CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: VR46

Amy Search diisytihar muflis???(bukti di pg2-pg3/Amy nafi muflis pg9)

[Copy link]
Post time 23-9-2013 03:23 PM | Show all posts
tah apa2 lah....tp ms dia start berubah dl aku suka..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2013 03:45 PM | Show all posts
wafeenaulia posted on 22-9-2013 02:15 PM
Muflis mna blh p luaq ngra suka2 kan, blh tp byk syarat kan...nk nafi apa lg amy mencari oiiii...mal ...

kalo muflis tak leh la buat koncert kat singapura, jakarta, london...south africa, dsbnye...

yazid pun dah sakit..nampak gayanye search skrg buleh main kat dlm mesia shj...

p/s mujo amy dah gi umrah...

kalo nak gi haji..kalo muflis...imegresen bagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 03:46 PM | Show all posts
melatibiru posted on 22-9-2013 09:46 PM
i x penah pegi walau rumah dekat je dgn rest cheng ho..asal nak pegi je full manjang .ada kata s ...

itu la, asal pergi full je manjang..patut nye kalo mcm tu..dah untung byk tu.......tp tutup jugak akhirnye........
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 03:47 PM | Show all posts
semalam kuar melodi pasal ni kan
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 03:51 PM | Show all posts
salimrock posted on 23-9-2013 03:46 PM
itu la, asal pergi full je manjang..patut nye kalo mcm tu..dah untung byk tu.......tp tutup jugak  ...

patutnya kan...sesuatu betul...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
MsIda posted on 22-9-2013 09:50 PM
Boleh tak nak cakap  .....Itu baru petunjuk kecil dari Tuhan....  ????

Aku lemah skit peribahasa tp org kata pulang paku buah keras kot... kannn? Gulp!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2013 06:37 PM | Show all posts
xpela, xwajib pun dia ngaku dia muflis.. mengaibkan diri sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama nau diorang ni gi diving, tak balik2 darat ni. Ke sambung diving kat rumah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2013 10:10 AM | Show all posts
san_chai posted on 19-9-2013 09:57 AM
btul..ni yang aku maksudkan dengan kaveat pd kad kredit si mati. tp ada org kata tak boleh........ ...

ape yang tak boleh ye?
bila ade kaveat selalunya waris simati kne deal ngn bank tu sendiri .. bila waris setuju utk masukkan jumlah hutang kad kredit dlm senarai liabiliti si mati baru bank akan remove kaveat.. so pastu baru waris boleh claim harta2 simati tp lepas ditolak senarai liabiliti.. mostly liability ni hutang credit card ngn kos pengebumian.. so maknenye kalau mati pun hutang credit card ni still kene bayar.. tak sure plak skrg kalau credit card pun dah pkai insurans

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 01:59 PM | Show all posts
F685 posted on 17-9-2013 10:41 AM
CREDIT : Roti Kaya

sabar je la.. dulu dia saman org skrg org saman dia.. hukum karma..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 02:02 PM | Show all posts
dugaan....tak selama nya hidup ini selalu indah...bersabar lah amy...wa caya lu..phewittt~~
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 03:23 PM | Show all posts
makbudakcomel posted on 24-9-2013 10:10 AM
ape yang tak boleh ye?
bila ade kaveat selalunya waris simati kne deal ngn bank tu sendiri .. bi ...

tula..tp kalau x silap aku ada terbaca ttg kredit kad berinsurans. ada premium lebih dr ordinary lah kot. i suppose kalau kategori kad kredit mcm ni mungkin bank tu akan bayarkan outstanding charges si mati..aku rasa la

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 03:27 PM | Show all posts
salimrock posted on 23-9-2013 03:45 PM
kalo muflis tak leh la buat koncert kat singapura, jakarta, london...south africa, dsbnye...

ya ...

boleh. tp ada cagaran dan guarantor br dapat perlepasan dr KPI. biasanya diorg akan minta masukkan deposit tunai dan buat akuan bersumpah serta beberapa prosedur lain. then DGI akan bg surat utk dikemukakan kalau ada sekatan kat airport

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 04:23 PM | Show all posts
dulu kan dia ada niat nak bukak sekolah tahfiz utk anak2 org kurang berkemampuan kt johor, waktu dia baru berhijrah.. ape cer eh... dh wujud ke dok sekolah tahfiz tu iye...

moga dipermudahkan urusan dia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 04:39 PM | Show all posts
dayana88 posted on 23-9-2013 03:47 PM
semalam kuar melodi pasal ni kan

...kita tunggu jelah minggu depan kot melodi gi intebiu si amy tak pun isteri dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 04:41 PM | Show all posts
fida75 posted on 24-9-2013 04:23 PM
dulu kan dia ada niat nak bukak sekolah tahfiz utk anak2 org kurang berkemampuan kt johor, waktu dia ...

entah le...agaknya dah buat la kot (bersangka baik)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2013 12:30 AM | Show all posts
Khamis November 21, 2013

Kawan Khianat Amy (Search) Sehingga Muflis

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI


                         Amy


SHAH ALAM:
Sekian lama berdiam diri selepas dikatakan muflis, vokalis kumpulan Search iaitu Amy akhirnya mengaku mengenai kontroversi itu selain mendedahkan dia telah dianiaya oleh sahabat sendiri.

Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, 55, bagaimanapun enggan mengulas berhubung perkara tersebut dan hanya akan berbuat demikian apabila kes berkenaan dibawa ke mahkamah.

"Apa yang boleh saya katakan, saya sebenarnya dianiaya oleh sahabat baik sendiri sehingga menyebabkan saya muflis. Itulah akibat terlalu percayakan kawan.

"Namun buat masa ini saya tidak mahu mengulas lanjut kerana akan membawa kes ini ke mahkamah untuk tindakan seterusnya," kata Amy kepada mStar Online.

Amy ditemui selepas sidang media Konsert Destini di Hotel Blue Wave di sini, Rabu.

Konsert bagi mengumpul dana Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) itu bakal diadakan pada 20 dan 21 Disember depan menampilkan barisan artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, Rossa, Pansha (Ungu), Adira, Hafiz, Jaclyn Victor, Awie dan Dayang Nurfaizah.





Amy sebelum ini dipercayai gagal untuk menyelesaikan sejumlah hutang yang dipinjamnya bagi menjayakan konsert jelajah Di Awan Biru sekitar 2009.

Perkara tersebut telah dibawa ke mahkamah dan keputusan yang dikeluarkan telah menyebabkan Amy isytihar sebagai muflis.

Dalam pada itu, mengulas mengenai luahannya mengenai perkara itu di Facebook miliknya pada Rabu, Amy berkata tindakannya mendedahkan mengenai kemelut itu berlaku secara tiba-tiba.

Jelas Amy, sebelum ini dia berdiam diri dan mengelak daripada berbicara mengenai perkara itu kerana enggan isu tersebut menjadi kecoh sehingga timbulnya fitnah.

"Apa yang saya kongsi di laman Facebook adalah luahan rasa hati yang saya pendamkan selama beberapa tahun ini.

"Luahan saya itu hanya sedikit dan masih banyak perkara lain belum saya luahkan," jelasnya.

Sementara itu, Amy berkata, walaupun pada mulanya dia sukar untuk menerima kenyataan bahawa dia telah muflis dan dikhianati oleh sahabatnya sendiri namun dia menyedari ia adalah satu dugaan.

Jelas Amy, dia tetap menjalani kehidupannya seperti biasa dan yakin ada hikmah di sebalik kejadian itu.

"Apa lagi yang boleh saya buat selain bersabar dengan dugaan yang menimpa kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya.

"Saya masih bersyukur kerana mempunyai kudrat untuk terus bekerja dan menampung keluarga," katanya.

Malah kata Amy, dia sudah memaafkan orang yang mengkhianatinya dan berharap individu tersebut akan memperbetulkan kembali keadaan.



Credits: mstar.com.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.085818 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list