CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Budaya] Seni Masakan/Resepi

[Copy link]
Post time 12-11-2024 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts


RESEPI RENDANG IKAN TENGGIRI
============================

Bahan2 ;
Beberape keping ikan tenggiri goreng .
Daun kunyit hiris
Daun limau hiris
Kerisik secukupnya
Garam secukup rasa
Gula melaka secukup manis
Santan c kit ( agak2 aje)
Air asam c kit ( agak2 jgn lah bnyk masam pulak jadinya )
Rempah kari ikan babas ( agak2 aje)

Bahan2 kisar ;
Cili merah + hijau
Cili padi merah + hijau ( ikut pedas mana nak )
B.merah kecil
B.putih
Halia
Serai
Ketumbar biji ,Jintan halus & kasar
Kisar hingga halus .

Cara2;
Panaskan minyak tumis bahan2 kisar hingga garing n terbit minyak .
Setelah itu masukkan rempah kari tumis lagi .
Kemudian bru masukkan kerisik serta air asam . Kacau lagi . Masukkan santan biar seketika .
Perasakan garam n gula melaka serta daun limau & daun kunyit .
Akhir sekali bru masukkan ikan tenggiri goreng kacau lagi .
Perlahankan api biar hingga mereneh .
Tutup api .Siap dihidangkan .
SELAMAT MENCUBA
????
Keridit by Laila Aznam

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2024 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts


Baked Cheese Carbonara Meatball

Bahan-Bahan:
Bebola Daging/Ayam
1 Tin Sos Carbonara Prego
Setengah cawan susu segar
Sedikit lada hitam
Keju Mozarella
Capsicum & Bawang Holland

Cara Membuat:
1.Bebola daging (nak guna bebola ayam pun boleh) digoreng dulu. Lepas tu goreng pulak capsicum dengan bawang dengan minyak yang sikit ye. Dan lepas tu susun macam ni.

2.Tuang Sos Carbonara. Cara masak sos ni, masukkan setin Sos Carbonara Prego dalam kuali. Masak sampai mendidih, lepas tu masuk susu segar lebih kurang setengah cawan, masuk lada hitam hancur jika suka dan siap. Lepas siap masuk sos tu macam dalam gambar.

3.Letakkan mozarella cheese dekat atas. Nak letak banyak mana pun boleh Lagi banyak lagi sedap hehe.

4.Masukkan dalam oven, suhu 170 darjah celcius, masak dalam masa lebih kurang 10-15 minit. Dan taraaa siap di makan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts



RESEPI BIHUN GORENG SINGAPORE

BAHAN- BAHAN :

3-4bj bwg merah
5-6bj bwg putih
1sudu kecil lada hitam
2sudu makan udang kering
2inchi halia

CARA MEMASAK :

1. Blender lumat bahan yg td.
2.kopek kulit udang
3.rendam bihun bagi lembut(400gm)
4.kucai dipotong dalm 4cm (rm1)

**jika ada lobak.. hiris halus memanjang Mcm kucai. taruk dlm bihun pon lagi sedap. Tuan resepi xde lobak waktu kejadian.

1.Dah siap blend
2.Tumis dgn myk sehingga jadi keemasan/brown
3.Perasakan. Gula +garam+serbuk perasa
4.Masukkan udang
5.Masukkan bihun yg dh di toskan
6.Masukkan kucai dan serikan dengan cili merah.
7. Gaul sehingga sebati dan siap sedia untuk di hidang

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts


PARU SAMBAL

Bahan-bahan:

1) 1/2 kilo Paru atau Kelempung (yang telah direbus & dipotong ikut saiz sederhana nipis)

2) 3 ulas bawang kecil (dihiris)

3) 2 ulas bawang putih (dihiris)

4) 2 biji bawang besar (1 biji utk kisar & 1 biji dipotong bulat)

5) 2 senduk nasi cili boh / cili kisar

6) 3 sudu besar air asam jawa

7) 1 inci belacan

???? Garam & gula secukup rasa

9) Sedikit kunyit

Cara Memasak:

1) Gaulkan sedikit garam dan kunyit pada paru yang telah direbus dan dipotong nipis. Panaskan minyak dan goreng paru separa masak. Angkat dan ketepikan.

2) Kisarkan cili boh bersama bawang besar dan belacan hingga halus.

3) Panaskan kuali & minyak dengan api sederhana. Tumiskan bawang putih & bawang merah hingga naik bau. Tambahkan bahan kisar, garam & gula. Tumis hingga cili garing.

4) Kemudian masukkan air asam jawa. Rasa jika kurang boleh tambahkan garam / gula.

5) Akhir sekali masukkan paru & bawang besar potong bulat. Kacau hingga sebati semuanya.

6) Padamkan api dan hidangkan bersama nasi panas.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts



Menu ni,time bersahur kalu..Hurmmm..Menambah2 nasik haaa..Nk2 lg kena nasik panaih2,x dak lauk lain pon x pa dh....

Cabai kecik*
Cabai besaq*
Bwg besaq*
Bwg putih
Belacan*
???? semua cik ena tumbuk tu

Sos tiram
Garam
Gula
Tok aji
Cukup rasa..

Bahan utama dia tu selain sotong,boleh ja ampa2 nk boh apa pon...

panaih minyak,tumeh bahan tumbuk.. dh garing bahan tumeh boh la udg ka,sutun ka,tolo ka,ayam ka,apa2 ja la..Pas tu boh bahan2 perasa yg cik ena dh tulis tu... dah siappppppppppppp????????????

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambal Tempe + Bilis + Kacang. Ni kalau meratah depan TV tak perasan habis 1 bekas.

Resepi:
======
6 peket tempe - hiris nipis, goreng bagi betul² rangup.
2 cawan ikan bilis - cuci, goreng bagi rapuh. Kalau goreng jadi lemau, try masuk air fryer kejap, insyaAllah rangup balik.
500g kacang, - cuci, tos, goreng jugak.

Untuk sambal:
2 senduk cili blend - guna cili kerinting yang pedas lagi ummppphh.
3 biji bawang merah - blend
5 ulas bawang putih - blend
1 ketul gula kabung
4 keping asam keping
Garam secukupnya
Minyak goreng tempe tadi

Lebih banyak resepi mudah dan simple di sini >>https://t.me/KongsiResepiDapurPanas

Cara²:
Tumis bahan blend, dengan gula kabung, asam keping, sampai pecah minyak. Kena masak lama sikit sampai cili tu garing ye.

Dah siap, tutup api, biar kejap, letak garam ikut tekak masing², boleh masuk tempe, kacang bilis tadi.

Siappp...makan nasi panas² memang sedappp uiiii.

Kredit to Sawari Bustami

Semoga bermanfaat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2024 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
SAMBAL HIJAU IKAN BILIS

Bahan-bahan:

Ikan Bilis - 2@3 Genggam
*Bawang Holand - 1 bijik
*Bawang Merah Besar - 1 bijik
*Bawang Putih - 2 Ulas
*Cili Api Hijau - 1 genggam
*Cili Besar Merah - 3 bijik
*Tomato - 1 bijik
*Belacan - 2 inci (Optinal)
Blend semua bahan kecuali ikan bilis

Lebih banyak resepi mudah dan simple di sini >>https://t.me/KongsiResepiDapurPanas
-
Cara-cara:

1.Goreng garing ikan bilis dan toskan..

2.Tumis bahan yg diblend td sampai masak..betul2 masak hingga pecah minyak..

3.Masukkan perasa garam,gula & cukup rasa..

4.Gaul sebati,sampai sambal betul2 masak n sejukkan.

5.Dah betul2 sejuk baru masukkan ikan bilis dan gaul..baru ikan bilis kekal rangup.. tak lembik.

Kredit : Empunya Gambar
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kentang Bilis Berlado

Bahan blend
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
5 batang cili padi (kalau suka pedas boleh lebihkan)
5 batang cili merah

Bahan-bahan lain
2 biji kentang (potong wedges & goreng)
Segenggam ikan bilis (goreng garing)
Sedikit ikan ikan bilis tamban (goreng garing) (optional)
Bawang Holland potong bulat
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk tumis

Lebih banyak resepi mudah dan simple di sini >>https://t.me/KongsiResepiDapurPanas

Cara masak
Tumiskan bahan blend sehingga terbit minyak. Masukkan garam, gula & hirisan bawang Holland. Matikan api.

Sambal dah sejuk baru masukkan kentang & bilis. Gaul sebati.

Credit : Maizura Moksin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2024 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambal Tumis Ikan Bilis dan Terung Pipit

Bahan-bahan:

200g ikan bilis
2 cawan terung pipit, dibuang tangkai dan bersihkan
1/2 biji bawang besar, hiris nipis
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar air asam jawa
2-3 senduk besar minyak
garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk kisar halus:
10-15 biji cili kering, dibuang biji dan rebus
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang besar, potong 4

Lebih banyak resepi mudah dan simple di sini >>https://t.me/KongsiResepiDapurPanas

Cara Penyediaan:

Goreng ikan bilis separuh masak. Asingkan.
Panaskan minyak, tumis bawang besar sehingga kekuningan.
Masukkan bahan kisar dan masak sambal di atas api perlahan sehingga pecah minyak. Masukkan ikan bilis, sos tiram, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Kemudian masukkan terung pipit dan masak sehingga terung lembut. Angkat dan hidang.
Tip:

Pastikan sambal dimasak dalam minyak yang banyak, dan anda boleh buang lebihan minyak sebelum menghidang.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambal Tempoyak Ikan Bilis Goreng

Bahan-bahan:

Ikan bilis lebih kurang segenggam penuh atau ikut anggaran sendiri
Tempoyak 3-4 sudu besar
Bawang besar satu biji – dihiris
Garam secukupnya
Minyak masak
Bahan-bahan untuk dikisar/ditumbuk :
Bawang putih 2 ulas
Cili padi 15-25 biji (ikut tahap kepedasan yang diinginkan)
Cili merah 1-2 biji

Lebih banyak resepi mudah dan simple di sini >>https://t.me/KongsiResepiDapurPanas

Cara Penyediaan:

Gorengkan ikan bilis sehingga garing kemudian letakkan ke tepi.
Tumiskan bawang besar dan bahan yang telah dikisar. Kemudian masukkan garam dan kacau.
Masukkan tempoyak kemudian gaul sehingga rata.
Akhir sekali masukkan ikan bilis dan gaul sehingga sebati.
Tip:

Resepi ini lebih sedap jika di makan bersama nasi panas dan juga lebih sedap jika bahan-bahannya ditumbuk berbanding dikisar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 04:48 PM | Show all posts

Nasi Goreng Tahu Dengan Kacang Buncis

BAHAN-BAHAN:
  • 3 mangkuk nasi
  • 100gm kacang buncis
  • 2 ketul tauhu | goreng sedikit
  • 4 ulas bawang merah | hiris nipis
  • 3 sudu makan udang kering | tumbuk kasar
  • 3 biji telur
  • 1 batang lobak merah | hiris
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya
UNTUK HIASAN:
  • Sedikit daun bawang
  • Sedikit bawang goreng

CARA MEMASAK:
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang merah yang telah dihiris dan tauhu yang telah dipotong dadu kecil. Masak hingga bawang naik bau, kemudian masuk udang kering, lobak merah dan kacang buncis.
  • Setelah itu masukkan telur, kacau jangan terlalu masak telur itu.  Kacau sekata.
  • Masukkan nasi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa. Sedia dinikmati.

Info chef: Enak dimakan bersama hirisan cili padi dan kicap.


Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 04:52 PM | Show all posts


Tahu Sambal Tempe
BAHAN-BAHAN:
  • 2 paket tempe | potong
  • 3 ketul tauhu | potong
  • 21/2 sudu makan cili giling
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 sudu makan air asam jawa
  • ½ sudu makan gula
  • ½ inci belacan
  • 1 biji bunga lawang
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:
  • Panaskan minyak dan goreng tempe serta tauhu yang telah dihiris. setelah itu tapis.
  • Tinggalkan sedikit minyak di dalam gorengan tadi, tumis bunga lawang, bawang merah serta bawang putih. Bila wangi, masukkan cili giling dan  belacan, kacau hingga naik baunya.
  • Masukkan pula air asam jawa, gula dan garam secukup rasa, kacau sehingga sedikit pekat.
  • Masukkan tempe dan tauhu tadi, gaul sekata dan tutup api. Sedia dinikmati.
Info chef: Boleh lumur sedikit garam dan kunyit pada tempe dan tauhu sebelum digoreng untuk lebih sedap.

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 04:53 PM | Show all posts





Sosej Sambal Merah
BAHAN-BAHAN:
  • 9 batang sosej ayam
  • 2 sudu makan mentega
  • 5 sudu makan sos cili
  • 4 sudu makan sos tomato
  • ½ sudu makan sos tiram
  • 1 biji bawang besar | hiris tebal
  • 1 ulas bawang putih | ketuk
  • 1 batang serai | titik
  • 1 biji cili merah | hiris

CARA MEMASAK:
  • Panaskan kuali, masukkan mentega dan goreng sosej yang telah dipotong menyerong kira-kira 2inci.
  • Selepas itu masukkan bawang besar yang telah dihiris sedikit tebal, bawang putih, cili merah dan serai, masak sehingga sosej tu kembang. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga pekat dan matikan api. Sedia dihidangkan.

Info chef: Tidak perlu masukkan garam kerana sudah terdapat pelbagai perisa daripada

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 04:55 PM | Show all posts



Sup Ayam Huru Hara
BAHAN-BAHAN:
  • 1 ekor ayam | bahagian paha dan tulang-tulang ayam
  • 1 bunjut sup bunjut
  • 2 batang lobak merah | potong
  • 6 biji cili padi
  • 1 batang serai | Simpul
  • 2 biji bawang besar | potong empat
  • 2 inci halia | hiris
  • 2 tangkai daun sup | hiris
  • 2 biji ubi kentang | potong
  • 1 kiub stok ayam
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
  • Panaskan periuk, masukkan sedikit minyak, tumis halia, serai yang dititik, bawang besar, kentang, sup bunjut (koyakkan sedikit) dan goreng  sehingga naik bau.
  • Masukkan ayam dan tulang ayam sekali,  gaul sehingga rata, masuk air, masukkan lobak merah, kiub ayam, cili padi dan garam secukup rasa.
  • Tutup periuk kira-kira 12 minit dan biarkan ia mendidih. Kemudian perlahankan api. Masukkan daun sup. Angkat dan sedia dinikmati.

Info chef: Enak dimakan bersama roti atau nasi putih.

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 04:58 PM | Show all posts

   



Sardin Tin Masak Lemak Cili Padi

BAHAN-BAHAN:
  • 1 tin sardin saiz besar
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 7 biji cili padi
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun kunyit
  • 250ml santan
  • 3 biji ubi kentang
  • 2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 keping asam gelugur
  • 300ml air
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:
  • Kisar bawang merah, bawang putih, serai, halia dan kunyit hidup. Ketepikan.
  • Panaskan periuk, masuk sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masuk air  kira-kira 300ml. Setelah mendidih, masukkan santan, garam dan daun kunyit, kecilkan api.
  • Masuk kentang dan setelah kentang sedikit lembut, masukkan cili padi dan ikan sardin dengan sosnya sekali. Biarkan sekitar 5 minit, mati akan api dan angkat.
  • Boleh hias dengan sedikit hirisan daun limau purut sebelum dihidangkan. Sedia dinikmati.
Info chef:  Ikan sardin boleh digoreng sedikit terlebih dahulu untuk menggelakkan ia hancur.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
RESEPI KERABU MANGGA
.
BAHAN-BAHAN

*Mangga muda sebiji (sagat @ hiris nipis)
*Serai sebatang
*Bunga kantan
*Bwg besar sebiji
*Cili padi 5biji (ikut nk pedas mna ok)

~Ikan bilis grg (tumbuk kasar)
~Kcg tanah grg (tumbuk kasar)
~Garam+gula
~Sos ikan
~Air perahan limau/oren sunquick (kalau mangga dh masam xyah letak ok)
.
CARA-CARA

Hiris nipis semua bahan² yg bertanda *

Pastu masukkan kesemua bahan² ke dlm mangkuk besar perasakan garam+gula, sos ikan & air perahan limau kemudian gaul sebati.
Siap!
.
kredit dari dapur ana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2024 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
RESEPI KERABU PUCUK PAKU KAMPUNG

Bahan - bahan :

2 ikat pucuk paku.
1 biji santan bahagi dua ; separuh goreng separuh ambil santan.
4 ulas bawang merah
Sesudu kecil lada hitam
3 ekor ikan selayang rebus
1/2 sudu makan garam
1 1/2 sudu makan gula
Sedikit air untuk merebus pucuk paku

Cara penyediaannya :

1. Panaskan air sehingga mendidih. Bilaendidih baru masukkan pucuk paku. Kacau sehingga ia bertukar warna dan toskan.

2. Kelapa bahagikan dua. Separuh blendarkan dengan segelas air masak. Separuh lagi goreng tanpa minyak. Goreng hingga kekuningan.

Tips goreng: bila pegang ia rasa rangup dan senang nak hancurkan.

3. Tumbuk lada hitam, bawang merah dan isi ikan selayang rebus. Ketepikan.

4. Masukkan kelapa tadi ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama bahan yang ditumbuk. Selepas itu, boleh masukkan bahaj perasa garam dan gula.

5. Boleh masukkan pucuk paku tadi. Gaul sebati sebelum masukkan santan. Santan tu agak agak ye. Bukan semua dimasukkan. Ikut selera memasing. Just nice nak bagi basah sikit sikit.

Dah siap!

Selamat Mencuba

Kredit : bahiah sarifuddin
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Resepi kerabu kerang dan taugeh

Kerang
Taugeh(dicelur dahulu)

Bahan kisar
4-5 ulas bawang merah
Serai
Lengkuas
Halia
Lada hitam ditumbuk kasar
Cili padi hijau
Kerisik
Belacan
Garam
Santan( dalam 1 cawan)
Kisar semua bahan gaul dengan kerang dan taugeh. Perah limau nipis. Bagi dapat rasa masam pedas. Kemudian letak bawang yg dipotong halus. Siap

Kredit  : Mdm. Kelly
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
KERABU KACANG BOTOL IKAN PEKASAM

Bahan:
300 gm kacang botol
1 ekor ikan pekasam goreng dan ambil isi
1 batang bunnga kantan, mayang nipis
1 labu bawang besar, mayang nipis
3 tangkai cili api, ditumbuk
5 biji limau kasturi, ambil jusnya
4 sudu besar kelapa parut disangai sehingga kekuningan
secubit garam

Cara menyediakan:
Hiris kacang botol.
Campurkan semua bahan dan gaul rata.

Dah siap.
.
.
Sumber : dapur ibundo
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2024 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
RESEPI KERABU KERANG/TAUGEH/KACANG BOTOL

Siapa mcm saya...
Buat ni utk ratah2

BAHAN TUMBUK :

3biji cili merah
4biji cili api
Sedikit belacan
Sedkt udang kering

BAHAN LAIN :

Semangkuk taugeh-dicelur
Seikat kacang botol dan sebiji bawang besar-dihiris
Kerang rebus
2sudu kerisik
Jus limau nipis
Garam & gula

CARA MEMBUATNYA :

Gaulkan bahan tumbuk dgn semua bahan2 td dan sesuaikan rasa mengikut selera anda.

Kredit : Anneza Abd Rahman

SELAMAT MENCUBA — with Intan Baiduri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.160608 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list