CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V175'

[Copy link]
Post time 16-1-2023 02:27 PM | Show all posts
duduk diam2 je kt rumah layan porum.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2023 02:28 PM | Show all posts
22hb ada jemputan kawen kt sini. jd nti turun pi makan pstu balik.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 02:28 PM | Show all posts
malas nk bersesak2 kt jalan dgn keta byk..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 02:57 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 03:37 PM | Show all posts

ya sebelum ni pn mira makan 20 mg

yg 40mg kena belah dua tu kan

tapi skg dh turun ke 10mg

mmg ada pil tuk 10mg tu
aah yg 40mg tu kena belah 2.

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 03:41 PM | Show all posts
Gempa bumi 6.2 magnitud landa Indonesia barat



16 Januari 2023 12:17pm






Gambar hiasan - Foto 123rf




JAKARTA - Gempa bumi bermagnitud 6.2 melanda wilayah barat Aceh di Indonesia pada pagi Isnin namun tidak menyebabkan kerosakan atau kemalangan jiwa, lapor Xinhua memetik agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara itu.

Agensi itu melaporkan gempa berlaku pada 05:30 pagi waktu tempatan Isnin (2230 GMT Ahad) dengan pusat gempa terletak 47 km di tenggara daerah Singkli Aceh dengan kedalaman 23 km di bawah dasar laut, kata agensi itu.

Gempa bumi itu tidak berpotensi mencetuskan tsunami, katanya.

Gegaran turut dirasai di wilayah Sumatera Utara yang berdekatan.

Gegaran dirasai lemah oleh penduduk di dua wilayah itu dan tidak merosakkan rumah atau bangunan, menurut Abdul Muhari, jurucakap agensi pengurusan dan mitigasi bencana negara.

"Gempa ini tidak menyebabkan mangsa cedera dan gegaran juga tidak menyebabkan kerosakan. Kami telah memeriksa kawasan yang dilanda gempa, terutama lokasi yang paling teruk dilanda gempa itu," katanya kepada Xinhua melalui telefon. - Bernama



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2023 03:42 PM | Show all posts
Gempa bumi landa Kepulauan Izu, Jepun

16 Januari 2023 02:27pm






Gambar hiasan




HONG KONG - Gempa bumi bermagnitud 6.3 pada skala Richter menggegarkan Kepulauan Izu, Jepun, pada 04:49:52 GMT Isnin, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Pusat gempa dengan kedalaman 409.088 kilometer (km), ditentukan pada 29.0005 darjah utara dan 139.3466 darjah timur, lapor Xinhua. - Bernama.


Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 03:43 PM | Show all posts
ada 2 gempa bumi arini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2023 03:43 PM | Show all posts
dunia dah semakin menghampiri penghujung
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 03:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 04:11 PM | Show all posts
3 peguam Siti Bainun tarik diri

Oleh Mahaizura Abd Malik - Januari 16, 2023 @ 3:32pm  [email protected]




Siti Bainun hadir ke mahkamah, hari ini. - NSTP/FATHIL ASRI




KUALA LUMPUR: Prosiding bela diri Siti Bainun Ahd Razali atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down dikenali sebagai Bella, di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini ditangguhkan ke esok berikutan tiga peguam mewakili pengasas Rumah Bonda itu menarik diri.

Peguam terbabit, Mohammad Farhan Maaruf dan Nur Ellena Mohamed Razif memfailkan permohonan menarik diri itu secara bertulis kepada mahkamah pada Jumaat lalu, manakala Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor pula membuat permohonan secara terbuka di mahkamah, hari ini.

Hakim Izralizam Sanusi berkata, pihaknya akur dengan permohonan terbabit walaupun isu itu menjejaskan kelancaran perbicaraan kes berkenaan yang sudah tertangguh beberapa kali.

Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu tidak wajar berlaku kerana tarikh perbicaraan sudah ditetapkan dan dipersetujui semua pihak lebih awal, dan mereka ada masa mencukupi untuk membuat permohonan sekiranya mempunyai sebarang masalah.

"Bagi Nur'Aminahtul, menjadi tugas mahkamah untuk meneliti permohonan berkenaan (menarik diri) tetapi pada akhirnya, ia adalah hak peguam itu sendiri.

"Dalam rekod mahkamah, masih ada baki peguam mewakili kamu (Siti Bainun) yang belum membuat permohonan, iaitu Nurul Hafidzah Hassan dan Asiah Abd Jalil. Jadi, saya perlu meminta mereka menyatakan pendirian dan saya hendak penjelasan mereka.

"Saya menangguhkan (perbicaraan) ke esok untuk mengetahui status peguam, sama ada kamu mencari peguam baharu menggantikan Nur'Aminahtul atau mengekalkan Nurul Hafidzah serta Asiah," katanya, hari ini.

Terdahulu ketika Izralizam meminta penjelasan berhubung sebab permohonan menarik diri terbabit dikemukakan pada saat akhir, pagi tadi, Nur'Aminahtul berkata, pihaknya berpendirian tidak akan mewakili Siti Bainun disebabkan kekangan masa dan masalah berikutan peguam menarik diri, kerana pembahagian tugasan sudah dibuat.

"Pendirian kami, tidak akan meneruskan pembelaan Siti Bainun kerana saya tidak boleh bertindak sendirian tanpa pasukan, selepas dimaklumkan Mohammad Farhan dan Nur Ellena menarik diri, tengah malam tadi.

"Saya perlu menjelaskan situasi ini kerana pasukan saya membabitkan lima firma yang mana pembahagian tugas sudah diberikan. Jadi apabila isu ini timbul, ia menjejaskan jadual kerja kami.

"Saya dan Siti Bainun berbincang (ketika prosiding pagi tadi ditangguhkan) mengenai isu ini. Saya akan membantu Siti Bainun mencari peguam untuk mewakilinya," katanya.

Sementara itu, Siti Bainun berkata, pihaknya hanya mengetahui peguam belanya menarik diri, pagi tadi.

"Saya faham Nur'Aminahtul ada memberitahu saya mengenai kekangan masa dan jadual peguam lain (bertindih), namun kita tidak dimaklumkan mengenai isu peguam menarik diri, hari ini.

"Saya akan cuba mendapatkan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) atau meminta bantuan Nur'Aminahtul untuk mencari peguam lain," katanya.

Terdahulu, prosiding itu tergendala kira-kira dua jam apabila pihak peguam mewakili Siti Bainun mengemukakan permohonan menarik diri berikutan tidak mempunyai kelapangan pada tarikh ditetapkan sebelum ini sehingga Izralizam mengarahkan mereka berbincang.

Pada 24 November lalu, mahkamah memerintahkan Siti Bainun membela diri atas dua pertuduhan, iaitu mengabai dan menganiaya Bella, 13, sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Siti Bainun berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 31(1) (a) Aka Kanak-Kanak 2001.





Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 04:12 PM | Show all posts
apasal tarik diri?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 04:13 PM | Show all posts
dah ada tanda2 nk kalah?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 04:13 PM | Show all posts
dah kena bela diri tu ada bukti kukuh la kan
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 04:14 PM | Show all posts
sb tu agaknya awal2 lg peguam tarik diri
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 04:14 PM | Show all posts
ke saja nk drag kes
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2023 04:15 PM | Show all posts
nk biar kes berlarutan bertahun agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 04:15 PM | Show all posts
sb bila lantik peguam baru tentu peguam baru nk study dulu kes ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 04:15 PM | Show all posts
kt situ je dah buang masa beberapa bulan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 04:16 PM | Show all posts
ini semua tolol bahlol belajar dr kes jibun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.277243 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list