CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aerolit_gurlz

cintaku full house

  [Copy link]
Post time 6-4-2011 11:53 AM | Show all posts
yes yes zakif dah tunjukkan kepakaran
menjadi romantika.......
harap2 masa kat langkawi mengeratkan
lg hubungan suami isteri ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2011 05:54 PM | Show all posts
aiseymen..dah terlupa lat jln cite..nak kena rempit dr awal balik ler..heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 07:42 PM | Show all posts
wah .. sonoknya.. biarpun lakonan.. mcm real je zakif ni
redsentra Post at 6-4-2011 08:35

real pun xpe lah... i suka....
harap2 hubungan diorg ni bertambah2 mesra lg ms kat langkawi nti..
ofis trip kan, xkan nak bertekak dpn kwn2 zakif tu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 09:27 PM | Show all posts
huhuhu....tak puassss....kenapa la lama sangat nak sambung...memang meruntun hatiku....

ingatkan citer ni dah takder sambungan...hihihi...teruskan yek....time kacehhh...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2011 07:19 AM | Show all posts
samb lg biar panjang sikit best
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2011 09:21 AM | Show all posts
sekali ZAKIF berlakun terjatuh cinta HANA...
kalu free letak n3 lagi tau...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2011 10:29 AM | Show all posts
come on gurlz....
nak yg lomantik2 lps ni xmo gaduh2 dah....
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2011 10:50 AM | Show all posts
Cepat sambung nak tgk lakunan menjadi kenyataan ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2011 12:27 PM | Show all posts
tak sabar nak tunggu derang pg langkawi....ermmmm mesti sama2 tangkap cintan kan..bestnyerr...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2011 03:29 PM | Show all posts

-18-



“DAH SIAP MASAK?”soal Zakif sambil bersandar di dinding pintu masuk dapur.Hana yang sedang mencuci pinggan kotor tersentak.Hilang terus bayangan peristiwa yang berlaku tengahari tadi.Dia menoleh memandang Zakif.



“Dah..”Sepatah Hana menjawab.



Zakif menapak ke meja makan.Dia menjenguk lauk yang sudah tersedia di atas meja.Terdengar bunyi kerusi ditarik.Hana terus mengambil pinggan dan diletakkan di hadapan Zakif.Nasi terus diletakkan ke dalam pinggan tanpa banyak soal.



“You tak makan?”soal Zakif mendongak memandang Hana yang berdiri di sebelahnya.



“Tak..”



“Kenapa?”



Hana diam.Dia mengigit bibir.”Kenyang”jawabnya.



Zakif bangun daripada kerusinya.Hana terpingga-pingga.Dia memandang Zakif yang mengambil sebiji lagi pinggan.Pinggan itu diletakkan berhadapan dengan tempat dia duduk.Dia menarik kerusi dan mengisyaratkan supaya Hana duduk.



Teragak-agak Hana duduk.Zakif kembali mengambil tempatnya.



“Kita duduk dalam rumah ni berdua aje”ujar Zakif sambil mengambil lauk.”Kalau you tak teman I makan,siapa lagi nak teman I makan.”



Hana diam.Dia hanya tunduk memandang pinggan.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2011 03:29 PM | Show all posts

“I ada satu tabiat daripada kecil”sambung Zakif lagi.Dia mengambil lagi lauk tapi kali ini diletakkan ke dalam pinggan Hana.Hana mengangkat wajahnya.



“Kalau I makan,I nak kena ada orang yang teman I makan.I tak suka makan sorang-sorang”Bertentangan anak mata mereka berdua.



“Dan..”Zakif senyum.”Orang yang teman I makan tu,wajib kena makan sekali.”



Hana menundukkan wajahnya.Terasa darah hangat menyerbu naik ke atas.Dia memegang pipinya.Entah kenapa dia rasa macam pipinya pijar.Terasa panas.



“Eh..you okey ke?”soal Zakif.Dia menundukkan kepalanya,cuba memandang wajah Hana.



Hana gugup.”Haa.Okey.I okey.”Hana cuba mengorak senyuman.



“Sure you okey?Muka you nampak merah.”



“Eh?Yea ke?”Hana memegang kedua-dua pipinya.”Merah sangat ke?”



Zakif sengih.Hana mengerutkan dahi melihat senyuman Zakif.



“I gurau ajelah.You ni kenapa?Nampak tak selesa aje.Relaxlah.Kita tinggal berdua aje dalam rumah ni.Sampai bila you nak segan dengan I.”



Hana diam.Dia terus menadah tangan.Zakif yang mengerti akan perbuatan Hana turut menadah tangan.Doa makan dibacanya penuh tertib.



“Oh ya..”Zakif mengerling Hana sekilas sebelum mengaul nasinya.”Apa yang you panggil I waktu tengahari tadi?”



Hana tersedak.Terkejut dia mendengar soalan Zakif yang tidak disangka-sangka itu.Dia seboleh mungkin cuba hendak melupakan apa yang terjadi pada waktu tengahari tadi.Hana terus meneguk air yang berada disebelahnya.



“Panggil apa?”soal Hana pura-pura tak faham.



“Hmm..”Zakif menyuap nasi.”I dengar macam ada orang tu panggil I abang.”



Hana meneguk air liurnya.Nasi yang masih banyak didalam pinggan terasa tidak mampu hendak dihabiskan.Dia memandang Zakif yang kelihatan berselera menyuap nasi.



“Kan?You panggil I abang kan tengahari tadi?”Zakif memandang Hana.



Hana memegang kuat gelas yang berada disebelahnya.



“Err..sorry.”



Terkejut.”Kenapa tiba-tiba minta maaf?”soal Zakif.



“Sebab..”Hana menarik nafas.Memang sekarang dia rasa malu.Teringat balik apa yang dia dah buat pada Zakif.Panggil abang?Pegang lengan?



“Sebab…”Zakif memandang Hana,menanti kata-kata selanjutnya.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2011 03:30 PM | Show all posts

Hana membalas pandangan mata Zakif.”Sebab panggil you abang dan pegang lengan you”ucap Hana laju.Perasaan segan disembunyikan jauh ke dalam lubuk hati.



“Hmm..”Zakif terangguk-angguk.Dia menyuap lagi nasi masuk ke dalam mulutnya.Dipandangnya Hana yang kelihatan sudah serba-salah dan malu itu.Gelas yang berada disebelah pingganya diambil.



“Jadi you sedarlah apa yang you buat tengahari tadi?”



Berat Hana mengangguk kepalanya.Dia dah dapat rasakan apa yang sedang Zakif fikirkan.Mesti Zakif fikir dia ni perempuan yang suka ambil kesempatan.Tapi kesempatan apa yang dia ambil?Dia pegang lengan suami dia sendiri.



‘Oit Hana!Sejak bila kau mengaku yang dia tu suami kau?’soal suara hatinya.



Syuhhh..Diamlah.Pergi main jauh-jauh.



“I’m sorry..”ucap Hana lagi.Terasa macam tak terkeluar suaranya.



“Accepted..”Zakif mengukir senyuman.”Tapi kan,kalau nak diikut-ikutkan,sebenarnya tak luak mana pun you pegang i.Nak pegang bila-bila pun tak ada masalah punya.”



Hana menjeling Zakif.Gatal!



“But..”Zakif meneguk air sebelum meletakkan gelas itu di meja.”Panggilan abang tu..”Zakif terdiam.



Hana mengerutkan dahi.



“I think I like it.So..kenapa you tak panggil aje I dengan panggilan tu?”



Terasa macam nak luruh jantung mendengar apa yang Zakif ucapkan.Hana memandang Zakif tidak percaya.Terkebil-kebil dia dibuatnya.Suasana sepi selama beberapa saat.


Zakif  yang pada mulanya berwajah serius terus pecah ketawa.Dia mengelengkan kepalanya.



“Lawak betullah you buat muka macam tu”ucap Zakif.Nasi yang berada didalam pinggan dihabiskan.



“Don’t take heart.Just kidding.I tahu you memang takkan panggil I abang punya.It’s kind of funny bila nak diingatkan kejadian tengahari tadi.Nasib baik I ni ada bakat berlakon”Zakif sengih sambil mengenyit mata pada Hana.



Spontan Hana mencebik.Zakif membuntangkan biji mata melihat cebikan Hana.



“Kenapa?You tak percaya yang I boleh berlakon eh?”



“Eh..mana ada!”Cepat Hana menyangkal.”I bukan tak nak percaya,I cuma ragu-ragu aje.”



“Samalah tu!”Zakif mendengus.



Hana ketawa kecil melihat muka Zakif yang berubah kelat itu.Zakif yang melihat Hana ketawa dengan ekor matanya tersenyum kecil.



Air yang berada di dalam gelasnya cepat-cepat dihabiskan.Zakif bangun sambil membawa pinggan dan gelas kotor.Pili air dibuka.Cermat dia membasuh pinggan dan gelas itu.



“Tapi kan..”Zakif meletakkan pinggan dan gelas rak pinggan.Dia menoleh memandang Hana.



“Kalau you betul-betul nak panggil I abang pun,I pasrah aje.”



Serentak itu Hana terus tersedak.Zakif ketawa melihat gelagat Hana.



Hana mengetap bibir geram melihat Zakif yang sudah keluar daripada dapur.


                                                                                           [ BAB 18 TAMAT ]




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2011 03:31 PM | Show all posts

-19-



ZAKIF MERABA-RABA handphonenya yang terletak di atas katil.Dia melihat sekilas nama pemanggil sebelum terus menekan butang hijau.



“Assalamualaikum..”



Wa’alaikumsalam.Oit!Kau buat apa?”



“Mohd Qairi bin Razak!”Zakif bangun daripada baringnya.”Kau tahu tak sekarang pukul berapa?”



“Tahu!Pukul sebelas setengah malam kan?”jawab Qai lurus.



“Tahu pun!Kau tak ada kerja lain ke nak buat selain daripada mengacau aku tengah-tengah malam buta ni?”



Qai ketawa kecil.”Apa yang kau kalut sangat ni?Macamlah tak pernah berjaga sampai ke subuh.Kau buat apa ni?”



“Tengah cakap dengan kaulah!”



“Mangkuk!”Qai bersuara kuat.”Maksud aku,sebelum aku telefon.”



Zakif ketawa.Dia membetulkan sandarnya di kepala katil.



“Aku tengah baca komik.”



“Komik?Kau ni sejak bila minat komik ni?”



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2011 03:32 PM | Show all posts

“Aku pinjam komik Hana.Nampak dekat atas meja.Tu yang aku pinjam kejap.”



“Kau pinjam ke kau ambik?”soal Qai.



“Pinjamlah..”ujar Zakif.Terasa pedih disindir oleh Qai.Macam tahu-tahu aje aku ambik komik Hana tanpa minta izin.



“Kau dengan Hana macam mana?”



Zakif diam sesaat.”Macam mana apa?”



“Yelah.Apa perkembangan?”



“Kenapa kau nak tahu?”soal Zakif.



Qai yang berada di talian sebelah sana menepuk dahi.



“Macam mana aku tak nak tahu.Kau sahabat aku.Sahabat aku yang paling rapat.Last-last aku dapat tahu sahabat aku kahwin tak serupa orang lain kahwin.Tak ke..”



Ketawa Zakif pecah mendadak.



“Apa pula tak serupa orang lain kahwin?Aku tak macam orang ke?”



“Kif..”Kedengaran suara Qai bergetar.”Kau jangan nak buat aku naik marah.Kau ingat kredit aku tak jalan ke bila sembang dengan kau ni.”



“Busybody!”Zakif mengutuk Qai.



“Whatever..”Qai diam sesaat.”Kau dengan Hana dah okey dah ke?”



“Hmm..”Zakif menarik nafas.”Macam dulu jugaklah.Dia buat hal dia,aku buat hal aku.”



“Haish..”Qai mengeluh.”Apalah kau ni.Kau ni normal ke tak?Aku nak tanya kau soalan yang jujur ni.Kau tinggal berdua dengan Hana,takkan tak rasa apa-apa kot.”



Zakif diam.Terbayang kembali peristiwa di mana Hana tidur di bahunya.



“Adalah sikit-sikit.Tapi aku kan kuat iman..”Zakif riak.



“Riak riak!”Qai bersuara kuat.”Sekuat mana pun iman kau weh,lama-lama pun mesti bergoncang


punya.”



“Dahlah kau!Doakan aku benda macam tu nak buat apa.”                                                            



“Kif..”Qai berdehem.”Dengar apa yang aku nak cakap.Nasihat aku masih sama macam nasihat aku yang dulu.Cubalah buat perkahwinan korang tu macam perkahwinan pasangan yang lain.Perkahwinan yang normal.”



Zakif menarik nafas.”Aku tak tahu samada aku mampu ke tak.”




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2011 03:32 PM | Show all posts

“Kau mampu punya”Qai bagi sokongan moral.”Kau dah jadi suami dia.Dia dah jadi hak kau.Kau buatlah apa yang patut supaya dia terus jadi hak kau.”



“Cakap memanglah senang Qai.”



“Memanglah cakap tu senang,sebab tu aku cakap.Tapi itu semua terpulang pada kaulah kan.Nak ikut ke tak nak.Jangan sampai kau menyesal tak sudah bila kau dah sedar yang kau tu sayangkan Hana.”



Zakif diam lagi.



“Okeylah weh.Aku nak mandi ni.Baru balik daripada photoshoot,penat gila kau tahu.Sebenarnya aku telefon ni nak beritahu yang aku dah ada dekat Ipoh.”



“Mangai..”Zakif ketawa kecil.”Dah lama dah kau sampai?”



“Adalah dalam dua jam lebih”Qai ketawa.”Nanti bila-bila senang aku telefon kau lagi,okey.”



“Okey.Trimas weh atas nasihat kau tu..”



Qai ketawa lagi.”Perli nampak.I really meant it Kif”Nada suara Qai berubah menjadi serius.



“Yea..aku tahu.Okey.Assalamualaikum..”



“Wa’alaikumsalam..”Dan butang merah terus ditekan.



Handphone Zakif letakkan kembali di atas katil.Dia mendongak memandang jam dinding.Sudah menunjukkan pukul 12.10 tengah malam.Zakif bangun daripada katilnya.Tiba-tiba terasa dahaga pula.



Pintu bilik dibuka.Dia melangkah turun.Sampai di anak tangga terakhir,Zakif memberhentikan langkah.Cahaya lampu di ruang tamu yang masih samar-samar menarik perhatiannya.Perlahan dia menapak ke ruang tamu.Hana yang sedang tidur dengan beralaskan lengan di atas meja itu dipandang.



Kelihatan televisyen terpasang.Meja berselerak dengan bermacam jenis kertas.Earphone yang masih terlekat di telinga Hana.Zakif mengelengkan kepala.Pelik dia macam mana Hana boleh tidur dengan lagu yang terpasang kuat.



Perlahan-lahan Zakif menanggalkan earphone.Diletakkan earphone di atas meja.Kertas yang berselerak disusun elok.Laptop Hana di off selepas dia save semua dokumen-dokumen yang Hana buka.



Remote televisyen Zakif capai dan terus dia menekan butang off.Zakif melutut di sebelah Hana.Rambut Hana yang menutupi matanya diselak perlahan.Raut wajah Hana yang tenang ketika tidur dipandang lama.



“Kau tinggal berdua dengan Hana,takkan tak rasa apa-apa kot.”



Tiba-tiba Zakif terdengar suara Qai.Dia mengusap perlahan ubun-ubun Hana.Senyuman kecil terukir di bibirnya melihat Hana yang begitu lena tidur.Terasa macam tak puas melihat muka Hana.Perlahan,dia memberanikan pula diri mengusap pipi Hana.Tindakan refleks yang dia tak tahu daripada mana datangnya.



”Sekuat mana pun iman kau weh,lama-lama pun mesti bergoncang punya.”



Zakif tersentak.Dia mengusap mukanya.Jarak mukanya dijauhkan daripada wajah Hana.Entah macam mana kepalanya boleh tergerak untuk mendekati wajah Hana.Wajah Hana dipandang lama.Daripada dahi,turun ke mata.Jatuh ke hidung.Dan akhir sekali bibir Hana.



‘Kalau cium sikit tak jadi hal kan?’soal hati kecil Zakif.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2011 03:33 PM | Show all posts

Zakif mengelengkan kepalanya.Dia cepat-cepat bangkit.Bahaya betullah.Zakif berundur beberapa tapak ke belakang.Dia rasa lebih baik dia cepat-cepat naik dan kunci pintu bilik.Itu lebih baik daripada dia duduk menatap wajah Hana lama-lama.



Baru lima tapak Zakif melangkah,dia terhenti.Dia menoleh kembali memandang Hana.



‘Takkan kau nak tinggal dia dekat situ?Kesian dekat dia.Sakit tengkuk dia nanti.’



Zakif mengeluh.Dia kembali merapati Hana.Bahu Hana digoncang lembut.



Sekali..dua kali..



Tiada respon.



Zakif menarik nafas.Tidur mati ke dia ni?



“Hana..”Zakif mengoncang bahu Hana.”Bangunlah.Apa tidur dekat sini?”



Tiada respon.



“Hana..”Zakif menaikkan sedikit volume suaranya.”Bangunlah”kejut Zakif.



Hana membuka matanya perlahan-lahan.Kelihatan wajah Zakif yang samar-samar.Dia mengosok matanya.Kepalanya diangkat daripada meja.Terasa lenguh lengannya.Tengkuknya pula terasa sakit.Dia menyandarkan badannya di kaki sofa.Sisa mengantuk masih berbaki dalam diri.



“Hei..”Zakif mengoncang lagi lengan Hana.”Naik atas kalau nak tidur.Sakit nanti badan you tidur dekat sini.”



“Hmm..”jawab Hana acuh tak acuh.Matanya masih dipejamkan.



Zakif melepaskan nafas kasar.Daripada duduk berlutut,akhirnya dia duduk bersila.Dia menghadap Hana yang masih memejamkan mata.



“Penat sangat ke?”soal Zakif lembut.



Hana angguk kepalanya.Tak larat hendak membuka mulut.



“Banyak kerja yea?”soal Zakif lagi.



Kepalanya dianggukkan.



Zakif tersenyum kecil.Kelakar melihat aksi Hana yang asyik angguk kepalanya tanpa menyedari apa yang dia cakapkan.



“You nak naik atas tidur tak?”



Hana angguk lagi kepalanya.



Zakif ketawa kecil.



“Jom.Naik atas tidur”ajak Zakif.



Namun Hana tiada respon.Dia hanya angguk kepalanya.Zakif mengagak yang Hana mamai.



“Hana..”panggil Zakif.



“You sayang I tak?”soal Zakif.



Lagi sekali Hana angguk kepalanya.



Zakif mengelengkan kepalanya.Sah!Hana tengah mamai.Kalau Hana sedar,tak ada maknanya dia nak angguk kepala.Zakif terus bangun.Tubuh Hana didukungnya.Penuh berhati-hati dia mencempung tubuh Hana masuk ke dalam bilik.Diletakkan Hana di atas katil.Tubuh Hana diselimutkan.



“Goodnite Hana..”ucap Zakif lalu terus menutup lampu dan pintu bilik.

                                                                                          [ BAB 19 TAMAT ]



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2011 04:25 PM | Show all posts
kuat betul iman zakif ni ye...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2011 04:36 PM | Show all posts
...nak n3 lagi leh x?...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2011 04:52 PM | Show all posts
nak..nak lagiii...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2011 05:30 PM | Show all posts
hehe tak rasa ape2 ke masa dukung tu...zakif mmg kuat iman!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.044308 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list