Tips Beli Buah Nanas Manis & Dijamin Tak Masam, Kena Pandai Pilih Baru Tak Menyesal
CARA PILIH NANAS YANG MANIS
1. Warna Buah nanas yang masih berwarna hijau sudah boleh dipetik. Namun begitu, ia masih belum ranum dan tidak cukup manis untuk dimakan. Lebih baik jika memilih buah yang sudah benar-benar masak sebelum dipetik.
2. Aroma Buah yang sudah masak mempunyai aroma yang harum. Oleh itu, pastikan anda menghidu terlebih dahulu sebelum memilih buah. Sekiranya bau lebih ke arah masam, kemungkinan besar ia buah lama dan sudah busuk.
3. Saiz Lebih baik jika memilih buah nanas yang bersaiz besar kerana memiliki lebih banyak isi. Maklumlah setelah dibuang kulit, isi buah tidak begitu banyak.
4. Kulit Semasa sedang memilih buah nanas, perhatikan pada bahagian luarnya. Nanas yang manis memiliki warna kulit yang terang, bukanlah yang berwarna malap atau kelam. Warna kulit yang berwarna oren kekuningan menandakan ia sudah masak.
5. Tekstur Nanas yang sudah ranum mempunyai tekstur yang empuk bila ditekan. Elakkan membeli nanas yang masih keras kerana ia masih muda dan belum sedia untuk dimakan.
6. Daun Daun yang terdapat pada buah nanas tersebut rupanya memainkan peranan dalam memilih buah yang manis. Jika daun tersebut sudah layu, maksudnya buah itu sudah lama masak.
Oleh itu, jangan lupa praktikkan 6 tips ini semasa sedang memilih buah nanas. Barulah tak membazir jika terbeli buah yang busuk atau belum masak. Semoga bermanfaat!
|