|
[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari
[Copy link]
|
|
ye..mybe ada ubah utk sesuaikn dgn drama..
meols nk try tgk filem tu.. mcm menarik
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak scary sgt, tp kisahnya bole ambik jd pengajaran
SIAPA TEMBAK KEN McELROY?
Seumur hidupnya, Ken Rex McElroy bukanlah seorg lelaki yg baik.
Dia adalah penduduk yg paling dibenci di pekannya.
Dilahirkan pd thn 1934 dan merupakan anak ke-15 drpd 16 org anak – McElroy berhenti sekolah ketika dia dlm gred 5 dan menghabiskan beberapa dekad seterusnya dgn menakutkan seluruh Skidmore, sebuah pekan pertanian yg kecil di Missouri. Dia pernah menyamun, menyerang, merogol, mencabul kanak2, membakar harta benda dan banyak lg kesalahan yg menggusarkan para penduduk di situ. Dua puluh satu dakwaan telah dibuat ke atasnya dan 21 kali itu jugalah dia berjaya mengelak drpd dihadapkan ke muka pengadilan; hasil drpd taktik kejinya mengugut dan menakut2kan para saksi hingga mereka menolak utk memberi keterangan di mahkamah. Namun pd 10 Julai, 1981, kuasa dan pengaruh jahatnya akan berakhir. Ken McElroy didapati mati ditembak di siang hari, di jalan utama Skidmore. Lebih kurang 60 org penduduk pekan tersebut dikatakan menyaksikan pembunuhan lelaki itu…
…Tetapi tiada seorang suspek pun yg berjaya ditangkap dan dihukum. Kalau diikutkan, sekurang2nya seorg saksi di antara penduduk itu patut tampil utk mendedahkan siapa yg bertanggungjawab – walau bagaimanapun lebih drpd 30 thn, pekan Skidmore tetap memilih utk mengunci mulut. Mungkin jika dilihat dr sudut pandangan mereka, Ken tidak lebih daripada sekadar raksasa jahat yg menggerunkan mereka semua utk berpuluh2 tahun lamanya. Bagi penduduk Skidmore seramai 440 org waktu itu, lelaki tersebut tiada nilai langsung dlm komuniti dan tiada apa yg akan mengubah pendirian mereka utk membantu menyelesaikan pembunuhannya.
Senarai jenayah Ken McElroy sangat panjang.
Dialah pembuli bandar yg anda fikir hanya wujud dlm kisah fiksyen – ambil apa saja yg dia ingini, pd bila2 masa yg dia suka. Gandum, minyak petrol, alkohol dan brg2 antik adalah benda2 yg paling Ken gemar curi; dia juga suka mencuri haiwan ternakan. Walaupun tidak pernah mempunyai kerja tetap, lelaki itu sentiasa mempunyai wang yg banyak – hasil kegiatan jenayahnya – sehingga mampu utk mengupah peguam Richard McFadin bg mengendali 3-4 kesnya dlm setahun.
Selain itu Ken juga seorang kaki perempuan, dia mempunyai lebih drpd 10 org anak dgn beberapa org wanita – dan lelaki itu mempunyai kecenderungan meniduri gadis2 muda yg masih bawah umur. Isteri terakhirnya Trena, hanya berumur 12 thn semasa mereka mula2 bertemu. Gadis itu hamil ketika usianya 14thn, dan apabila dia melarikan diri ke rumah ibu bapanya selepas melahirkan anak, Ken mengamuk dgn menembak anjing keluarga Trena dan membakar rumah mereka. Akhirnya lelaki itu berjaya mendapat kebenaran drpd ibu bapa si ‘teman wanita’ utk mengahwininya setelah mengugut utk membakar rumah baru mereka, dan secara tidak langsung Trena pun terperangkap dlm perkahwinan yg penuh dgn penderaan emosi dan fizikal.
Lama kelamaan kesabaran org di sekeliling Ken McElroy makin menipis, dan ia bermula dgn satu insiden kecil. Pd tahun 1980, salah seorg anak perempuan Ken – hasil perkahwinannya dgn Trena – cuba mencuri gula2 dari sebuah kedai runcit kepunyaan pasangan suami isteri yg lanjut usia bernama Bowenkamp. Menurut Trena, Lois Bowenkamp telah menuduh anaknya sbg pencuri; namun Lois mengatakan ia cuma salah faham dan cuba berdamai dgn si ibu. Walau bagaimanapun Ken McElroy yg bengis dan pendendam, menggunakan taktik pembulinya ke atas pasangan Bowenkamp, dgn duduk di dlm trak pikapnya di luar rumah mereka setiap malam sambil memaki hamun dan melepaskan tembakan ke udara.
Pada bulan Julai tahun yg sama, Ken akhirnya mendekati Ernest Bowenkamp, 70thn, yg juga lebih dikenali dgn mesra di kalangan penduduk bandar itu sbg Bo. Pemilik kedai runcit itu sedang berdiri di dok memunggah barang, menunggu kedatangan pekerja membaiki penghawa dingin apabila Ken mengeluarkan senapangnya dan menembak leher lelaki tua tersebut. Bo bernasib baik, walaupun cedera parah dia terselamat. David Baird, pendakwaraya yg baru dilantik berjaya mendapatkan pendakwaan ke atas Ken iaitu melakukan serangan dan cubaan membunuh, tetapi hakim melepaskan lelaki itu dgn ikat jamin. Beberapa hari kemudian, Ken muncul di ‘D&G’ salah sebuah bar di pekan itu, menunjuk2 rifle dan bayonet miliknya sambil bercakap besar tentang apa yg dia akan lakukan seterusnya terhadap pasangan Bowenkamp.
Tanpa disedarinya, dlm diam2 penduduk pekan Skidmore juga sedang merancang sesuatu.
Pada 10 Julai Ken memandu pikap Chevy Silverado-nya bersama Trena ke pekan dan singgah ke dlm D&G, di mana mereka tiba2 berdepan dgn sekumpulan besar penduduk Skidmore. Menurut siasatan, penduduk2 itu baru saja balik dari perjumpaan di dewan serbaguna dan isu utama perbincangan mereka di situ dikatakan masih lg misteri. Ken dan isterinya merasa tidak sedap hati, terus keluar dari bar dan menuju ke arah pikap mereka. Namun langkah mereka diekori oleh kumpulan penduduk tersebut.
Semakin lama, semakin dekat.
Kedua2 suami isteri McElroy masuk ke dlm kenderaan mereka itu dan Ken menghidupkan enjin, dlm masa yg sama diperhatikan oleh penduduk2 pekan itu. Sebelum memulakan perjalanan, Ken mencapai sebatang rokok. Pada waktu itu, seolah2 seluruh pekan Skidmore telah melepaskan tembakan ke arah pikap ‘si pembuli’. Dua butir peluru drpd dua pucuk pistol yg berbeza mengenai kepala dan leher lelaki tersebut. Trena pula menjerit dan sempat melompat keluar dari pikap mereka. Setibanya polis ke tempat kejadian, mereka mendapati Ken telah meninggal dunia dan pikap Chevy-nya itu penuh dgn kesan2 tembakan.
Pikap Ken setelah kejadian tembakan
Walaupun berlaku pd siang hari dan disaksikan oleh berpuluh2 org, tiada seorg pun yg membuat panggilan utk mendapatkan ambulans, dan juga tiada seorg antara mereka mahu mematikan enjin pikap Ken. Seolah2 setelah tamat sesi tembakan bertubi2, kumpulan penduduk Skidmore pun bersurai – meninggalkan tempat kejadian begitu saja. Polis menjangkakan penembak adalah lebih drpd dua org. Jumlah sebenar dan identiti mereka tidak akan diketahui kerana tiada siapa di pekan itu yg sudi membuka mulut mengenai pembunuhan itu kecuali isteri Ken seorg saja.
Penyiasatan besar2an telah diadakan oleh pihak berkuasa tempatan dan juga FBI, malah kes itu mendapat perhatian media di seluruh negara – seperti dijangkakan tiada seorang penduduk Skidmore yg mengaku atau memberi petunjuk hingga tertangkapnya org yg membunuh Ken McElroy. Beberapa saksi telah disoalsiasat, dan semuanya memberi pernyataan yg sama; mereka tidak tahu siapa yg melepaskan tembakan2 maut itu.
Tiga tahun kemudian, isteri McElroy memfailkan saman USD6 juta dollar ke atas pekan, daerah dan beberapa org individu termasuk seorg peladang bernama Del Clement, yg Trena yakin sbg salah seorg penembak suaminya. Saman tersebut akhirnya diselesaikan di luar mahkamah sebanyak USD17,600 sahaja tanpa pengakuan bersalah drpd mana2 pihak.
Trena McElroy, di sebelah kiri.
Tiga puluh tahun lebih kemudian, banyak yg berubah, bar D&G telah lama tutup, begitu juga dgn kedai runcit Bowenkamp. Trena McElroy berpindah dan berkahwin semula, menukar namanya kpd Trena Williams – Dia menghembuskan nafas terakhir pd Januari 2012 akibat sakit kanser. Del Clement, suspek utama kes itu juga sudah meninggal dunia. Pendakwaraya David Bair pula sudah lama meninggalkan jawatannya. Cuma yg tinggal adalah keengganan pekan Skidmore utk berbicara mengenai pembunuhan Ken McElroy. Peguambelanya McFadin memberitahu sebab kenapa pekan itu tidak mahu membuka mulut; mereka sebenarnya gembira dan bersyukur dgn kematian Ken. Pekan itu telah berjaya melakukan satu pembunuhan yg sempurna, katanya.
Apa yg pasti, lelaki paling jahat di Skidmore, Ken Rex McElroy tidak akan menyakiti sesiapa lagi. Buat selama2nya.
Wikipedia
Sumber
Sumber 2
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Thanks @LostStar & @miemiecha
muahciked jugekkk
|
|
|
|
|
|
|
|
bole x nk ckp padan muka kat ken |
|
|
|
|
|
|
|
puas hati dapat tembak...bagusla penduduk situ, semua tutup mulut... |
|
|
|
|
|
|
|
huh...padan muka Ken McElroy...mereputlah kau kat neraka
bgs penduduk pekan tu...masing2 bekerjasama tutup mulut
|
|
|
|
|
|
|
|
aku nak je si Ken tu dibakar hidup2 oleh penduduk macam Freddy Krugger
tapi tak best la kalau Ken menjelma macam Freddy dalam Night Mare on Elm Street tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
iolsss rasa kes ken Mcelroy ni sbb penduduk pekan tu dh xtahan sangat dng perangai buruk mangsa sampai kena bunuh, mmg cash lah kan, tapi pelik plak bini dia sampai setia hidup dng mangsa siap nk saman bagai plak tu. iolss rasa elok buat camni kat our Pm kita jek baru dia sedar sikit rayyat malaysia ni sume benci dia
|
|
|
|
|
|
|
|
safieyah1984 replied at 14-11-2016 03:47 PM
iolsss rasa kes ken Mcelroy ni sbb penduduk pekan tu dh xtahan sangat dng perangai buruk mangsa sa ...
Biasala..rakyat malaysia jenis suka makan fitnah... tak nak berfikir..bagi fakta pun tak nak fikir... macam kau |
|
|
|
|
|
|
|
Bila undang2 pun tak dapat beri keadilan yg sebaiknya..manusia pun mula hilang pertimbangan..keadaan yg mendesak.. |
|
|
|
|
|
|
|
tq update
&psn muka ken, jenayah dia buat bukn sikit & kecik, tp still trlepas, mne lah org xbnci & dendam |
|
|
|
|
|
|
|
padan muka hehehe itu je nak tulis |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Eva_yy_Ellin at 15-11-2016 02:53 PM
Nak padankan muka Ken juga.
Ingat dia dah gangster sangat la tu, mentang-mentang tak lut dek undang-undang.
Itu pun sebab dia ugut saksi perbicaraan kes mahkamah dia, bukannya sebab tak cukup bukti atau dia ada orang dalam yang boleh tolong.
Kuasa rakyat menumbangkan seorang pembuli
Dalam masa yang sama, cerita Ken ni agak menarik bila mana seluruh penduduk pekan bersatu hati dan bekerjasama membunuh Ken.
Bagus betul mereka simpan rahsia siapa pembunuh tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
kan bagus semua penduduk sepakat mcm ni...
aman dunia.... |
|
|
|
|
|
|
|
Nice story
Nak lagiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka!!! Kan dah mati |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by SepatUngu at 17-11-2016 01:21 AM
TT ada details tak story psl Murder of Lawson family on December 25, 1929?
yg tuh kira misteri jgk sbb tak pasti motip sbnr charlie bunuh anak bini dia kecuali anak lelaki dia je yg survive |
|
|
|
|
|
|
|
tau gak takut ye sampai lari balik ke pikap...
bagus gak plot ni..sebuah plot yg boleh digunapakai semula.
dengan syarat semua orang kena bagi kerjasama...tetttt
|
|
|
|
|
|
|
| |
|