CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sharlenetexas

[SENTIASA UPDATE]Jejak Kasih Artis2 '80an (dah jumpa gambar Nadia Kasim m/s 28)

[Copy link]
Post time 11-1-2013 09:32 AM | Show all posts
sharlenetexas posted on 10-1-2013 04:11 PM
Dulu2 pun raisuddin hamzah bapak si sarah selalu gak jd hero. Tinted pun tp ensem gak.

hahahaha... tinted!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2013 09:36 AM | Show all posts
Syd posted on 11-1-2013 08:19 AM
kalau u ols ingat citer sadis tragis lakonan sheols..

ai laks tingat citer Toyol..

kat youtube ada cite ni full..aku tengok aritu...lawak pulak...kecik2 dlu kemain takot lagi tengok
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 09:37 AM | Show all posts
alahai posted on 10-1-2013 11:52 PM
satu lagi filem tantiana, melati putih ke melati desa pun ntah....yg yusop haslam jadi doktor dan  ...

cita ni ke yang dia kena rogol tu? kesiannn..tapi dah ingt2 lupa dah
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 09:38 AM | Show all posts
sharlenetexas posted on 11-1-2013 12:11 AM
Dulu2 pun raisuddin hamzah bapak si sarah selalu gak jd hero. Tinted pun tp ensem gak.

aku ingt dia jadi hero drama apa tajuk dia tah...jadi gila..kalau dengar bunyi kapal terbang je dia meroyan...aku ingt part tu je..aduh da kertu kan bnyk lupa
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 09:40 AM | Show all posts
azie.dz posted on 11-1-2013 12:00 AM
lagi satu aiols suka..rosnah md noor and rosnah abd rahman...depa pelakon gak kan..

rosnah md noo ...


Rosnah Md Noor & Iwan..

majlis kawen anak dorang






Rosnah Abd Rahman...





2 ROSNAH...

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 09:40 AM | Show all posts
Syd posted on 10-1-2013 10:17 PM
yang pakai baju biru..diapit liza dollah dan arwah berahim pendek



tgk part ni bnyk kali pun aku rasa lawak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2013 09:42 AM | Show all posts
Syd posted on 11-1-2013 09:40 AM
Rosnah Md Noor & Iwan..

majlis kawen anak dorang

anak depa yg kawin ni yg study kat sydney tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 09:42 AM | Show all posts
sharlenetexas posted on 10-1-2013 05:52 PM
Siapa ingat kuiz Tekaria? Lupa lak siapa hos.

Aku pelik kenapa rtm suka sgt tayang sarkas di saat ...

hosnya ainol jamal zainal..hadianya isuzu jj
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2013 09:44 AM | Show all posts
ada 1 drama dulu, tajuk Siapa Bunuh Alice??... sampai skng aku x paham n x tau apa kesudahan citer tu.. sbb dulu, tengok trailer drama tu je aku dah takot..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 09:44 AM | Show all posts
azie.dz posted on 11-1-2013 09:42 AM
anak depa yg kawin ni yg study kat sydney tu ke

aah..
yang dok ngaji kat OZ tu laa
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 09:48 AM | Show all posts
bluecrystal posted on 11-1-2013 09:36 AM
kat youtube ada cite ni full..aku tengok aritu...lawak pulak...kecik2 dlu kemain takot lagi tengok ...




Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 09:49 AM | Show all posts
Syd posted on 11-1-2013 09:44 AM
aah..
yang dok ngaji kat OZ tu laa

owh ok..muda lagi kan..baru grad la tu kot..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 09:51 AM | Show all posts
saje-saje je lah tepek, wat infor

ARKIB : 22/02/2004
tidak kenal siapa artis kahwin kerabat

MUKADIMAH:

Benarlah kata pujangga, cinta tidak pernah mengenal sesiapa, hadirnya juga tanpa dipaksa. Cinta abadi melepasi benua, menerobos tembok darjat dan melewati tirai keturunan.

Ketika cinta datang menyapa, enggang dan pipit boleh terbang bersama. Kisah cinta golongan kerabat diraja dan artis tidak pernah terlepas pandang oleh masyarakat.

Kerabat diraja Pahang mendahului senarai golongan bangsawan yang memilih golongan kebanyakan termasuk artis popular sebagai teman hidup.

Kontroversi yang dicetuskan oleh personaliti Normala Samsudin baru-baru ini mengenai lamaran daripada `orang istana' secara tiba-tiba menarik perhatian masyarakat dan mereka menjangka akan bertambahlah jumlah artis yang menjadi suri golongan bangsawan.

Apabila sudah bertemu jodoh dan cinta berbalas, perumpamaan lama enggang dan pipit tidak boleh terbang bersama sudah tidak relevan lagi.

Wartawan SAHARUDIN MUSTHAFA dan TENGKU KHALIDAH BIDIN membawa pembaca Pancaindera mengimbas semula sejarah perkahwinan dan percintaan golongan bangsawan dengan insan seni.

Norizan dan Sultan Perak:
Kisah cinta paling klasik di kalangan artis tempatan dan golongan bangsawan barangkali ada kaitannya dengan bintang filem Melayu, Allahyarham Norizan dengan Almarhum Sultan Perak, Sultan Yusof pada tahun 50-an.

Norizan disunting oleh Sultan Yusof bagi menyerikan istana baginda setelah terpesona dengan baik budi dan kejelitaan wanita berwajah Melayu klasik ini.

Bagaimanapun, tidak pula dicatatkan berapa tahun Norizan bertahan sebagai permaisuri Perak sebelum pasangan diraja itu bercerai.

Sebentuk cincin biru yang kini disimpan di Arkib Negara Malaysia adalah antara kenangan cinta Sultan Yusof kepada Norizan ketika kasih mereka bertaut.

Selepas berpisah dengan Sultan Perak, Norizan disunting menjadi isteri kepada seniman agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Rumah tangga yang dibina itu juga tidak bertahan lama.

Ketika bersama Norizan, P. Ramlee mencipta lagu Tidurlah Wahai Permaisuri. Norizan menghembuskan nafas terakhir pada 15 Mei 1992.

Maria Menado dan Sultan Abu Bakar:
Pada 1963, primadona filem Melayu, Maria Menado dilamar oleh Sultan Pahang, Almarhum Sultan Abu Bakar.

Seniwati yang berasal dari daerah bernama Menado di Indonesia itu memilih untuk bersara dari dunia seni dan menetap di bandar diraja, Pekan, Pahang selepas mendirikan rumah tangga dengan Sultan Abu Bakar.

``Saya tidak pernah menyesal dengan apa juga yang terjadi kerana semua ini ketentuan Allah. Malah saya rasa cukup bahagia ditemukan jodoh dengan almarhum, seorang suami yang penyayang dan pandai menjaga hati saya,'' ujar Maria dalam satu temu bual pada September 1996.

Perkahwinan kedua Maria dengan Almarhum Sultan Abu Bakar dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Tengku Norashikin, Tengku Idris dan Tengku Baharuddin.

Cinta Sultan Abu Bakar kepada Maria dibawa sehingga ke penghujung hayat baginda. Semenjak kemangkatan Sultan Abu Bakar, Maria hidup bersendirian bertemankan anak-anak sebelum bertemu jodoh dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Dr. Mohd. Husain Yusof pada 1978.

Rafeah Buang dan Tengku Asmawi:
Kisah kerabat diraja berkahwin dengan artis tidak berakhir dengan kemangkatan Sultan Abu Bakar. Catatan bahagia artis dan kerabat diteruskan dengan perkahwinan artis jelita angkatan 60-an, Rafeah Buang dengan kerabat diraja Pahang, Datuk Tengku Asmawi Tengku Hussain.

Selepas melalui musim-musim cinta, Rafeah dan suaminya memilih untuk menoktahkan kisah cinta mereka ke gerbang perkahwinan pada 1971. Cinta pasangan ini juga hanya berakhir dengan kematian. Rafeah menghembuskan nafas terakhirnya pada 24 Julai 2002 kerana serangan kanser buah dada.

Selain lemak merdu suaranya mengalunkan lagu Udang Sama Udang dan Kenangan Di Rantau Abang, Rafeah juga dikenang sebagai isteri yang sangat setia dan tidak pernah bersikap meninggi diri biarpun hidup diselimuti kemewahan dan kebahagiaan.

Zuriat yang ditinggalkan oleh Allahyarham hasil perkahwinan ini ialah Tengku Ahmad Ashraff, Tengku Khairil Ashraf dan Tengku Amirul Ashraf serta seorang anak angkat, Nurul Iman Saleha.

Tengku Amirul Ashraf bagaimanapun meninggal dunia pada 1993 ketika berusia 11 tahun akibat kemalangan jalan raya.

Mazuin dan Pengiran Sufri:
Sinar gemilang dan kilau-kemilau majlis perkahwinan artis popular 80-an, Mazuin Hamzah dengan adinda Sultan Brunei, Pengiran Muda Sufri Bolkiah sehingga ke hari ini terus bermain di mata dan fikiran sesetengah peminat.

Bekas anggota kumpulan Quinnary M yang popular dengan lagu Cinta Palsu itu menggemparkan seluruh negara apabila dia dilamar putera diraja paling kaya di dunia itu.

Selain kisah cinta Mazuin dan Sufri mendapat liputan meluas di media, majlis pernikahan pasangan berkenaan yang diadakan di Istana Brunei juga diperkatakan sehingga bertahun-tahun lamanya.

Pihak media yang berpeluang membuat liputan perkahwinan pasangan ini sudah tentu menganggap ia sebagai sebahagian daripada sejarah penting dalam kerjaya mereka.

Bagaimanapun, selepas berkahwin sukar untuk menjejaki pasangan ini. Tidak pernah ada sebarang berita dari istana mereka tersiar di mana-mana media, sehinggalah Suruhanjaya Tinggi Brunei di Kuala Lumpur baru-baru ini mengesahkan mereka sudah bercerai.

Sufri dan Mazuin disahkan bercerai pada Disember tahun lalu dan Mazuin kini hanya dikenali sebagai Hajah Mazuin Hamzah.


Azreen dan Tengku Kamaruzzaman:
Sejarah mencatat bahawa artis Malaysia paling muda yang berkahwin dengan kerabat diraja ialah Azreen. Azreen berkahwin dengan Datuk Tengku Kamaruzzaman ketika usianya mencecah 16 tahun.

Tengku Kamaruzzaman sebelum ini merupakan bekas suami kepada pelakon dan penyanyi bersuara lunak manja, Noreen Noor.


Paula dan Tunku Azudin:
SEBAGAI celebrity, Sharifah Paula Malai Ali atau lebih dikenali sebagai Paula Malai Ali tidak dapat menghindarkan dirinya daripada menjadi perhatian ramai.

Justeru, pernikahannya dengan kerabat diraja Kedah, Tunku Azudin Shah Tunku Anuar pada 23 September 2002 diumumkannya secara rasmi pada satu sidang media yang diadakan di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur beberapa hari sebelum upacara pernikahan dijalankan.

Paula terpikat pada kesederhanaan Azudin yang pada pandangannya sangat merendah diri dan tidak pernah memandang tinggi pada statusnya sebagai kerabat diraja negeri Kedah.

Gosip artis dengan kerabat diraja:
Dunia hiburan pernah dihiasi dengan gosip percintaan bintang filem terkenal, Fauziah Datuk Ahmad Daud dengan salah seorang kerabat diraja pada pertengahan tahun 80-an.

Berdasarkan apa yang dilaporkan dalam majalah-majalah hiburan ketika itu, kisah cinta Fauziah atau Ogy dengan salah seorang kerabat diraja yang cukup popular, kacak dan bergaya itu cukup hangat dan sensasi.

Bagaimanapun cinta yang dibina tidak berakhir ke jenjang pelamin. Pancaindera difahamkan juga filem Suara Kekasih lakonan Ogy dengan Azmil merupakan filem yang menterjemahkan kisah cinta aktres tersebut dan lagu Kisah Cinta juga dikatakan sedikit sebanyak mempunyai pertalian dengan kekecewaan cinta antara dua hati.

Namun, sejauh mana kebenaran cinta beliau dengan golongan bangsawan itu, hanya Ogy yang mengetahuinya.

Pelakon berwajah kacukan pan-Asia, Julia Rais pula turut disunting oleh kerabat diraja Pahang. Khabarnya, Julia memilih untuk menetap di kota London sebaik sahaja sah menjadi isteri kedua kerabat diraja berkenaan.

Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman sebelum mengahwini Julita Aishah Abdul Latiff, bekas pramugari Singapore Airlines dalam satu sidang media pada 1999 pula mendedahkan kepada media mengenai hubungannya dengan pelakon wanita terkenal, Lydiawati.

Putera bongsu Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah itu memberitahu, hubungan mereka terjalin selama lapan tahun sebelum baginda membuat keputusan untuk menarik diri dan memberi tumpuan kepada kehidupan barunya.

Beberapa tahun lalu, pelakon Kavita Kaur juga diheret sama ke gosip berhubung hubungannya dengan orang istana. Kavita yang juga seorang peragawati ternama tanah air dilihat sering menghadiri beberapa majlis formal dan tidak formal di istana.

Dalam satu temu bual Kavita pernah memberitahu media, dia tidak menafikan mempunyai hubungan baik dengan kerabat diraja.

Peragawati dan pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Zahnita Hussein Wilson, 19, telah melangsungkan pertunangannya dengan kerabat diraja Perak, Raja Razman, 33, awal minggu ini.

Percintaan mereka terjalin semenjak dua tahun lalu dan dijangka bersatu di jenjang pelamin pada penghujung tahun ini.

Paling terbaru, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dikaitkan dalam hubungan dengan personaliti terkenal tanah air, Normala Samsudin.

Normala dalam kenyataannya kepada media mendedahkan, dia sedang membuat pertimbangan mengenai lamaran salah seorang kerabat diraja dari negeri pantai timur.


Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 09:52 AM | Show all posts
azie.dz posted on 11-1-2013 08:45 AM
salwa ni yg kena tangkap basah ngan subadron aziz kan..pastu depa kawin n now still berdua ke tak  ...


masih lagi.... kadang2 jumpa dia orang satu family makan kat kedai mamak... Laki haku plak kenal subadron ni... Jadi bertegur sapalah...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 09:52 AM | Show all posts
ruffleen posted on 11-1-2013 07:16 AM
aku suka tengok citer Opah dedulu

cite opah di tayang lagi la..
kul 1 pagi dkt tv 1..
hahahaha...
bln lps aku record kejap sbb x kan nak tggu smpai pepagi buta kan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 09:58 AM | Show all posts
sharlenetexas posted on 11-1-2013 12:42 AM
Ada kan cite ahmad fauzee ala2 panggilan pulau.

Filem Panggilan Pulau yang kontroversi katanya..

ada adegan ghairah etc - atas sebab itu telah diarahkan ditarik balik.

Ahmad Fauzee time tu dapat mcm2 ancaman yang katanya - mengancam keselamatan dan nyawa heols..

dibawah adalah ;

Jilid IV
Bil. 14
Hari Rabu
14hb Disember, 1994
M A L A Y S I A
PENYATA RASMI PARLIMEN
PARLIAMENTARY DEBATES
DEWAN NEGARA
Senate
PARLIMEN KELAPAN
Eighth Parliament
PENGGAL KEEMPAT


antara benda yang dibahaskan pada hari berkenaan adalah spt dibawah;




Setiausaha Parlimen Kementerian
Penerangan (Dato' Haji Fauzi bin Haji
Abdul Rahman): Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Penerangan tidak pernah
memberi amaran keras kepada penerbit
filem "PanggilanPuIau" berkaitan dengan
gambar ghairah promosi filem tersebut.
Ini adalah kerana pengiklanan promosi
filem tersebut adalah di luar bidang tugas
kementerian ini. Kementerian juga telah
dimaklumkan bahawasanya ianya telah
mendapat kelulusan pihak yang berwajib.
Untuk makluman Dewan yang mulia
ini, tidak ada filem-filem yang ditayangkan
di TV1 ataupun TV2 diistilahkan
berbentuk filem lucah kerana semua filemfilem
tersebut telah ditapis oleh Lembaga
Penapisan Filem di bawah Kementerian
Dalam Negeri dan juga oleh badan
penapisan RTM sendiri. Semua filemfilem
yang berbentuk lucah diharamkan
dari tayangan.
Timbalan Yang di-Pertua: Sila Tuan
Haji Rahim bin Baba.
Tuan Rahim biri Baba: Belum "haji"
lagi, Tuan Yang di-Pertua. (Ketawa)
Timbalan Yang di-Pertua Saya tukar
balik, Tuan Rahim Baba.
Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang
di-Pertua, soalan tambahan. Biasanya
kalau . filem sebelum ditayangkan
hendaklah terlebih dahulu mendapat
keluIusan Lembaga Penapisan Filem.Saya
ingin bertanya kepada Yang Berhormat
Setiausaha Parlimen, adakah filem-filem
ikla juga perlu mendapat kelulusan
daripada Lembaga. Penapisan Filem
sebelum ditayangkan di televisyen?.
Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul
Rahman: Perlu, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalah Yang di-Pertua: Lagi ada
apa? Ini ."Panggilan Pulau I" atau
"Panggilan Pulau II" Tuan Shuib?
Tuan Shuib bin Endut: "Panggilan
Pulau II"

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2013 10:03 AM | Show all posts
sambungan kontroversi filem panggilan pulau ii - ahmad poji





sharmine tu pungg kemain kemaruk bercium ngan ahmad poji tuhh
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 10:03 AM | Show all posts
missyqaldina posted on 11-1-2013 09:52 AM
cite opah di tayang lagi la..
kul 1 pagi dkt tv 1..
hahahaha...

hahahahaa...motip tayang time orang tido
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 10:04 AM | Show all posts
zafira posted on 11-1-2013 09:52 AM
masih lagi.... kadang2 jumpa dia orang satu family makan kat kedai mamak... Laki haku plak kenal ...

ramai dah kot anak depa...suka gak lelagu salwa dulu
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 10:07 AM | Show all posts
Syd posted on 11-1-2013 10:03 AM
sambungan kontroversi filem panggilan pulau ii - ahmad poji

eh cite ni penah kua kejap dlu kan..
ingat lagi..mmg merembes tgk cite nii..hahahahaa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.141353 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list