CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: audioslavefan

Pengalaman bersama dng seseorg sebelum mereka arwah

[Copy link]
Post time 11-3-2009 07:48 AM | Show all posts
aku plak nak cite psl arwah paksu yg aku sayang.
arwah ni dok ngn keluarga aku ms sejak dia belajar ITM. sampailai keje dan kawin br dok umah sdr. sbb tu rapat ngn aku adik beradik.
lebih kurang sebulan sblm dia meninggal dia sll mengadu sakit kaki. dia ckp kaki dia pijak tak rs apa2. dia ngadu kt jiran2 dia. jiran dia kata kena kencing manis kot. mcm2 la..bini dia plak kata mungkin abang dah gemuk sbb tu sakit kaki. tak dpt nak menampung.  saja wat lawak la..pdhal takde la gemuk mana.
seminggu sblm dia meninggal tu dia tpon mak aku mintak tlg anta kan anak dia ke hospital cek darah sbb demam tak henti2 seminggu lebih. dia dh bwk 2-3 kali tp takde plak denggi. asik cuti keje je jd dia mintak tlg mak aku plak. umah kita org ni dekat2 jugakla. dlm 10 minit naik kereta. mak aku pun tny la kat mana nak cek darah. sbb mak aku tak biasa. arwah ni plak beriya2 ckp "ala kat rumah kecik tu..ko pegi terus lepas post guard ada rumah kecik. kat situlah cek darah" mak aku pelik gak mula2 nape lak cek kat situ. dia call tu hr Jumaat. tp mak aku cuti hr Rabu. mak aku ckpla nanti aku try mohon cuti. dia kata ok.
kebetulan Isnin tu kita puasa. dia tpon mak aku lg. mintak tlg anta kan anak dia jugak kat umah kecik tu cek darah. mak aku ckp esokla aku anta. aku mintak tukar shift keje ngn org.
ms tu aku baru abes pantang.  sepatutnya start keje Selasa esoknya tu. tgh siap2 nak berbuka tu ada org tpon mak aku bgtau paksu aku eksiden suh kita org dtg cepat bwk anak2 sume. kebetulan last call kat hp dia no mak aku. sbb tu polis call mak aku. mak aku pun jerit dr bilik bgtau kat aku siap2 nak ke hospital paksu eksiden. mak aku siap ckp "mama rs paksu ko dah takde. kalau tak, takdela polis tu suh dtg bwk anak2 sume"
aku pun siapkan baby sume tukar baju . azan maghrib je aku minum n mkn kuih sket. terus kuar rumah. mak aku plak dah menangis2 tpon sume org. ondway ke hospital anak sulung dia umur 13 thn tpon mak aku. dia ckp" cik limah, ni abi nak ckp ni. serius ni tau. babah dah meninggal" mak aku apa lg meraung termasuklah aku. terus kita org ke hospital. lepas dia meninggal br kita org faham rumah kecik yg dia beriya2 bgtau tu rupanya tpt forensik. mmg btol2 lepas post guard ada rumah kecik. kat situlah kami anak2 beranak last tgk dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2009 12:45 PM | Show all posts
arwah bapak aku sblm koma dulu siap gauh dgn aku pasal nak tgk tv..arwahnya nak tgk bual bicara pasal mawie,,masa tuh, mawi ni baru nak naik..aku lak tanak dgr sbb tak minat n ada citer lain lagi best...dlm keadaan merungut aku terus masuk bilik. yg peliknya arwah selama ni tak minatpun nak tau pasal artis....keesokkanya harinya, arwah jatuh sakit n koma beberapa minggu kat hospital..sampai skrg aku rasa bersalah sgt222
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 01:14 PM | Show all posts
masa arwah nenek aku tenat kat kampung dulu... aku mimpi dpt berita dia ninggal. family aku was the last to arrive and bila aku sampai dok salam2 dgn sedara mara tetiba mayat bangun! waaa...aku lari bertempiaran lah tarik cousin aku (yg dulu sgt rapat dgn aku, dah besar2 ni tak rapat pulak).... tgh cari mana nak nyorok kat belakang rumah tetiba 'mayat' tegur "haa..korang nak gi mana tu aaa"

aku terbangun ok.. berpeluh2 tgh2 malam and susah nak tido!

bila dia betul2 ninggal..mmg we were the last to arrive gak.... masa aku nak dekat dgn mayat berdebar siot sebab teringat mimpi mayat bgn! huwa huwa huwa... mujur tak bgn..pheww..

lepas dia ninggal aku masih mimpi2 dia lagi.ada yg scary..berpeluh2 gak la malam2.

aku pelik le napa aku mimpi2 dia.... kot dia ade saka ke belaan ke, jgn la kaco aku sebab aku cucu angkat je..takde pertalian darah...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 01:39 PM | Show all posts
nak cerita jugak walaupon sedih.....

ni kisah arwah ayah...
arwah ayah sakit kanser usus...penah buat operate,sampai satu mase dia sakit kembali dan masuk hospital semula...adik pompuan yg keje nurse memang dah tahu keadaannya..
waktu tu saya duk shah alam,manakala arwah duk htaa kuantan...tiap minggu kalau petang jumaat terus balik kuantan,ahad malam balik semula ke shah alam...letih jangan kira...sehingga satu hari doktor suruh discharge dr hospital [sbb takde harapan]...saya ada tanya arwah nak balik umah dia atau nak duk umah saya [umah sewa di kuantan]...
bila tanya nak balik umah dia ...dia geleng kepala,bila tanya nak balik umah saya dia senyap...terus dari hospital bawak balik dgn ambulan ke umah sewa saya...malam tu pakat adik beradik bacakan Yassin sampai pagi...tepat jam 8.30pagi adik saya panggil suruh tengok ayah sbb nampak tercungap2...masa ni saya terlelap mengantuk sangat .tak tidur sepanjang malam..
ajarkan ayah mengucap berkali kali...dan akhirnya arwah pergi buat selama lamanya...
memang dia nak meninggal kat umah saya....
ada beberapa permintaan yang arwah minta sebelum tu [ mase tu dia boleh becakap lagi ]
- nak minum nescafe ais [ walaupon ditegah oleh doktor]
- nak makan ikan senangin [ pon tak sempat nak buat ]
- ada pesan kat mak,suruh bg duit ladang ke surau buat sedekah]
tapi pesanan arwah ayah yg tak dapat dilupakan ketika nak melangkang keluar tangga rumah onthe way nak akad nikah saya...ini pesanan memang jadi darah dalam badan,ingat sampai bila bila...ayatnya ringkas tapi padat...
takat tu je nak cerita....
dah lama air mata tak mengalir....tapi bila taip post yang ni....mengalir semula air mata....
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 02:26 PM | Show all posts
sedihnya cter korang semua...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2009 05:20 PM | Show all posts
Nak berkongsi cerita dgn kawan-kawan kat sini...pak long shieda br je meninggal sabtu lepas (4 april 09)... sebelum meninggal tu, arwah di masuk kan ke spital melaka...kitaorg g la melawat...arwah pak long selalu masuk spital so x sangka leh jd mcm ni...biasanya kalau dedulu arwah masuk spital, mak x la tekejar2 nak g...tp masa hari jumaat tu secepat mungkin mak nak g melawat...masa smpi spital arwah dah stabil...arwah ni ada sakit kecing manis kira teruk gak la...it seems doctor kata mild stroke tp kaki tangan semua boleh angkat cuma mulut je senget....

masa melawat tu, arwah pak long suruh la shieda ketuk2 n tumbuk2 pelan kaki dia sebab rasa mcm mencucuk...dalam ketuk2 kaki dia tu shieda g la pegang ujung jarinya....masa tu jejari arwah ni rasa sejuk sgt...jenis sejuk beku rasanya...tak la suspek apa cuma ingatkan x kan stroke dah smpi kat kaki sedangkan kaki tu boleh diangkat n jejari boleh digerak kan...mak long kata sejuk sebab air con ...tp x la ambik pusing hal tu....tp bila awal pg sabtu tu dlm kul 2 pg gitu...dpt berita arwah dah meninggal ....masa tu la br dpt relate dgn apa yg shieda dok rasa kaki arwah sejuk masa tu....arwah pak long mcm tau la dia nak meninggal coz bila bercerita sesama ahli keluarga...semua org mcm tak percaya dpat berita yg arwah meninggal sebab baru lepas berbual dgn arwah ni 2-3 hari lepas....rasanya arwah call semua org dalam keluarga sebelum meninggal...even dgn mak shieda pun masa ptg kitaorg g melawat tu arwah pak long sempat gurau2 sket...

cuma tu la...shieda je yg tak dapat menafsir petanda yg diberikan tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2009 11:17 AM | Show all posts
my mom pernah citer kalau org dah nak meninggal..
tinge dia akan jatuh dan mcm rapat ke kepala..
mende yg same pun aku terbaca dlm petanda kematian...
last month aku g visit my fren yg sakit mengejut..
elok2 je sihat tiba2 kena liver infection...muka kuning..
mmg time tu tinge dia mcm dah lekat kat kepala..
i was really heartbroken...n i know i'll never see him again...
next day he fell into coma..
n day after that he passed away..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 05:29 PM | Show all posts
Akum,

Selalu saya hanya suka menjadi pembaca tetapi kali ini saya tersentuh & ingin berkongsi cerita dengan teman2 di sini.  Ada beberapa koleksi cerita yang menimpa di dalam hidup saya ini.  Antaranya:

1) Arwah nenek sebelah bapa
Beberapa minggu sebelum arwah nenek meninggal, ketika saya dok menyewa rumah di Kuala Lumpur, saya sedang berbaring di dalam bilik gelap berseorangan dengan pintu tidak tertutup rapat.  Boleh kelihatan kelibat cahaya dr ruang tamu.  Antara sedar/tidur, tiba2 saya rasa spt hembusan angin menerpa ke wajah saya.  Tiba2 saya rasa spt berada di Pudu Raya.  Ketika itu saya terserempak dengan salah sorang kak sepupu dan dia memberikan khabaran bahawa makcik di kampong sedang sakit.  (Nota:  Ketika ini saya berada di dalam keadaan separuh sedar kerana masih lagi dapat melihat cahaya lampu di ruang tamu)
Saya bertanya balik kepadanya, makcik mana?  Jawapannya, kau baliklah kampong.
Tiba2 saya terus tersedar.  Selepas peristiwa tersebut, saya mengalami kemalangan.  Selepas pulih dari kemalangan, saya menerima khabaran bahawa nenek saya telah pergi mengadap Ilahi.
Tetapi apa yang menghairankan, setiap kali ada ahli keluarga yang hendak meninggal pasti saya akan mengalami peristiwa tersebut di atas.  Different scene.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2009 11:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 09:32 AM | Show all posts
asalamualaikummm ni aku nak cerita pengalaman aku pulak.Aku ada seoarng kawan baik selalu lepak keluar samer semua lahhh kawan aku bab sembahyang macam aku lahh kadang tertinggall terutama hari jumaat.Satu hari hari jumaat arwah ni sembahyang lama betul start dari sembahyang jumaat sampai sembahyang asar baru arwah ni keluar dari masjid aku dah mula tertanya2 kenapa lama sangat dia bersembahyang tapi aku tak hiraukanlah.
sampai waktu malam sebelum keesokan hari nyerr arwah ni mengajak aku keluar minum,aku keluar sambil berborak tergelak arwah berpesan kepada aku'KALAU KAU NAK BERGURAU DGN AKU GELAK DGN AKU GELAK LAH PUAS-PUAS'ungkapan yang terkeluar dari mulut dier sepontan jerr,aku tak mengesyaki aper2 yang lain yang pelik aku tgk kat arwah ni mlm tu dier asyik pandang ker langit.
keesokan hari nyerr tepat pukul 10 aku mendapat berita arwah terlibat didalam kemalangan dan dia pulang kerahmatulahh alangkah sedih nyer akuu  semoga arwahh di tempat kan di tempat orang yang beriman aminnnn
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 03:01 PM | Show all posts
orang yg nak meninggal ni macam diorang tahu ajal nak sampai....

kisah anak jiran...
sebelum pergi kerja,dia salam mak dia sambil cium - cium macam nak berpisah ja...pagi tu pulak dia pakai sepasang baju putih....belah petang eksiden kete meninggal...

jiran saya  [ baru lagi ni ]
2 minggu sebelum dia kemalangan jalanraya...selalu jenguk anak dia,sibuk nak urus penama EPF,dan tabung Haji....

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 04:14 PM | Show all posts
salam,

sedihnya baca...

dyza teringat arwah datuk belah mak.. masa dia meninggal, umur dia 66.... mmg byk kenangan dari kecik2.. mungkin sebab dyza cucu pompuan sulung.. dia sayang lebih kot..

kalau dgn dyza, ada je barang di bagi.. yang dyza plg ingat, dia penah bagi dyza payung.. katanya boleh pakai kalau hujan atau panas sangat.. masa tu dyza baru darjah satu..

setahun sebelum meninggal, arwah kena stroke.. jalan dah tak kuat.. cakap pun dah tak jelas.. tp, masih boleh uruskan diri.. yang dyza ingat lagi, raya terakhir dgn arwah sebelum dia meninggal.. pagi2 raya tu lepas salam dia, dapat duit raya.. duit syiling.. lepas dyza salam dia, dia pun seluk saku isi syiling.. selagi ada dicekup, terus bagi dyza.. byk!.. terperanjat lah dyza.. sbb sepupu2 lain dpt sekeping dua aje...

sehari sebelum dia meninggal, ada makan2 kat umah paklong.. mmg nampak dia tak larat.. duduk dalam bilik je.. bilik dyza jenguk dia dalam bilik.. arwah terus minta dipicitkan badannya.. dyza picit2kan badan arwah.. tp, tak sangka itu kali terakhir dyza picit dia.. .. dah lah masa tu picitkan sekejap je..

besoknya, masa dyza dlm kelas.. ada kursus bahasa inggeris.. abg2 dyza dtg.. suruh balik.. sebab arwah datuk dah meninggal.. dyza terperanjat lah.. sbb baru je smalam berbual2 dgn dia.. smp umah, dyza masuk bilik air.. terus menangis...

Alfatihah untuk arwah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2009 07:10 PM | Show all posts
aku punya pengalaman plak ngan arwah atuk aku...setaun sblum dia pegi dia dah sakit gak mula start nak nyanyuk jadi cm bebudak...sampai lah kenduri kawin makcik aku tak pernah2 tgk dia menangis ari makcik aku kawin tue dia menangis, pastu malam aku nak suapkan dia makan dia ckp cm gini "atuk mahu pulang" pelik gak aku apesal skema je atuk aku nie ckp...aku tanye nak balik mane plak atuk nie...atuk aku senyum jer...3mggu lepas tue betul2 atuk aku pergi..  
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2009 09:11 PM | Show all posts
arwah adik sue pergi mengadap pencipta nya 15/08/2009..sedih nya tak tekata,tapi kami redha..eksiden dengan cina..adik tinggal kan kami tanpa pesan..coma n kat icu lepas family bacakan surah yassin dia terus pergi..cina tu trafik saman ia bawah pengaruh dadah,memandu melulu, n lesen tamat tempoh..aruah lelaki baru umur 19 tahun..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2009 09:23 PM | Show all posts
Arwah opah aku mula sakit masa aku baru keje di KL. Masa aku nak balik KL aku salam dgn dia, dia menangis saja. Sebelum tu aku ada tanya "Mcm mana rasa badan hari ni?" arwah jawab "Rasa nak mati je."

Selang sebulan kemudian dia sakit terlantar dan meninggal. Kerap juga aku mimpi dia datang dalam mimpi aku renung aku sampaikan aku rasa dia masih ada lagi. Malah pada ulangtahun dia meninggal (bulan Hijrah dan Masehi) aku kerap x leh tdo, walaupun setiap hari aku sedekahkan Al-Fatihah padanya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2009 09:05 PM | Show all posts
dulu ada sorang kawan aku minat kat aku
aku kuar dating dgn die...igtkkan x minat,rupa2nya minat kat aku
pas aku kuar dating,die ajak aku kuar lagi aku x mau...
sbb dia senyap sgt....
3,4 bulan kemudian dia accident....meninggal dunia...
aku buzz la ym die sbb x percaya die dh xde..
nak kol number aku dh delete...
hati aku berdebar2 takut kalau ade orang buzz ym die balik kat aku
nasib baik xde
start dari aritu aku mmg dh tau die dh xde
mmg betul la ckp kengkawan aku
sedeyh tp nasib baik aku x kapel dgn die
kalau x lagi sedeyh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2009 06:13 PM | Show all posts
arwah atuk aku meninggal masa umur aku 11 thn, lagi beberapa bulan nak amik peksa penilaian (cam upsr ler tapi std 5). aku gie balik skolah naik bas skolah, satu hari tu aku ternampak arwah atuk berenti motor dia kat tepi jalan, kat situ ada gerai makan, kebetulan bas skolah aku berenti betul betul seblah motor dia sbb lampu merah.. aku laung kat atuk.. dia ajak aku makan sama, sbb mak aku garang, aku ckp xper lah tuk, nanti mama marah, atuk aku pujuk, meh lah makan sama atuk, nanti xdpt lagi dah.. aku ms tu budak lagi, tak terlintas lah apa apa.. jawab lah, alah nanti sok sok kitaorg gie umah atuk makan sama ramai ramai.. pas tu bas pun jalan, aku terus lambai kat dia.. aku tak leh lupa muka dia cam sedih jer masa tuh..
selang 2 hari dia kena stroke, terus tak sedar diri dan langsung kembali mengadap Illahi.. aku punyalah menyesal hingga ke hari ni...
selang beberapa bulan pas tu, aku mimpi dia, dtg umah aku cam biasa, naik motor kapcai dia tu, aku tgh main kat depan umah.. dia dtg kat aku, pegang kepala aku sambil senyum kat aku, kat sblh tangan dia ada satu pasu isi pokok, sampai skrg nih aku tak tau jenis pokok apa.. dia tak ckp apa apa, tapi peliknyer aku cam paham dia soh aku jaga pokok tu baik baik.. then bila aku amik jer pokok tu aku terus tersedar... wallahualam.. aku tak tau apa maksud, tapi yang pasti mmg aku menyesal sesangat tak turun makan dgn dia hari tu.. al fatihah buat arwah atuk aku.. dah dekat 24 thn kembali ke Rahmatullah.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan yg solihin..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 03:45 PM | Show all posts
baru baca kisah ni separuh....
dh berkedut2 muka cat...
smpai cat lupa pada suplier yg patut cat cal...
Allahuakbar....... tak sanggup membaca sehingga page ke 13...
semoga roh2 mereka semua dicucuri rahmat amin....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 06:42 PM | Show all posts
saya melalui pengalaman bersama seseorang yang hampir tiba ajalnya selang beberapa jam sebelum meninggal. itulah hari pertama dan terakhir saya bertemu arwah..
ceritanya bermula kami seramai 4 orang ingin ke sekolah memandu, kebetulan hari yang dijadualkan seorang terlebih jadi 5.so salah seorang  kena beralah, tapi kelima2 kami sorang pun tak mau beralah semua nak pi juga. sampaila salah sorangnya kerani sekolah memandu tu sendiri beralah tak pegi, dia menangis2 sedih tak dapat belajar.
kemudian kami berempat pegila ke sekolah memandu di Taiping. sepanjang perjalanan saya berbual dengan seorang rakan yg baru first time jumpa dan nak ambik lesen.kami berbual banyak perkara. antara lain dia sebut nak belajar memandu sebab nak hantar anak sekolah. dia juga ada anak yang masih kecil sedang menyusu. sesampai kami di sekolah memandu tak sempat belajar baru 2 round hujan turun dengan lebat. sebelum pulang seorang guru sekolah memandu memberikan saya hadiah kitab yaasin sempena isra mikraj ..oleh kerana ada lebih saya berikan pada kawan saya tadi. kemudian kami pun naik kereta untuk pulang, masa tu saya rasa nak duduk belakang pemandu tapi sebab hujan saya batalkan niat tu..so kawan saya tadi yang duduk di situ. dalam perjalanan saya tanya di mana surah yaasin tadi, dia kata dia simpan dlm poket seluar. saya pun rasa tak larat, saya rasa nak terlena, tapi sebelum tido saya kata dalam hati.."takpela apa2 berlaku.. aku ada pegang yaasin " kemudian saya tak tau apa berlaku..saya cuma rasa seperti berpusing..sesedarnya saya, sudah berada di hospital..kesemua tiga rakan saya meninggal tempat kejadian  bersama pemandu sekolah memandu. saya pula cedera bahagian kaki tangan patah dan muka pula 21 jahitan..kawan yang baru saya kenal juga meninggal dunia...
tiba2 saya rasa sayu teringat anak2nya yang masih kecil dan menyusu...rasa baru sebentar kami berbual..masa diberitahu oleh bomba dan ahli bedah siasat kawan saya masih pegang yaasin tu..dan dia disahkan mengandung...sungguh sayu...hanya saya saja yang selamat sementara seorang lagi koma...setelah hampir 7 tahun saya dapat tahu anaknya dah besar dan berjaya..dia salah seorang murid saya...Al fatihah buat rakan2 saya semua..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 09:14 PM | Show all posts
sib baik awak selamat..Allah panjangkan umur...  ;-)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.423041 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list