CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
Post time 16-12-2008 08:12 AM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 15-12-2008 05:36 PM
el jangan salah faham..
Kalau dibaca dari Berita Infohaji tu..apa yang dimaksudkan Jemaah Haji Gelap
tu ialah mereka yang mengerjakan Haji tanpa kebenaran dari Arab Saudi..
Kira macam tak de p ...

haha..alamak el percaya plak lawak hj haziq hahaha..


haji gelap @ liar adalah bermaksud menunaikan haji tanpa visa haji atau permit haji yang dikelaurkan oleh Kerajaan Saudi. Ini membahayakan keadaan jemaah itu sendiri tanpa pengawasan pihak berkuasa dan pihak berkuasa tidak bertanggungjawab keatas jemaah ini.

Atuk sedara saya pernah buat haji secara gelap ..kosnya agak murah sekitar 4 ribu duduk kt rumah2.dari ramadhan hingga zulhijjah...makan masak sendiri..3 bulan pergi haji..lama jugak la...

lepas musim haji surrender kt pihak berkuasa dan akan diminta pulang segera..

2nd time atuk sedara pergi bawak wife dia..tapi kali nie dah ajal sebelum hari arafah lagi atuk dah meninggal dan dikebumikan di makkah..rumit procedurenya..nenek plak dapat menunaikan dan pulang..

masalah nak tuntut mayat dan kt hospital aziziyah tu punyalah rumit..

nasihat: jgn buat haji gelpa..buat haji terang yer..secara sah jgn illegal heheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2008 09:47 AM | Show all posts
15 Disember, 2008 17:39 PM           
Penerbangan Pulang Pertama Jemaah Haji Lewat Lima Jam
SEPANG, 15 Dis (Bernama) -- Penerbangan sulung jemaah haji pulang ke Malaysia tergendala selama lima jam hari ini gara-gara kesesakan lalu lintas di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penerbangan tersebut pada awalnya dijadualkan tiba pada pukul 6.30 pagi hari ini.

Menurut beliau, kelewatan tersebut adalah di luar kawalan Tabung Haji dan ia merupakan sesuatu yang harus diterima kerana kerajaan Arab Saudi sendiri menghadapi pelbagai kekangan berikutan kesesakan pesawat yang silih berganti.

"Kita menghargai apa yang dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi dalam usaha melancarkan kepulangan para jemaah dan kita harus sentiasa bersedia menerima kelewatan seumpama ini.

"ihak Tabung Haji memohon maaf kepada kaum keluarga dan sanak saudara jemaah yang menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak awal pagi tadi," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyambut kepulangan para jemaah di KLIA di sini.

Ahmad Zahid memberitahu, 50 peratus para jemaah akan diterbangkan dari Jeddah manakala sebahagian lagi akan diterbangkan dari Madinah bagi membolehkan mereka menziarahi makam Nabi Muhammad S.A.W.

Dari keseluruhan 26,000 jemaah dari Malaysia katanya, 38 daripada mereka telah meninggal dunia dan dikebumikan di Mekah.

"Jemaah kita juga telah membelanjakan sejumlah 70.1 juta riyal (RM70.1 juta) sehingga semalam dan pihak Tabung Haji telah menyediakan kemudahan untuk mereka mengeluarkan wang di sana, manakala urusan penghantaran pulang bagasi para jemaah telah dilakukan sebelum kepulangan mereka lagi," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 09:53 AM | Show all posts
flight yg first nk turun kt penang (KT 03)  pun delay jugak harini...katanya patut sampai jam 6.45 am td..tp delay ..insyaallah..jemaah akan sampai jam 12.30 tgh nnt..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 10:23 AM | Show all posts
Originally posted by innocent07 at 16-12-2008 09:53 AM
flight yg first nk turun kt penang (KT 03)  pun delay jugak harini...katanya patut sampai jam 6.45 am td..tp delay ..insyaallah..jemaah akan sampai jam 12.30 tgh nnt..

hehe..delay jugak..sabor jerlah..mesti tak tenang jemaah kita menunggu nak jumpa anak..insteri..suami..ayah..ibu..adik..kakak..saudara mara..dan segalanya...hati dah berada di malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 12:45 PM | Show all posts
siapa yang berminat nak tgk gambar arafah..muzdhalifah..mina...jamrah yang terbaru pls pm me..nanti saya bg url..

dah insaf tak nak curi gambar lagi..hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 01:03 PM | Show all posts
tu bkn curi namanya.. cuma candid kamera.. atau pun paparazzi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2008 01:12 PM | Show all posts

Reply #3076 HUSSAINTAHIR's post

Hussain...minta-lah kebenaran yang empunya badan untuk dimasukkan gambar dari website mereka ke dalam thread ini....rasanya tentu mereka tidak keberatan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 02:30 PM | Show all posts
Originally posted by IDB at 16-12-2008 01:12 PM
Hussain...minta-lah kebenaran yang empunya badan untuk dimasukkan gambar dari website mereka ke dalam thread ini....rasanya tentu mereka tidak keberatan.

empunya badan tak jawab2 camner kak? hehe..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2008 04:10 PM | Show all posts

Balas #3079 HUSSAINTAHIR\ catat

Husain...
Bab hilang gambar ni...biasalah..
Apa pun ...Terima kasih kat Husain...
Banyak dapat tengok gambar..yang mengubati rindu kami..
Perindu Perindu Mekah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 04:38 PM | Show all posts
rindu kat Tanah Suci....bile la agaknye dapat ke sane balik...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 04:39 PM | Show all posts
Alhamdulillah jiran ustaz tiba malam tadi(KT5) jam 1 pagi di KLIA dengan selamatnya...
malam ni nak pergi ziarah dia... tak sabar nak dengar kisah2 haji dia...
seronoknya ziarah org balik haji...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 04:41 PM | Show all posts
abang hussain...
terima kasih atas gambar2 yg abang hussain postkan di sini...
ustaz rasa sungguh teruja...
teringin sangat nak ke sana lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 04:45 PM | Show all posts

Balas #3082 ustaz\ catat



Seronok ye dpt melawat org balik Haji..
Ambil berkat..
Betul ke Ustaz..org kata..
Kalau kita jumpa orang yang balik Haji...kita minta mereka mendoakan utk kita..
Doa mereka ni berkat..
Orang yg balik Haji ni...Insyallah orang telah diampuni dosa mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 04:51 PM | Show all posts
Saya rasa itu pertama kali saya dengar sebegitu...

Jemaah2 yang pulang dari haji...
malaikat akan iring mereka hingga mereka kembali...
sebab itu bila kita ziarah jemaah baru balik haji mulanya kita kena beri salam...
nanti malaikat akan jawab salam kita juga...
dan lepas tu kita peluk jemaah tu....
jadinya kita pun peluk malaikat tu juga...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 05:08 PM | Show all posts

Balas #3085 ustaz\ catat



Sebenarnya saya suka tengok muka muka orang yang baru balik dari Mekah..
Tak tau kenapa...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 05:11 PM | Show all posts
Originally posted by opie5662 at 16-12-2008 04:38 PM
rindu kat Tanah Suci....bile la agaknye dapat ke sane balik...


Insyallah..
Akan sampai lagi nanti..
Kalau dah terdetik di hati dan mulut menyebut..
Itukan doa...
Insyallah..
Aminnnnn..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2008 05:12 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 16-12-2008 05:08 PM
http://www.iluvislam.com/v1/images/smiley/jaz.gif

Sebenarnya saya suka tengok muka muka orang yang baru balik dari Mekah..
Tak tau kenapa...



selalunya org yg baru balik dr mekah ni muka dia berseri2...sejuk mata memandang..cm bersih suci gitu..betul ker??
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 05:13 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 16-12-2008 05:11 PM


Insyallah..
Akan sampai lagi nanti..
Kalau dah terdetik di hati dan mulut menyebut..
Itukan doa...
Insyallah..
Aminnnnn..



betul tu kak azi...apa yg kita ckp ni 1 doa..klu dh selalu ckp insyaallah doa kita dimakbulkan...mudah-mudahan..Aminnn
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 05:20 PM | Show all posts

Reply #3086 aziefa's post

2lah masa dari mengerjakan Haji ari tu mmg ada perubahan dari wajah kita... dulu musykil juga..tp pegalaman sendiri.. kulit yg kita bawa dari Msia bnyk gugur di Mekah( sel2 matinya) myb air di sana x sesui dgn kulit kita..bla pulang ke Msia mmg kulit jd cerah dan kemerahan2 mmg berbeda sehingga ada kengkawan tnya ape rahsianya..berwuduk dan sume perbuatan harus ikhlas.. yg lain serah pd ALLAH ... itulah anugerah Allah pd hamba2nya...

[ Last edited by  haziq_97 at 16-12-2008 05:22 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 05:59 PM | Show all posts

Balas #3090 haziq_97\ catat

Rasanya betul jugaklah..
Pernah masa balik Haji dulu..disambut oleh adik adik ipar..
Sibuk dia orang cakap...muka Kak Zie putihnya..berseri...kemerahan..
Pelik jugak...
Mungkin baru keluar dari oven kot..
Bersih...Berkat beribadah di Tanah suci..tak ingat apa..ingat nak pi Masjid aje..
Lama lama tu dah kurang serinya..kurang putih kemerahan...he..he..
Wallahualam..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.101259 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list