah pada Muzafar. Pelik bin ajaib sungguh rasanya.

"Lekas! Kita tak ada masa!" Nayla pula menyampuk. Dia faham riak Conan tadi yang sudah bingung dengan kehadiran Muzafar bersama Aylanins.

Mereka semua mula meredah belukar dengan bantuan lampu suluh yang dibawa Muzafar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2015 12:15 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 10-2-2015 11:51 PM
mana conan, ipo ngan nicki neh??
ayla tu dah mcm cipsmore jah.. kejap timbul kejap tenggelam..
...

banyak yang aku skip citer nih...
nak citer sume...malas lah..boleh gitu???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2015 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni seme buat rombongan cik kiah kat belukar ke apa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2015 07:19 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 11-2-2015 12:41 AM
Ni seme buat rombongan cik kiah kat belukar ke apa?

ha'ah..semua berkuntum kat belukar tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2015 08:04 AM | Show all posts
Dalam keadaan gelap dan ditambah lagi dengan semak belukar yang menyukarkan pergerakan mereka, mereka terpaksa juga meredah demi mencari Hani dan Linda. Conan pula asyik menjeling Aylanins yang sentiasa berjalan di sebelah Muzafar. Dari tadi hatinya bagai ditarik-tarik untuk bertanya gadis itu. Apa hubungan Aylanins dengan Muzafar. Macam mana gadis itu kenal lelaki itu?.

Aylanins pula masih cuba berlagak biasa. Ikutkan hati mahu saja dia berjalan di depan sekali memandangkan dia sudah sedia membawa pistol yang disisipkan di pinggang seluar jeans. Melihatkan Conan dari tadi asyik memerhatikannya, dia terpaksa mengawal gerak langkahnya untuk sementara. Jika keadaan tidak selamat, barulah dia akan bertindak.

Mereka masih meredah belukar dalam kegelapan malam itu. Nayla mula memanggil nama Linda dan Hani tetapi masih tiada jawapan. Mereka berhenti seketika di sebuah perdu pokok yang agak besar.

"Aku rasa dah jauh ke dalam ni.." Nicki pula bersuara. Peluh di dahi yang merenik disapu dengan jari.

"Ya...macam tak ada kesan Linda dan Hani kat sini.." Conan pula melihat sekeliling. Memang tak ada kesan langsung.

Ipo bersama Alif mula mencari-cari sesuatu. Mana tahu jika ada kesan darah yang melekat di daun pokok.

Gerrrrhhhhhgg....gerrrhhhhhhhhhh...

Terdiam mereka semua. Suara mendengus yang kuat jelas kedengaran di telinga. Masing-masing memasang telinga. Suara dengusan itu sudah tidak kedengaran lagi.

"Aku rasa suara nilah yang aku dengar dulu masa kat rumah kau.." Ipo pandang Nicki di sebelahnya yang turut memasang telinga.

"Ya.." Conan mengiakan kata Ipo.

Serentak Ipo, Conan dan Nicki berpaling ke arah Alif.

Alif diam. Dia tunduk dan meraup muka sebelum memandang ke arah mereka yang ada di situ. Sungguh dia merasa ada sesuatu yang tidak kena. Minggu lepas, Ryan menghantar teks mesej padanya. Rupanya Amir juga disuntik dengan enzim itu dan suara dengusan tadi, kemungkinan besar adalah Amir.

"Itu...makhluk tu..ya.." Hanya itu yang mampu Alif katakan. Tidak sanggup menyebut nama Amir ketika ini.

"Maksud kau??" Nayla pula terbeliak mendengar kata-kata Alif. Dia menelan liur. Terasa pucat mukanya ketika ini.

Gerrrhhhhh!!! Sekali lagi bunyi dengusan kedengaran, semakin kuat. Mereka senyap, tidak berkutik.

Aylanins sudah bersedia dengan pistol jika apa-apa berlaku. Liar matanya melihat sekitar belukar itu. "Aku rasa...makhluk tu ada dekat sini saja.."

Conan pantas berpaling ke arah Aylanins. Cuak mendengar kata-kata gadis itu tadi. "Dekat sini??"

Aylanins mengangguk. Dia kemudian beranikan diri melangkah ke arah kiri. Telingannya mendengar sesuatu di situ. Berhati-hati dia menapak, pistol sudah sipa tergenggam di tangan. Pantas dia menghala muncung pistol sebaik dia melihat ada kelibat di sebalik pokok itu.

"Linda??" Nayla yang mengikut Aylanins dari belakang tadi terus mendapatkan Linda yang kebingungan duduk di perdu pokok sambil memeluk lutut.

"Linda...mana kak Hani?" Muzafar pula terus bertanyakan hal Hani. Bahu Linda digoncang kuat.

Linda masih diam. Apa yang dilihat tadi itulah yang menyebabkannya merasa bingung dan keliru. Kaku dan kelu. Lutut dipeluk semakin kuat.

Nayla peluk Linda yang ketakutan. Terasa badan Linda menggigil kuat. Jelas gadis itu sudah melalui fasa trauma yang hebat. Apakah yang dilihat oleh Linda sehingga gadis itu bersikap pelik seperti itu? "Linda..cuba beritahu kami..mana Hani?"

Linda tuding ke satu arah.

Semua yang berada di situ serentak melihat ke arah jalan yang ditunjukkan oleh Linda tadi. Muzafar segera berjalan ke arah itu tanpa pedulikan yang lain. Hani harus dicari sampai jumpa! Aylanins pula mengekori Muzafar yang sudah menuju ke arah itu. Mereka semua bersama berjalan ke arah yang ditunjuk oleh Linda tadi.

Langkah mereka terhenti sebaik terhidu bau hanyir yang kuat. Ipo pandang pada daun di sekitar situ. Ada sesuatu yang melekat. Jari telunjuknya terus saja mencalit lalu dibawa ke hidung. Memang sah darah!

"Kak Hani...kak Hani..." Linda menangis teresak-esak. Nayla pula cuba tenteramkan Linda.

Mereka semua mula berpecah mencari Hani. Muzafar bersama Alif bergerak ke arah kiri. Ipo bersama Conan dan Nicki pula menghala ke kanan. Tinggal Nayla, Aylanins dan Linda di situ.

"Linda..beritahu aku..apa yang kau nampak?" Pujuk Nayla.

Linda mendongak." Aku nampak binatang tu...dia heret kakak aku masuk hutan ni.."

Nayla meraup muka. Jika benar, bermakna Hani benar-benar dalam bahaya.

Setengah jam kemudian, Muzafar dan Alif mula tiba di situ semula. Tiada apa-apa penemuan. Masing-masing buntu. Linda semakin teresak-esak tangisannya.

Duummm!!! Arrrgghhh!!!! Suara jeritan kuat bergema di belukar itu. Terdiam seketika. Senyap dan sunyi. Hanya bunyi unggas dan cengkerik yang kendengaran pada malam pekat itu.



IPO berpeluh. Conan dan Nicki tidak sempat mengejar makhluk itu yang sudah berlari masuk jauh ke dalam belukar. Hani yang sudah pengsan di perdu pokok itu segera didukung keluar dari situ. Mereka bertiga menuju semula ke tempat tadi.

"Kak!!!" Linda terus saja menerpa.  Tubuh Hani dipeluk erat. Darah berlumuran di perut dan juga lengan.

"Hani!!" Muzafar turut sama mendekati Hani yang sudah pengsan. Sebak melihat keadaan Hani yang sudah tidak bermaya.

"Cepat kita keluar dari sini!!" Ipo segera mengarahkan mereka yang lain.

"Ipo..apa yang dah berlaku??" Alif pula bingung. Baju Ipo sudah dipenuhi darah. Dia pandang pula Hani yang pengsan. Kesan darah di pipi akibat kena cakaran kuku tajam jelas kelihatan.

"Aku cerita kemudian.." Ipo mula mengajak mereka keluar dari tempat itu.

Muzafar terus saja mendukung Hani masuk ke dalam kereta. Mereka semua juga terus beredar dari situ menuju ke hospital. Hani sudah banyak kehilangan darah.


Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 08:16 AM | Show all posts
Aku kecelaruan baca cerita ni.

Kecelaruan jantina.

Kecelaruan adakah cerita ni dah tamat atau tidak?



IPO berpeluh. Conan dan Nicki tidak sempat mengejar makhluk itu yang sudah berlari masuk jauh ke dalam belukar.

Yang ini apahal? Gora datang menyerang?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2015 08:24 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 11-2-2015 08:16 AM
Aku kecelaruan baca cerita ni.

Kecelaruan jantina.

aku pun dah kecelaruan dengan citer ni..

yalah..aku sambung sikit..
ingat nak tamat bab 15 jah..
makin melarat plak aku taip...

tak pa..bab 15 ni ...akan jadi panjang berjela..sebelum ke  perkataan terakhir........TAMAT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2015 08:56 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 12-2-2015 06:36 PM

BAB 17


SEMINGGU
berlalu. Hani masih dirawat di hospital. Linda yang berada di tahun akhir pengajiannya sering menjenguk Hani di wad lima itu. Setiap kali melihat keadaan kakaknya di situ, air mata tidak dapat dibendung. Kejadian pada malam itu sungguh tidak pernah diduga olehnya.  Hani ditatap lama. Selama ini dia begitu menyayangi satu-satunya kakak yang dia ada selain ibu. Apa yang dilalui oleh kak Hani sehingga kini terlalu banyak dugaan. Berat tugas seorang kakak yang menanggung keluarga. Ulang-alik dia ke hospital menjenguk Hani bersama ibu. Tuan Muaz juga turut sesekali datang melawat Hani. Kes siasatan itu sudah diserahkan kepada pegawai polis yang lain.

Linda mula mengemas katil dan menarik selimut menutupi tubuh kakaknya yang terbaring lemah. Syukur, Hani sudah sedar pagi tadi. Sebaik mata dibuka, perkara pertama yang keluar dari mulut Hani adalah bertanyakan namanya. Terus saja Linda memeluk kakaknya dengan esak tangis yang kuat. Sungguh dia merasa bersalah pada Hani.

"Linda.."

Linda menoleh. Muzafar sudah berdiri di sebelahnya dengan sejambak mawar merah. Dia bangun dan beri peluang kepada Muzafar duduk di situ.

"Err...saya balik dulu. Kak Hani baru saja tidur.." Linda minta diri. Dia tidak mahu mengganggu Muzafar yang sudah selamat bertunang dengan Hani.

Muzafar hanya melihat Linda melangkah pergi. Matanya dialih pada Hani yang masih tidur nyenyak di situ. Bunga yang dibawa tadi diletakkan di sisi Hani. Wajah Hani ditatap seketika. Jelas ada kesan parut akibat cakaran di muka. Dia tidak kisah semua itu. Apa ada pada cantiknya wajah, jika hati tidak seindah wajah. Dia mengukir senyum. Hani sudah mula buka mata.

"Hani..." Lembut Muzafar menegur.

"Muz..bi..bila kau.."

"Sudahlah..berehat.." Pintas Muzafar. Hani tersekat-sekat menutur kata tadi.

"Muz...maafkan aku. Aku dah tak macam dulu lagi. Kau berhak dapat perempuan yang lebih cantik..sempurna.." Hani menyeka air mata yang tumpah. Saat menutur kata-kata itu, apa yang berlaku padanya sejak dulu sehinggalah pada malam dia diserang makhluk itu, terasa dirinya tidak layak untuk Muzafar, malah untuk mana-mana lelaki sekali pun!

"Hani..please dont say that. Aku tetap sayangkan kau..." Muzafar cuba tenangkan perasan Hani. Dia tahu Hani masih tidak stabil emosinya ketika ini. Apa saja yang keluar dari mulut Hani adalah dari emosi yang tidak keruan, bukan dari hati yang tulus.

"Muz..aku nak minta tolong kau boleh?"

"Apa dia?"

"Tolong tengokkan Linda..aku bimbang." Hani menutur lirih.

"Kenapa dengan dia? Malam tu, macam mana boleh jadi macam tu?" Muzafar mula teringat kejadian pada malam itu. Dia menerima panggilan dari Linda. Bimbang perkara buruk berlaku, dia mengajak Aylanins sekali.

Hani diam sejenak. Air mata yang disapu tadi sekali lagi mengalir lembut. Malam itu, sempat dia melihat makhluk itu tiba-tiba muncul di situ dan apa yang pasti, mahkluk itu belum sepenuhnya berubah wajah. Ya...apa yang dilihat sukar untuknya percaya. Selama ini dia mengesyaki Ryan yang menjadi pembunuh. Ternyata tekaannya meleset sama sekali. Bukan Ryan!

"Hani.." Muzafar sentuh lembut bahu Hani yang kelihatan jauh mengelamun.

"Tolong jauhkan Linda dari Amir.."Hani kembali menyambung bicara.

"Tapi kenapa? Kan Linda tu cintakan Amir?" Muzafar sudah bingung dengan permintaan Hani.

" Jauhkan Linda dari Amir." Hani merayu lagi.

Muzafar semakin keliru dan bingung. Terasa pelik dengan permintaan Hani kali ini. Sebelum ini, Hani tidak membantah hubungan Linda dan Amir. Dia hanya mengangguk setuju. Hampir satu jam menemani Hani dan berbual bersama, Muzafar minta  diri untuk pulang. Sepanjang perjalanan, kata-kata Hani masih terngiang di telinga. Keretanya membelok ke arah jalan menuju ke kondominium Alif. Dia perlu tahu apa sebenarnya yang sudah terjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 10:11 AM | Show all posts
Ipo replied at 11-2-2015 08:56 AM
SEMINGGU berlalu. Hani masih dirawat di hospital. Linda yang berada di tahun akhir pengajiannya seri ...

kalau dilayan permintaan mereka itu, otak kamu akan pecah awal!



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2015 10:54 AM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 11-2-2015 10:11 AM
kalau dilayan permintaan mereka itu, otak kamu akan pecah awal!

biasalah cik lady...pembaca nak macam2..penulis (perasan part ni) yang nak pecah kepala..
tapi layan jek..

biarpun citer tergantung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2015 10:54 AM | Show all posts
KERETA diparkir di kawasan luar kondominium empat belas tingkat itu. Saat terpandang bangunan itu, Muzafar melepaskan keluhan panjang. Sebak dan sedih. Arwah Benjamin juga pernah tinggal di situ dan tidak sangka rupanya satu tingkat dengan Alif dan Amir. Malah kes itu turut dikaitkan dengan Alif sebagai suspek utama. Dan setelah lebih dua bulan berlalu, kes itu masih belum menemui jalan penyelesaian. Alif sudah pun dibebaskan kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan. Sekali lagi Muzafar melepaskan nafas berat. Dia mendongak melihat kondominium mewah itu. Perlahan dia menapak ke pintu lif setelah mendaftar di pondok pengawal.

Sebelum ke situ, dia sudah menghubungi Alif tentang kedatangannya nanti. Alif sudah menunggunya di muka pintu sebaik dia tiba di tingkat lapan. Muzafar melangkah masuk dan mula melabuhkan punggung di sofa di ruang tamu.

"Maaf..aku datang ni ada benda penting aku nak tanya kau pasal Amir.." Muzafar melingas sekitar ruang tamu, mana tahu jika Amir turut sama ada di situ. Dia sengaja datang pada hari bekerja. Hari ini dia mengambil cuti, melawat Hani dan kesempatan itu dia akan gunakan untuk mencungkil apa yang sebenarnya berlaku pada malam itu.

"Kenapa dengan Amir?" Alif tak berkelip melihat Muzafar yang sudah resah gelisah.

"Malam tu..apa yang terjadi sebenarnya?" Muzafar mula bertanyakan kejadian itu. Dia perlu tahu.

Alif diam seketika. Muzafar dilihat begitu serius dengan pertanyaan tadi. Apakah lelaki itu juga sudah tahu siapa Amir? Serba salah untuknya berterus terang tentang hal itu. Muzafar dipandang lagi. "Aku rasa kau pun ada sekali malam tu..takkan kau tak tahu?"

"Aku memang tak tahu. Sedar-sedar..jumpa Hani berlumuran darah. Bunyi dengusan kuat. Itu saja." Muzafar berterus terang. Dia tidak perlu terus bertanyakan tentang apa yang Hani bimbangkan. "Aku rasa kau sorokkan sesuatu..terutama pasal Amir.."

"Kenapa dengan Amir?"

Serentak Muzafar dan Alif berpaling ke arah muka pintu yang terbuka luas. Ipo bersama Nicki sudah tercegat di situ.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2015 11:04 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 11-2-2015 08:16 AM
Aku kecelaruan baca cerita ni.

Kecelaruan jantina.

nasib baik ko tak tulih Tora
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2015 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow replied at 11-2-2015 08:16 AM
Aku kecelaruan baca cerita ni.

Kecelaruan jantina.

Gora dah terlepas..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2015 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_conan replied at 11-2-2015 11:04 AM
nasib baik ko tak tulih Tora

Adeh..Tora Tora
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2015 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo dan Nicki melangkah masuk dan duduk sebelah Alif. Sekali lagi Ipo bertanya Muzafar tentang Amir.
"Malam tu...Hani nampak Amir. Amir yang separuh manusia!"Muzafar tajam membalas renungan Ipo.

"Kau yakin yang Hani tu tak berhalusinasi?"Ipo menyoal semula.

"Itu yang Hani beritahu aku. Aku pasti, Amir akan disabitkan kesalahan nanti kerana menyerang Hani dengan ganas. Banyak darah tumpah, banyak luka yang dalam. " Muzafar pertahankan Hani.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2015 11:15 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 11-2-2015 11:18 PM

Alif masih diam. Dia tidak mahu mengeruhkan keadaan. Apa yang diberitahu oleh Hani itu adalah benar. Malam Amir keluar bersama Linda itu, Amir pulang hampir subuh dengan baju koyak rabak dan ada kesan darah dalam keadaan lemah. Masa itu, Ipo, Conan dan Nicki diajak bermalam di rumah itu. Amir yang kelihatan keletihan dipapah masuk ke dalam bilik dan usai solat subuh berjemaah dan juga selesai bersarapan, Ipo mula menjelaskan apa yang berlaku semasa dia, Conan dan Nicki mencari Hani pada malam itu.

"Kau tak boleh tuduh Amir yang lakukan semua tu. Tanpa bukti kukuh, pihak polis tidak boleh menahan Amir sesuka hati. Aku rasa Hani tentu lebih arif tentang tu." Alif mula berbicara. Amir harus dipertahankan sebagaimana Amir sudah pertahankannya dulu semasa dia berada dalam lokap.

"Ya aku tahu..tapi aku nak Amir jauhkan diri dari Linda. Aku bimbang, Linda pula yang jadi mangsa nanti." Muzafar mengalih matanya ke arah Alif pula.

Alif mengetap bibir. Sudah jelas dari kata-kata Muzafar tadi, seolah lelaki itu begitu yakin dan menuduh Amir yang melakukannnya. Sedangkan dia sendiri tidak tahu apa-apa. Selama ini, dia tidak pernah tahu yang Amir juga rupanya menjadi mangsa Ryan. Namun, dia bersyukur kerana Amir sudah kembali pulih sepertinya.  Ryan pula sudah ditahan pihak polis kerana menjadi dalang menghasilkan enzim mengubah minda itu dan menjual kepada sindiket haram dan ditambah lagi kesalahan menggunakan manusia sebagai bahan spesimen. Ya..dirinya dan Amir yang menjadi mangsa. Dia terpaksa menyuakan diri untuk dijadikan bahan kajian kerana terhutang budi pada Ryan yang sudah menbiayai kos rawatan Amir di hospital dulu tetapi sungguh tidak sangka, Ryan begitu licik menjalankan kerjanya dengan menjadikan Amir juga bahan kajiannya. Bermakna pembunuhan yang berlaku selama ini bukan saja darinya tetapi juga dari Amir. Sehingga kini, pihak polis tidak dapat mengenalpasti siapa pembunuh sebenar. Tiada bukti kukuh mensabitkan kesalahan ke atas mereka berdua.

Namun dia lega kerana pada malam itu, Amir tidak akan bertukar rupa lagi. Rupanya pada malam itu, Ipo sudah sedia dengan jarum suntikan yang mengandungi antidot yang dihasilkan oleh Hanna dan Prof Johari. Amir yang sudah bertukar separuh makluk lain itu berjaya disuntik walaupun selepas itu Amir berjaya melarikan diri masuk jauh ke dalam belukar. Tiba-tiba saja Amir muncul di rumah hampir subuh dengan keadaan lemah tidak bermaya.

"Macam mana dengan mawar hitam?" Ipo menyoal pula hal pembunuh mawar hitam.

"Hani masih menyiasat dan aku pasti satu hari nanti, pembunuh itu juga akan menerima balasannya. Kematian Benjamin akan terbalas nanti dengan penangkapan mawar hitam tu." Muzafar berkata yakin. Dia harus pertahankan kawan-kawannya yang seorang demi seorang dibunuh. Yang tinggal kini adalah Fendi dan Malik.

"Kenapa kau tak tuduh Amir saja yang bunuh Ben?" Nicki pula cuba mencari riak Muzafar.

"Sebab sudah terbukti yang pembunuhan itu adalah angkara mawar hitam kan? Dan sudah terbukti juga pembunuhan itu bukan dilakukan oleh Amir." Ipo menangkis kata-kata Muzafar.

"Aku tak nak bertengkar pasal ni. Tujuan aku datang sini hanya nak beritahu kau Alir, Amir tidak boleh lagi berhubung dengan Linda. Aku tak tuduh siapa salah dalam hal ni. Aku hanya nak yang terbaik untuk Linda." Jelas Muzafar, terasa hujahnya dengan mudah saja dipatahkan oleh mereka yang ada di situ. Satu lawan tiga!

"Baguslah macam tu. Aku pun tak akan benarkan Amir berhubung dengan Linda lagi kerana aku tahu mawar hitam.." Alif senyum sinis.

Pantas Muzafar menoleh ke arah Alif. "Maksud kau?"

"Aku juga boleh kaitkan mawar hitam dengan Hani..mangsa yang dibunuh itu ada kaitan secara langsung dengan Hani tujuh tahun dulu!" Alif sekali lagi tersenyum sinis.

"Ya!!"

Serentak mereka yang ada di ruang tamu itu menoleh ke arah pintu. Amir sudah bercekak pinggang di situ. Suara kuat Amir tadi jelas kedengaran. Amir mula melangkah masuk dan duduk di sebelah abangnya.

"Kau tak akan berani tuduh aku kerana aku juga ada bukti siapa mawar hitam yang sebenar.." Ugut Amir pula.

Muzafar terdiam. Bermakna selama ini Amir menyiasat siapa Hani dan sejarah hitam Hani selama ini. Dia menelan liur. Apa yang dibimbangkannya dulu kini benar-benar terjadi. Bila-bila masa Hani boleh dituduh sebagai pembunuh 'mawar hitam' itu kerana  Hani mempunyai motif yang kuat. Alasan balas dendam mungkin akan digunakan oleh pihak polis nanti.

"Jadi..kau tahu kejadian tujuh tahun dulu?" Luas mata Muzafar ketika ini. Amir dipandang tidak berkelip.

"Ya..aku siasat semua tu. Aku dah berjanji akan menyiasat siapa mawar hitam sehingga ke lubang cacing sekalipun. Huh! Tak sangka! Sungguh tak sangka! Pembunuh tu berselindung di sebalik uniform yang kononnya disanjung baik!" Amir ketawa sinis.

Muzafar sekali lagi terdiam. Kini sudah jelas Amir sudah menghidu semua itu walaupun belum membuktikan yang Hani adalah mawar hitam tetapi semuanya akan menuding kepada Hani. "Apa bukti kau yang Hani adalah mawar hitam?"

"Kalau kau boleh tuduh aku makhluk tu, aku juga boleh tuduh perempuan tu adalah mawar hitam!" Amir mengetap bibir dengan kuat.

Alif diam. Nicki juga turut diam. Ipo pula cuba tenangkan kedua lelaki itu yang sudah bertegang urat.

"Listen! Sekarang semuanya tak ada bukti kukuh untuk menuduh! Makhluk itu atau mawar hitam!" Ipo mula naik angin. Pertengkaran lidah yang tiada kesudahan.

"Nota kaki tu buktinya!" Muzafar masih tidak puas hati. Hani pernah ceritakan padanya tentang nota kaki yang sudah enam belas keping diterima dari pengirim misteri.

"Nota kaki??" Nicki cepat mencelah. "Setahu aku hanya empat saja yang kami terima."

Muzafar berpaling pula pada Nicki. Dia tersenyum sinis. Lelaki itu juga nampaknya tidak tahu apa-apa tentang nota kaki. Nota kaki yang diterima oleh Nicki hanyalah permulaan saja.  "Nota kaki itu adalah petunjuk and lead to the murderer. Dan nota kaki terakhir yang diterima adalah bemula dengan huruf A."

Amir ketawa terbahak-bahak. Apa yang diberitahu oleh Muzafar tadi sungguh terasa lucu padanya. "Oh..kau ingat aku sorang je yang ada pangkal nama A?"

"Tunggu! Kau kata ada nota kaki terakhir ada huruf A? Jadi..maknanya sudah cukup tujuh belas keping??" Ipo menelan liur. Luas matanya memandang Muzafar. Jika benar sudah cukup tujuh belas keping, bermakna ilmu hitam Ryan yang berguru dengan buku syaitan itu dulu sudahpun cukup syaratnya.

"Belum..baru enam belas tapi...macam mana kau tahu semuanya ada tujuh belas?" Muzafar pula keliru dengan pertanyaan Ipo.

"Satu nota merujuk kepada satu pembunuhan. Dan pembunuhan ke tujuh belas adalah syarat yang terakhir. Jika cukup tujuh belas, maka ilmu pemuja syaitan itu akan kuat dan tidak mudah ditumpaskan oleh sesiapa." Jelas Ipo.

"Pemuja syaitan? Maksud kau?" Amir pula yang bertanya. Dia sudah mula pucat.

Alif tunduk. Dia yang bersalah dalam hal ini. Nafas ditarik berat dan dihembus perlahan. "Mir..Ryan yang inginkan syarat tu..ilmu yang dipelajarinya dari buku syaitan itu memerlukan syarat macam tu.."

"Jadi..memang benarlah korang ni makhluk tu??" Muzafar semakin yakin dengan telahannya.

"Tiada bukti untuk kau tuding kami yang jadi makhluk tu. Ini bukan fantasi atau dunia khayalan." Alif mencebik. Dia tahu Muzafar masih tidak berpuas hati.

"Baiklah. Aku hanya harap kau tidak lagi berhubung dengan Linda. Aku minta diri dulu." Muzafar bingkas bangun. Dia beredar dari situ setelah bersalam.



AMIR pandang abangnya. Hal Muzafar tidak lagi menjadi agenda penting baginya. Apa yang bersarang dalam benaknya sekarang ini adalah tentang ilmu pemuja syaitan itu dan nota kaki.

"Abang...betul ke?"

"Betul apa?" Alif berkerut kening.

"Ilmu gila tu? Dan nota kaki tu..maknanya selama ni..dah enam belas?" Amir menelan liur. Sungguh dia tidak sedar apa yang berlaku bila dirinya bertukar rupa dan menjadi ganas.

"Kalau betul apa yang Muzafar beritahu tadi, bermakna, tinggal satu lagi pembunuhan untuk Ryan lengkapkan dirinya menjadi kuat dengan ilmu pemuja syaitan tu. Tapi kau jangan bimbang, aku dah suntik kau dengan antidot masa aku cuba melawan dengan kau dalam belukar tu. Sebab tu kau terus jadi lemah.." Ipo menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku pada Amir.

"Jadi..aku dah bebas dari semua tu?" Amir masih lagi bingung.

"Ya..kau dah bebas tapi kau kena hati-hati kerana Ryan akan cari jalan untuk cukupkan syarat dia.." Jelas Ipo lagi.

"Kan kau juga kata Ryan sudah ditahan polis?"Nicki yang dari tadi diam mula mencelah.

"Betul tapi Ryan ada ramai kuncu..kita tak tahu dan pengirim nota kaki misteri tu..siapa?" Ipo pandang Nicki dengan harapan lelaki itu juga cuba meneka siapa gerangan pengirim itu.

Nicki jongket bahu.

"Dan satu lagi...dalam nota kecil kau yang aku jumpa dulu..ada dinyatakan kenarihitam dan kod KH01 dan KH02, boleh aku tahu apa dia?" Kali ini Ipo mengalih mata ke arah Amir dan Alif.

Amir dan Alif diam. Tiada jawapan untuk itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.711321 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list