CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kmizay

All About Proton Persona Ver.3

 Close [Copy link]
Post time 18-3-2009 09:09 AM | Show all posts

Reply #299 tuah_r's post

Erk.......henpon aku dah ada penyakit...kalo capture gambo mesti taknak save punye...semlm byk kali aku amik gambar filter aku yg sudah sebis tuh..taknak gak save....sudah tiba masanye utk aku membeli sebijik iphone...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2009 09:09 AM | Show all posts
Originally posted by rose_liz at 18-3-2009 08:20
thanks abe tossee....

barulah clean and clear....
balik kejer nti nk g serbis...x sabar rasanya...


biasa ler gambar2 abe mmg semuanye terang benderang....
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 09:41 AM | Show all posts
Originally posted by syahza at 17-3-2009 15:12
eh nak ekjas laju kene pusing tombol? mcmana tu? aku tatau pun..

ala stended la persona.. ade lampu x pakai seat belt tp xleh function :@


syahza, pasal lampu seat belt tu, aku pun tanya jugak. depa cakap, setiap model proton tak sama dia punya function tu. so untuk persona, lampu dia memang menyala kejap tu je. cam sial kan :@
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 11:27 AM | Show all posts
lampu seat belt aku mmg tak nyala.......m-line mmg camtuh kot........tade function mcm tu........

tapi aircond dia mmg sejuk gila2 mengalahkan keta Jepun mcm si master cakap.....aku tak pernah lg buka kureng separuh....sejuk gila2 membawa ke rumah mcm toss ckp...........
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 11:57 AM | Show all posts

Balas #302 shidaaziz\ catat

lampu seatbelt mmg x nyala2 la
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 12:47 PM | Show all posts

Reply #304 syahza's post

walaupun high line?...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2009 12:49 PM | Show all posts
weh tosse, ko ari tu antar komplen kat siapa ye? aku nak hantar komplen ni.

Saya adalah pengguna yang pertama kali membeli kereta Malaysia keluaran Proton model Persona Hi-Line (Auto). Untuk makluman pihak tuan, sepanjang hampir 3 bulan saya memandu kereta ini, ada beberapa perkara yang saya tidak puas hati terhadap kereta saya. Berikut disenaraikan masalah-masalah yang saya hadapi.

i.        Pada 4 Mac 2009, saya telah tercium bau petrol apabila sedang memandu. Pada 6 Mac 2009, saya memandu pulang dari Kuala Lumpur ke kampung di Salak Utara, Kuala Kangsar, Perak. Sepanjang pemanduan, ada masanya saya tercium bau petrol. Apabila sampai di kampung, bau petrol tersebut makin kuat. Saya cuba mengesan dari mana punca bau petrol tersebut, dan didapati bau tersebut berpunca daripada enjin. Saya segera menghubungi Proton i-Care di talian toll free. Pegawai khidmat pelanggan memberitahu bahawa dia akan menghubungi technician supaya menghubungi saya. Selang beberapa minit, technician dari kawasan Perak menghubungi saya. Beliau berjanji akan datang untuk melihat masalah yang dihadapi dan akan cuba menyelesaikannya pada keesokan harinya iaitu pada 7 Mac 2009.

Pada 7 Mac 2009, technician tersebut yang bernama En. Meor Ahmad Azizi telah datang ke rumah saya di Salak Utara dan cuba mengenal pasti apa masalahnya. Didapati bahawa minyak petrol telah bocor di bawah enjin. Katanya kabel yang menyalurkan petrol ke enjin bocor disebabkan kabel tersebut telah bersentuhan dengan penghawa dingin. Mujur dia dapat membaiki dengan menukar kabel tersebut.

Apa yang saya kesalkan di sini adalah apabila saya dimaklumkan yang sebelum ini juga En. Azizi telah menghadapi banyak kes yang sama berlaku kepada kereta model Persona.

ii.        Central locking tidak berfungsi dengan baik setiap masa. Apabila enjin dimatikan, adakalanya central locking tidak automatic terbuka. Apabila saya menghantar ke pusat servis, mereka pun tidak dapat mengesan masalah tersebut. Perkara ini berlaku sekali-sekala. Namun begitu ianya akan menjadi masalah yang besar apabila ianya berlarutan.
iii.        Cermin pandang sisi yang tidak “friendly”. Pendapat saya cermin pandang sisi yang hujung berbentuk tirus adalah amat tidak selamat untuk digunakan. Tujuan cermin pandang sisi adalah untuk keselamatan, supaya pemandu dapat melihat kenderaan yang lalu di sebelahnya atau sebelum hendak memotong kenderaan di hadapan. Ianya bukanlah aksesori yang mana boleh direka dengan ciri-ciri yang hanya menarik dipandang. Rekabentuk cermin pandang sisi yang ada pada masa ini tidak selamat kerana pemandu tidak dapat memandang ke sisi dengan sepenuhnya. Sepanjang pemanduan saya, memang kerap saya tidak dapat memandang ke sisi dengan sempurna. Ianya berbeza apabila saya memandu kenderaan buatan pengeluar atau model yang lain seperti Perodua Kancil, Perodua Myvi, Proton Perdana, Proton Iswara dan juga Naza Ria yang mana rekabentuk cermin pandang sisi mereka yang lebih “friendly” dan selamat.

iv.        Lampu amaran tali pinggang keselamatan (seat belt). Apa gunanya diadakan lampu tersebut sekiranya ianya hanya menyala beberapa saat sahaja. Sepatutnya lampu seat belt akan menyala sepanjang enjin dihidupkan dengan tujuan untuk memberi peringatan kepada pemandu dan/atau penumpang supaya mereka memakai tali pinggang keselamatan.

Apabila saya tanyakan kepada technician di pusat servis, kata mereka setiap model keluaran Proton tidak sama. Ada model yang lampunya akan menyala sepanjang enjin dihidupkan sekiranya tali pinggang keselamatan tidak dipakai, dan ada model yang lampunya tidak menyala, iaitu Persona.

Jadi di mana logiknya dengan mengadakan lampu tersebut sekiranya ianya hanya berfungsi beberapa saat sahaja. Ia bukan boleh dijadikan sebagai satu petunjuk kepada pengguna.

v.        Kereta yang saya beli model Hi-line didatangi dengan cermin yang telah “tinted”. Tetapi apa yang saya kesalkan ialah apabila mendapati terlalu banyak buih-buih udara pada cermin yang telah “tinted”. Apabila saya ingin menukar filem tersebut, saya terpaksa pergi ke syarikat yang memasang filem tersebut iaitu jenama Safe Tint di Shah Alam. Bagi saya ianya adalah membuang masa pengguna. Yang lebih menyakitkan hati apabila saya terpaksa mengambil cuti untuk pergi ke syarikat tersebut kerana mereka tidak membuka perniagaan pada hari Sabtu. Sepatutnya filem yang dipasang terus dari kilang tidak sewajarnya terdapat banyak “defect”.


Saya amat berharap agar pihak Proton dapat mempertimbangkan masalah-masalah yang dihadapi ini dan mencari jalan penyelesaian. Saya yakin, bukan saya seorang sahaja yang mengalami masalah-masalah ini, tetapi ramai lagi pengguna di luar sana yang menghadapi masalah tetapi malas untuk memaklumkan kepada pihak tuan kerana letih untuk menunggu jawapan atau masalah mereka dipandang remeh.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya bangga Malaysia mampu mengeluarkan kenderaan sendiri. Tapi janganlah kami dianak tirikan dengan memberikan yang terbaik hanya kepada kereta untuk model eksport tetapi yang sebaliknya untuk pasaran tempatan.

Jangan disalahkan pengguna sekiranya mereka tidak mahu membeli kenderaan keluaran tempatan, sekiranya produk yang ditawarkan tidak setimpal dengan harga dan pengguna lebih rela untuk membeli kenderaan import.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 12:50 PM | Show all posts
Originally posted by syahza at 18-3-2009 11:57
lampu seatbelt mmg x nyala2 la


syahza, ko punya langsung tak menyala ke? ishk.... komplen je. aku ni pun nak hantar surat kompelin. nak hantar kat sok khabar sekali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2009 12:51 PM | Show all posts

Balas #305 k_rul\ catat

yup... aku punye full spec pun x nyala
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 12:53 PM | Show all posts

Balas #308 syahza\ catat

bila ko hantar servis, derang cakap apa za?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 12:56 PM | Show all posts

Reply #307 shidaaziz's post

ok la tu...hntr terus ke paper....biar proton buka mata skit....
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 12:56 PM | Show all posts

Balas #309 shidaaziz\ catat

masa anta servis x tny pun sbb masa hari amik kete dh kol SA tny dia nape x nyala.. dia kata tu mmg xde function..

kalo shida punye ade nyala.. kire kene tipu la saza ni ae?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 12:57 PM | Show all posts

Reply #308 syahza's post

sama la...kete akak aku pun camtu gk...xpenahnya nyala dr awal2 beli....
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 01:27 PM | Show all posts
shida...yg kalau off engine..tapi auto lock tak terbuka tuh..mmg kadang2 jadi....aku rasa normal...bergantung cara ko off..chewahhh....

tapi side mirror die tuh..kalau ko complaint die tirus..aku plak complaint die mcm mendongak...so...biler ujan..penuh tul air ujan kat side mirror....
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 01:41 PM | Show all posts
Originally posted by shidaaziz at 18-3-2009 12:50


syahza, ko punya langsung tak menyala ke? ishk.... komplen je. aku ni pun nak hantar surat kompelin. nak hantar kat sok khabar sekali.


poplar lah nama mekanik tuh nnt...haha..ntah2 kena panggil dgn proton...sebab bg review buruk pasal persona...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 01:59 PM | Show all posts
Originally posted by tuah_r at 18-3-2009 13:41


poplar lah nama mekanik tuh nnt...haha..ntah2 kena panggil dgn proton...sebab bg review buruk pasal persona...


kalo aku tak taruk nama pun, kat perak dia sorang je yang cover breakdown team
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2009 02:09 PM | Show all posts

Balas #315 shidaaziz\ catat

ensem x mekanik tu?

nk buat2 rosak la kete kt perak

shida, konpom ke lampu x pakai seatblet yg nyala? bukan yg lagi 1 tu kan? aler kete parking jauh la plak.. igt nk amik gambo..

nota kaki: tempat cucuh kunci pun lupa nk cek smlm cikgu
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 02:31 PM | Show all posts

Balas #316 syahza\ catat

boleh le tahan ensem

kompom yang menyala itu adalah lampu seat belt. tempat cucuh kunci memang tak de lampu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 02:41 PM | Show all posts
Respond utk mod Shida............



Central locking tidak berfungsi dengan baik setiap masa. Apabila enjin dimatikan, adakalanya central locking tidak automatic terbuka. Apabila saya menghantar ke pusat servis, mereka pun tidak dapat mengesan masalah tersebut. Perkara ini berlaku sekali-sekala. Namun begitu ianya akan menjadi masalah yang besar apabila ianya berlarutan.

yang nih sama dgn keta baru aku...kekadang off engine takde pun automatik terbuka lock...kekadang tuh ada lak....kenalah tekan suis buka kat pintu tuh....

Cermin pandang sisi yang tidak “friendly”. Pendapat saya cermin pandang sisi yang hujung berbentuk tirus adalah amat tidak selamat untuk digunakan. Tujuan cermin pandang sisi adalah untuk keselamatan, supaya pemandu dapat melihat kenderaan yang lalu di sebelahnya atau sebelum hendak memotong kenderaan di hadapan. Ianya bukanlah aksesori yang mana boleh direka dengan ciri-ciri yang hanya menarik dipandang. Rekabentuk cermin pandang sisi yang ada pada masa ini tidak selamat kerana pemandu tidak dapat memandang ke sisi dengan sepenuhnya. Sepanjang pemanduan saya, memang kerap saya tidak dapat memandang ke sisi dengan sempurna. Ianya berbeza apabila saya memandu kenderaan buatan pengeluar atau model yang lain seperti Perodua Kancil, Perodua Myvi, Proton Perdana, Proton Iswara dan juga Naza Ria yang mana rekabentuk cermin pandang sisi mereka yang lebih “friendly” dan selamat.

Mmg pun cermin Persona tirus kat hujung........susah nak nampak tepi...tapi cantik seh.....

Lampu amaran tali pinggang keselamatan (seat belt). Apa gunanya diadakan lampu tersebut sekiranya ianya hanya menyala beberapa saat sahaja. Sepatutnya lampu seat belt akan menyala sepanjang enjin dihidupkan dengan tujuan untuk memberi peringatan kepada pemandu dan/atau penumpang supaya mereka memakai tali pinggang keselamatan.
Apabila saya tanyakan kepada technician di pusat servis, kata mereka setiap model keluaran Proton tidak sama. Ada model yang lampunya akan menyala sepanjang enjin dihidupkan sekiranya tali pinggang keselamatan tidak dipakai, dan ada model yang lampunya tidak menyala, iaitu Persona.
Jadi di mana logiknya dengan mengadakan lampu tersebut sekiranya ianya hanya berfungsi beberapa saat sahaja. Ia bukan boleh dijadikan sebagai satu petunjuk kepada pengguna.

Keta aku m-line takde pun fungsi nih...bagus gak..buat menyemak jek berkelip2 kalau tak pakai seat belt......aku bukan pakai selalu pun esp tempat dekat @ jalan2 sekitar aman aku....

Kereta yang saya beli model Hi-line didatangi dengan cermin yang telah tinted. Tetapi apa yang saya kesalkan ialah apabila mendapati terlalu banyak buih-buih udara pada cermin yang telah tinted. Apabila saya ingin menukar filem tersebut, saya terpaksa pergi ke syarikat yang memasang filem tersebut iaitu jenama Safe Tint di Shah Alam. Bagi saya ianya adalah membuang masa pengguna. Yang lebih menyakitkan hati apabila saya terpaksa mengambil cuti untuk pergi ke syarikat tersebut kerana mereka tidak membuka perniagaan pada hari Sabtu. Sepatutnya filem yang dipasang terus dari kilang tidak sewajarnya terdapat banyak defect.

M-line tade pun tinted safe tint nih...kalau ada pun mcm takde sbb still panas gak... owner2 lain maybe buat double tint.......


jawapannya.......setendet la ...PROTON jualan utk tempatan..kalau yg eksport punya depa buat mmg kaw2 bagus punya......

[ Last edited by  cikguranggi at 18-3-2009 14:44 ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 02:43 PM | Show all posts

Balas #316 syahza\ catat

ko tak payah check mlm2....siang2 pun menyala gak kalau keta Wira.......bapak aku punya Wira amik tahun 2001 pun still nyala gak lampu kunci tuh sampai skrg.........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.425349 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list