CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Lilrose

'Tak Tunggang Agama, Sandal Mesra Muslim Tak Menyalahi Syariat' - Ustazah Asma

[Copy link]
Post time 10-4-2021 09:24 PM | Show all posts
prizadane replied at 10-4-2021 12:12 AM
Hilang respect betul aku kat ustazah ni. berpandangan terbuka konon.. dalam hal ni pandai lak berpan ...

kan dengan ini, aku terus hilang respek pada ustazah asma ni, sorri la, benda ni pun ko takleh nak tegakkan sebab nak jilat bff,

tapi jangan terkejut ritu aku terbaca satu post di fb yang mengecam netizen menggelar neelofa penunggang agama, ni semua stock2 pakai tudung labuh purdah la ni no hate anyways
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2021 09:26 PM | Show all posts
Bekap la kawan. Sebab tu dia besar kepala.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 09:39 PM | Show all posts



The “Fipper x The Noor” footwear was launched at Neelofa’s Monday media event promoting her Muslim app The Noor. A representative from Fipper had introduced the new product as a “Muslim-friendly,” “lightweight,” and “soft protection” footwear that costs RM79.90 (US$20) a pair, which is more expensive than Fipper’s regular rubber slippers and sandals that usually retail at around RM49.90(US$12).


sandal yang regular harga RM49.90
sandal yang dah di sunat dan islamkan oleh Hajjah harga RM79.90


Jenni, lolli , roti dan warga lofaland dah beli ke belum? Beli jangan tak beli


Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
MentariSenja replied at 10-4-2021 07:16 PM
Kita ni lebih kuranglah....aku lantak kan ajer apa org nak label aku. Janji syuben dan bff aku,  ...

eh betul la apa yg kakak ko cakap tu, deme berdua memang padaaaaaaan sangat2

& ye la, bab2 family terdekat ni bila masuk pasal agama memang agak susah jugak... kalau jenis yg abai agama tu memang masalah, yg terlalu extreme pun masalah jugak tu.. nak2 lagi kalau orang2 tua yg tiba2 je macam dapat hidayah, lepas tu tak reti nak control diri, adoi

tu belum masuk kira yg fefeeling setaz/setazah yg kijenya asyik nak share benda2 agama 24 jam, orang tgh sembang pasal satay samuri tetiba keluar gambar mayat orang palestine bagai, semua benda nak ditegur, eh rimas awal tahun ritu aku ada sound sorang kazen setazah ni yg antivax & extreme agama, perang besar oih!

orang2 macam ni kadang tu kita kena tegur la... berilmu & beragama tak bermakna deme suci dari dosa

tapi yg macam tajah & hajah ni, adeiiii yep, tajah & hajah
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah_ary2 replied at 10-4-2021 08:58 PM
Ishhhhhh paling x suka ustazah yg nak clouts and engagements dgn cara support retis walaupun teran ...

Sebenar-benarnya sliper ni socks -friendly shj. Period!
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 09:57 PM | Show all posts
cmf_shya replied at 10-4-2021 12:15 AM
Hati aku dh hitam mungkin..sbb xberapa nk gemar UEL..ustzh asma harun..jiwa pendakwah yg aku lebih h ...

same goes for me. Aku x tau knp x berkenan dgn UEL. Rasa mcm bila dia terlalu menunjuk2 pertolongan dia, kdg boleh jadikan fitnah pada pihak lain. Org akan kata pihak berwajib kwsn tersebut tk ambil tau psl org miskin kt kwsn sendiri. Padahal, ada je kes yg mmg pihak sepatutnya dah nk bg bantuan cuma org2 susah tu yg degil. Sudahnya netizen bash pihak berwajib kwsn yg dia tolong tu. kan dah jadi fitnah mcm tu. PAstu bila viral netizen dok marah2 pihak2 tertentu, bukan dia nak jernihkan keadaan ke. Dia biar je org marah2. Aku x ske betul...

Pastu mcm UAH ni, sblm ni ok je dgn dia. tapi sejak2 terlibat dgn selebriti ni, malas plak aku nk follow lg. Sama dgn Ustaz Abdullah Khairi ke apa namanya ntah. Selalu repost cerita2 yg blh jadikan isu/fitnah. Ustaz kot? knp perangai mcm tu. Cth dia post psl mak cik buang sampah kt sungai tu. Benda2 tu kan blh jadikan fitnah sedangkan kita x tau kisah sbnr...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2021 09:59 PM | Show all posts
BicaraHatiku replied at 10-4-2021 09:56 PM
Sebenar-benarnya sliper ni socks -friendly shj. Period!

setuju..kalau dia guna tagline ni mst org terima...

"Selopa - socks-friendly" femes wehh
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
naik pakai sliper yg biasa.. ala stokin mesra seliper jepun dh ada lama dh org jual.. pakai sliper biasa lg selesa.. dr pakai mcm dh la suka kaki kedepan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2021 10:06 PM | Show all posts
Duriand24 replied at 10-4-2021 12:14 AM
Ustazah asma...iols respect ustazah...makanya iols mohon ustazah jgn la libatkan diri dgn retis2 yg  ...

yes...kenape pulak ostajah nak tolong komen..mmg la ostajah baik dgn lopak tapi takpayah la campur..maybe lopa ada invest apa apa kat madrasaha atau biz ostajah kot ni..tu beriya bekap
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
missHaidiD replied at 10-4-2021 12:44 PM
Bff tp tak dijemput pun mejelis jabbal rahmah itu

hahahha... iols rasa mcm lopak kejam plk.. dh kawan tu ucap selamat dia ckp ja nk kawen tp xjmput.. org ckp bahasa basi jmput p la kan
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas kes ni, mesti ramai pihak takut nak berkolabarasi dgn lofa. Semua mesti kena kecam, boikot, dan unfollow. Tak pasal2 je. Lofa yg buat hal, habis org lain kena. Seram
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas dr zulkifli di kambing hitam kan waktu kawin tak ikut SOP, now ustazah pulak weii..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tadika_action at 10-4-2021 09:33 AM

Ustazah dah sentap kat FB

Victim-mentality juga rupanya. Masih x berani tegur adinda bab langgar SOP, bab menjobo bak kata Dato Hattan, bab horny depan public

Selective judgement - mmg lah orang marah
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki ustazah ni ada iras pengasas bumi latar kalau sama2 pakai kopiah/ songkok
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 10:31 PM | Show all posts
Sifu Hartanah, 3A pun dh komen psl nie.

Die juga tak setuju dgn tagline "muslim friendly" - https://www.facebook.com/azizulazli.ahmad
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
CERCAAN & TUDUHAN TERHADAP SAYA

Semalam dalam satu majlis, saya ditanya dan menjawab secara spontan dan santai soalan wartawan yang hadir. Pihak wartawan seperti biasa pasti akan menuliskan mengikut selera mereka bagi tujuan menarik perhatian dengan tajuk yang kontroversi, sedangkan saya lebih banyak fokuskan isu yang lain.

Saya tidak berniat nak masuk campur isu hangat ini, jauh sekali mencari publisiti. Kerana itu sepanjang isu ini saya tidak ada menuliskan apa di FB personal atau page rasmi Ustazah Asma' Harun. Saya tak sebelah mana, bukan fans, bukan haters.
.

Saya kemudian ada membaca tulisan dan comment netizen, termasuk cacian dan hinaan. Mengatakan saya makan duit haram, disuap, dibayar, diberi percuma, dipergunakan dll. Pelbagai ayat sinis dan berbaur fitnah. Saya tak print screen semua.

        

            

“Pada hari itu diberitakan kepada manusia apa yang telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikannya. Bahkan, manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri.”

(Al-Qiamah: 13—14)

Demi Allah, saya tiada kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan pihak Fipper atau Neelofa sendiri. Tidak pernah berhubung atau berbincang tentang isu ini, yang terakhir adalah text mesej DM di IG sebelum beliau nikah tentang satu urusan, ia terhenti disitu sahaja.

Saya juga bukanlah kawan baik atau rapat beliau, tak pernah jumpa bersemuka, hanya berhubung beberapa kali atas urusan rasmi. Saya juga bukan penggemar selipar ini, kerana memang selesa berkasut.
.

Tolong baca artikel ini secara penuh  https://www.yoy.my/sandal-muslim-friendly-tidak-dianggap-tunggang-agama-ustazah-asma-harun/   cuba fahami apa yang saya sampaikan, isu utama bukan berkaitan selipar, tapi nasihat dan peringatan untuk diri saya dan semua MANUSIA YANG BERPENGARUH, tapi bab itu tidak pula diberi perhatian oleh netizen.
.

Untuk makluman, hingga kini saya sendiri tidak pernah menerima apa jua tawaran untuk menjadi duta produk atau perkhidmatan, jurucakap, juru backup, paid review, khidmat nasihat dll yang melibatkan bayaran.
.

Permintaan sebegini begitu banyak tak henti hingga kini dan melibatkan nilai yang tinggi. Kenapa?, demi menjaga dan menjauhi fitnah kepada agama, kami pegang kuat prinsip ini. Walaupun kadang ia datang disaat kami memerlukan bagi menanggung kos operasi. Begitupun, saya masih digelar penunggang agama.
.

Tuan Puan, Alhamdulillah Allah tetap berikan kami rezeki yang cukup melalui Galeri Ustazah Asma' Harun untuk dikongsi dengan lebih 60 orang staf, yang sebahagian besar tim kami melakukan kerja dakwah dan amal melalui NGO Sahabat Amal Care, tim media, penyelidikan, ekonomi, perternakan, perkampungan hijrah dll.
.

Tuan Puan, bahkan kami tak gunakan duit infaq orang ramai untuk kos operasi NGO SAC, jauh sekali untuk operasi syarikat. Semua ini menjadi satu amanah yang berat buat kami. Infaq ummah adalah untuk ummah.

TOLONG HENTIKAN

Saya tuliskan begini kerana kasihan melihat sesama Muslim berterusan menyebarkan kebencian dan permusuhan atas banyak isu,
contohnya sekarang, anda hina saya kerana tulisan satu portal maya akhbar, sedangkan anda sendiri tidak pernah kenal dan jumpa saya secara nyata. Tak pernah ada urusan dan hubungan, tapi memilih untuk membenci, menuduh dan menyampah tanpa sebab.

Firman Allah SWT:

      

Maksudnya: “Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu.” [Surah al-Maidah: 91]
.

Saya mohon hentikan perbuatan ini bukan kerana diri saya, saya dah biasa dimaki dihina begini, tapi saya kasihan dengan jari jemari yang menulis dan memberi comment yang mengikut hawa nafsu.
.

Bayangkan keadaan menyedihkan begini,  berlaku saban hari di bulan mulia. Tinggal 2 hari lagi kita akan masuk ke bulan Ramadan yang penuh barakah. Adakah kita nak masuk Ramadan dalam keadaan begini?
.

Kebencian dan permusuhan atas isu politik, agama dan agamawan, isu semasa, dll. Fitnah, maki hamun, menghina dan menjatuhkan sesama muslim menjadi darah daging.

Surah al-Nur berkaitan balasan bagi orang yang suka membuat fitnah:

                    

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).” [Surah al-Nur:19]

      :         :"    ."  .

Dari Ibnu Mas‘ud r.a beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda, “Mencela seorang muslim adalah sebuah kefasikan, dan membunuhnya adalah kekufuran.”

(HR. Bukhari dan Muslim)

ASMA' BINTI HARUN
10 April 2021

...................................................................

TEKS PENUH TANPA EDIT DARIPADA SALAH SATU MEDIA MAYA AKHBAR

April 10, 2021

“Saya nampak ia biasa..” Isu Selipar ‘Muslim Friendly’, Asma Harun Kata Bukan Tunggang Agama.

Baru-baru ini telah tular mengenai isu mengenai selipar mesra muslim ataupun ‘muslim-friendly’ dan isu berkenaan telah menarik perhatian ramai.

Sementara itu, turut tidak ketinggalan untuk memberi sedikit pendapat, pendakwah terkemuka, Ustazah Asma Harun

Beliau berpendapat bahawa kontroversi selipar mesra muslim ataupun ‘muslim-friendly’ itu hanyalah salah faham dan tidak perlu dianggap sebagai ‘menunggang agama’ seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Menurut penceramah bebas, Asma Harun berkata, walaupun itu menjadi hak peribadi mereka, namun sebagai individu yang boleh memberi pengaruh kepada masyarakat, mereka sepatutnya lebih berhati-hati.

“ALLAH bagi pengaruh kepada masyarakat sama ada artis, instafamous, influencer atau mereka yang ada dalam bidang perniagaan.”

“Tolong bertanggungjawab ke atas setiap yang kita kongsi di media sosial.”

“Walaupun kita kata itu hak peribadi, tapi kalau betul hak peribadi, simpan ia sebagai peribadi,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Semarak Ramadan@Anjung Bonda Nor di Bandar Prima Senawang di sini pada Jumaat.

Jelas beliau lagi, setiap perkongsian di media sosial juga boleh menimbulkan kekeruhan dan salah faham masyarakat.

Menurutnya, semakin tinggi kedudukan seseorang dalam masyarakat, semakin tinggi bebanan dan amanah yang perlu dijaga.

“Bila kita buat sesuatu dan mendapati positif lebih banyak dari negatif, teruskan. Tapi bila kita tengok ia 50-50, mula muhasabah diri dan betulkan semula niat kita,” katanya.

Sementara itu, Asma turut menyatakan kebimbangannya apabila ketika ini ramai individu yang inginkan mendapatkan perhatian walaupun terpaksa menggunakan cara yang salah.

Selain itu, beliau turut berpesan kepada masyarakat supaya tidak terlalu taksub dengan individu tertentu sehingga menyokong kesalahan yang dilakukan.

“Taksub ini bahaya kerana ia boleh memecah belahkan. Rasulullah SAW juga mencela sifat taksub kerana apabila taksub kita hanya nampak kebaikan saja pada orang itu walaupun dia ada buat salah.”

“Jadi apabila kita lihat ada individu tertentu yang boleh mempengaruhi hidup kita atau sampai peringkat kita nak sentiasa ingat dan ikut.”

“Maka kita perlu bermuhasabah diri dengan melihat sejauh mana apa yang dibawa oleh individu itu boleh beri kebaikan kepada hidup kita, “ katanya.

Saya nampak isu selipar muslim friendly biasa

Apabila ditanya berkenaan kontroversi sebuah jenama selipar yang menggunakan perkataan ‘Muslim Friendly’ bagi mempromosikan produk, beliau berpendapat, ia tidak terlalu sensitif dengan agama.

“Bagi saya ia bergantung pada perspektif masing-masing. Saya mungkin terbuka dalam isu ini dan saya nampak ia biasa.”

Ia bkanlah perkara sampai peringkat penunggang agama dan salah syariat

“Ia bukanlah perkara yang sampai peringkat kita nak gelarkan sebagai penunggang agama atau menyalahi syariat.”

“Pada saya, maksud disampaikan ialah selipar itu lebih kepada ‘muslimah friendly’ khusus bagi wanita yang memakai stoking,” katanya.

......

Terima kasih kerana sudi membaca hingga habis. Boleh tinggalkan comment Alhamdulillah, saya baca Habis. Ia sangat bermakna buat saya, sayang semua kerana Allah dan Rasulullah saw.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2021 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
clara_nur replied at 10-4-2021 12:21 AM
amboi ustazah, kat ayda jebat kemain tegurrrr..
tang neelopa kemainnn bekappp..


Kaannnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
user.name replied at 10-4-2021 01:51 AM

Gelinya baca mesej ustazah ni ngefan lopak. Patutla dia jilat betul lopak.

Benci betul pada manusia holier than thou ni. Masa belajar, kebanyakan geng2 usrah macam ni la. Mengumpat orang masa perjumpaan usrah, gedik2 dengan jantan yang acah2 alim.. pandang slack pada orang yang biasa2.. FAKE.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
timohnotecah replied at 10-4-2021 12:22 AM
I never followed.....only listen to dr maza....yg lain2, bye2 jerlah esp pendakwah celeb........

Same............
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2021 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
pakcik kopiah merah dh kena troll
skrg turn ustazah ni pulak  ahakss

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Shuhada ‘block’ acik forum… apa yang sedang berlaku? (page 200)
JoyahMengayahShuhada ‘block’ acik forum… apa yang
Views : 156699 Replies : 4492
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 57238 Replies : 531
Tular sebuah video berhubung dakwaan bahawa isteri Nabi Muhammad SAW, Sayidatina Siti Khadijah Khuwailid RA berasal dari alam Melayu,UIAM ambil tindakan,
YgBenarTular sebuah video berhubung dakwaan bah
Views : 38800 Replies : 13
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97821 Replies : 5198
kuiz dan Kenali Borneo
Vellfirekuiz dan Kenali Borneo
Views : 21875 Replies : 525
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 42940 Replies : 342
Maroon 5 in Kuala Lumpur
maklukpenggodaMaroon 5 in Kuala Lumpur
Views : 44591 Replies : 44
Aishwarya Rai, Abhishek tidak lagi sebumbung?
mojarean_XAishwarya Rai, Abhishek tidak lagi sebum
Views : 34050 Replies : 59
Penulis blog, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia malam tadi di United Kingdom (UK) pada usia 74 tahun.Al Fatihah
YgBenarPenulis blog, Raja Petra Kamarudin menin
Views : 18582 Replies : 71
Istiadat persandingan Tengku Puteri Afzan, FD Idzham berlangsung penuh tradisi
mojarean_XIstiadat persandingan Tengku Puteri Afza
Views : 27027 Replies : 51

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-9-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.277830 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list