|
"Hah....Aishah,giliran awk pulak!" cadang Danny.
Aku terdiam. Kalau ikutkan aku memang ada bebera ...
cik_es Post at 22-10-2011 15:15
aku dulu pun ade sorg kawan rambut panjang sampai punggung
mmg panjang
aku dulu masa pegi kursus 1 bilik ngan dia
bila memalam dia bangun dr katil pastu membelakangkan aku
mmg terasa cam seram tgk rambut dia yg panjang mengurai tuh |
|
|
|
|
|
|
|
boleh pulak kn cek es & danny ni jumpa mcm2 menda pelik + misteri...
aku salu baca citer kt forum ni ada org tu sampai byk kali jumpa benda2 misteri @ hantu kan..
memang x semua org akan jumpa benda2 camni... adakah dia kacau org yg penakut sgt @ berani sgt? ke nasib la sapa2 yg malang terjumpa tu ek..
tp aku memang tak penah jumpa lagi.. alhamdulillah...
so nk tanya cek es... masa wat keje gi try tgk2 kt bilik kosong tu ada rasa takut sgt2 tak?ke rasa biasa2 jek..? |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah akhirnya saya layak juga nk membaca story cik es ni....bila saya baca je terbayang muka danny yg handsome..muka syaz yg ala2 tomboi cute...muka cik es yg cun.... |
|
|
|
|
|
|
|
best sagt cerita awak ni..saya nak cari yg part 1..tak jadi buat kerja bile mmbaca cerita awak,nasib bos tak perasan..suke part awak duduk di asrama kisah kawan awak yg rambut panjang tu..seram sangat[/code] |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by PitPot at 24-10-2011 17:44
..........................boleh la pulak komen.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aLieNzDaToR at 25-10-2011 08:39
double post |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 307# aLieNzDaToR
kalau ko ngorat cik es mungkin ada lak part 3 citer cik es nie hehehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 308# Azana
terpaksa bersaing dgn danny yg pandai masak tu. susah la nampaknya |
|
|
|
|
|
|
|
7 ...
Aku, Danny dan Syaz masing-masing rasa seram,dah la malam-malam,dengan hujan renyai-renyai lagi, berkongsi cerita menakutkan. Layan habis.
Haa... giliran Syaz pulak cerita pengalaman dia..
Cerita Syaz bermula..
P/s : 'Aku' dalam cerita di bawah adalah Syaz.
Kalau nak diikutkan,aku belum pernah lagi alami pengalaman yang pelik-pelik sepanjang usia aku. Itu antara salah satu sebab kenapa aku tak pernah percaya alam mistik. Bagi aku,itu hanya dunia khayalan manusia semata, bukan aku menafikan kewujudan makhluk lain kat dunia ni,ya memanglah ada syaitan,jin semua tu tapi bukan hantu. Bukan setakat rupa atau suara hantu, bayang hantu pun aku tak pernah nampak. Dengan hatiku yang keras dan sikap aku yang agak degil, aku tak pernah percaya cerita-cerita hantu yang diceritakan oleh sesiapa. Nak dengar boleh, tapi nak percaya, tak.
Sehinggalah pada satu malam, kawan baik aku call, minta pertolongan aku untuk teman dia dekat rumah kawan pompuan dia, takut berdua-duaan tu kena syak bukan-bukan pula oleh ayah dia nanti, dah la adik ayah dia tu tinggal kat lorong yang sama pulak. Nak mampus?
Dipendekkan cerita, malam tu lepas beli barang sikit kat shopping mall,aku pun pergi la rumah kawan aku ni, drive sendiri je. Dalam perjalanan tu, kawan aku call nak tanya pasal laptop yg abg aku nak let go tu. Kira nak deal best price la, aku cakap aku tak sure sebab laptop tu pun abg aku punya, tak tau la dapat kurang harga lagi ke tak, jadi aku cakap kat dia, nanti aku forward nombor abg aku,haaa ko discuss la sendiri dengan dia,berapa harga ko nak. Waktu aku tengah cakap dengan kawan aku tu dalam phone, aku hentikan kereta aku kat tepi,pasang signal. Lepas aku forward nombor phone abang aku kat dia, aku terus tekan minyak kereta untuk sambung perjalanan. Tersentak jugak aku waktu tu sebab baru perasan yang aku berhenti kat kawasan tanah perkuburan cina rupanya. Kawasan perkuburan tu terletak tepi sungai, dan jugak berdekatan dengan tanah perkuburan orang Islam,tapi kawasan perkuburan Cina lebih besar lagi. Timbul perasaan takut pulak sebab kawasan tu sunyi sangat, lampu jalan pun samar-samar je. Apa lagi, aku pun cepat-cepat nak beredar dari situ. Minyak dah tekan, tpi kereta macam berat sangat nak jalan. Hati dah mula berdebar,ah sudah. Ni apa hal pulak.
Rasa nak tergelak pun ada bila baru menyedari brek belum dilepaskan lagi,patutlah berat semacam. Cepat-cepat turun brek (sebab dah cuak), dan mula drive macam biasa. Tapi aneh, berat sangat macam naik bukit pulak. Waktu tu aku berdoa dan berharap sangat-sangat mudahan ada la mana-mana kereta lain yang lalu, tapi takde dan masih lagi senyap sunyi!
Dengan keadaan kereta yang berat seolah-olah berpenumpang ramai tu, aku gigih jugak drive. Ok la at least masih lagi dpt dipandu walaupun lambat, daripada tak bergerak langsung dan ada pulak makhluk asing jadik watak tambahan duk kat belakang kereta tu,ha ambik kau. Tau pun cuak lepas teringat cerita Nenek Misteri yang tetiba muncul kat belakang kereta tu, kalau betul-betul Nenek tu ada kat belakang aku ni macamana? Berani lagi ke?
Aku cuba memerhati dengan ekor mata,dan akhirnya memberanikan diri melihat melalui cermin. Fuhhh lega, takde penumpang misteri. Kereta yang pada asalnya berat, kembali normal. Dapat drive macam biasa dah,tp oleh kerana aku ni rabun malam,dengan hujan renyai-renyai lagi ni,tetap jugak slow aku bawak. Timbul rasa menyesal pulak sebab pakai jalan ni, jalan kawasan perkuburan ni memang lengang tapi antara salah satu jalan yang paling dekat dan cepat ke destinasi yang aku nak tuju. Lebih-lebih lagi tadi tengah borak dlm phone kan, jadi leka sikit,perasaan takut tu tak seberapa. Baru je aku rasa dah nak tenang,tiba-tiba dari atas bumbung kereta aku, seekor kucing hitam boleh je selamba turun dan duduk kat bonet depan. Mula-mula bengang tapi akhirnya bertukar jadi rasa takut bila direnung tajam oleh kucing ni,aku dah drive agak laju jugak, tp kucing tu macam tuuuuu jugak, masih berdiri betul-betul depan aku. Aku break mengejut sebab nak bagi kucing ni jatuh tapi terperanjat gila bila kena hon van lain dari belakang sebab stop mengejut. Tadi bukan main sunyi, ni aku dah stop, boleh pulak ko tiba-tiba ada belakang aku eh? Van tu brek mengejut jugak, siap ada sound effect lagi.
Aku tercari-cari jugak ke mana perginya kucing td, tp bila aku menoleh ke belakang, mamat van tu dah keluar pulak dari van dia, hadoi. Dia terlanggar kereta aku ke tadi ha? Kena sikit kot? Aku pun buka tali pinggang keledar dan keluar dari kereta. Waktu ni memang dah standby pisau kecik dlm poket untuk keselamatan. Kalau ikutkan,aku tak nak berhenti tapi atas sebab rasa bersalah brek mengejut tadi dan aku tak sure sama ada van tu langgar ke tak bahagian belakang kereta aku (sebab tengah kalut dengan kucing tu satu hal lagi tadi). Aku keluar dari kereta dan berpaling ke belakang,dengan niat nak menyapa mamat van tu.
Tapi,bila aku dah paling ke belakang, bukan kata mamat tu je, dengan van nya sekali dah lesap, sekelip mata je! Mustahil sangat sebab hanya beberapa saat, dah hilang? Dan seumur hidup aku, aku tak pernah rasa takut macam ni. Apa lagi, kelam kabut aku masuk balik kereta dan terus pecut selaju yang boleh, nasib baik takde berlaku lagi fenomena kereta berat tu.
Cerita Syaz tamat di situ.
Dahi aku berkerut mendengar cerita Syaz. "Err,peristiwa ni baru berlaku tadi ke? Waktu ko dalam perjalanan ke rumah aku?" aku bertanya. Syaz mengiyakan.
Aku percaya Syaz sebenarnya masih ketakutan tapi dia cuba untuk berlagak selamba,ego. Aku perhati sekeliling dan perbuatan aku tu mendapat perhatian Syaz. Cepat-cepat dia tampar kaki aku yang tengah duduk bersila tu.
"Hisshhh....ko tengok ape ah?Ada benda ikut aku ke?Mamat van ke?" Syaz tanya.
"Bukan lah... mana la tau..ishhh,tak mau fikir lah!" aku pun dah mula rasa seram.
Tak lama lepas tu, kitorang tukar topik sebab tak nak cerita pasal hantu banyak-banyak. Dah tengah malam. Rasa takut tu masih lagi terbawa-bawa waktu nak tido, akhirnya kami buat keputusan nak tido sama-sama je kat ruang tamu. Danny ke dapur, dengan membawa sama gelas-gelas untuk dibasuh. Ni sape yang tuan umah ni,aku ke dia? Haha. Aku dengan Syaz pulak tengok tv, cerita CSI dan mula speku2 sapa pembunuh. Last-last, Syaz tertido & tv tu pulak yang menonton dia. Bila tengok Syaz tido, aku pun tertido sekali.
Lebih kurang jam 3 pagi,aku terbangun. Nak ke tandas sebenarnya tapi entah kenapa aku rasa seram pulak. Jadi aku tahan je dulu ape yang patut ditahan. Hehehe... aku tercari-cari Danny,rupanya dia tak tido lagi tapi asyik dengan laptop dan kat tepi dia ada beberapa file. Kerja ke apa dia ni, esok Sabtu weh, rilek la! Kawasan ruang tamu rumah aku agak panjang, terbahagi dua. Bahagian pertama memang tempat untuk tengok tv, ko boleh la tergolek-golek depan tu ikut suka. Bahagian kedua pulak baru ada sofa-sofa dan meja in case kalau ada tetamu datang ke.
Danny duduk kat sofa tu dan aku pulak baring depan tv. Senyap-senyap aku perhati Danny dari jauh,tengok dia buat pe. Nampak macam tengah key in sesuatu dari file tu ke dalam laptop dia. Mesti tarikh submit dah nak dekat,baru sibuk nak buat eh? Aku memerhati,dan memandang dari kejauhan. Selimut aku tarik sikit, sejuk. Di luar masih lagi hujan renyai. Aku tak dapat tido jadi aku perhatikan sahaja Danny buat apa di situ,walaupun macam takde apa yang menarik pun. Serius gila muka dia buat kerja, dengan segelas air kat sebelah.
Tiba-tiba dia bersandar ke sofa seperti keletihan dan menoleh ke arah aku, aku dah tak sempat nak cover, kantoi pulak aku tengah tengok dia. Aku pura-pura betulkan bantal dan sorok muka dengan bantal kecik yang lagi satu. Haihhh, bagi malu je la, tengah dok perhati,boleh kantoi pulak. Setelah berapa lama, aku tak selesa pulak asyik tutup muka dengan bantal kecik tu, perlahan-lahan aku alihkan, dan Danny, sekali lagi menoleh ke arah aku bila melihat aku bergerak. Aku yang pada awalnya tengah tahan-tahan nak ke tandas,kali ni macam tak dapat nak tahan dah. Aku bangun dari tempat tido dan menuju ke tandas. Berani-berani takut je lah. Danny seolah faham, dia pun bangun dari sofa dan menuju ke dapur. Aku lega sebab at least berteman lah, kalau dia ke dapur, tak la jauhnya dengan tandas yang letaknya memang selepas dapur tu je. Selepas selesai buat apa yang patut kat bilik termenung tu, aku dengan confident bukak pintu tandas dengan jayanya tanpa rasa takut. Tapi boleh pulak si Danny berdiri sambil berpeluk tubuh, betul-betul kat depan pintu tandas. |
|
|
|
|
|
|
|
"Yang awak ikut sy ni kenapa?" aku tanya, konon bengang la dia tunggu depan tu, padahal aku memang nak dia tunggu sebab aku dah takut.
"Nak teman je. Awk ok?" Danny serius. Jangan serius sangat boleh tak?
"Ok je.. nape awk tak tido lagi?"
"Buat kerja sikit.. Hari isnin nanti dah nak submit"
"Itu isnin... esok Sabtu, ada banyak masa lagi utk buat,tido la dulu"
"Kalau pakai alasan nak jaga awk tido, boleh diterima pakai ke?"
"Adeh....nak borak kat sini ke? Tumpang lalu ye.." aku membongkokkan sikit badan tanda meminta laluan. Aku cuma tak selesa bila Danny mula cakap tentang sesuatu yang lebih serius tentang hubungan aku dengan dia.
Danny masih berdiri di situ, sikit pun dia tak bagi aku keluar dari tandas tu. Betul-betul dekat muka pintu.
"Sya...whats wrong with u?" Danny tarik aku dan suruh aku duduk atas kerusi kat meja makan.
Aku duduk. Danny diam. Aku pun sama.
"Kenapa awk macam lari dari sy? Knapa awk tak mcm dulu? Did I hurt u?" Soal Danny bertubi-tubi.
"Tak" jawab aku ringkas.
"What do u mean by tak?"
"U didn't hurt me"
"Then, kenapa awk macam nak jauhkan diri? Sy tak kisah kalau awk tak terima sy, tapi kenapa dengan cara macam ni?"
"Awk nak cara yang macamana? Cara berterus terang ke?"
"Awk ada rahsia apa-apa dari sy ke?"
"Memang sy ada rahsiakan. Awk ada nak cakap apa-apa lagi ke?"
"Tell me.... kenapa?"
"Sy tak nak awak"
Danny tersentak, dan meninggalkan aku dari situ. Dia kembali ke ruang tamu. Timbul rasa penyesalan di hati aku, aku tak patut buat dia macam tu. Semuanya kerana kenangan masa silam yang sangat pahit untuk aku, aku pernah rasa terluka sangat, yang aku harap satu hari nanti, akan sembuh. Tapi sampai sekarang, aku rasa disakiti dan dianiaya, betapa sukar aku untuk terima hakikat dan meninggalkan kenangan silam, hanya Tuhan yang tahu betapa aku buntu dengan situasi macam ni.
Aku ikut ke ruang tamu dan cuba lelapkan mata. Sudahnya aku tak tido sampai ke subuh dan yang aku sedar, Danny selimutkan aku sewaktu aku pura-pura tido bila menyedari dia menghampiri dan letak sesuatu di sebelah aku, tapi aku tak menoleh..
Esok paginya aku terbangun agak lewat sebab kurang tido. Bila aku bangun, Syaz masih lagi lena. Jam menunjukkan hampir pukul 11 pagi. Ya Allah, anak dara apa la macam ni bangun lewat2. Aku menoleh ke arah sofa, Danny tiada di situ. Aku menuju ke dapur,dan seperti yang disangka, sarapan pagi sudah pun tersedia di situ. Telur rebus dan mi goreng. Hmmm..
Sementara menunggu Syaz bangun dari tido, aku sarapan dulu. Hari ni tak kerja dan takde plan lain,aku rasa bosan pulak. Tak tau apa yang perlu aku buat. Mungkin rehat saja di rumah atau keluar dengan Syaz nanti. Sedang aku menikmati sarapan, aku teringat yang awal pagi tadi aku rasa Danny ada letak sesuatu di sebelah aku, atau pun mungkin aku mimpi? Untuk kepastian, aku pergi balik ke ruang tamu dan mencari. Belum lama mencari, kedengaran suara seseorang memanggil dari luar.
"Haallllooooooo...Halllloooooo" jerit seorang nenek tua dari luar. Aku menjenguk dari dalam,tak berani pulak nak keluar.
"Haaallllooooo.... Halloooooo" nenek tua tu masih berdiri lagi di depan pagar rumah,sambil membawa bakul kecil.
Baru je aku keluar nak tengok apa dia nak, kereta Danny muncul dan parking betul-betul sebelah nenek tu. Nenek tu diam, lalu terbongkok-bongkok menjenguk ke dalam kereta. Kereta tu tingkapnya tinted, dan agak susah sikit nak tengok ke dalam. Aku gelak sendiri, comel pula tengok nenek tu terjenguk-jenguk dengan sedaya upaya dia. Bakul yang dibawanya tadi,masih dipegang erat. Aku mendekati nenek tu, pagar rumah dibuka.
"Cari siapa?" kata aku.
Nenek tu senyum dan buka bakulnya yang pada awalnya tertutup. Oh, jual kuih-muih rupanya. Aku tak pernah nampak pun nenek ni kat kawasan sekitar ni, baru pindah ke apa nenek ni?
"Tak apa nek, saya dah sarapan. Terima kasih ye" kata ku dengan lembut. Tapi nenek ni masih lagi bercakap-cakap dengan aku, aku agak dia promote kuih-muih tu kot, tapi aku tak faham, sebab dia memanjang je cakap cina. Aku pulak memanjang je jawab "Tidak mau..tidak apa..tidak lapar" dan segala macam tidak lagi. Dan nenek tu tak putus asa, bila aku tak nak beli, dia pergi pada Danny pulak yang waktu tu dah keluar dari kereta. Serious, comel nenek ni.
Danny bersembang sekejap dengan orang tua tu. Sesekali nenek tu cakap jugak dengan aku, dengan bahasa cina nya tapi beberapa kali dia ada sebut "halal" dan "melayu" jadi aku agak-agak kuih tu orang melayu buat dan halal kot? Last, Danny beli jugak kuih tu beberapa biji dan nenek tu pun pergi. Sebelum pergi, berulang kali dia sebut "Kamsiaa... Kamsiaa..."..
"Kamsiaa..?" aku agak kaget. Dah lama aku tak dengar perkataan tu. "Kamsiaa..." aku ulang lagi. Aku dan Danny berpandangan.
"Kamsiaaa..." macam best pulak sebut perkataan tu banyak-banyak kali. Kenangan bersama Nenek Misteri tu,kembali.
Eh,lupa pulak dengan Danny yang berada di situ.
"Ermmm.. nenek tu tadi cakap ape eh?" aku bertanya sekadar untuk memulakan perbualan.
"Dia cakap Kamsiaaa..."
"Hahaha..tau la Kamsiaaa...selain tu? Dia cakap apa pasal kuih tu?Halal ek?"
"Dia cakap Ngai On Ni.."
"Ngai On Ni.?" aku berkerut.
"Ha'ah..Ngai On Ni"
"Maksud?"
"I love you.."
Bersambung .. |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah.. nenek tu da jatuh cinta kat danny plak. melepas cik es.. |
|
|
|
|
|
|
|
huaaaaa ending nyer.............. |
|
|
|
|
|
|
|
tq cik es.. suka sangatt , |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 312# aLieNzDaToR
sila tabahkan diri ko hehehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bestttttt....
Perkataan baru hari ini: NGAI ON NI...
Perkataan lama: KAMSIA
Boleh bukak kelas bahasa hokien lepas ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
cik_es, danny tu betul2 NGAI ON NI ngan u, terima jer la dia, untung tau dapat lelaki yg pandai masak, carring, romantic dan mcm2 lagi la :-) |
|
|
|
|
|
|
|
masih setia lg danny datang walopon cik es x nak... tp btol ke cik es x nak niiiiii... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 311# cik_es
ecah..ktk ngn danny speaking apa?? |
|
|
|
|
|
|
|
sweet la cite ni boleh berangan jap jadi cik es wahahaha. Danny tu mesti sweet |
|
|
|
|
|
|
| |
|