|
|
[Tempatan]
Lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia-Sabtu, 26 April 2014
[Copy link]
|
|
|
GuaAnakMelaka posted on 27-4-2014 12:27 PM 
Oghang Ghombau di iktirap sebagai sorang yang hensem kacak dan wangi sobab tu KJ di tugeh an sambut ...
setuju...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
zainuddinmaidin posted on 27-4-2014 10:16 AM 
tempat kita, depa pulak macam nak kontrol lebih lebih
kesian aku tgk ako nie,hati penuh dgn hasat dengki,busuk hati... 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
zainuddinmaidin posted on 27-4-2014 10:20 AM 
Semua macam pakat seronok dan excited jer dgn arrival obama, apakah ini tanda rakyat sangat setuju d ...
kesian,pemikiran tahap kelas ke3 kao nie...it's ok,everyone has their own thoights 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Soto ayam dihidang kepada Presiden AS di Istana Negara
Kuala Lumpur: Soto ayam dan bergedel antara menu tradisional yang dihidangkan kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bagi majlis santapan diraja di Istana Negara, di sini, malam tadi.
Selain itu, pisang goreng dan aiskrim vanila turut disediakan sebagai pencuci mulut.
Penyelia Istana Negara Leftenen Kolonel Mastura Mohd Said berkata, menu itu antara sebahagian hidangan untuk kira-kira 650 tetamu di majlis berkenaan.
“Sebahagian besar menu adalah makanan Barat.
Stik daging, ayam dan ikan adalah menu utama mengikut cita rasa mereka selain sos yang tidak terlalu pedas.
“Hidangan sup digantikan dengan soto ayam dan bergedel atas faktor Obama yang gemar makanan tradisional Indonesia iaitu bakso,” katanya kepada Metro Ahad.
Beliau berkata, menu disediakan lebih kurang sama dengan hidangan ketika lawatan Putera William dan Kate Middleton pada 2012.
“Cuma yang berbeza ialah nasi beriani daging digantikan dengan soto ayam dan bergedel.
Pihak kami selalunya akan menyelitkan hidangan tradisional Melayu bagi memartabatkan makanan Malaysia di mata pemimpin dunia,” katanya.
Ditanya mengenai penyediaan makanan, Mastura berkata, pihaknya bermesyuarat dan kemudian mengadakan perbincangan dengan pihak Hotel -La yang menjadi penyedia makanan bagi majlis berkenaan.
“Sesudah itu, pihak saya menyembah Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri, Isnin lalu, bagi mendapat perkenan sebelum ujian rasa makanan diadakan pada Rabu.
“Kemudian, kami menghantar e-mel menu kepada pihak Kedutaan Amerika Syarikat dan menerima kelulusan penuh daripada mereka,” katanya.
Mastura berkata, segala makanan disediakan pihak Hotel Shangri-La dimasak di dapur istana bermula pagi semalam.
“Pihak kami menyelia dari segi penyediaan makanan dan proses penghantaran makanan kepada tetamu.
Pelayan untuk tetamu undangan bagi penghantaran makanan di 200 meja panjang bersaiz 21 kaki persegi disediakan oleh pihak Hotel Shangri-La, manakala pelayan Istana Negara dipanggil ‘boy’ melayan tetamu kehormat di pentas utama,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 26-4-2014 09:51 PM 
cadillac nie depa bawak masuk dlm air force one ke dari US?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|